October 15, 2010

State election in March or April — Wong

SIBU: Second Finance Minister Dato Sri Wong Soon Koh believes the next election would likely be held in March or April next year.

Dato Sri Wong Soon Koh

“Personally, I do not think the election will be held this year. It’s too early…maybe next March or April,” he said.

Wong was responding to reporters’ query on whether his latest campaign push in the rural areas was an indication that the election was near.

“To me, going to the ground to gather feedback is always my job and to assure the people that I will continue to serve them to the best of my capabilities,” he added.

Wong said he had conducted more than 20 ceramah with the people in the rural areas for the past weeks and the whole intention was to listen to their needs.

“I received lots of requests from these people, ranging from better bridges to upgrading roads and drainage improvement.

“What the people want, I will do it slowly and I will make sure that all are delivered. However, priority will be given to urgent projects,” he said.

On another matter, Wong, who is also Public Health Minister, said the Food Quality and Safety Section under his ministry would take samples from ‘Indomie’ instant noodles and send them for analysis to determine whether they were dangerous to health.

Last Friday, Taiwan authorities recalled the ‘Indomie’ instant noodles after they were found to contain two forbidden preservatives – methyl p-hydroxybenzoate and benzoic.

The preservatives are allowed only in cosmetics.

On a separate matter, Wong reminded community leaders and non-governmental organisations to attend a briefing on dengue and the prevention of other contagious diseases at 9.30am today at 15th Floor, Wisma Sanyan.

Bajet 2011: PM terima banyak maklumat balas dalam blog

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Menjelang Bajet 2011 yang akan dibentangnya petang esok, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima banyak maklumat balas dalam blog beliau www.1malaysia.com khususnya mengenai pekerjaan.

"Daripada pelbagai isu yang dibangkitkan, saya dapati bidang pekerjaan paling banyak dibincangkan, dan ada antara anda mahu supaya dasar gaji minimum dilaksanakan,” kata Perdana Menteri dalam blognya itu hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 4 petang esok.

Katanya, beliau telah menerima ribuan komen dalam blognya dalam tempoh dua minggu lepas setelah beliau meminta rakyat menyatakan harapan mereka untuk bajet kali ini.

"Saya telah membaca komen-komen ini dan telah memanjangkan sebahagian besar daripadanya kepada Kementerian Kewangan untuk mengkaji kemungkinan dimasukkan dalam bajet atau dalam program kerajaan yang lain,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, perkara kedua yang banyak dibangkitkan ialah cukai dan subsidi, dengan terdapat cadangan supaya lebih banyak rebat cukai diberi kepada keluarga golongan muda selain cara untuk menyediakan bantuan kewangan bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

Najib berkata, satu lagi perkara yang menjadi tumpuan ialah pendidikan, di mana terdapat kebimbangan yang dilahirkan mengenai mutu pendidikan dan kosnya yang meningkat. – Bernama

Ku Li mahu parti komponen BN bersatu tenaga rampas DUN Galas




2010/10/14

GUA MUSANG: Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata semua pihak baik dalam UMNO dan BN kini bersemangat tinggi untuk merampas kembali kerusi DUN itu pada pilihan raya kecil 4 November ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, untuk merealisasikan hasrat itu beliau mahukan semua pihak dapat bersatu tenaga bersamanya sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.
"Kita akan lakukan terbaik...saya harap kita dapat menjalankan kerja dengan baik dengan kerjasama semua pihak.
Click Here
"Saya baru sampai (ke Gua Musang) hari ini tetapi saya mendapat laporan semua pemimpin di peringkat cawangan dan semua pihak yang lain sudah bersemangat dan insyaAllah kita akan gerakkan jentera dengan bantuan semua orang," kata Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang kepada pemberita sewaktu ditemui sebelum menghadiri mesyuarat khas bahagian itu di sini hari ini.

Sejak dilantik sebagai pengarah jentera pilihan raya, Tengku Razaleigh pulang ke sini buat pertama kalinya pada 4.30 petang bagi persiapan jentera BN menghadapi pilihan raya kecil itu.

Mengulas mengenai mesyuarat khas itu, Tengku Razaleigh berkata ia bagi membincangkan beberapa agenda termasuk senarai nama calon yang akan dicadangkan untuk mewakili BN pada pilihan raya kecil itu nanti.

"Mesyuarat ini nanti akan mencadangkan beberapa nama yang layak untuk diangkat sebagai calon tetapi apapun keputusan akhir terletak di tangan Presiden UMNO, (Datuk Seri Najib Razak).
"Semua boleh bertanding kalau layak di bawah Perlembagaan negeri dan undang-undang negeri dan calon mestilah ahli UMNO asalkan kelayakannya untuk bertanding ada," katanya.

Mengulas spekulasi bahawa nama Setiausaha UMNO bahagian itu, Aziz Shamsuddin, dan Ketua Pemuda UMNO bahagian, Bazlan Baharuddin, yang disebut-sebut sebagai calon, Tengku Razaleigh berkata: "Saya tidak tahu dan terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti (untuk memutuskan senarai calon)".

Tengku Razaleigh juga berkata, tarikh pengumuman calon juga terletak di tangan presiden parti walaupun ada pihak yang mengatakan tarikh pengumuman pada 24 Oktober ini agak lewat berbanding PAS yang akan mengumumkan calonnya dua hari sebelum itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon manakala 4 November depan untuk hari pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat barah usus pada 27 September lalu. - BERNAMA

October 7, 2010

Kenaikan harga susu tak dapat dielak – Ismail Sabri

SEREMBAN 7 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini sekiranya harganya meningkat di pasaran dunia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga penjualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia.

"Kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang tempatan terpaksa menanggung kos belian import yang tinggi.

"Biasalah, apabila kita beli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun, buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan di Seremban 2 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lepas. – Bernama

Tarikh Tutup Permohonan Matrikulasi 2011/2012 Dilanjutkan Sehingga 30 Nov

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi bagi sesi 2011/2012 dilanjutkan dari 10 Okt kepada 30 Nov ini, menurut Kementerian Pelajaran.

Kenyataan kementerian itu pada Khamis menyatakan bahawa semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang baru di http://apps.emoe.gov.my/permohonan_matrikulasi.

Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) pula boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM6 bagi permohonan melalui internet.

Orang ramai boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-88844036/4040 mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja) untuk maklumat lanjut.

-- BERNAMA

Muhyiddin Mahu Peruntukan Pendidikan Vokasional Ditambah


Dari kiri: Riordan, Muhyiddin mendengar penerangan Maggie Connors (kanan) mengenai latihan kemahiran yang ditawarkan di TAFE NSW, Sydney Institute. Foto: Shaifuldin Ahmad


SYDNEY, 7 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu permohonan jumlah peruntukan bagi pendidikan vokasional dalam Bajet 2011 ditambah selaras dengan usaha kerajaan untuk mengarusperdanakan pendidikan vokasional di negara ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau tidak berpuas hati dengan jumlah peruntukan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran dalam cadangan bajet bagi kementerian itu.

"Saya telah diberi taklimat mengenai program kita untuk dua tahun akan datang dan saya telah mengarahkan kementerian supaya membuat pindaan yang besar.

"Saya kurang berpuas hati dengan apa yang mereka cadangkan dalam bajet kali ini kerana peruntukan untuk vokasional nampaknya tidak mencukupi," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Institut TAFE NSW di sini Khamis.

Beliau kini dalam lawatan kerja lima hari ke Sydney dan Melbourne.

Muhyiddin berharap jumlah peruntukan untuk pendidikan adalah lebih banyak daripada yang biasa diperoleh memandangkan transfomasi dalam pendidikan vokasional adalah kritikal dan perlu dilakukan segera.

Timbalan Perdana Menteri berkata transformasi mengenai latihan vokasional perlu dibuat berdasarkan keperluan industri bagi memenuhi permintaan dalam pasaran kerja.

"Kita sekarang telah memulakan transformasi untuk bangunkan bidang vokasional tapi peratusan jumlah pelajarnya masih rendah iaitu lebih kurang 10 peratus sahaja dari jumlah keseluruhan pelajar kita. Ini tidak dapat menampung keperluan tenaga mahir.

"Disebabkan itu di peringkat kementerian kita telah mula mengorak langkah untuk memasuki bidang vokasional secara besar-besaran. Sasaran kita daripada 10 peratus yang kita ada sekarang ini kita nak tambahkan kepada 20 peratus," katanya.

Muhyiddin berkata beliau kini menunggu kementerian mengemukakan laporan lengkap mengenai rancangan menstrukturkan semula pendidikan vokasional yang dijangka diserahkan kepadanya bulan depan.

Mengenai kerjasama dengan institut TAFE, beliau berkata kementerian dan pengurusan institut itu akan memperhalusi bentuk kerjasama yang dapat dijalin.

"Kita berminat berkongsi kepakaran TAFE dalam melahirkan tenaga kerja mahir terutama kerjasama yang dijalankan dengan sektor swasta dalam merangka kurikulum dan memastikan graduan menepati keperluan industri," katanya.

Ditanya kemungkinan pendidikan vokasional dimulakan lebih awal termasuk di peringkat sekolah rendah, beliau berkata perkara itu akan dikaji dengan terperinci.

"Ada pandangan kata kita mulakan dari peringkat lebih awal...kita belum buat keputusan sama ada seawal UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah rendah)," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran diberi taklimat mengenai pendidikan teknikal dan vokasional di Institut TAFE Sydney oleh Pengarah TAFE NSW David Riordan.

-- BERNAMA