August 31, 2009

Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-52 : Saya Bangga Lahir di Malaysia dan Menjadi Rakyat Malaysia



Harga petrol naik esok

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.


Sumber : Malaysiakini

August 27, 2009

Tahniah Datuk Idris Jala dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Idris Jala telah dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau ditugaskan menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Idris juga dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Prestasi Pengurusan (PEMANDU).

Pelantikan Idris diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dr Koh akan meneruskan tugas merangka dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi berhubung pengurusan prestasi dan pembaharuan organisasi dengan fokus khusus kepada N-KRA.

Beliau juga akan mempengerusikan lembaga PEMANDU yang turut dianggotai Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Idris pula akan berkongsi kepakaran dan pengalamannya ketika berkhidmat di Shell dan MAS dan merangsang pelaksanaan pengurusan prestasi di peringkat kerajaan persekutuan.

Beliau juga akan memegang jawatan timbalan pengerusi lembaga PEMANDU.

Idris dilantik sebagai pengarah urusan dan CEO MAS pada Disember 2005 selepas syarikat penerbangan itu mengalami kerugian terbesar dalam sejarah korporatnya.

Sebelum menerajui MAS, Idris berkhidmat selama 23 tahun di Shell. Antara tahun 2002-2005, Idris memegang jawatan Pengarah Urusan Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden Shell Malaysia GAS& Power (Malaysia).

Idris juga pernah berkhidmat dengan Shell International di London dan Shell Sri Lanka.

Idris merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) dan ijazah sarjana dari Universiti Warwick, United Kingdom.

August 20, 2009

SunTzu Art of War content 13 Chapters.《孫子兵法》

You can never completely translate Chinese into English without missing some of its actual meaning.
This first chapter look short, but if you explain in English become really long.
Chinese wording itself is an art of human's mind. One word can describes multiple meanings.

SunTzu Art of War content 13 Chapters.
This is the English version of first chapter. Enjoy ^^


I. LAYING PLANS

1. Sun Tzu said: The art of war is of vital importance
to the State.

2. It is a matter of life and death, a road either
to safety or to ruin. Hence it is a subject of inquiry
which can on no account be neglected.

3. The art of war, then, is governed by five constant
factors, to be taken into account in one's deliberations,
when seeking to determine the conditions obtaining in the field.

4. These are: (1) The Moral Law; (2) Heaven; (3) Earth;
(4) The Commander; (5) Method and discipline.

5,6. The Moral Law causes the people to be in complete
accord with their ruler, so that they will follow him
regardless of their lives, undismayed by any danger.

7. Heaven signifies night and day, cold and heat,
times and seasons.

8. Earth comprises distances, great and small;
danger and security; open ground and narrow passes;
the chances of life and death.

9. The Commander stands for the virtues of wisdom,
sincerely, benevolence, courage and strictness.

10. By method and discipline are to be understood
the marshaling of the army in its proper subdivisions,
the graduations of rank among the officers, the maintenance
of roads by which supplies may reach the army, and the
control of military expenditure.

11. These five heads should be familiar to every general:
he who knows them will be victorious; he who knows them
not will fail.

12. Therefore, in your deliberations, when seeking
to determine the military conditions, let them be made
the basis of a comparison, in this wise:--

13. (1) Which of the two sovereigns is imbued
with the Moral law?
(2) Which of the two generals has most ability?
(3) With whom lie the advantages derived from Heaven
and Earth?
(4) On which side is discipline most rigorously enforced?
(5) Which army is stronger?
(6) On which side are officers and men more highly trained?
(7) In which army is there the greater constancy
both in reward and punishment?

14. By means of these seven considerations I can
forecast victory or defeat.

15. The general that hearkens to my counsel and acts
upon it, will conquer: let such a one be retained in command!
The general that hearkens not to my counsel nor acts upon it,
will suffer defeat:--let such a one be dismissed!

16. While heading the profit of my counsel,
avail yourself also of any helpful circumstances
over and beyond the ordinary rules.

17. According as circumstances are favorable,
one should modify one's plans.

18. All warfare is based on deception.

19. Hence, when able to attack, we must seem unable;
when using our forces, we must seem inactive; when we
are near, we must make the enemy believe we are far away;
when far away, we must make him believe we are near.

20. Hold out baits to entice the enemy. Feign disorder,
and crush him.

21. If he is secure at all points, be prepared for him.
If he is in superior strength, evade him.

22. If your opponent is of choleric temper, seek to
irritate him. Pretend to be weak, that he may grow arrogant.

23. If he is taking his ease, give him no rest.
If his forces are united, separate them.

24. Attack him where he is unprepared, appear where
you are not expected.

25. These military devices, leading to victory,
must not be divulged beforehand.

26. Now the general who wins a battle makes many
calculations in his temple ere the battle is fought.
The general who loses a battle makes but few
calculations beforehand. Thus do many calculations
lead to victory, and few calculations to defeat:
how much more no calculation at all! It is by attention
to this point that I can foresee who is likely to win or lose.

August 17, 2009

Court buildings: Two in progress, three to be built


SARIKEI: Two court buildings planned under the Ninth Malaysia Plan (9MP) are under construction while three more will be built in the state under the Tenth Malaysia Plan (10MP).
BRIEFING: Nazri (second right) is briefed on the progress of Sarikei Court building as (from left) Hasbi, Tiong, Ding, Teng and others listen.
Minister in the Prime Minister’s Department (Legal and Parliamentary Affairs), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disclosed this during his visit to the Sarikei new court building site here yesterday.
The two projects under the 9MP were the RM6.84 million Sarikei Court and Samarahan Court costing about RM6.85 million, he said.
Works on Sarikei Court building which had started in October last year is scheduled for completion in April next year whereas works on the Samarahan court building is scheduled to commence next week, he said.
Proposed under the 10MP were a one-courtroom building each in Mukah, Limbang and Sri Aman, he said, adding that under the same development plan, judges’ quarters (Rumah Hakim) had also been proposed for Kuching, Sibu and Miri.
He did not disclose the estimated cost of the projects proposed under the 10MP. Nazri who was briefed by the contractor on the progress of Sarikei court building was told of a slight delay due to several factors.
However, he was pleased that the contractor had given the assurance that the project would be progressing steadily from now onwards as their main problems had been resolved.
When completed the new Sarikei Court would have two courtrooms, two witness rooms, two lockups, two judge’s rooms, two interpreter’s rooms, one lawyer’s room, one public prosecutor’s room, one police prosecution officer’s room, and one detention room.
The office area would, among others, include Civil and Criminal Case Registration Office, conference room, library and store while the ancillary area would house a canteen, surau (one each for men and women), two public toilets, and two staff toilets.
Other facilities included 43 car parking and nine motorcycle parking bays.
Among those who accompanied Nazri were Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Liew Vui Keong, Assistant Minister of Local Government Datuk David Teng, Sarikei MP Ding Kuong Hiing, Limbang MP Hasbi Habibollah, and Sarikei divisional PWD engineer Tiong King Wei.
Source : The Borneo Post

BN-PAS bertempur di Permatang Pasir


Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS, Salleh Man - yang mempertahankan kerusi tersebut - dengan calon BN, Rohaizat Othman.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan tetapi menolaknya dan mengumumkan pencalonan Salleh dan Rohaizat diterima.
Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya..
Rohaizat tiba pada kira-kira jam 8.55 pagi dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Manakala calon PAS, Salleh Man pula tiba kira-kira jam 8.35 pagi bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut kelihatan ialah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan naib presiden, Salahuddin Ayub.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.
Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas.
Sementara itu, rmai pegawai polis dan petugas media memakai penutup hidung dan mulut. Penyokong PAS memakainya yang memaparkan tulisan 'PAS untuk semua”.
Pegawai kementerian kesihatan mengedarkan secara percuma penutup hidung dan mulut itu kepada orang ramai di pintu masuk ke pusat penamaan calon itu.
Manakala calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding, tetapi menarik dari pada saat-saat akhir.Beliau tiga di pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.55 pagi tetapi tidak menyerang borang pencalonan.Kamarul mendakwa beliau tersalah jalan dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas, dan oleh itu tidak mempunyai yang mencukupi untuk menyerah borang pencalonan.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengeluarkan enam borang pencalonan dan tiga orang telah membuat bayaran deposit.

Sumber : Malaysiakini

August 14, 2009

H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat


Sebanyak 40 peratus daripada 56 korban wabak selesema A (H1N1) meninggal dunia akibat "kelewatan mendapat rawatan awal" dan sebanyak 13 peratus pula angkara "kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan". Statistik itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hariannya berhubung wabak tersebut hari ini.
"Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan (70 peratus), di samping itu juga daripada jumlah kematian tersebut, sebanyak 40 peratus didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13 peratus kematian didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan," katanya. "Saya berpendapat, ada di antara kematian ini dapat dielak sekiranya pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera."Hari ini, dua bayi berusia dua bulan dan seorang remaja menjadi sebahagian perangkaan terbaru korban wabak daripada lima kes - jumlah keseluruhannya 56 kes.Dr Mohd Ismail menambah, kadar penularan influenza A (H1N1) dalam masyarakat adalah tinggi dan perkembangan ini dapat dilihat daripada jumlah semakin ramainya pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan.Susulan itu, beliau menasihatkan orang ramai, terutama mereka yang bersimptom jangkitan influenza, agar mengambil tindakan berikut:Pertama, mereka yang bersimptom selepas menerima rawatan hendaklah berehat di rumah jika tidak dimasukkan ke hospital untuk rawatan.Pergerakan pesakit bersimptom ke tempat awam atau tempat kerja akan menambahkan kes penularan dalam komuniti. Mereka yang bersimptom mudah menularkan jangkitan kepada individu yang sihat yang berada dekat dengan mereka sama ada melalui batuk, bersin atau sentuhan cecair batuk/bersin.
Kedua, di sekolah atau tempat kerja, individu yang bersimptom influenza dinasihati agar segera mendapatkan rawatan dan berehat di rumah sehingga sembuh. Mereka dinasihati agar tidak bekerja atau datang ke sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza A (H1N1). Guru besar atau ketua tempat kerja hendaklah melakukan saringan harian bagi memastikan individu yang bersimptom tidak meneruskan bekerja atau menghadiri kelas.Jika terdapat kes dari saringan tersebut, mereka hendaklan dirujuk ke hospital atau klinik.Ketiga, semua ibu bapa atau penjaga memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan ini agar tidak menggangu aktiviti pembelajaran di sekolah.


Sumber : Malaysiakini

Rohaizat Othman calon BN di Pematang Pasir



Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemilihan setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.
Beliau membuat pengumuman tersebut di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam petang ini.
Nama Rohaizat pernah disebut-sebut akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru.
Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan apabila BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding di kerusi tersebut.
Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula akan mengumumkan calonnya pada jam 9 malam ini.
Salah satu yang disebut-sebut mungkin dipilih mewakili PAS kali ini ialah Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd Salleh Man.
Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.Sebelum ini, Umno bahagian Permatang Pauh menyenaraikan empat calon termasuk Mohd Zaidi kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti itu.Manakala jawatankusa PAS pula bermesyuarat hujung minggu lalu membicangkan lima orang calon termasuk Salleh.

Muhyiddin Yassin menyiram pokok sebagai tanda simbolik ketika merasmikan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (Miccos) 2009 di Serdang, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 13 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cabaran terbesar yang dihadapi oleh sektor komoditi negara pada masa ini adalah untuk meningkatkan daya saing di pasaran global.

Kata beliau, tindakan konkrit dan bersepadu perlu dilaksanakan oleh semua pihak dalam keseluruhan rantaian nilai industri yang meliputi kedua-dua peringkat huluan dan hiliran dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran tanaman komoditi dan penggunaan teknologi yang dapat mengurangkan kos.

Selain itu, menurutnya, usaha penyelidikan dan pembangunan perlu dipergiatkan terutama terhadap kaedah-kaedah bioteknologi yang boleh dieksploitasi bagi menghasilkan bahan tanaman komoditi yang berkualiti tinggi.

“Saya difahamkan beberapa komoditi telah pun menyahut cabaran ini seperti tanaman sawit yang telah melancarkan 29 teknologi baru dan 16 perkhidmatan baru sekali gus menawarkan 441 teknologi meliputi semua sektor sawit.

“Begitu juga dengan tanaman koko yang baru-baru ini berjaya mengeluarkan empat klon baru melalui siri kedua dikenali sebagai MCB C6, MCB C7, MCB C8 dan MCB C9 yang lebih berdaya tahan kepada penyakit matirosot dan jejalur vaskular,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (Miccos) 2009 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, Muhyiddin turut melancarkan klon terbaru getah, 1 Malaysia yang selain tahan penyakit, juga mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh singkat iaitu kira-kira selepas empat tahun lebih ditanam.

Turut hadir Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan timbalannya, Datuk Hamzah Zainuddin.

Miccos 2009 yang bertemakan Komoditi Adalah Satu Industri selama empat hari berakhir Ahad ini, mempamerkan pelbagai produk, teknologi dan inovasi terkini sektor komoditi negara merangkumi sembilan industri iaitu sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, tembakau, kenaf, jatropha dan sago.

Muhyiddin berkata, selain berusaha membangunkan teknologi melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan secara dalaman, industri juga digalak mewujudkan kerjasama dengan institusi penyelidikan awam seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Lembaga Getah Malaysia yang telah terbukti kecemerlangan mereka di dunia.


Sumber :Utusan Malaysia

August 11, 2009

Gerugu Dam to the rescue of Sarikei folk


Sarikei, Bintangor, Tanjung Manis, Belawai assured of a week’s supply from dam as rivers dry up
SARIKEI: Were it not for Gerugu Dam, taps in Sarikei and other surrounding areas depending on Bayong Water Treatment Plant would have already completely run dry by now.
IT’S HERE: Dr Chan (left) being briefed by Foo (second left) at Gerugu Dam office as Ding (right), Tiong (third left) and others look on.
Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, on being informed about this by the authorities concerned when he visited the dam and the water treatment plant yesterday, urged the people to use water sparingly.
He called on the people to bear with the authorities which had imposed water rationing in a move to sustain supply in the face of current dry spell.
Briefing Dr Chan on the current situation at the dam was an engineer from Sarawak Economic Development Corporation (PPES) who is also Gerugu Dam project manager, Major (r) Foo while Divisional Engineer Tiong King Wei and the officer in-charge of Public Works Department (JKR) Water Section, Ahmad Selihin, updated him on the water supply situation.
Dr Chan said the rationing of supply was not aimed at causing inconvenience to the people but rather to minimize the effect of rationing.
According to Dr Chan, the rationing exercise means that water supply has been slashed by half of the normal daily output of 30 million litres covering Sarikei, Bintangor, Tanjung Manis and Belawai.
He said the exercise meant lower water pressure which most people experienced since the past few days.
Dr Chan advised the people against using water for unnecessary purposes like washing cars or drains.
On the Gerugu Dam, Dr Chan said the current dry spell had brought out the best side of the dam which, despite its not fully-completed status, had already been able to support the water need of the people.
According to him, the dam now has enough water to feed the Bayong Water Treatment Plant for the next eight days.
“Sungai Gerugu and Sungai Sarikei, the main sources of raw water to feed the Bayong Water Treatment Plant, have dried up due to the prolonged dry spells.
“Fortunately, the Gerugu Dam project which was designed to increase the water supply capacity from 33 million litres per day (MLD) to 140 MLD, is there to save the day,” he reiterated.
Dr Chan also said that if dry weather persisted, cloud seeding would be carried out today if there is enough rain cloud to support the activity.
Among those accompanying Dr Chan were Sarikei MP Ding Kuong Hiing, councillors and community leaders.
Source : The Borneo Post

Sibu-KK route must stay: Lau

Deputy minister leaving no stone unturned to make sure AirAsia flights between the two points are maintained
SIBU: Deputy Transport Minister Datuk Robert Lau yesterday promised to stick his neck out and ensure the AirAsia Sibu-Kota Kinabalu route stays.
“Tomorrow (Wednesday), I will bring up the matter during the weekly cabinet meeting.
“Hopefully, we can reach a solution to that problem as soon as possible,” he said when members of the Federation of Chinese Association Sarawak, led by their president Datuk Lau Cheng Kiong, called on him and presented a memorandum.
Among others, the memorandum said AirAsia had provided a much better alternative to MASwings and the people would very much like to see AirAsia continue to operate the Sibu-KK route.
In addition, the memorandum also lamented the expensive freight charges of MASwings over the Sibu-Kuching, Sibu-Miri, Miri-Limbang and Sibu-KK routes and hoped the Transport Ministry would review the matter.
Lau, who is Sibu MP, said he was aware of the popularity of AirAsia’s Sibu-KK route since it started last April.
“In view of its popularity, I will ensure that we will reach a solution with regard to the Sibu-KK route,” he said.
Lau said discussion with the Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat on the matter was ongoing, and he had instructed the department in his ministry which controls the airlines to review the contract between MASwings and the Transport Ministry over the rural air service in Sabah and Sarawak.
According to Lau, FAX initially took over the rural air service, but did not give satisfactory service and eventually gave up the sector.
The government then negotiated with MAS to continue servicing the routes and subsequently, MAS came up with several conditions.
A contract signed between MAS and the ministry in October 2007 had given the national carrier the rights to all seven routes in the two states, some of which would be exclusive to it.
“The contract is for 10 years. The government will also provide an annual subsidy of RM8 million to MAS,” he said.
Every year MAS and AirAsia have to send their proposed flight schedules to the ministry for approval.
“Recently when it did so, AirAsia also slipped in its application to serve the Sibu/Kota Kinabalu route which was approved,” Lau said.
AirAsia chief executive officer Datuk Seri Tony Fernandes had said recently that AirAsia will have to terminate its direct flight from Sibu to Kota Kinabalu from Oct 25 because it has been forced to do so.
AirAsia flies from Sibu to Kota Kinabalu daily, using Airbus 320 which has a capacity of 180 passengers.
According to a source, since AirAsia started operating the Sibu-KK route in April this year, the demand had been very good with passenger load for each flight.
This could have prompted MAS to act and when it was discovered that AirAsia was receiving popular demand, MAS lodged a complaint with the government.
On the airstrip in Kapit, Lau said the existing runway was no longer suitable for aircraft landing.
He said he had already asked Kapit MP Alexander Nanta to find a new site to build another runway.
“Once he comes up with a proper site, then we will work together for Kapit to have an airstrip as Kapit deserves to have the air services, he said.

Source : The Borneo Post

Pilihanraya kecil Pematang Pasir bulan puasa 25 Ogos 2009




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.
Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".
"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.
Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi. Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.Awal Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.
Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.
Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.
Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.
"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir."Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.

Sumber : Malaysiakini