May 28, 2011

Polis lancar ‘Operasi Mabuk’ sempena perayaan Hari Gawai

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak akan melancarkan ‘operasi mabuk’ sempena perayaan Hari Gawai yang disambut Rabu ini.

Menurut Timbalan Ketua Balai Polis Daerah Kuching Abang Ahmad Abang Julai, operasi itu diadakan sepanjang kempen keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini.

“Kami tidak akan mendedahkan bila kami akan mengadakan operasi ini dan apa yang pasti kami adakan pada sebelah malam di beberapa tempat termasuk di pusat hiburan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Gawai di kawasan Enter Plus Resources Sdn Bhd, Batu 13, Jalan Kuching-Serian semalam.

Abang Ahmad berkata, pemandu yang berada dalam pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan akan dikenakan denda oleh mahkamah.

Jelasnya, semasa operasi itu dijalankan nanti, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kami mempunyai anggota yang terlatih yang akan memeriksa pemandu yang minum minuman keras terutamanya pada Hari Gawai ini.

“Jika kami mendapati mereka ini melebihi had yang telah ditetapkan mereka akan didakwa di mahkamah dan denda akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya.

Tambahnya, setiap kali operasi dijalankan seramai lima hingga enam orang didapati melebihi had alkohol ditetapkan.

“Jadi saya menasihatkan kepada pengguna jalan raya, jika mereka masih mabuk janganlah memandu kenderaan bagi mengelakkan diri terlibat dalam kemalangan,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap dengan kempen keselamatan yang dilancarkan itu, ia dapat mengurangkan kadar kes kemalangan di negeri ini.

Kadar kenaikan tarif elektrik tidak membebankan

KUALA LUMPUR 27 Mei - Kenaikan tarif elektrik yang dijangka diumumkan Isnin ini, bukan kejutan yang membebankan.

Ketua ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng berkata, kenaikan tarif elektrik yang diluluskan oleh Kabinet adalah sudah dijangkakan.

Beliau berkata, kerajaan sejak awal-awal lagi membayangkan bakal berlakunya kenaikan tarif elektrik terutamanya ketika harga bahan bakar dan minyak mentah mencecah lebih AS$110 setong.

"Pada pandangan peribadi saya, tarif itu mungkin menyaksikan kenaikan sekitar lima hingga 10 peratus, tetapi ia bukan muktamad kerana menteri berkaitan akan mengumumkannya Isnin ini,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia, di sini.

Kim Leng berkata, sebagai mengulas keputusan Majlis Ekonomi Negara (NEC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Butiran terperinci kenaikan tarif itu akan diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin ini.

Kim Leng berkata, kenaikan tarif elektrik itu diramal tidak akan memberikan kesan besar kepada masyarakat meskipun kadar inflasi dijangka meningkat sedikit.

Katanya, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan tersebut kerana kerajaan tidak boleh selama-lamanya menanggung subsidi.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Perancangan Strategik Bank Islam Malaysia Bhd., Azrul Azwar Ahmad Tajudin menyatakan kebimbangannya, rakyat akan menerima kesan berganda jika sebarang kenaikan tarif elektrik berlaku.

Katanya, situasi itu disebabkan oleh beban yang ditanggung oleh industri akan disalurkan kepada para pengguna melalui harga produk yang dihasilkan.

"Maka pengguna terpaksa menanggung dua kenaikan dalam masa yang sama iaitu kenaikan bil elektrik di rumah dan juga harga barangan.

"Tekanan berganda ini secara langsung boleh mungkin boleh menyumbang kepada kenaikan inflasi," jelasnya.

Tambahnya, kerajaan pasti sudah membuat perancangan terbaik ketika ini dan kemungkinan kenaikan tidak begitu besar iaitu sekitar lima hingga 10 peratus sahaja.

Sementara itu, Pakar Ekonomi Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam berkata, kenaikan itu baik dalam usaha kerajaan mengurangkan beban hutangnya.

Bagaimanapun, beliau meminta subsidi atau pelepasan bayaran harus diberikan kepada golongan berpendapatan rendah yang pastinya berdepan dengan kesan inflasi.

"Pelepasan itu harus dihadkan supaya mereka tidak menggunakan tenaga secara berlebihan," katanya.

Navaratnam juga meminta kerajaan mengadakan perbincangan bersama penjana tenaga bebas (IPP) bagi mengkaji semula kadar pemberian subsidi setelah mereka selama ini menikmati keuntungan berlipat kali ganda daripada faedah berkenaan.

SUPP buat rombakan besar

ROMBAK PARTI: Dr Chan bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat CWC di Kuching semalam.

Lima pemimpin tertinggi tidak pertahan jawatan, pengerusi di semua cawangan akan ditukar: Dr Chan

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan melakukan rombakan besar-besaran ke atas pucuk pimpinan tertinggi parti dalam usaha memperkukuhkan lagi parti itu.

Presidennya, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata rombakan tersebut akan melibatkan jawatan tertinggi di peringkat induk dan juga cawangan.

Katanya, berikutan rancangan itu, parti akan mengadakan pameran bergerak ke semua cawangan di seluruh negeri untuk mencari dan memilih pemimpin baru yang muda bagi menerajui parti.

“Lima orang daripada kami di pucuk pimpinan tertinggi tidak akan bertanding mempertahankan jawatan pada Mesyuarat Agung Tri-Tahunan (TDC) yang dijudualkan pada hujung tahun ini.

“Saya sendiri tidak akan mempertahankan jawatan pada TDC akan datang termasuk Timbalan Setiausaha Agung I, Dato Sri Wong Soon Koh dan tiga orang lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), di Ibu Pejabat SUPP di sini semalam.

Dr Chan bagaimanapun enggan menyatakan nama-nama mereka namun membayangkan turut tidak akan bertanding ialah Setiausaha Agung, Senator Datuk Sim Kheng Hui dan Timbalan Presiden, Tan Sri Law Hieng Ding.

Rombakan itu kelak bakal melihat pertukaran jawatan pengerusi di setiap cawangan namun katanya, di kalangan mereka yang berjaya mempertahankan kerusi, mereka ada alasan munasabah untuk terus kekal.

Dalam usaha memperkasakan lagi parti, pihak SUPP juga katanya akan menambah penyertaan ahli-ahli wanita selain menarik lebih ramai golongan muda.

May 22, 2011

Tanah runtuh, 24 tertimbus

Kejadian membabitkan penghuni dan kakitangan rumah anak yatim Hulu Langat

TRAGEDI MENYAYAT HATI: Gambar kiri menunjukkan sebuah jengkaut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, semalam. Gambar di sebelah kanan pula menunjukkan pasukan penyelamat mengusung seorang mangsa yang berjaya dikeluarkan dari timbunan tanah runtuh tersebut. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan ka-kitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hida-yah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini, semalam.

Setakat jam 7 malam tadi, tiga mayat kanak-kanak ber-usia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera ber-usia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada jam 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada jam 5 petang semalam.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serba guna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada jam 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada jam 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga jam 7 malam tadi operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. Sementara itu, di Alor Gajah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masya-rakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terkejut dan sedih sebaik dimaklumkan mengenai tragedi berkenaan.

“Saya baru dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku ke atas sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat, satu kejadian yang amat menyayat hati. Saya difahamkan anak-anak yatim tersebut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu,” katanya.

Shahrizat, yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Beliau mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO segera menghulurkan bantuan kepada kanak-ka-nak dan keluarga terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu.

“Saya akan berhubung de-ngan pihak polis untuk mendapatkan laporan terperinci dan punca sebenar kejadian itu, dan bagaimana kementerian saya dapat membantu dan mengambil tindakan seterusnya,” katanya sambil meng-ucapkan takziah kepada ke-luarga mangsa.

Shahrizat berkata, pengusaha rumah kebajikan mestilah mematuhi undang-undang yang ditetapkan terutama daripada aspek keselamatan.

“Saya berharap rumah itu tidak dibina tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa,” katanya. — Bernama

Guna Internet untuk perluaskan perniagaan, kata Lee

INDAHNYA KRAF TEMPATAN: Lee (tengah) mencetak batik sebagai simbolik perasmian pelancaran Promosi Kraf Malaysia 2011 sambil diperhatikan oleh Dennis (kiri), Kijan (dua kiri) serta yang lain.

MIRI: Pengusaha digalak memanfaatkan penggunaan Internet sebagai salah satu cara untuk memperluaskan perniagaan mereka. Menteri Muda Komunikasi dan Sukan, Datuk Lee Kim Shin berkata, ia cara terkini bagi pengusaha mempelbagaikan pemasaran sesuatu perniagaan.

“Menerusi Internet, pengusaha boleh menjual barangan mereka secara ‘online’ dan ini dilihat sebagai cara efektif yang digunakan secara meluas di seluruh negara.

“Bahkan, pengusaha bukan sahaja boleh memasarkan barangan mereka yang secara langsung akan menarik minat pembeli dalam negara, tetapi turut menarik pembeli dari luar negara selain menjana pendapatan ekonomi,” katanya pada majlis perasmian pelancaran Promosi Kraf Malaysia 2011 yang berlangsung di Pusat Kraftangan Miri, petang semalam.

Justeru, menurut Lee, perusahaan secara ‘online’ juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan keunikan di negeri ini kepada pembeli.

Mengulas mengenai Promosi Kraf Malaysia 2011, Lee memberitahu acara tersebut sinonim dengan kekayaan masyarakat di Miri yang kaya dan terkenal dengan hasil kraf tangan tempatan yang begitu unik.

Jelas beliau, pengusaha kraf tangan perlu mempergiatkan promosi kraf tangan tempatan kepada masyarakat luar terutamanya pelancong asing, sekali gus membuktikan bahawa kualiti kraf tangan tempatan adalah setanding dengan negara luar.

“Pengusaha seharusnya mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan mutu dan kualiti perniagaan agar boleh memberi kepercayaan kepada masyarakat luar khususnya pelancong,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa program tersebut dapat membangunkan usahawan dengan memantapkan industri kecil dan sederhana yang dijalankan.

“Usaha pemantapan ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, saya percaya industri kraf boleh terus diperkukuhkan dan diyakini serta dapat menyumbangkan kepada pendapatan negara,” tambahnya.

Sementara itu, Promosi Kraf Malaysia 2011 selama enam hari bermula semalam sehingga Rabu depan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ia merupakan program anjuran Perbandanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM). Program berkenaan memperomosikan pelbagai kraf tangan tempatan yang bukan sahaja disertai oleh pengusaha kraf tempatan malah turut disertai pengusaha dari negeri lain seperti Melaka, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Sabah.

Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau, Datuk Bandar Miri Lawrence Lai Yew Son, Timbalan Datuk Bandar Mohd Chee Kadir, Pengerusi Majlis Pelancaran Promosi Kraftangan Malaysia 2011 Kaunselor Kijan Toynbee dan wakil Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak Salmi Mohd Isa.

Tunggu pengumuman rasmi pelarasan harga RON95

BERA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta rakyat menunggu pengumuman rasmi kerajaan berhubung pe-nyelarasan harga minyak, yang akan dibuat tidak lama lagi.

Beliau berkata, rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa harga RON95 akan naik dalam masa terdekat.

“Saya sentiasa maklumkan bahawa rasionalisasi subsidi akan kita buat pada hujung bulan ini, atau awal bulan depan, jadi jangan nak tuduh kerajaan itu ini sebab kita belum lagi naikkan apa-apa harga.

“Jadi, saya minta rakyat tunggu dulu, kalau nak kata kerajaan tidak bertanggungjawab dari segi jaga kepenti-ngan rakyat, sekarang ini subsidi untuk seluruh bahan petrol dan makanan meningkat sampai RM20.58 bilion kita tanggung, jadi macam mana boleh kata kerajaan tak ambil berat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ismail Sabri juga meminta pihak berkenaan agar meng-hentikan semua pembohongan dan spekulasi berhubung ke-naikan harga minyak kerana ia jelas bermotifkan politik.

Beliau berkata, perkara itu turut disebarkan di laman sosial seperti Facebook iaitu kononnya kerajaan akan menaikkan harga RON95 seba-nyak 30 sen selepas jam 12 ma-lam kelmarin, dan ia mencetuskan kekecohan di kalangan orang ramai.

“Janganlah kita percaya spekulasi itu, sabar dulu dan tunggu hingga Jun nanti, di mana kalau ada kenaikan harga, baru kita boleh beri komen dan sebagainya, dan setakat ini, perkara itu masih dalam tindakan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan mengambil kira semua faktor, termasuk kadar inflasi dan beban rakyat, ketika mengkaji ra-sionalisasi subsidi penyelarasan harga minyak. — Bernama

May 15, 2011

Nantikan khabar gembira sempena Hari Guru esok

KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumum- kan khabar gembira buat warga pendidik sempena dengan sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata: “Insya-Allah, tunggulah…”

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di sini semalam, Muhyiddin berkata cabaran baru warga pendidik kini amat mencabar dalam usaha kerajaan mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

“Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020,” katanya.

Turut hadir pada majlis yang disertai lebih 2,000 warga pendidik Pahang ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, peranan guru amat penting dalam mendidik anak bangsa bagi mewujudkan modal insan berkualiti pada masa depan.

Katanya, kerajaan juga telah menggariskan Pelan Trans- formasi Kerajaan (GTP) yang bakal menyediakan 33 juta peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang.

“Terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga manusia terlatih dan ia merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Dalam konteks menjadi negara maju, kita berhadapan de-ngan persaingan, kecekapan pengurusan, keupayaan men-jana sumber baru dan nilai tambah tinggi yang mana perkara itu berpandukan kepada penyediaan tenaga kerja terlatih,” katanya.

Beliau berkata kesemua per-kara itu memerlukan tuntutan warga pendidik yang mempunyai beban tugas mencabar bagi membentuk manusia terlatih.

Muhyiddin berkata tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat perwatakan sahsiah baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pe-lajar.

Beliau berkata, dalam tempoh akan datang, Kementerian Pelajaran juga akan membantu warga pendidik daripada segi kebajikan guru, perjawatan, peralatan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran. — Bernama

Kes liwat: Anwar ketahui nasibnya Isnin ini

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui nasibnya Isnin ini dalam perbicaraan di mana beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan sama ada Anwar akan diminta membela diri atau dibebaskan.

Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar.

Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.

Peguam utama Anwar Karpal Singh, ketika dihubungi Bernama, berkata beliau bersedia bagi sebarang kemungkinan dan telah menyiapkan persediaan jika Anwar diperintah membela diri.

“Saya tidak berminat untuk membuat spekulasi mengenai keputusan itu dan berharap mahkamah akan mengambil pertimbangan pada sesetengah kekurangan dalam kes pendakwaan,” kata Karpal.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, kerana kesalahan persetubuhan di luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Sungguhpun pasukan pembelaan pada mulanya berjaya memohon untuk kes itu didengar di mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi pada 3 Mac, 2009, membenarkan rayuan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.

Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Feb tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.

Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamh secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberikan keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.

Malah Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.

Mohd Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.

Pendakwaan memanggil 27 saksi, termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.

Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA ‘lelaki Y’ didapati di dubur Mohd Saiful yang pada hakikatnya adalah milik Anwar. — Bernama

500 units of ‘Rumah Mesra Rakyat’ to be built this year — Abg Johari

UNDU: The state is looking to build some 500 units of ‘Rumah Mesra Rakyat’ (RMR) low cost houses this year, following the RM50 million allocation from the federal government.

Through the allocation, about 340 units costing some RM22 million have been built throughout the state as of April, said Housing and Urban Development Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

“We are looking to build the 500 units in Sebuyau, Lingga, Maludan, Mukah, Bekenu, Lambir and also in Kuching,” he told a press conference here yesterday after inspecting the site of Kampung Lundu RMR scheme expansion project.

Abang Johari, who is also Tourism and Heritage Minister, added that there were also demand for RMR in the urban areas and that the government would be implementing the projects in stages, pointing out that the high demand had overtaken supply.

Touching on the Kampung Lundu project, he stated that a total of 28 units of RMR costing some RM2 million would be built.

“Five local Class F contractors have been appointed and construction will start immediately. Each unit would take some four to six months to complete.”

He disclosed that the state had been given a special concession for village expansion by the federal government.

This meant that although RMR houses must be built on a plot with existing land titles, under the special concession the houses could be built on new areas as a way to expand villages where successful applicants would be given houses and individual land titles, he explained.

“Now that we combined these two, the premium can be paid within 10 years so that it would not be expensive. Considering the low premium rate added with the already low house price, the people would only have to pay two thirds.

“This would be very convenient and beneficial to the rakyat,” he stressed, adding that successful applicants only needed to pay RM200 (as first month payment) to move in straight away.

Abang Johari also commended the RMR project as a way for the government to improve the people’s quality of life, thus meeting the nation’s Vision 2020 and high income society objective.

Giving his appraisal on the quality of RMR houses, he said every unit is built as a bungalow with three rooms and two bathrooms using bricks.

Meanwhile, the Kampung Lundu RMR scheme expansion project would see a total of 28 units built on a 4.05-acre piece of land.

The first stage would see the building of 10 units which are slated to be completed by October.

The five contractors for the project are B.D Resources, Nordiana Enterprise, Saini and Sons Trading, Gading Mountain Enterprise and Tylin General Contractor.

The RMR project is administered by the state and federal governments through the Housing Development Corporation and Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

Also present at the visit yesterday were Tanjung Datu assemblyman and Special Advisor in the Chief Minister’s Department Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, Pantai Damai assemblyman and Dayabuilders Sdn Bhd chairman Dr Abdul Rahman Junaidi, SPNB Public Housing Development head Datuk Ahmad Azizi Ali and Lundu District Officer Azmi Bujang.

May 7, 2011

Generasi muda, usahawan ICT harus libat diri dalam industri kreatif

Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Generasi muda, usahawan ICT harus libat diri dalam industri kreatif

Generasi muda, usahawan ICT harus libat diri dalam industri kreatif

Posted on May 7, 2011, Saturday

TEKNOLOGI 3D: Fadillah mencuba cermin mata teknologi 3D (tiga dimensi) semasa melawat salah sebuah ruang pameran yang menyertai Pameran PC 2011 PIKOM sambil disaksikan Ong (kiri) dan Andre (dua kiri). — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Generasi muda dan usahawan yang menceburi pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negeri ini harus mengambil peluang untuk memperkembangkan dan melibatkan diri dalam industri kreatif.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata industri kreatif merupakan salah satu sektor pertumbuhan baru negara yang mempunyai potensi besar di pasaran.

“Dalam konteks negara, ICT masih merupakan salah satu penjana pendapatan utama negara kita dan ia satu bidang yang harus kita beri tumpuan.

“Malahan ICT masih merupakan tumpuan pertumbuhan negara terutama dalam bidang industri kreatif di mana ICT memainkan peranan penting sama ada versi 3D (tiga dimensi), permainan atau rangkaian sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pameran PC 2011 Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM) di Permata Car Park yang dihadiri Pengarah Eksekutif PIKOM Ong Kian Yew dan Pengerusi Protem PIKOM Cawangan Sarawak Andre Suharto di sini, semalam.

Namun menurut beliau di Sarawak tidak ramai masyarakat atau syarikat-syarikat mendapat status industri berkenaan sedangkan ia merupakan salah satu sektor yang mempunyai potensi besar di pasaran.

Sehubungan itu katanya, mereka yang terlibat diharapkan akan terus mendampingi industri berkenaan terutamanya pihak universiti seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang bergiat aktif dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang ICT.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, UNIMAS seharusnya menggunakan universiti untuk melihat peluang pembangunan yang ada supaya golongan terlibat dapat membawa penyelidikan itu untuk dibawa ke pasaran.

“Saya merasakan ini peluang yang semestinya diambil oleh mereka dan kita di Sarawak sudah ada jawatankuasa Protem cawangan Sarawak…jadi sesiapa yang berminat untuk bergabung dengan ahli dalam PIKOM boleh berhubung dengan mereka,” tegasnya.

Ia kata beliau, memudahkan lagi usaha menyusun strategi bagaimana melihat pembangunan bukan sahaja penjualan komputer tetapi lebih kepada pembangunan perisian supaya Sarawak dapat menjadi peneraju dalam pembangunan ICT.

Fadillah dalam pada itu menasihati pengguna siber supaya lebih berjaga-jaga semasa melayari apa sahaja laman web atau berbentuk rangkaian sosial supaya tidak terperangkap dalam penipuan secara online.

Katanya aspek keselamatan merupakan satu perkara yang penting untuk dilihat dari segi keburukannya dalam dunia siber yang perlu diketahui.

“Di bawah MOSTI kita mempunyai CyberSecurity Malaysia (pusat pakar keselamatan siber negara) yang bertanggungjawab untuk keselamatan dan kawasan dari segi aspek ICT yang memantau laporan dibuat mengenai insiden keselamatan siber.

“Justeru orang ramai yang berhasrat melayari dunia siber disarankan untuk pergi ke laman sesawang CyberSecurity Malaysia bagi mengetahui langkah keselamatan dan kawalan agar tidak terperangkap dengan keganasan siber,” tegasnya.

Beliau turut mendedahkan trend kejadian berdasarkan laporan dibuat kepada pusat berkenaan menunjukkan peningkatan yang mungkin disebabkan beberapa perkara seperti dengan adanya kemudahan yang disediakan laporan secara online, pusat sehenti dan CYBER999.

Meskipun trend menunjukkan peningkatan katanya, namun bagi konteks Malaysia ia masih terkawal kerana pihak CyberSecurity sememangnya sentiasa memantau.

Pilih jurusan janji peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, kata Fatimah

OYA: Pilih jurusan yang menjanjikan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, nasihat Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah kepada lepasan sekolah di sini.

Menurut beliau, lepasan sekolah yang mahu melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta perlu bijak memilih jurusan selaras pencapaian akademik masing-masing.

“Tanpa mengira sama ada melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran atau am, sesuatu jurusan menjanjikan prospek pekerjaan dan pendapatan yang berbeza,” ujarnya.

“Sekarang, aliran vokasional menjanjikan pekerjaan berprofil tinggi yang menawarkan gaji lumayan. Antara pekerjaan itu ialah pengimpal dasar laut serta jurutera penerbangan.”

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu berkata, lepasan sekolah juga perlu realistik semasa memilih jurusan untuk mengelak permohonan mereka ditolak.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmian Program Selangkah Ke Menara Gading Dewan Undangan Negeri Dalat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, di sini petang semalam.

Fatimah kemudian menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) yang diwakili Pengurus Pemasarannya Mohamad Kadir.

MoU itu bertujuan untuk mewujudkan kerjasama strategik antara Majlis Pembangunan Sumber Manusia Lepasan Sekolah Sarawak dengan KAYM.

Hadir sama, Pegawai Daerah Dalat Yussibnosh Balo, Pegawai Pelajaran Daerah Dalat Anthony Poon Teck Huat dan Pengetua SMK Oya Awang Omar Ali Awang Yahya.

BCF dianjurkan dua tahun sekali mulai tahun depan: Wong

SIBU: Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) yang dianjurkan setiap tahun sejak sembilan tahun lepas, akan dianjurkan dua tahun sekali mulai tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata, Majlis Perbandaran Sibu (MPS) tidak akan menganjurkan BCF pada tahun ini, selepas ‘meluangkan’ banyak masa pada pilihan raya negeri pada bulan lepas.

“Oleh itu, MPS mendapati sukar untuk menganjurkan BCF tepat pada masanya. Dengan penganjuran tahun depan, kami mempunyai banyak masa bagi membuat persediaan dan persiapan.

“Kami berusaha membuatkan BCF ini lebih baik dengan menampilkan acara kebudayaan yang menarik bagi tatapan penduduk Sibu dan pelawat dari luar,” ujarnya pada satu sidang media di bilik mesyuarat MPS, petang semalam.

Hadir sama ialah pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King, Timbalannya Daniel Ngieng Kiong Ann serta yang lain.

Wong yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam memohon maaf kepada penduduk Sibu serta semua pihak yang terlibat dengan BCF kerana tidak dapat menganjurkan pesta tersebut pada tahun ini.

“Jika keadaan mengizinkan, kami ingin menganjurkannya setiap tahun. Namun mulai tahun depan, pesta ini akan dianjurkan dua tahun sekali,” jelasnya.

Menurut Wong lagi, sejumlah lebih kurang RM1 juta dibelanjakan bagi menganjurkan BCF pada setiap tahun.

“Penganjuran BCF ini atas inisiatif Pasukan Pembangunan Berwawasan Barisan Nasional Sibu sembilan tahun lepas apabila kami mempunyai lima Ahli Dewan Undangan Negeri dan dua Ahli Parlimen.

“BCF dibiayai oleh MPS, selain bantuan daripada Lembaga Pelancongan Sarawak, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,” ujarnya sambil menambah dana yang ada masih tidak mencukupi.