July 29, 2011

Bank Negara keluarkan siri duit syiling baru tahun depan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.

Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasi-kan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.

“Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia,” kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syi-ling baharu itu di sini sema-lam.

Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.

Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank pusat juga akan be-kerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memasti-kan peralihan yang lancar siri baharu ini. — Bernama

Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada Ahad

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia, tempat melihat anak bulan di Sarawak ialah di Tanjung Lobang, Miri; Teluk Bandung, Kuching , Tanjung Batu, Bintulu; Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah serta Menara Universiti Malaysia Sabah di Labuan.

Majlis Raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. — Bernama

Kibar Jalur Gemilang sebagai tanda penghargaan

LANCAR.. Yahya melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan awam sempena majlis pelancaran itu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Hj Aman menyeru seluruh lapisan rakyat di negeri ini untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda penghargaan dan syukur sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan in, sama ada di rumah, premis perniagaan mahu pun pejabat.

Katanya, seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang dilancarkan dengan harapan agar rakyat dapat bersama-sama untuk sentiasa mengekalkan semangat kesetiaan dan patriotisme kepada negara tercinta.

“Ia juga merupakan platform untuk kita terus membuktikan kesyukuran, penghargaan dan terima kasih kepada engara yang telah banyak memberikan peluang untuk kita menikmati erti kemerdekaan yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Hj Yahya Hussin ketika melancarkan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang peringkat negeri Sabah bagi tahun 2011, di perkarangan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.

Jelas beliau, tema sambutan tahun ini, iaitu ’1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’ amat bertepatan sekali kerana ia membawa harapan dan makna yang besar kepada kita semua dalam usaha kerajaan memastikan program-program transformasi negara tercapai.

“Justeru, amat penting untuk kita menghayati sambutan kemerdekaan negara ini dengan penuh rasa kesyukuran atas nikmat keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan, tambahan pula kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun ini dalam bulan Ramadan dan Syawal,” kata Musa.

Musa turut menyarankan kepada semua pihak termasuk swasta dan sektor awam, dewan perniagaan dan perindustrian, badan bukan kerajaan (NGO) serta pemilik kenderaan supaya mengibarkan Jalur Gemilang sebagai bukti kesetiaan dan kecintaan kepada negara.

“Dengan adanya semangat dan komitmen tinggi untuk sama-sama menjayakan sambutan ini, saya yakin Jalur Gemilang akan sentiasa berkibar dengan megah sebagai bukti bahawa kita semua bersatu hati dalam mempertahankan dan mengisi nikmat kemerdekaan ini, seterusnya merealisasikan gagasan 1Malaysia,” katanya.

July 24, 2011

50,000 durian jadi santapan penggemar Raja Buah di Perak

TAIPING: Pesta Durian Perak 2011 – pesta makan durian di samping buah-buahan tempatan lain – yang berlangsung di Dataran Long Jaafar di Bukt Gantang di sini mendapat sambutan yang sangat meriah daripada hampir 5,000 penggemar ‘Raja Buah’ itu semalam.

DURIAN PERCUMA: Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan durian percuma pada Pesta Durian Negeri Perak 2011 yang diadakan di Dataran Long Jaafar, Bukit Gantang di Taiping, semalam. — Gambar Bernama

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Padzli Paharuddin berkata, sehingga tengah hari semalam sebanyak 12,000 biji durian telah disediakan kepada penggemar durian yang turut datang dari luar negeri Perak.

“Kita anggarkan 50,000 biji durian disajikan pada pesta yang bermula pagi semalam dan sehingga hari ini. Sebanyak 200 penguasaha durian dan 18 peraih terlibat dalam pesta ini,” katanya kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar merasmikan Pesta Durian 2011 di Dataran Long Jaafar, Bukit Gantang di sini.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelancongan bersama-sama kerajaan negeri Perak menganjurkan pesta sehingga hari ini itu bagi mempromosi durian negeri Perak kepada pelancong di samping mempopularkan produk seni budaya termasuk makanan berasaskan durian yang unik dan eksotik.

Mereka yang hadir antara jam 10.30 pagi dan 1 petang semalam menikmati durian secara percuma, namun selepas tempoh itu bayaran sebanyak RM9 akan dikenakan untuk makan durian sepuasnya di samping buah-buahan tempatan lain dan minuman.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Noor Siah Sabri berkata, selain buah durian yang dimakan begitu sahaja, hasil produk makanan tradisional yang berasaskan durian yang dihasilkan masyarakat setempat merupakan khazanah yang diketuai oleh masyarakat kini.

“Budaya masyarakat di negeri Perak khususnya masyarakat di kawasan Bukit Gantang ini dapat ditonjolkan dengan lebih dekat kepada pengunjung yang datang dari luar Perak,” katanya.

Bukit Gantang merupakan antara kawasan yang sangat popular dengan duriannya di Perak seperti durian Batu Kurau dan Tapah. Bagi sesetengah penggemar durian, kelazatan rasa durian Bukit Gantang adalah berbeza dengan durian di tempat lain.

Seorang pelancong dari Belanda, Anthoni de Bruin, 43, berkata, ini kali kedua beliau memakan buah durian dan menyifatkan buah durian itu agak ‘pelik’.

“Rasa buah durian sangat sedap, manis dan mempunyai bau yang sangat kuat,” katanya.

Sementara itu isterinya Rian de Bruin, 37, berkata ,beliau tidak makan buah-buahan tempatan Malaysia yang lain seperti manggis, tetapi telah mencuba memakan buah durian yang mana isinya manis dan ‘berbau’.

Bagaimanapun katanya, anak-anaknya tidak ‘berupaya’ menjamah buah itu langsung. — Bernama

‘Judi Bermasalah’ penyakit serius

KUALA LUMPUR: “Judi Bermasalah” iaitu tabiat berjudi sehingga menyebabkan gangguan dalam kehidupan seperti psikologi, fizikal dan sosial telah sampai ke tahap yang perlu ditangani dan dirawat sebagai satu penyakit, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kementerian itu sangat prihatin dengan gejala judi bermasalah dan rawatannya tidak boleh lagi dilihat sebagai gejala keluarga atau sosial.

Beliau berkata, walaupun tiada data mengenai trend berjudi di negara ini, namun keadaannya telah menjadi sangat serius.

“Hampir setiap hari kita boleh membaca mengenai masalah berjudi di media. Ia merupakan masalah yang sangat serius, lebih serius daripada penagihan dadah.

“Kementerian ini sedang melihatnya sebagai satu penyakit, agar kita boleh mengambil rawatan perubatan dan langkah untuk merawatnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai “Judi Bermasalah” di sini semalam.

Sehubungan itu, Liow berkata, kementeriannya akan menubuhkan satu majlis pada penghujung tahun ini untuk menangani isu tersebut dan telah meminta Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) membantu dalam menyediakan butiran cadangan terperinci dan strategi kukuh untuk menangani judi bermasalah.

Beliau menyeru MMHA dan institusi lain untuk melakukan survei mengenai perkara tersebut.

Kepada satu soalan, katanya mengharam perjudian dan menutup pusat judi tidak akan dapat mengatasi kegiatan berjudi kerana pertaruhan secara online memburukkan lagi keadaan. — Bernama

Semua 222 kawasan Parlimen punyai kompeni AW sebelum akhir tahun ini

PASIR MAS: Kesemua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara akan mempunyai kompeni Askar Wataniah (AW) masing-masing sebelum akhir tahun ini, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, sebanyak 189 kawasan AW itu telah ditubuhkan dengan kekuatan 60,000 anggota di seluruh negara sehingga kini.

“Sekarang terdapat kira-kira 60,000 anggota Askar Wataniah di seluruh negara dan kesemuanya diletak di bawah Rajimen 506 Askar Wataniah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah Kawasan Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat dan Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Zulkifeli berkata, kerajaan merancang setiap kawasan Parlimen mempunyai kompeni Askar Wataniah yang dianggotai oleh belia dan beliawanis pelbagai kaum dalam usaha menarik minat belia menyertai tentera.

Beliau berkata, anggota yang cukup terlatih akan ditempatkan di kawasan sasaran penting sebelum mereka diserap sebagai anggota tetap di mana-mana rejimen.

“Inilah keistimewaan menyertai AW, di mana anggota yang cukup terlatih diserap sebagai anggota tetap tanpa perlu menjalani latihan khusus sebagaimana angkatan tentera biasa,” katanya.

Mengenai penyertaan kaum lain beliau berkata daripada jumlah 60,000 anggota Askar Wataniah di seluruh negara itu, 89 peratus adalah Melayu, enam peratus (Cina), tiga peratus (India) dan lain-lain kaum sebanyak dua peratus.

Mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mensasarkan penyertaan bukan Melayu dalam Angkatan Tentera sebanyak 30 peratus, beliau berkata usaha ke arah itu sedang giat dijalankan.

“Kita akan lipat gandakan usaha untuk menarik lebih ramai belia bukan Melayu menyertai tentera,” katanya. — Bernama

July 14, 2011

30 pemain bola lisut Sarawak sertai Terbuka M’sia di Pahang

MIRI: Seramai 30 pemain dari Sarawak mengambil bahagian pada Kejohanan Bola Lisut Terbuka Malaysia Kali Ke-37 anjuran Persatuan Bola Lisut Malaysia yang berlangsung di Kuantan, Pahang mulai hari ini hingga 17 Julai ini.

Kontinjen yang terdiri daripada masing-masing 15 pemain lelaki dan wanita diketuai oleh pengurus pasukan, Ishak Chin yang juga Presiden Persatuan Bola Lisut Sarawak, ketua kurulatih pasukan lelaki Aaron Abel, ketua jurulatih pasukan wanita Vincent Chin dan dua orang pembantu jurulatih Muhd Syahmi Tan dan Jack Shim.

Kesemua pemain yang berasal dari Kuching, Sibu, Mukah, Miri dan Jabatan Marin yang sebelum ini menjalani latihan selama sebulan di sini bertolak ke Kuantan kelmarin.

Sebanyak 28 pasukan lelaki dan sembilan wanita seluruh negara mengambil bahagian dalam kejohanan itu selain kontinjen dari Brunei yang bertanding dalam kategori lelaki.

Pasukan Sarawak bagi kategori lelaki diletakkan di dalam Kumpulan F bersama empat lagi pasukan iaitu Pulau Pinang A, Terengganu B, Kuala Lumpur B dan MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia), manakala pasukan wanita Sarawak dengan kumpulan dari Terengganu, MSSM dan MASUM.

Pasukan lelaki buat pertama kali akan bermain menentang Pulau Pinang A pada hari ini, jam 11 pagi manakala pasukan wanita pada jam 3.30 petang hari yang sama.

Kejohanan itu akan diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Menurut Aaron, ini merupakan pertama kali Sarawak menghantar pasukan untuk bertanding pada kejohanan tersebut dalam tempoh beberapa tahun.

“Sebelum ini kita bertanding di peringkat kelab dan bukannya peringkat negeri seperti sekarang.

“Walaupun tidak menaruh harapan terlalu tinggi, namun saya yakin kita mampu melakukan yang terbaik dan memberi saingan hebat kepada pasukan lawan,” katanya

Lapor segera jika kenderaan awam didapati membahayakan

KUCHING: Orang ramai diingatkan agar membuat laporan kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) jika mereka mendapati terdapat sebarang kenderaan awam yang membahayakan.

Menurut Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong, ini akan membolehkan syarikat pemilik kenderaan tersebut untuk diambil tindakan yang sewajarnya.

“Orang ramai boleh menggunakan telefon bimbit mereka untuk mengambil gambar dan menghantar kepada pihak berkenaan.

Mereka boleh menjadi ‘mata’ untuk JKJR.

“Lagipun, ia adalah hak mereka (orang ramai) untuk membuat laporan bagi memastikan keselamatan orang awam itu sendiri,” katanya.

Beliau menambah apabila laporan telah dibuat, JKJR akan mengambil tindakan dengan bertemu dengan syarikat yang dilaporkan dan akan mendapatkan penjelasan mereka.

“Berdasarkan laporan yang dibuat itu, pihak JKJR akan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan syarikat tersebut untuk mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku,” jelasnya kepada pemberita.

Antara pemeriksaan yang akan dilakukan adalah pemeriksaan terhadap tayar, bunyi bising dari enjin, pintu keselamatan dan keberkesanan brek.

Manyin turut berkata bahawa pihak JKJR akan memastikan syarikat-syarikat pengangkutan awam untuk mematuhi kod amalan baru Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk pengangkutan awam

KWSP perluas senarai penyakit di bawah pengeluaran kesihatan

UALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 kepada 55 penyakit, berkuat kuasa esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol, berkata KWSP mengambil inisiatif memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu mengurangkan beban kewangan anggota dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera.
"Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

UALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 kepada 55 penyakit, berkuat kuasa esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol, berkata KWSP mengambil inisiatif memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu mengurangkan beban kewangan anggota dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera.
"Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kali terakhir KWSP memperluas senarai itu ialah pada 15 Jun 2010 iaitu daripada 13 ke 39 penyakit.

Azlan berkata, pengeluaran bagi pembelian bantuan kesihatan kini dibenarkan bagi pesakit kanser, kardiovaskular, sistem respiratori, sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan telinga.

Bagaimanapun, beliau berkata, rawatan kesuburan dan alternatif tidak layak melakukan di bawah skim pengeluaran kesihatan.

"Ia juga tidak layak jika kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh majikan anggota atau majikan keluarga anggota," katanya.
Untuk keterangan lanjut, Azlan berkata, ahli boleh melayari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000.

Mereka juga boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan bagi mendapatkan senarai penyakit terkini yang diluluskan, dan senarai peralatan bantuan kesihatan, serta maklumat lanjut mengenai cara permohonan pengeluaran KWSP bagi membiayai rawatan. - BERNAMA

July 10, 2011

Tahap penguasaan bahasa Inggeris graduan masa kini rendah

KUCHING: Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina berkata, beliau agak kecewa dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah di kalangan graduan pada masa kini.

Ketika dihubungi semalam beliau, berkata dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur baru-baru ini, beliau dimaklumkan bahawa seorang graduan yang bekerja di sebuah bank terpaksa menghadiri kursus bahasa Inggeris selama tiga bulan.

Selain itu, bank tersebut juga terpaksa menaja pekerja tersebut untuk menghadiri kursus sembilan bulan yang mengkhusus tentang istilah perbankan dalam bahasa Inggeris.

Ia jelas menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan amat rendah dan memerlukan kerajaan mencari penyelesaian.

Ghani berharap kerajaan mengambil berat tentang betapa mustahaknya bahasa Inggeris pada era globalisasi.

“Ia perlu dilihat serius bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan untuk kita bersaing di peringkat global, penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita amat penting,” katanya.

Beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan mengambil semula guru bahasa Inggeris pencen untuk mengajar subjek tersebut

Samarahan sedia jadi bandar

OTA SAMARAHAN: Pentadbiran di bahagian ini bersedia untuk ditransformasikan daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran hasil daripada pelaksanaan program pembangunan yang drastik.

Menurut Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Kota Samarahan setakat ini berada di tangga kelima kawasan pesat membangun selepas Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

“Kerajaan akan mentransformasikan pihak berkuasa tempatan bahagian Samarahan kepada Majlis Perban-daran sama seperti Padawan.

“Samarahan sudah bersedia untuk menjadi kawasan bandar.

“Lagipun kita mempunyai tiga universiti, ada lebuh raya, beribu-ribu rumah baru dan pelbagai pembangunan di kawasan pusat ilmu di Samarahan ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Perayaan 25 Tahun Penubuhan Bahagian Samarahan.

Hadir sama, isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Men-teri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Residen Bahagian Samarahan Rodziah Morshidi.

Taib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, walaupun proses mengolah dan menyusun semula pentadbiran akan memerlukan sejumlah wang, namun beliau yakin kawasan tersebut bersedia dalam menghadapi- nya.

Pembangunan pesat dalam masa 25 tahun penubuhan bahagian itu, katanya hasil persefahaman dan kerjasama rapat dengan pemimpin akar umbi dengan kerajaan.

Menurutnya, tanpa tujuan dan impian yang sama perkara itu tidak mungkin dapat dikecapi.

“Selamat maju jaya kepada Samarahan dalam menjadi majlis perbandaran,” katanya tanpa mengulas lanjut bila ia dijangka akan dilaksanakan.

Sementara itu, Manyin yang juga merupakan bekas walikota Majlis Daerah Samarahan berkata, atas usaha gigih semua pihak, kawasan tersebut yang dahulunya mundur berjaya ditukarkan kepada kawasan serba lengkap.

“Kita bukan sahaja me-raikan ulang tahun ke-25 penubuhan Samarahan tetapi juga pembangunan dan kita tahu siapa di sebalik pembangunan tersebut … tidak lain tidak bukan, Ketua Menteri kita,” katanya.

SUPP sentiasa berkhidmat kepada rakyat

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) merupakan sebuah parti yang sentiasa berkhidmat kepada rakyat, mendengar kesusahan mereka dan berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi rakyat.

“Bagi kami di Sibu, kita sentiasa turun padang untuk bertemu dengan rakyat,” ujar Pengerusi SUPP Cawangan Sibu, Dato Sri Wong Soon Koh kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung persediaan SUPP bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, lebih-lebih lagi berhubung kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) Abdul Karim Rahman Hamzah pada majlis makan malam kelab, baru-baru ini.

Abdul Karim dalam majlis itu memberitahu, memandangkan pilihan raya semakin hampir, semua wakil rakyat BN yang dipilih harus turun padang ke kawasan masing-masing untuk bertemu serta menyelesaikan masalah rakyat.

Menurut beliau, kerap turun padang amat penting terutama dalam usaha mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.

Ditanya mengenai calon yang berpotensi bagi merampas kembali kerusi Parlimen Sibu, Wong berkata, perkara itu masih dibincangkan.

“Kami masih membincangkan siapa calon yang sesuai,” ujarnya yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam merangkap Menteri Kewangan Kedua.

Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu 16 Mei tahun lepas, Wong Ho Leng daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) berjaya merampas kerusi itu daripada BN setelah memperolehi 18,845 undi.

Calon BN daripada SUPP, Robert Lau Hui Yew memperolehi 18,447 undi manakala calon bebas Narawi Haron memperolehi 232 undi.

Pilihan raya kecil berkenaan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi daripada BN, Datuk Robert Lau pada 9 April tahun lepas.

July 2, 2011

Dua faktor menyumbang kepada kekurangan diesel bersubsidi

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, terdapat dua faktor yang mungkin menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan minyak diesel bersubsidi di beberapa kawasan di negeri ini.

Pengarah KPDNKK Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata dua faktor yang dimaksudkan itu ialah projek ‘Community Drumming’ dan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini kerana bagi menampung kuota minyak bersubsidi untuk projek Community Drumming, para pembekal terpaksa mengambil bekalan dari beberapa stesen di kawasan berhampiran untuk dihantar ke kawasan pedalaman.

“Fenomena inilah yang menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan bahan api tersebut di stesen terlibat,” katanya sambil menambah kos untuk projek berkenaan adalah sebanyak RM50 juta setahun.

Selain itu menurut beliau, pihaknya turut mengesan berlaku kegiatan penyelewengan minyak bersubsidi di beberapa stesen minyak terutama yang terletak di kawasan pinggir dan luar bandar, di mana minyak bersubsidi berkenaan telah dijual untuk kegunaan industri di ladang-ladang berhampiran.

“Justeru kami tidak menolak kemungkinan dua faktor ini merupakan antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya kekurangan minyak diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak di negeri ini,” ujar beliau.

Wan Uzir memberitahu demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Program Jelajah Exora yang berlangsung di pekarangan pejabat KPDNKK Cawangan Miri di sini semalam.

Beliau menambah kata, berdasarkan aduan diterima daripada orang awam dan juga pemantauan pihaknya mendapati kebanyakan kes yang membabitkan kekurangan minyak bersubsidi ini berlaku di beberapa stesen minyak yang terletak di kawasan pinggir bandar.

“Ia bukan sesuatu yang mustahil kerana kebanyakan ladang terletak di kawasan luar bandar dan sudah pasti mereka akan mendapatkan bekalan minyak bersubsidi untuk kegunaan industri memandangkan harganya lebih murah, walhal mereka tidak layak mendapatkannya (subsidi),” ujar beliau.

Untuk mengukuhkan bukti katanya, penggunaan (jualan) minyak di sesebuah stesen minyak di kawasan luar bandar melebihi kuota yang ditetapkan sedangkan jumlah kenderaan di kawasan tersebut amat sedikit dan tidak setanding dengan jumlah minyak yang dijual.

Sehubungan itu katanya, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan menyeleweng minyak bersubsidi.

Menurut Wan Uzir, mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh didakwa mengikut Akta Kawalan Bekalan 1946 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan yang dilakukan individu dan denda RM250,000 oleh kesalahan yang dilakukan syarikat.

Justeru katanya, bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan bahan api itu, kerajaan kini telah menambah kuota sebanyak dua juta liter minyak diesel bersubsidi setiap bulan kepada 138 juta liter berbanding hanya 136 juta liter sebelum ini.

Firefly mulakan penerbangan dua kali sehari Kuala Lumpur-Sibu

SYARIKAT PENERBANGAN KOMUNITI: Beberapa orang remaja berpakaian tradisional pelbagai suku kaum Sarawak merakamkan kenangan di hadapan kaunter jualan tiket Firefly di Lapangan Terbang Sibu, semalam.

SIBU: Syarikat penerbangan komuniti, Firefly memulakan penerbangan Kuala Lumpur-Sibu, semalam.

Pengarah Urusan Firefly Datuk Eddy Leong berkata, Firefly yang juga anak syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan menawarkan perkhidmatan dua kali sehari ke destinasi itu.

Menurut beliau, pihaknya mempunyai perjanjian rakan perkongsian kod dengan MAS bahawa syarikat akan menggunakan pesawat B737-800 untuk laluan itu selain terus menyediakan sambungan dengan laluan lain dengan MAS.

“Kami juga akan mengambil kira keperluan penumpang perniagaan dan santai, serta menjadualkan masa penerbangan mengikut keperluan,” jelasnya.

Leong berkata demikian dalam sidang media sempena penerbangan pertama Kuala Lumpur-Sibu, di RH Hotel, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Datuk Rashid Khan dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI) Hu Yu Siong.

Katanya, Firefly turut menaik taraf sistem yang menawarkan fasiliti berhubung terus dengan MAS untu penumpang dan pemeriksaan bagasi hingga ke destinasi akhir, bermula 1 September depan.

“Penumpang yang kerap membuat penerbangan Kuala-Lumpur-Sibu akan gembira apabila mendapati mereka akan terus menikmati kemudahan yang sama oleh MAS.

“Firefly menawarkan kemudahan premium seperti jejambat udara bagi keselesaan dan keselamatan penumpang,” ujar Leong.

Sibu menjadi destinasi kedua selepas Kuching dengan penerbangan dua kali sehari Kuala-Lumpur-Sibu.

Penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.20 pagi dan 6.40 petang. Sementara, dari Sibu pada jam 9.45 pagi dan 9.05 malam.

Terdahulu, Leong dan Rashid menyambut ketibaan kumpulan penumpang pertama Firefly bagi laluan Kuala Lumpur-Sibu di Lapangan Terbang Sibu pagi semalam.

Selain itu, turut berlangsung majlis perasmian kaunter jualan tiket Firefly yang telah dibuka kepada orang ramai sejak 1 Jun lepas.

“Ini selaras dengan usaha memastikan tambang murah Firefly boleh dinikmati semua.

“Firefly telah mempelbagaikan saluran pengagihan jualan dengan membuka kaunter jualan di lapangan terbang dan bandar Sibu,” katanya.

Sementara itu, Rashid mengalu-alukan penerbangan Kuala Lumpur-Sibu oleh Firefly sambil menyifatkan ia sebagai satu lagi pilihan penerbangan.

Beliau turut menyeru ejen pelancongan tempatan agar lebih kreatif dalam memasarkan produk pelancongan di wilayah tengah.

“Wilayah tengah mempunyai pelbagai destinasi pelancongan menarik dengan keindahan alam sekitar, keunikan kebudayaan dan adat resam masyarakat tempatan dan produk pelancongan lain,” jelasnya.

Larry kembali sertai kabinet

KUCHING: Persoalan mengenai Larry Sng yang tidak menganggotai mana-mana parti di dalam kabinet negeri kini terjawab apabila beliau dikekalkan dalam Jabatan Ketua Menteri.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengesahkan bahawa Larry akan kembali ke Jabatan Ketua Menteri secepat mungkin ‘kerana menunjukkan prestasi baik’.

“Beliau (Larry) akan kembali ke Jabatan Ketua Menteri yang akan bertanggungjawab dalam hal ehwal belia,” katanya semalam yang sekali gus mengesahkan khabar angin penyertaan semula bekas menteri muda itu.

Taib berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa beliau dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib minum teh di Cafe Waterfront di Hotel Hilton.

Taib menegaskan, antara sebab kenapa beliau masih mahukan Larry kembali ialah prestasi Larry yang amat baik.

Tambahnya: “Beliau seorang yang baik dan bekerja dengan sangat baik sebelum ini.”

Ketua Menteri bagaimanapun tidak menyebut secara khusus jawatan yang akan diberikan atau bila Larry mula bertugas.

“Mungkin dalam masa dua minggu lagi. Beliau sedang bercuti sekarang. Lebih baik anda bertanya kepadanya,” katanya.

Larry bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.

Larry bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusinya oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri 16 April lepas ekoran statusnya yang tidak menganggotai mana-mana parti selepas PRS menamatkan keahliannya pada 2007 kerana mengingkari pucuk pimpinan.

Sebelum pilihan raya beliau menjawat tiga portfolio iaitu sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (Hal Ehwal dan Latihan Belia) dan Kementerian Pembangunan Perindustrian (Perancangan).