November 15, 2009

Khidmat masyarakat

MUAR 14 Nov. - Bermula dengan pengambilan akhir tahun ini, individu yang ingkar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman penjara dan denda.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, hukuman baru itu adalah selaras dengan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang dikuatkuasakan 1 November lalu.

"Akta Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2009 ini akan bermula bagi panggilan kemasukan pelatih Kumpulan 1 Tahun 2010.

"Kesan pindaan ini adalah para pelatih yang ingkar untuk menjalani PLKN apabila notis panggilan disampaikan akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat jika sabit kesalahan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Homestay (Inap Desa) 1Malaysia anjuran Kelab Alumni PLKN di Kampung Sarang Buaya, di sini hari ini.

Seramai 6,804 pelatih gagal melaporkan diri untuk menyertai PLKN sejak program itu diperkenalkan pada 2003.

Mengikut hukuman asal yang diperuntukkan, para pelatih yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan akta berkenaan, terdapat dua jenis pelatih ingkar iaitu di bawah Seksyen 18 apabila tidak melaporkan diri terhadap notis panggilan yang diberikan dan Seksyen 19 kerana melarikan diri semasa menjalani PLKN.

Abdul Hadi berkata, pindaan hukuman tersebut dilaksanakan bagi mengelakkan para pelatih mempunyai rekod buruk sehingga menjejaskan masa depan mereka.

"Secara amnya, hukuman khidmat masyarakat ini melibatkan apa-apa kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan bagi kebaikan orang awam.

"Pelatih yang dikenakan hukuman ini jika sabit kesalahan turut tidak akan terlepas daripada menjalani PLKN," katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan hukuman berkenaan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ia turut tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh mahkamah.

Sementara itu, Abdul Hadi berbangga dengan inisiatif Kelab Alumni PLKN menghimpunkan seramai 130 bekas pelatih dari seluruh negara untuk mengikuti program inap desa yang diyakini dapat memberi bakti kepada masyarakat setempat.

"Saya berharap juga kerjasama daripada Kelab Alumni untuk membantu JLKN dalam kajian yang dijalankan terhadap keberkesanan PLKN selama ini.

"Pihak jabatan menyasarkan kajian yang bermula 1 November lalu hingga 7 Disember ini akan dapat menghimpunkan seramai 60,000 responden," katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri Presiden Kelab Alumni PLKN, Mohd. Firdaus Md. Alip itu, Abdul Hadi turut merasmikan laman web baru kelab tersebut iaitu wwww.alumniplkn.com.my.

Sumber : Utusan Malaysia Online

APEC sepakat kukuhkan ekonomi

SINGAPURA 14 Nov. - Negara- negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) sepakat berusaha mengukuhkan lagi kedudukan setiap ekonomi masing-masing untuk mencapai pemulihan daripada krisis sepenuhnya seperti yang diharapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mesyuarat pemimpin APEC hari ini bersetuju bahawa walaupun krisis global pada tahap paling buruk sudah reda tetapi pemulihan sepenuhnya belum berlaku, lebih-lebih lagi dalam bentuk ekonomi sebenar.

Dalam hal ini, Najib berkata, sidang APEC menolak dasar perlindungan dari segi perdagangan kerana ia akan menyebabkan terencatnya pemulihan ekonomi dunia.

"Semua negara akan rugi sekiranya trend dasar perlindungan diteruskan," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Kesepakatan pemimpin-pemimpin APEC mengenai keadaan ekonomi dunia hari ini menjawab persoalan asas yang dikemukakan dalam sidang ini, sama ada krisis sudah berlalu atau belum.

Apa yang dimaksudkan dengan ekonomi sebenar pula ialah perkara berkaitan dengan produk serta perkhidmatan dan bukannya jual beli mata wang atau saham semata-mata.

Untuk mengukuhkan pemulihan ini, menurut Perdana Menteri, mesyuarat APEC juga bersetuju supaya rundingan Pusingan Doha di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) diselesaikan tahun depan.

"Setiap negara perlu mengarahkan perunding mereka bekerja keras mencari penyelesaian," kata beliau.

Najib menambah, APEC juga bersetuju mencari jalan penambahbaikan perhubungan antara negara-negara Asia Pasifik, baik dalam bentuk fisikal mahupun udara.

Ketetapan ini adalah selaras dengan tema sidang APEC kali ini iaitu Memperkukuhkan Pertumbuhan, Menghubungkan Rantau sebagai usaha meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi, kerjasama, perdagangan dan pelaburan merentas rantau Asia Pasifik, katanya.

Perdana Menteri juga memberitahu, pemimpin APEC turut bersetuju perlunya memudahkan urusan perniagaan di kawasan dan merentas sempadan Asia Pasifik.

Tahun depan juga, katanya, penilaian akan dibuat atas Matlamat Bogor yang diputuskan dalam sidang APEC 1994 di Bogor, Indonesia yang menetapkan perdagangan dan pelaburan bebas dan terbuka di Asia Pasifik menjelang 2010 bagi negara maju dan 2020 bagi negara membangun.

APEC juga, menurut Perdana Menteri, menyatakan pentingnya untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (SME) secara tersusun dari segi penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi baru dan rangkaian bekalan.

"SME adalah teras ekonomi bagi APEC, termasuk Malaysia ," katanya.

Beliau turut menjelaskan hasil pertemuannya dengan Presiden Chile , Michelle Bachelet dan Perdana Menteri Australia , Kevin Rudd.

Katanya, Chile mahu menyempurnakan persetujuan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Malaysia dan berharap dapat melawat negara ini bagi menandatangani perjanjian itu.

Bagaimanapun tambah beliau, rancangan awal untuk melawat Malaysia selepas sidang APEC ini ditangguhkan berikutan rundingan perjanjian itu belum selesai.

Dengan Australia pula, kata Najib, FTA masih dalam rundingan dengan negara itu menawarkan bantuan latihan vokasional untuk rakyat Malaysia.

Rakan sejawatan dari Australia itu juga mengundang Perdana Menteri untuk mengadakan lawatan rasmi.

Pihak Australia, menurut Najib, mahu Malaysia membanteras sindiket penyeludupan manusia.

Mengenai sidang kemuncak Amerika Syarikat dengan ASEAN esok, beliau berkata, kesediaan Presiden Barack Obama menghadirinya menunjukkan pentadbiran beliau menganggap pertubuhan ini penting dalam peranannya membawa kepada integrasi serantau yang lebih luas pada masa depan. - Mingguan

November 8, 2009

Amalkan disiplin penuhi konsep 1Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Setiap ahli Pandu Puteri diingatkan supaya lebih berdisiplin agar memenuhi konsep 1Malaysia.

Yang Dipertua Pandu Puteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, segala usaha bagi merealisasikan konsep itu perlu dipikul bersama agar persatuan itu ditonjolkan sebagai pasukan yang boleh membina disiplin diri anak-anak gadis remaja.

Beliau bangga dengan penglibatan ahli Pandu Puteri Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, sekali gus mencerminkan persatuan itu benar-benar mengamalkan konsep 1Malaysia.

Isteri Perdana Menteri percaya sistem disiplin yang diamalkan oleh ahli-ahli Pandu Puteri dapat membentuk mereka untuk berdikari dan berjaya dalam kehidupan kelak.

"Kita juga sering melihat badan-badan sukarela seperti Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pandu Puteri mempunyai sistem tersendiri yang bermatlamat memaju dan memanfaatkan seseorang individu.

"Dalam mengaplikasikan sistem ini, saya lihat perkara asas yang ditekankan adalah disiplin," katanya.

Rosmah berucap pada majlis meraikan beliau sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang baru di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan logo 1Malaysia Pandu Puteri.

"Saya yakin Perdana Menteri juga akan bersama-sama saya untuk berasa bangga dengan semangat muhibah ini yang mana persatuan wanita tertua di negara ini turut menyahut gagasan 1Malaysia.

"Sama-samalah kita buktikan bahawa konsep 1Malaysia memang sudah lama wujud dan menjadi teras dalam prinsip keahlian Persatuan Pandu Puteri Malaysia," jelasnya.

Sumber : Utusan Online

Imej Pas merosot

  • Pas semalam dikejutkan dengan pendedahan bahawa imej parti itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kini semakin negatif dengan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada, kata pensyarah dari Jabatan Pengajian Media UM, Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.
  • Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang nekad tidak akan meletakkan jawatan walaupun menerima pelbagai kritikan yang mempersoalkan kepimpinannya.
  • Pas tetap terbuka dalam mengadakan hubungan dengan semua pihak asalkan ia membawa kepada kemenangan Islam.
  • Abdul Hadi berkata, Pas akan mengukuhkan hubungannya dengan pakatan pembangkang yang dimuhasabah sepanjang masa.
  • Lidah rasmi Pas, Harakah ditegur kerana terlalu memberi ruang kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Abdul Hadi.
  • Wakil Pas Johor mahu perbalahan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi dihentikan segera.
Sumber : Utusan Online

November 1, 2009

Belanda sedia majukan pelabuhan Lahad Datu

KOTA KINABALU 31 Okt. - Belanda bersedia melabur bagi membantu membangunkan pelabuhan Lahad Datu menjadi hab maritim Malaysia di wilayah timur.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pada masa ini kerajaan negeri diwakili Kelompok Industri Kelapa Sawit (POIC) telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan pelabuhan Rotterdam.

"Ia hasil rundingan sukar berbulan-bulan oleh para pegawai dari kedua-dua belah pihak.

"Meskipun butir-butir lanjut mengenai perjanjian akhir masih perlu dibincangkan, tetapi saya yakin ia berjalan lancar dalam membangunkan pelabuhan Lahad Datu," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Musa yang dalam rangka lawatan ke Belanda dan Oman berkata, melalui rundingan itu pihak pelabuhan Rotterdam akan bekerjasama dengan POIC bagi membangunkan pelabuhan Lahad Datu setaraf dengan pelabuhan lain di dunia.

Dalam pada itu, katanya, beliau yakin Lahad Datu mampu menjadi salah sebuah pelabuhan yang maju dan dikenali di seluruh dunia.

"Ini boleh dilihat berdasarkan kepada kedudukan Lahad Datu di kawasan pertumbuhan negara Asia yang meliputi Brunei, Indonesia, Malaysia dan selatan Filipina.

"Malah bekas duta Belanda ke Malaysia, Lody Embrechts ketika pertama kali bertemu saya membayangkan pembangunan pelabuhan Lahad Datu akan menjadi Roterdam di Timur," katanya.

Sementara itu, Musa berharap kerjasama ini akan turut memberi kesan positif kepada kedatangan pelabur luar khususnya dari Belanda.

Katanya, kerjasama ini dijangka menarik minat lebih ramai pelanggan utama pelabuhan Rotterdam melabur di negeri ini.

"Saya juga melihat bagaimana pelabuhan Rotterdam boleh mempengaruhi keputusan sesetengah pelaburnya," ujarnya.

Sumber : Utusan online