December 30, 2010

‘Teach For Malaysia’ pelengkap inisiatif: TPM

KUALA LUMPUR: Program ‘Teach For Malaysia’ yang dilancarkan semalam bakal melengkapi inisiatif penting yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata ini kerana program itu berkait rapat dengan dasar dalam Rancangan Malaysia ke-10 yang bertujuan membangunkan modal insan berkualiti.

“Sungguhpun fokus utama program ini adalah untuk membekalkan guru yang berkualiti kepada sekolah-sekolah berpencapaian rendah, program ini adalah berkait rapat dengan dasar di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

“Usaha ini adalah teras kepada percambahan inovasi dan pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi yang merupakan matlamat utama negara kita pada waktu ini,” katanya ketika berucap melancarkan program itu di sini.

Beliau berharap program itu akan dapat menarik minat graduan-graduan cemerlang akademik untuk menyumbang kepada sektor pendidikan.

Program ‘Teach For Malaysia’ atau ‘Mendidik Demi Malaysia’ berasaskan konsep mengajar sambil berbakti yang dipelopori oleh rangkaian global, Teach For All, yang memberi peluang kepada graduan cemerlang untuk berkhidmat kepada negara dengan menyertai profesion perguruan setelah menamatkan pengajian di universiti.

“Saya percaya dengan bakat dan ilmu yang dimiliki, para graduan cemerlang yang menyertai program ini akan dapat melaksanakan tugas sebagai guru dengan efektif, sekali gus membantu meningkatkan pencapaian murid terutamanya di sekolah-sekolah berprestasi rendah,” katanya.

Muhyiddin berkata Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara dan ketiga di Asia selepas India dan Cina yang melaksanakan inisiatif penting itu.

Katanya program itu telah dimasukkan dalam RMK-10 dan dikenal pasti sebagai program yang mampu memantapkan kualiti profesion keguruan di negara ini berdasarkan kejayaan yang telah dicapai di Amerika Syarikat dan United Kingdom melalui pelaksanaan Teach For America dan Teach First UK.

Kementerian Pelajaran menjalankan kajian awal untuk melihat kebolehlaksanaan program itu di Malaysia pada 2009.

Muhyiddin berkata kewujudan program itu merupakan satu petanda baik mengenai tahap penglibatan sosial yang tinggi dalam kalangan generasi muda negara bagi menangani isu dan cabaran pendidikan.

“Saya percaya sekiranya kita memberi sokongan yang padu kepada generasi muda kita untuk melaksanakan program ini, kita sebenarnya telah membuat satu pelaburan bijak untuk masa depan negara,” katanya.

Muhyiddin berkata penempatan peserta Mendidik Demi Malaysia di sekolah-sekolah berkeperluan tinggi akan bermula pada Januari 2012.

Program kerjasama Kementerian Pelajaran dan Yayasan Teach For Malaysia itu membuka permohonan penyertaan bermula 11 Jan tahun depan dan peserta terpilih diwajibkan menjalani kursus intensif selama lapan bulan di Insitut Aminuddin Baki sebelum ditempatkan di sekolah-sekolah terpilih selama dua tahun.

Latihan itu akan melayakkan peserta untuk menyertai profesopn perguruan sekiranya mereka berminat selepas menamatkan program berkenaan, katanya.

Pada sidang akhbar kemudian, Muhyiddin berkata beliau yakin program itu akan mendapat sambutan graduan berdasarkan jumlah permohonan bagi mengikuti profesion perguruan iaitu kira-kira 10,000 setiap tahun.

Seramai 50 peserta akan terlibat dalam sesi pertama program itu, dengan dua peserta ditempatkan di setiap sekolah yang berkeperluan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan belum menetapkan jumlah sekolah yang akan terlibat dalam program berkenaan. — Bernama

Kesihatan rakyat dijaga: PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperkenalkan Klinik Bot Bergerak hibrid untuk memberikan perkhidmatan kesihatan ke kampung-kampung yang dihubungkan melalui sungai di Malaysia Timur.

Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan rakyat dapat menikmati kesihatan yang lebih baik dan menerima pemeriksaan perubatan, ubat dan nasihat.

“Saya yakin bahawa dalam usaha kami mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi dan dalam semangat inklusif, kami tidak akan melupakan mereka yang serba kekurangan.

“Kami akan masuk ke hutan rimba dan menyusuri sungai-sungai terpanjang dan mendaki gunung tertinggi untuk memastikan semuanya bergerak seiring sebagai sebuah negara. Adalah menjadi impian saya agar semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, tanpa mengira di mana me-reka tinggal,” katanya dalam posting terbaru beliau semalam dalam blog 1Malaysia.

Najib berkata beliau juga amat berminat dan amat menghargai sekiranya para pembaca blog beliau itu dapat berkongsi pendapat dan cadangan mereka terhadap inisiatif itu.

Perdana Menteri berkata pada Januari lepas, beliau telah memperkenalkan Klinik 1Malaysia di kawasan-kawasan bandar untuk menyediakan rawatan dan penjagaan kesihatan asas secara cepat dan murah untuk golongan berpendapatan rendah.

“Saya percaya Klinik 1Malaysia berjaya adalah kerana kami berupaya memberikan khidmat kepada rakyat dan meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar. Lagipun, individu yang sihat mampu menyumbang lebih ba-nyak kepada keluarga mereka, ekonomi dan pertumbuhan negara kita,” katanya.

Sebagai susulan kepada klinik 1Malaysia, Najib juga melancarkan Inisiatif Klinik Bergerak 1Malaysia pada awal bulan ini, yang menawarkan perkhidmatan penjagaan dan pemeriksaan ke-sihatan secara percuma ke kampung-kampung di kawasan pedalaman.

“Bas-bas ini akan membawa doktor, jururawat dan staf sokongan untuk merawat mereka yang sakit dan memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti di tempat-tempat yang tidak ada klinik dan hospital,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu mene-pati dua intipati dalam Bidang Ke-berhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah dan meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.

Najib berkata Inisiatif Klinik Bergerak 1Malaysia akan bermula dengan empat buah bas untuk pergi ke kawasan-kawasan yang memerlukan yang telah dikenal pasti di seluruh negara.

Bas itu akan mengunjungi se-hingga 40 buah kampung dalam sebulan untuk memberikan rawatan kesihatan yang diperlukan termasuk pemeriksaan dan ubat-ubatan, kata Najib.

Kebanyakan kes akan dikendalikan oleh staf pada masa itu juga manakala kes yang lebih serius akan dirujuk ke hospital atau pusat perubatan di bandar terdekat, katanya. — Bernama

Jambatan Sungai Sarikei dijangka siap lebih awal

SARIKEI: Jambatan Sungai Sarikei yang menghubungkan kawasan Merudu, Baji dan kawasan sekitarnya yang bernilai RM1.3 juta bakal siap lebih awal daripada jadual yang telah ditetapkan.

DALAM PEMBINAAN: Jambatan Sungai Sarikei dalam proses pembinaan dan telah siap pada kadar 71 peratus.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian (Industri Makanan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Repok Datuk David Teng berkata, jambatan tersebut dijadualkan siap sepenuhnya pada bulan September 2011.

“Pada masa sekarang pembinaan jambatan sepanjang 124.8 meter itu pada tahap 71 peratus siap dan sekiranya tiada apa-apa masalah ia akan digunakan menjelang pertengahan tahun depan.

“Dalam melaksanakan tugasan ini komitmen daripada semua pihak amat kami perlukan terutama daripada pihak kontraktor yang terbabit, dalam memastikan setiap perkara yang dirancang dan dilakukan berada pada landasan yang betul serta berjalan lancar.

“Pada masa akan datang kami akan le-bih kerap mengadakan pemeriksaan dan pemantauan ke lokasi-lokasi terdapatnya projek kerajaan sama ada yang melibatkan pebelanjaan yang besar ataupun tidak.

“Ini bagi memastikan setiap kerja yang dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan dan mengikut perjanjian yang telah ditandatangani,” kata Teng.

Beliau berkata demikian sewaktu melawat tapak pembinaan jambatan yang menyeberangi Sungai Sarikei di Jalan Merudu/Baji kira tujuh kilometer dari pusat bandar Sarikei, semalam.

Turut melawat lokasi terbabit ialah Ahli Parlimen Sarikei, Ding Kuong Hiing, konsultan dan pihak kontraktor yang terbabit dengan pembinaan terbabit.

“Pembinaan jambatan ini akan memudahkan kerajaan membangunkan kawasan terbabit dan menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

“Kerajaan sentiasa berusaha memberikan kemudahan dan memperbaiki ekonomi rakyatnya dalam memberikan peningkatan kepada semua aspek agar tiada siapa yang merasakan dirinya ketinggalan daripada arus pembangunan.

“Dengan itu bagi memudahkan kerajaan menjalankan setiap perancangan yang telah diatur dan disediakan pada tahun depan, sokongan daripada semua pihak amat diperlukan kerana tiada kerajaan lain yang lebih prihatian terhadap rakyatnya selain daripada kerajaan Barisan Nasional,” tegas Teng.

“Ini bagi memastikan setiap kerja yang dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan dan mengikut perjanjian yang telah ditandatangani,” kata Teng.

Beliau berkata demikian sewaktu melawat tapak pembinaan jambatan yang menyeberangi Sungai Sarikei di Jalan Merudu/Baji kira tujuh kilometer dari pusat bandar Sarikei, semalam.

Turut melawat lokasi terbabit ialah Ahli Parlimen Sarikei, Ding Kuong Hiing, konsultan dan pihak kontraktor yang terbabit dengan pembinaan terbabit.

“Pembinaan jambatan ini akan memudahkan kerajaan membangunkan kawasan terbabit dan menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

“Kerajaan sentiasa berusaha memberikan kemudahan dan memperbaiki ekonomi rakyatnya dalam memberikan peningkatan kepada semua aspek agar tiada siapa yang merasakan dirinya ketinggalan daripada arus pembangunan.

“Dengan itu bagi memudahkan kerajaan menjalankan setiap perancangan yang telah diatur dan disediakan pada tahun depan, sokongan daripada semua pihak amat diperlukan kerana tiada kerajaan lain yang lebih prihatin terhadap rakyatnya selain daripada kerajaan Barisan Nasional,” tegas Teng.

December 25, 2010

Felda bayar Bonus Insentif Produktiviti RM100.9 juta

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Beliau berkata, kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.

"Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.

"Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

K’jaan BN berjaya transformasi S’wak jadi negeri progresif maju

KUCHING: Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya mentransformasikan Sarawak daripada negeri yang bergantung kepada hasil pertanian kepada sebuah negeri yang progresif maju yang akan menjadikannya sebagai salah satu daripada pemain ekonomi utama di Asia Tenggara.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri sentiasa aktif dalam mempelbagaikan dan memperluaskan dasar ekonomi supaya rakyat tidak bergantung kepada aktiviti ekonomi tradisional.

“Sarawak telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi kira-kira 5.4 peratus pada 2010 yang melebihi ramalan peningkatan 4.5 peratus.

“Pertumbuhan ini ekoran daripada beberapa projek infrastruktur utama yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan sebahagian daripadanya adalah projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE),” katanya melalui perutusan sempena sambutan Hari Krismas 2010 dan Tahun Baru 2011 dalam kenyataan media yang dikeluarkan Khamis lepas.

Taib menjelaskan transformasi ekonomi akan menumpukan kepada peningkatan perkongsian dalam sektor kedua seperti aktiviti tambah nilai termasuk perkayuan dan produk pertanian dan juga sektor ketiga seperti komunikasi dan pengangkutan.

Namun paling penting kata beliau, adalah transformasi harus melibatkan kewujudan sumber baru dalam pertumbuhan ekonomi.

Dalam perkara berkenaan ujarnya kerajaan negeri akan melakukan usaha gigih untuk memperluaskan asas dan kepelbagaian ekonomi.

“Pada saat ini apa yang kita paling tekankan adalah dalam pembangunan SCORE bagi memajukan pelbagai industri dI lima kawasan utamanya iaitu Tanjung Manis, Samalaju di Bintulu, Ulu Baram dan Tunoh di Kapit.

“Inisiatif SCORE ini akan merangkumi kawasan yang besar iaitu 320 kilometer persegi dan pembangunan berkenaan akan kita capai menjelang 2030,” katanya.

Melaluinya kerajaan negeri kata Taib, akan memastikan pertumbuhan berkenaan terus mapan dan ia akan memberi manfaat dari segi kekuatan ekonomi, peluang pekerjaan yang banyak, pendidikan terbaik dan kemudahan kesihatan dan pemantauan rapi bagi memastikan kesan alam sekitar dipelihara.

Malahan bagi melangkah terus ke arah mentransformasikan Sarawak, kerajaan negeri juga menekankan mengenai pembangunan modal insan berkualiti yang memiliki kemahiran dan pengetahuan tinggi untuk industri.

Katanya sejak kemerdekaan, Sarawak telah berjaya melangkah ke hadapan bagi mencapai kemajuan dan kemodenan.

“Masyarakat kita menikmati kehidupan yang baik, keluar daripada kemiskinan dan halangan serta mendapat faedah daripada pembangunan politik.

“Namun apa yang paling penting adalah rakyat telah membangun dari segi minda ‘self-help’, bekerja untuk memperbaiki diri daripada situasi menunggu untuk mendapatkan bantuan atau kerajaan,” tegasnya.

Beliau menyifatkan ia merupakan perubahan penting bagi membolehkan rakyat Sarawak mengekalkan standard kehidupan yang memberi faedah dalam sebuah negara yang merdeka.

Katanya pada 1963, negeri ini telah menyaksikan hanya 4,000 kenderaan yang didaftarkan di jalan raya namun pada hari ini ia setengah juta, tidak termasuk motosikal.

Selain itu Sarawak telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan yang membelenggu rakyat sejak 1963.

Kadar kemiskinan telah berjaya dikurangkan hampir 80 peratus pada awal tahun 60-an kepada tujuh peratus kini.

Beliau berkata dengan perkara itu ia harus mengubah persepsi dunia bahawa Malaysia bukan lagi negara miskin atau sedang membangun, kerana Malaysia boleh dikatakan negara membangun awal daripada tahun 2020.

“Untuk ini masyarakat seharusnya berasa bertuah sebagai rakyat Sarawak dan warga Malaysia kerana mereka dapat menikmati kemajuan dan kesejahteraan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional yang dinamik dalam membina negara yang stabil dan harmoni.

“Kemajuan hebat ini membolehkan rakyat bebas dan berkemampuan untuk menentukan masa depan mereka,” katanya.

Namun kata Taib rakyat juga harus mempertimbangkan aspirasi generasi baru, kerana mereka yang akan menerajui negara, bukan sahaja hanya menikmati makanan untuk dimakan, pakaian untuk dipakai, rumah untuk tinggal tetapi lebih daripada itu.

Generasi muda katanya perlu memainkan peranan mereka sendiri dan mereka harus bekerja gigih untuk menaik taraf kemahiran profesional mereka dan kebolehan serta pengetahuan bagi membolehkan mereka menyumbang secara positif ke arah pembangunan negeri terutamanya peluang dalam SCORE.

Beliau dalam pada itu yakin Sarawak menjadi lebih maju dan sejahtera menjelang 2030 sekiranya sumber tenaga negeri ini dieksploitasikan sepenuhnya.

Ia katanya, melibatkan nilai bilion ringgit pelaburan kepada Sarawak dan ia akan menjadikan negeri ini terus mencapai kestabilan politik dan keberkesanan kerajaan dengan perpaduan rakyat.

“Saya dengan ini mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia khasnya mereka yang beragama Kristian di Sarawak Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru,” katanya.

Sumber : Utusan Borneo

December 22, 2010

1Malaysia bukan ciplak: PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa ter-kilan dengan dakwaan bahawa konsep 1Malaysia diciplak dari negara lain.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘pendustaan besar,’ Najib sebaliknya menegaskan konsep yang diperkenalkan sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara itu merupakan ciptaannya sendiri.

“Konsep 1Malaysia tidak di-ciplak dari negara lain… ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini… tetapi tidak ada di dunia ada ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’,” katanya ketika ber-ucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini semalam.

Dalam nada tegas, Najib berkata, kerajaan melangkah ke hadapan berasaskan kepada realiti dan bukannya sesuatu yang menjadi satu igauan atau yang direka.

“Amat mudah untuk kita buat sesuatu sebagai ‘politik janji’ tetapi apakah perkara itu yang berdasarkan pendekatan yang amat populis akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya?” soal beliau sinis.

Najib berkata untuk memba-ngunkan negara dan sebagai ke-rajaan yang bertanggungjawab, harus mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang juga penuh tanggungjawab.

“Kerajaan bertanggungjawab memerlukan dasar-dasar yang bertanggungjawab… bukannya sesuatu yang kita lemparkan sebagai janji tetapi tidak berasas kepada realiti sebenar,” katanya.

Najib sebelum ini dibidas beberapa pihak, khususnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya kerajaan, melalui firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide menciplak konsep 1Malaysia, berdasarkan konsep One Israel yang dicipta syarikat itu untuk Israel pada 1999.

Dakwaan itu menyebabkan Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rak-yat selama enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati dakwaan itu tidak benar.

Selain Anwar, tiga lagi anggota Parlimen pembangkang, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) turut menerima nasib sama setelah didapati menghina dewan atas isu yang sama. Dalam pada itu, menyentuh isu bonus kepada penjawat awam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan akan diberikan sebaik mungkin sekiranya kedudukan kewangan kerajaan adalah kukuh.

Dengan nada berseloroh, beliau berkata, kerajaan faham apa yang dimahukan oleh CUEPACS, tetapi katanya kerajaan harus bersikap realistik dalam perbelanjaannya.

“Kita akan buat yang terbaik (untuk rakyat) tetapi terbaik itu dalam konteks yang termampu… saya paling suka kalau boleh bagi bonus kerana saya dapat lihat 1.3 juta penjawat awam seronok, muka ceria, senyum… tetapi kita harus bersikap realistik… kita tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, kerajaan tidak mahu terpaksa meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semata-mata untuk membayar gaji penjawat awam.

“Kalau kita buat itu, tunggu masa kita akan menjadi negara yang ditadbir oleh IMF. Kalau IMF sudah mentadbir tidak ada gunanya kemerdekaan yang telah diperjuangkan, tidak ada maknanya kalau kemerdekaan dan kedaulatan kita dikuasai oleh badan antarabangsa seperti IMF,” kata beliau.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 1,171 perwakilan yang hadir, Najib turut mengingatkan penjawat awam, khususnya mereka yang bertugas di barisan hadapan supaya memahami Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan.

Katanya ia penting kerana layanan penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan itu merupakan cermin kepada imej kerajaan.

“Yang bertugas di barusan hadapan ini mesti tahu bahawa layanan yang diberikan itu adalah cerminan imej kerajaan. Kalau kita buat program transformasi tetapi di peringkat barisan hadapan ini tidak berlaku perubahan kerangka minda, maka akan berlakulah rasa kecewa.

“Mereka (rakyat) akan rasa kecewa dengan kerajaan kerana apa yang dilaungkan peringkat tertinggi sebagai dasar untuk dilaksanakan tidak sampai ke peringkat barisan hadapan dalam kerajaan,” katanya yang turut menggesa CUEPACS memainkan peranan memastikan berlakunya perubahan di peringkat berkenaan.

Selain itu katanya, penjawat awam juga harus melakukan perubahan minda untuk menerima secara terbuka dan mempermudahkan kemasukan warga asing untuk berkhidmat dalam kerajaan.

Katanya, penjawat awam tidak harus memendam rasa curiga kepada warga asing itu kerana apa yang lebih penting adalah untuk mendapatkan kepakaran warga asing tersebut untuk memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara-negara luar. — BERNAMA

Juhar dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah

KUALA LUMPUR 22 Dis. — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mengurniakan surat cara pelantikan kepada Datuk Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru.

Istiadat itu, yang berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Presiden Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan (Upko), Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Juhar, 57, Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10, menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Dis ini.

Juhar adalah antara pemimpin Sabah yang terlibat dengan rundingan USNO/UMNO untuk kemasukan UMNO ke negeri itu pada 1991.

Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (1990-1999), Ahli Parlimen Kinabatangan (juga 1990-1999) dan Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi (2003-2008).

Pemegang ijazah sarjana muda dalam undang-undang ini sebelum itu pernah menjadi majistret.

Jawatan terkini beliau adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. - Bernama

December 9, 2010

Prasarana Mesra Keluarga Ditempat Kerja Bukan Hanya Isu Wanita

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan penyediaan prasarana mesra keluarga di tempat kerja bukan hanya untuk kepentingan golongan wanita, tetapi turut memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi di negara ini.

Beliau berkata Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) menyatakan Keluaran Domestik Kasar Malaysia mampu tumbuh sebanyak dua hingga lima peratus setahun jika kadar penyertaan buruh wanita meningkat dari 47 kepada 70 peratus.

"Statistik sekarang menunjukkan wanita mewakili 46 peratus daripada golongan profesional di negara ini," katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Wanita 2010 'Cabaran Arah Pemikiran: Mengubah Kehidupan' di sini.

Shahrizat berkata penglibatan wanita dalam bidang profesional di negara ini agak jauh ketinggalan berbanding negara lain seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat yang mencapai kira-kira 70 peratus penglibatan wanita dalam bidang professional.

Justeru itu katanya sikap sesetengah majikan yang menganggap susah untuk menyediakan prasarana di tempat kerja seperti pusat penjagaan kanak-kanak harus diubah kerana ia turut memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi.

"Antara suka atau tidak penyediaan prasarana yang mesra keluarga mesti dibuat oleh semua majikan termasuk kementerian lain, ia bukan hanya isu wanita tetapi juga isu ekonomi dan sosial," katanya.

Beliau berkata semua majikan harus memainkan peranan yang penting bagi memastikan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan (keluarga) bagi pekerja wanita dipelihara dan dijaga.

-- BERNAMA

Selangor terima lebih RM1 bilion selenggara jalan negeri

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.156 bilion kepada Selangor sehingga 30 September ini bagi membantu meningkatkan infrastruktur jalan di negeri itu meliputi tempoh empat tahun bermula 2007.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata peruntukan itu diberi bagi membantu kerajaan Selangor menyelenggara jalan negeri di bawah Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri, mengikut peruntukan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang bertanya mengenai jumlah peruntukan infrastruktur yang telah disalurkan ke Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah sepanjang tempoh itu.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut memberi pecahan peruntukan yang disalurkan kepada Selangor iaitu RM276.7 juta (2007), RM300.9 juta (2008), RM315.6 juta (2009) dan RM263 juta (setakat September 2010).

Sejumlah RM175.65 juta telah diperuntukkan kepada Pulau Pinang bagi tempoh empat tahun manakala Kelantan memperoleh RM284.3 juta dan Kedah RM479.45 juta bagi tempoh sama. - BERNAMA

Bukan kuasa ketua kaum

Pengesahan pemilikan tanah NCR hanya boleh dilakukan oleh JTS: Manyin

TERIMA KASIH: Manyin (depan, tiga kanan) bergambar bersama penerima-penerima cek pampasan tanah bahagian Samarahan, di Dewan Masyarakat Serian, di Kuching semalam.

SERIAN: Dato Sri Michael Manyin mengingatkan ketua-ketua kaum agar tidak bertindak sendiri bagi mengesahkan pemilikan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Menteri Pembangunan Infra-struktur dan Perhubungan itu berkata pengesahan pemilik ta-nah NCR hanya boleh dilakukan oleh Jabatan Tanah dan Survei melalui prosedur yang ditetapkan dan ia bukan bidang kuasa mereka (ketua kaum).

“Ini kerana ada ketua kaum yang mengatakan tanah NCR ini milik individu tertentu.

“Sebab itu, saya mahu mengingatkan ketua-ketua kaum agar jangan mengesahkan ini (tanah NCR) milik sesiapa ataupun bukan,” katanya.

Beliau menegaskan demikian semasa berucap sempena majlis penyampaian cek pampasan ta-nah bahagian Samarahan, di Dewan Masyarakat Serian, di sini semalam.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Te-bedu itu kemudiannya mengatakan pengesahan pemilik tanah NCR oleh pihak-pihak tertentu diterima sekiranya ia berasaskan bukti-bukti kukuh.

Katanya, timbul beberapa kes terhadap pengesahan pemilik tanah NCR di mana dua pihak saling mengaku sesuatu tanah NCR itu adalah milik sendiri dan kemu- diannya melalui pengesahan oleh ketua kaum, penghulu dan sete-rusnya Mahkamah Bumiputera.

Namun, katanya selepas keputusan pengesahan pemilikan dibuat, perebutan tersebut akan berulang menyebabkan isu sedemikian tidak pernah selesai.

“Apabila balik ke kampung semula, pihak yang kalah ini akan mengaku semula tanah NCR yang direbut itu lalu menanam lada, getah dan sebagainya.., jadi ia tidak pernah selesai,” katanya.

Susulan itu, katanya kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mendokumenkan semua tanah NCR sebagai langkah mengu-rangkan pertikaian terhadap ta-nah NCR terutamanya dalam masyarakat Bidayuh.

Sementara itu, Manyin ber-kata bayaran pampasan bernilai RM3.68 juta kepada seramai 181 penerima menunjukkan bukti jelas kerajaan tidak merampas tanah rakyat.

“Kerajaan mengiktiraf hak rakyat terhadap tanah NCR walaupun tanah tersebut tidak mempunyai geran,” katanya.

Justeru itu, katanya isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan me-rampas tanah rakyat hanyalah untuk tujuan meraih undi.

“Rakyat harus sedar mereka yang mengata kerajaan sedemikian hanya untuk meraih undi sahaja,” ujarnya.

Pampasan tanah tersebut di-berikan kepada pemilik, berikutan pe-laksanaan projek menaik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Tebedu dan SK Koran, Serian, menaik taraf Jalan Krusen/ Rituh/Tebakang Taup, Serian, pelaksanaan Skim Perparitan Terkawal Bukar Serian dan Ladang Ternakan Pasir Putih, melibatkan tapak seluas 626.30 hektar.

December 3, 2010

Tempoh pajakan tanah boleh dilanjut 99 tahun

Memenuhi kehendak rakyat yang bimbang hilang tanahKUALA LUMPUR: Kerajaan-kerajaan negeri kini boleh memperbaharui tempoh pegangan baru tidak melebihi 99 tahun kepada mana-mana pemilik tanah berstatus pajakan yang bercadang memohon ‘pembaharuan’ atau ‘pelanjutan’ tempoh pegangan pajakan sedia ada sebelum tempoh pegangan tersebut luput.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu terkandung dalam kertas panduan yang menjamin ‘pembaharuan’ atau ‘pelanjutan’ tempoh pegangan pajakan itu yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Ke-66 Majlis Tanah Negara di sini semalam.

Beliau berkata, pelaksanaan dasar itu akan dapat memenuhi kehendak rakyat yang sebelum ini bimbang akan kehilangan tanah mereka.

Bagaimanapun, pegangan baru itu hanya akan dibenarkan sekiranya tanah tersebut tidak diperlukan oleh kerajaan untuk tujuan awam, katanya.

Muhyiddin berkata, pelaksanaan dasar itu merupakan panduan kepada kerajaan negeri dengan termaktub kepada enam syarat utama termasuk hanya terbuka kepada tanah pajakan berkategori ‘bangunan’ atau ‘perusahaan’ atau ‘pertanian’.

“Pemilik tanah boleh memohon pada bila-bila masa untuk menyambung pajakan dan tidak terikat dengan baki pajakan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, pemohon dikehendaki membuat permohonan serentak bagi menyerah balik tanah mengikut seksyen 197 Kanun Tanah Negara (KTN) dan Borang Jadual 1 Kaedah Tanah Negeri untuk pemberimilikan tanah mengikut tatacara perundangan sedia ada di bawah KTN dan kaedah-kaedah Tanah Negeri.

Pelanjutan tempoh pegangan baru juga tidak boleh melebihi 99 tahun sekiranya tanah tidak diperlukan oleh kerajaan untuk tujuan awam selain tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang bertulis berkuat kuasa, katanya. — Bernama

17,927 unit netbook diagihkan

KUANTAN 30 Nov. - Sebanyak 17,927 unit netbook 1Malaysia diagihkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah bagi fasa pertama di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengedarkan netbook 1Malaysia melalui 37 buah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) bagi fasa pertama.

"Setiap PJK akan menerima sebanyak 500 unit netbook dan akan diagihkan kepada sekolah-sekolah yang berhampiran dengan jarak yang munasabah.

"Sementara itu, pelajar yang layak dari sekolah yang tidak tersenarai atau berhampiran PJK akan dimasukkan di bawah peruntukan pemberian netbook 1Malaysia bagi fasa kedua," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abu Bakar Harun (BN- Chini) mengenai pengagihan netbook 1Malaysia kepada pelajar sekolah-sekolah di Pahang.

Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Seri Pahang di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sharkar, pemberian netbook itu merupakan usaha untuk membantu mencapai sasaran 50 peratus penembusan jalur lebar isi rumah menjelang akhir tahun ini termasuk membudayakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) agar menjadi gaya hidup rakyat.

Dalam itu, katanya, pemberian netbook fasa kedua bagi Pahang akan melibatkan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh SKMM, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang ditubuhkan pada 1 Oktober lalu.

Tambahnya, nama-nama penerima akan diselaraskan oleh PPD selepas pihak sekolah mengeluarkan senarai nama yang layak berdasarkan kriteria ditetapkan.

Sumber : Utusan Malaysia Online

PBB likely to field 10 new faces

Taib does not deny the possibility of dropping 10 incumbents in next state election

IMPRESSIVE: Taib (third right) is briefed on robotic technology. Jabu is at left, while Baharudin is at second left. — Photo by Chimon Upon

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) will likely field 10 new candidates in the coming state election.

PBB president and Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud did not deny the possibility when asked about the party’s latest developments for the election.

“If you (the media) say 10 are going to be replaced, then the preparations (for the state election) have to be quite advanced,” Taib told the media after launching the Sarawak Foundry and Engineering Industry Association Building and Automotive and Welding Institute of Sarawak at the Demak Laut Industrial Estate Phase II yesterday.

During the PBB convention last March, Taib had said the party would have at least 30 per cent new faces for the coming election.

Based on PBB’s allocation of 35 seats in the State Legislative Assembly (DUN), 30 per cent of that figure would translate into at least 10 new candidates.

Taib also announced during the convention that three former assistant ministers who were

dropped from the state cabinet last December — Datuk Hamden Ahmad, Datuk Bolhassan Di and Datuk Ambrose Blikau Enturan — had hinted they would also not seek re-election.

Sadong Jaya assemblyman Datuk Wan Wahab Wan Sanusi confirmed in his debate during the recent DUN sitting that he would not defend his seat in the coming election.

Others rumoured to be giving way to new blood are Saribas assemblyman Dr Wahbi Junaidi, Lingga assemblywoman Simoi Peri and Kedup assemblyman Frederick Bayoi Manggie.

A PBB insider said the other three names were still unknown, but added that Taib was likely to make an announcement soon.

“It is a known fact that the party has always stressed the importance of revitalising itself by injecting new blood especially with the youth to continue strengthening the party,” said the source.

PBB won all its 35 seats during the state election in May 2006.

Among those present at yesterday’s function were Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Minister in the Chief Minister’s Office Datin Fatimah Abdullah, Sarawak Foundry and Engineering Industries Association chairman Datuk Kho Kak Beng as well as Automotive and Welding Institute of Sarawak managing director Baharudin Abdullah.


Source : The Borneo Post