February 28, 2009

Berita baik untuk rakyat Malaysia--Kenaikan tol ditangguh

PUTRAJAYA 27 Feb. – Berita baik untuk rakyat! Kabinet hari ini menangguhkan keputusan untuk menaikkan kadar tol bagi lima lebuh raya seperti yang diumumkan semalam.

Kerajaan juga memberi jaminan kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penangguhan itu dibuat sehingga ke satu tempoh yang belum ditentukan lagi, bergantung pada kemampuan kerajaan.

“Keputusan untuk menangguh kenaikan kadar tol belum ditetapkan tempoh sehingga bila.

“Ia bergantung kepada kemampuan kita kerana dengan tidak menaikkan kadar tol, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan hampir setengah bilion ringgit. Ia merupakan wang pembayar cukai,” katanya yang juga Menteri Kewangan pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed mengumumkan kenaikan kadar tol antara 0.68 sen hingga 50 sen di lima lebuh raya berkuat kuasa 1 Mac ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengulas perkara itu di Thailand mahu keputusan tersebut dikaji semula kerana sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Abdullah berada di Pattaya, Thailand bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN.

Perdana Menteri menjelaskan, keputusan untuk menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya itu telah dibuat oleh Kabinet tiga minggu lalu.

Kenaikan di antara 0.68 sen hingga 50 sen itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani antara pihak kerajaan dengan pemegang konsesi lebuh raya tersebut.

Ia melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Sumber : Utusan Online

February 26, 2009

Rakyat Batang Ai perlu membuat Pilihan yang bijak dan betul Pada Pilihan Raya kecil yang akan datang nanti


Baru-baru ini politik di Negara Malaysia telah menghadapi banyak dugaan dan cabaran terutamanya di Negeri Selangor, Perak, Kedah dan Sarawak. Ini kerana, terdapat pilihan raya kecil yang akan diadakan di Bukit Gantang di Perak ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung. Manakala bagi Bukit Selambau di Kedah adalah akibat V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau. Dalam pada itu, bagi DUN Selangor kawasan Bukit Lanjan ialah akibat Elizabeth Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan setelah gambar bogelnya tersiar dalam Internet. Kawasan Bukit Lanjan sehingga sekarang belum dikenal pasti akan mengadakan Pilihan Raya kecil atau tidak kerana Sultan Selangor telah menyerahkan Menteri Besar Selangor untuk menentukannya.Selain itu, bagi kawasan Batang Ai di Sarawak adalah kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada 24 Februari 2009 kira-kira jam 1.25 pagi akibat serangan angin ahmar.

Oleh itu, dalam menghadapi beberapa Pilihan Raya kecil ini, rakyat dari Kedah, Perak, Selangor dan Sarawak haruslah bijak dan memilih wakil rakyat yang dapat memberi pembangunan dan membantu penduduk di kawasan mereka. Oleh kerana, kawasan Batang Ai di Sarawak merupakan kerusi yang panas dan PKR akan mencuba sedaya upaya untuk mengambil kawasan DUN Batang Ai ini. Oleh itu, sebagai rakyat di kawasan Batang Ai perlulah memilih wakil rakyat yang dapat memberi pembangunan dan kemajuan kepada kawasan mereka. Janganlah mengundi mengikut emosi dan pengaruh dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana,semua nasib Batang Ai adalah terletak di rakyat kawasan Batang Ai. Biarlah kita berfikir, apakah yang akan dapat dibawa oleh pihak pembangkang jika mereka menang dalam kerusi DUN Batang Ai??? Kalau kita berfikir rasional dan waras bahawa pihak pembangkang ini Cuma tahu bercakap besar dan tidak membuat apa-apa kepada rakyat Batang Ai. Jika mereka menangpun, rakyat Batang Ai yang akan menghadapi keseksaan dan tiada pembangunan akan dibawa oleh mereka.

Dengan itu, rakyat Batang Ai perlulah mengetahui bahawa Cuma wakil rakyat dari BN yang akan terus membawa pembangunan dan kemajuan kepada Batang Ai. Ini kerana, kerajaan BN yang memerintah Negeri Sarawak dan memberi kemajuan selama ini adalah ekoran daripada usaha gigih dan kecemerlangan kerajaan BN. Bagi rakyat Batang Ai yang masih kekurangan pembangunan dan mundur ini perlulah memikir masa depan anak dan generasi muda mereka kerana mereka yang akan menentukan nasib Batang Ai ini. Mungkin masa kempen pilihan raya kecil di Batang Ai akan menghadapi banyak cabaran dan dugaan serta menerima banyak surat layang dan khabar angin yang tidak betul tetapi apa yang perlu pengundi Batang Ai tahu bahawa mereka perlulah berfikiran waras dan rasional terhadap hal ini dan jangan mudah dipengaruh oleh pihak pembangkang.

Semoga kawasan Batang Ai di Sarawak ini terus diberkati oleh kerajaan BN agar rakyat Batang Ai dapat terus maju dan makmur. Wahai, Pengundi Batang Ai…Berfikirlah beberapa kali sebelum membuang undi demi masa depan anak dan cucu cici kita. Buatlah pilihan yang paling bijak demi pembangunan dan kemajuan kawasan Batang Ai.

February 25, 2009

Batang Ai: SPR mesyuarat 4 Mac tentu tarikh p'raya kecil

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuabm version batang air state seat 240209rat khas 4 Mac ini untuk menetapkan tarikh pilihanraya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak.

Menurut kenyataan SPR, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian serta mengenai writ dan notis.

Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot dari Barisan Nasional (BN) semalam, lapor Bernama.

Pagi ini, ibu pejabat SPR di Putrajaya telah menerima notis kekosongan kerusi tersebut yang dihantar melalui faks.

Notis tersebut ditandatangani oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar, lapor Bernama.

Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di Kuching pada jam 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lalu.

Dalam pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dengan majoriti 806 undi.


Sumber : Malaysiakini

February 24, 2009

SPR: Pilihanraya Batang Ai perlu diadakan

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kawasan Batang Ai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana penggal DUN itu baru berusia lebih dua tahun dan mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak, penggal akhir DUN itu ialah pada Julai 2011.

"Maknanya, ada dua tahun lebih. Jadi, pilihanraya kecil perlu diadakan," katanya kepada Bernama di Putrajaya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dublin, 53, meninggal dunia di Normah Medical Centre di Kuching pada pukul 1.25 pagi ini akibat serangan angin ahmar.

Mendiang juga Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak.

Ditanya mengenai tarikh pilihan raya kecil itu akan diadakan, Abdul Aziz berkata perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu.

Beliau berkata Speaker DUN Sarawak belum memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN berkenaan dan menjangka akan menerima surat daripada Speaker berkenaan dalam tempoh sehari dua lagi.


Sumber : Malaysiakini

Sokong Najib sepenuhnya - PM

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan masyarakat perniagaan negara ini perlu menyokong sepenuhya pengganti beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, Najib memerlukan sokongan semua pihak, baik daripada ahli perniagaan, sektor swasta, awam dan rakyat untuk menangani masalah ekonomi global yang kini menjejaskan negara.

"Najib memerlukan sokongan semua pihak dan saya percaya sokongan daripada ahli perniagaan, swasta, awam dan rakyat akan dapat memastikan negara dapat mengharungi masalah yang dihadapi sekarang dan pulih seperti sedia kala,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama pengacara CNN, Lorraine Hahn pada Program Semalam Bersama Perdana Menteri bertemakan 'Perjalanan Perdana Menteri' anjuran Kelab Perniagaan Kuala Lumpur (KLBC) di sini malam ini.

Turut hadir Penaung Diraja KLBC, Raja Dr. Nazrin Shah.

Abdullah berkata, kerajaan akan melakukan apa yang patut dalam suasana ekonomi yang tidak menentu kerana menjadi tanggungjawab untuk memastikan negara berjaya mengharungi masalah ekonomi ini.

Tegas beliau, ketika ekonomi baik, sektor swasta merupakan penyumbang pembangunan negara tetapi apabila masalah melanda, menjadi tanggungjawab kerajaan mengetuai pembangunan ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri juga berjanji beliau tidak akan melakukan sesuatu yang akan memalukan negara apabila telah bersara nanti.

Tegasnya, apa yang akan dilakukan nanti akan dibincangkan dengan Najib bagi memastikan ia selari dengan dasar kerajaan semasa.

''Perkara pertama yang saya akan lakukan selepas bersara ialah berkebun, memancing, bermain golf dan pastinya tidak membuka blog sendiri,'' katanya.

Nasihatnya kepada rakyat Malaysia pula agar bekerja keras dan bersedia melakukan perubahan bagi mengatasi masalah yang melanda negara terutama berkaitan ekonomi.

Beliau juga menegaskan, kebebasan yang dikecapi oleh rakyat pada hari ini datang dengan tanggungjawab dan kalau hendak ia berterusan pastikan lebih bertanggungjawab.

"Apabila kita lebih bertanggungjawab, negara akan lebih baik dan aman untuk semua hidup bersatu padu,'' ujarnya.

Perdana Menteri juga mengharapkan semua pihak akan menunjukkan keupayaan bagi mengatasi masalah yang dihadapi sekarang.

Katanya, semua pihak harus jujur dalam melaksanakan apa sahaja demi kepentingan negara.

Abdullah memberitahu, selama menjadi Perdana Menteri, beliau berpuas hati kerana dapat memenuhi janji manifesto pilihan raya 2004 iaitu untuk mewujudkan kebebasan dalam Badan Kehakiman dan meningkatkan usaha memerangi rasuah dengan mewujudkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Ditanya apa yang akan paling dirindui selepas bersara sebagai Perdana Menteri, Abdullah memberitahu, dapat melakukan apa yang hendak dilakukan.


Sumber : Utusan online

Takziah



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.

Beliau juga merupakan naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menteri muda pertanian dan Sukan Sarawak.

Mendiang dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak sembilan lalu setelah koma akibat serangan angin ahmar yang teruk pada Mei tahun lalu ketika ditemuramah oleh satu saluran RTM dalam kapasitinya sebagai Chef de Mission kontingen Sarawak dalam Sukan Malaysia (Sukma).

DUN Batang Air terletak di kawasan pedalaman di wilayah selatan Sarawak, berdekatan dengan sempadan barat Kalimantan. Ia terletak kira-kira 200km di timur ibu negeri Sarawak, Kuching.

Unting berkhidmat sebagai menteri muda dalam kabinet kerajaan negeri Sarawak bagi penggal kedua.

Memandangkan pilihanraya negeri Sarawak hanya akan diadakan pada 2011, maka Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 bagi DUN Batang Ai itu.

Pilihanraya kecil

Mengikut undang-undang pilihanraya, SPR boleh membiarkan kerusi itu kosong sekiranya pilihanraya negeri perlu diadakan dalam tempoh 18 bulan.

Bagaimanapun, dalam kes Batang Ai, tempohnya melebihi dua tahun sebelum penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berakhir.

bm version batang air state seat 240209Dalam pilihanraya negeri 2006, Unting menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap). Batang Ai merupakan kawasan majoriti pengundi Iban.

Unting menang dengan majoriti 806 undi, apabila mendapat 3,295 undi manakala Bawin mendapat 2,489 undi.

Bawin telah menyertai PKR dan dilantik sebagai naib pengerusi parti tersebut.

Jika pilihanraya kecil diadakan, ia merupakan ujian pertama bagi Pakatan Rakyat di Sarawak sejak pilihanraya umum pada Mac 2008.

Tidak seperti negeri-negeri lain, Sarawak tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya umum.

Pilihanraya negeri Sarawak diadakan pada Mei 2006 di mana parti pembangkang DAP berjaya memenangi beberapa kerusi dalam kawasan kubu kuat BN, yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari PBB.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Unting meninggalkan isteri Datin Froline Moriah Demies Impoi, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Setiausaha Agung PRS Wilfred Nissom, yang mengesahkan kematian Unting, berkata beliau melawat Unting malam tadi selepas mengetahui eadaannya semakin tenat.

Jenazah mendiang akan dibawa balik ke kediamannya di Jalan Kampung Stutong petang ini.

Sementara itu, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Masing berkata Unting merupakan seorang wakil rakyat yang berdedikasi dan komited untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Sarawak, terutama dari kawasannya.



Sumber : Malaysiakini

February 17, 2009

Elizabeth Wong Sedia Letak Jawatan


PETALING JAYA, 17 Feb (Bernama) -- Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan setelah gambar bogelnya tersiar dalam Internet.

Beliau akan membincangkan soal penyerahan tugasnya itu dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, katanya pada satu sidang akhbar.

Khalid pula berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau akan memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda berhubung tawaran Wong untuk meletak jawatan.

Katanya beliau telah meminta Wong supaya bercuti bagi menenangkan fikiran.

Wong, 37, yang merupakan pengerusi jawatankuasa pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar negeri, berkata terdapat pihak tertentu yang mahu mencemarkan nama baiknya.

Katanya beliau tidak melanggar sebarang undang-undang.

"Saya tak merasa malu hanya kerana saya tidak berkahwin," katanya.

Wong, daripada Parti Keadilan Rakyat, berkata tawarannya untuk meletak jawatan adalah untuk kebaikan parti.

"Walaupun kempen memburukkan nama saya ini ditujukan kepada saya, tapi saya sedar matlamatnya adalah untuk memburukkan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Wong telah membuat laporan di balai polis Damansara pada Ahad lepas.

Beberapa Anggota Parlimen pula dan menghormati hasrat Wong untuk meletak jawatan.

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) menyifatkan keputusan itu merupakan satu tanggungjawab beliau untuk menyelamatkan parti manakala Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabantangan) berkata tindakan Wong harus diterima kerana beliau sudah memikirkan soal kepentingan rakyat setempat serta negeri Selangor khususnya.

"Saya bersimpati dengan apa yang menimpa beliau. Pada saya bukan itu yang dia mahu, namun ada pihak telah mengambil kesempatan di atas kelemahan beliau," katanya.

Mohd Yusmadi Mohd Yusof (PKR-Balik Pulau) menyifatkan keputusan Wong sebagai sesuatu yang rasional.

Dr Lo'lo Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa) pula menyalahkan media berhubung penyebaran gambar bogel Wong.

"Media yang memperbesar-besarkan isu ini dan mendedahkan gambar-gambar sedemikian. Cukuplah, kita ada banyak agenda hendak dilakukan...nak menangani krisis ekonomi lagi, masalah rakyat...sepatutnya krisis sebegini tidak ditimbulkan, " katanya.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu Bernama bahawa polis akan merakam keterangan Wong petang ini bagi mengenal pasti orang yang menyiarkan gambar bogelnya itu.

"Jika perlu polis akan mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi bagi menentukan kesahihan gambar-gambar itu," katanya.

Khalid berkata walaupun Wong telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan, polis akan menjalankan siasatan rapi dan tidak akan melengahkan siasatan.

"Peletakan jawatannya tidak akan menjejaskan siasatan polis," katanya.

Khalid berkata siasatan adalah masih di peringkat awal dan polis tidak dapat memberikan maklumat lebih lanjut.

Sumber -- BERNAMA

February 13, 2009

7 April Pilihanraya di Bkt Gantang, Bkt Selambau


Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.

Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.

Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.

Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung.

Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.

Ini juga merupakan pilihanraya kecil pertama bagi Datuk Seri Najib Tun Razak seandainya peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan berjalan seperti yang dijangkakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyerahkan kuasa kepada Najib sejurus selepas selesai perhimpunan agung Umno bulan depan.

Mengenai kerusi Bukit Selambau, Abdul Aziz berkata, beliau berpuashati dengan dokumen yang diberikan, yang menurutnya, sah dan asli dari Arumugam.

"Setelah kita berbincang, kita dapati tidak ada unsur-usnur keraguan," tambahnya.

Mengenai keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil serentak bagi kedua-dua kerusi berkenaan, Abdul Aziz berkata:

"Kita tidak mahu tempoh berkempen terlalu panjang. Apabila ini berlaku, macam macam isu akan keluar, mungkin timbul keresahan, mungkin akan mengancam keselamatan awam dan negara. Kita tidak mahu orang yang berkempen letih".

Beliau juga berkata tarikh pilihanraya kecil tidak ada kena mengenai dengan perhimpunan Umno bulan depan.

"Keputusan ini dibuat supaya semua selesa," tambahnya.

Menurutnya, tempat penaman calon bagi parlimen Bukit Gantang akan diadakan di dewan Majlis Perbandaran Taiping.

Manakala tempat penamaan calon bagi DUN Bukit Selambau pula di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.


Sumber : Malaysiakini

February 10, 2009

Empat muka baru exco BN di Perak

Enam exco kerajaan baru Perak bawah pentadbiran BN, termasuk empat muka baru, mengangkat sumpah pagi ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar di depan Sultan Perak.

Tiada penunjuk perasaan di kawasan tersebut dan keadaan kelihatan tenang.

Senarai exco yang mengangkat sumpah dan portfolia masing-masing seperti berikut:

bullet buttonAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Hamidah Osman - jawatankuasa industri, pelaburan, pembangunan usahawan, teknologi telekomunikasi, pelancongan dan hal-ehwal wanita.

bullet buttonAdun Manong Datuk Ramly Zahari, yang juga setiausaha perhubungan Umno Perak - kemudahan awam, tenaga dan air,

bullet buttonAdun Chenderiang, Dr Mah Hang Soon, juga ketua Pemuda MCA Perak - kesihatan, kerajaan tempatan, hal-ehwal pengguna, alam sekitar, pengangkutan awam dan hal-ehwal bukan Islam.

bullet buttonAdun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad - pembangunan luar bandar, pembasmian kemiskinan, perladangan dan kebajikan.

bullet buttonAdun Kamunting, Mohd Zahir Abdul Khalid - pelajaran, pengajian tinggi, sains dan teknologi.

bullet buttonAdun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin, juga ketua Pemuda Umno Perak - kesenian, kebudayaan, belia dan sukan.

Ramly dan Saarani hanya dua muka lama yang dikekalkan dalam barisan kecil exco Perak, berbeza sepuluh orang sewaktu dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Sumber : Malaysiakini

SPR putuskan Jumaat dua p'raya kecil

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini untuk membincangkan kedudukan kerusi parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah.

Pegawai perhubungan awamnya Sabri Said dalam kenyataan berkata
mesyuarat khas itu juga akan memutuskan tindakan selanjutnya berhubung kedua-dua kawasan berkenaan, lapor Bernama.

Selepas mesyuarat itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengadakan sidang akhbar yang dijadualkan pada 11 pagi di Bilik Gerakan SPR di Putrajaya.

Anggota parlimen PAS di Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal
dunia semalam akibat serangan jantung.

Selang beberapa jam selepas itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula mengumumkan peletakan jawatan V Arumugam sebagai wakil rakyat Bukit Selambau dan anggota exco kerajaan negeri.

Pada pilihanraya umum lalu, Roslan menewaskan calon BN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, manakala Arumugam yang bertanding atas tiket ebas menewaskan S Krishnan, juga daripada BN.

Sumber : Malaysiakini

Arumugam letak jawatan Adun, p'raya di Bukit Selambau

Selepas beberapa jam melepas jawatan exco kerajaan negeri Kedah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan malam ini bahawa V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Menurutnya, peletakan jawatan Arumugam itu berkuatkuasa serta merta.

Arumugam Vengatarakoo pkr kedahSehubungan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr Abd Isa Ismail akan memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari.

Petang tadi, Azizan mengumumkan bahawa Arumugam telah melepaskan jawatan exco kerajaan negeri.

Ketika dihubungi Malaysiakini malam ini, Dr Abd Isa berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan Arumugam pada jam 6 petang tadi yang dihantar oleh wakilnya.

Menurutnya, menteri besar telah menyembahkan perkara itu kepada Sultan Kedah tadi.

Menurut Dr Abd Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau itu.

Kedah turut tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi.

Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1).

Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sbagai ahli exco kerajaan negeri.

Sumber : Malaysiakini

February 9, 2009

Selamat Chap Goh Meh kepada semua masyarakat Cina yang menyambut hari yang amat bermakna ini


Hari ini merupakan Hari Chap Goh Meh iaitu Hari yang ke-15 selepas Tahun Baru Cina. Sambutan Hari Chap Goh Meh pada hari ini telah menandakan bahawa sambutan Tahun Baru Cina Lembu sudah berakhir. Pada hari ini, semua masyarakat cina akan balik rumah untuk makan besar bersama keluarga seperti sambutan Tahun Baru Cina ini. Hari ini amat bermakna kerana bulan pada malam ini agak bulat dan paling terang dalam masa 52 tahun ini jam 10:49 pm. Oleh itu, sesiapa yang ingin menengok bulan yang paling terang pada malam ini kenalah menunggu di depan langit ini. Tradisional Chap Goh Meh ini adalah turun temurum sehingga sekarang dan biasanya pada malam makan besar tersebut, masyarakat cina akan memainkan mercun yang menandakan bahawa Tahun Baru Cina telah berakhir.
Sebenarnya, terdapat maksud yang tersirat dengan Chap Goh Meh. Ini kerana hari ini juga merupakan "Velentine's Day" bagi masyarakat cina dan pada hari inilah mereka akan berjumpa dengan pasangan mereka. Dalam pada itu, pada malam Chap Goh Meh, masyarakat Cina yang beragama Buddha akan memainkan singa dan mengadakan perarakan mengelilingi bandar. Pada malam ini, Persatuan Buddha dari bahagian Sarikei akan mengadakan perarakan mengelilingi bandar Sarikei.Oleh itu, sesiapa yang berminat jangalah lupa untuk menunggu di pasar Sarikei pada jam 6 petang untuk melihat perarakan ini. Diharapkan Tahun Lembu ini akan membawa lebih tuah dan keamanam kepada Negara Malaysia.. Selamat Chap Goh Mei dari saya dan sekeluarga.....

PKR’s Arumugam quits Kedah exco seat



ALOR SETAR: Kedah executive council member V.Arumugam has relinquished his post but will continue as Bukit Selambau state assemblyman, Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak announced Monday.

Arumugan was initially an independent who joined PKR after winning the Bukit Selambau state seat in the general election last March.

He was said to have informed PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim of his decision at a discreet meeting in Ipoh on Sunday.

PKR state training bureau chairman Zambri Yusuf said Arumugam has made known his intention to Anwar at the meeting.

“Arumugam has decided to quit his position as an exco due to the mounting pressure on him and his family to defect to Barisan Nasional.”

Speculation has been rife for weeks that Arumugam intended relinquish his post due to the mounting pressure to stay in Pakatan Rakyat or defect to Barisan as an assemblyman.


Source : The Star Online

Pemimpin Pakatan Rakyat Telah kecoh : Karpal salahkan Anwar

PULAU PINANG 8 Feb. – Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut mengecam Ketua Pembangkang itu kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti).

“Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di sini bagi mengulas laporan polis oleh Pemuda UMNO berhubung kenyataannya untuk mengemukakan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai peralihan kuasa di negeri itu.

Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam pakatan pembangkang hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.

Katanya, sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, para pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar.

“Saya kesal kerana saya tidak berupaya mendapat sokongan malah daripada pemimpin parti saya sendiri. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya, bukan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Anwar Ibrahim.

“Saya mohon sokongan... saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang. Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya... saya telah banyak bersabar selama ini, janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing demi kepentingan PR dan demi kepentingan DAP,” katanya.

Karpal menegaskan bahawa pakatan pembangkang seharusnya terus memastikan kekukuhan parti dan mendapatkan sokongan rakyat sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk sebuah kerajaan bagi mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).

“Jangan ambil mudah kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mandat untuk pembentukan sebuah kerajaan harus datang daripada rakyat,” katanya. – BERNAMA

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia


Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi.

Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 10 orang anak.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.

Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India.

Menurut Harakahdaily, Roslan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Pegawai Khas Allahyarham, Shaharudin Ahmad Sani berkata allahyarham yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya dari luar negara.

"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

Sumber : Malaysiakini

February 8, 2009

Jangan lupa tengok Bulan Chap Goh Mei pada isnin jam 10:49pm adalah paling terang dalam masa 52 tahun ini : 大馬週一10.49pm‧元宵月亮52年最大


雪蘭莪‧八打靈再也)今年元宵亮是半世紀以來最大的!本地文學會預告,週一(2月9日)的月亮是馬來西亞獨立以來最圓最大的元宵月,月亮最圓時刻出現在晚上10點49分,同晚還會出現半影月食,最佳觀賞時間是在晚上10點至11點之間。

獵星人天文學會顧問蔡親煬指出,月亮繞著地球旋轉,軌道是橢圓形的,因此每到月中時月亮旋轉至近地點,與地球靠得近,月亮自然大又圓。

不過,月亮的自轉也會影響它與地球之間的距離,因此,週一的月亮是過去52年來最大元宵月並不為過,但若要數農曆新年期間與最大最圓月,早就落在今日(週日,2月8日)凌晨時已發生。

10至11pm觀賞半影月食

尋星天文學會會長彭及平說,月亮在週日凌晨時離地球36萬1488.452公里,是整個2月裡離地球最近的一次,若以專業攝影機記錄觀察,就能找出年14與元宵節的月亮差別。

“肉眼很難察覺月亮的大小,民眾可嘗試觀賞同個晚上上映的半影月食。半影月食也極難發覺正在進行中,要三分之二的月面進入地半影後,肉眼才易察覺月球亮度的變化。”

月面與地球半影接觸的時間為晚上8點41分,半影月食為晚上10點半,月面離開地球半影的時間是午夜12點34分過後,半影食時的月球位於獅子座,最佳觀賞時間落在晚上10點至11點,月球將呈現左邊昏暗右邊明亮的狀況。

各國元宵節大不同,印尼有乩童遊行成為元宵節壓軸戲,台灣人吃湯圓慶祝,中國有歷史悠久“觀燈猜謎,而馬來西亞最為人津津樂道的,就是單身到湖邊拋柑撈柑,借由柑牽出情緣或者接交新朋友,很受各年齡層人士所喜愛。

一如往年,個非政府組織團體,都訂在這一天舉行元宵拋柑活動,如青運八打靈縣會在靈市再也公園湖畔所舉行的拋柑及猜燈迷活動,一直是民眾聚焦的元宵活動,今年也不例外,民眾可參與他們的活動之餘,順便觀賞月圓星相,一舉兩得。

元宵加映半影月食

中國廣東天文學會預告,週一的月亮是1957年以來最圓最大的元宵月,包括香港在內的全國各地都可以觀賞到,而月亮最圓時刻在晚上10點49分,同晚還加映半影月食,約於晚上8點半至凌晨出現。專家提示,當晚須在東邊無遮掩的地點賞月。

元宵是中國情人節,戀人們賞彩燈、猜燈謎之餘,今年還可加插賞月食。廣東天文學會表示,今年2月9日元宵節,月兒大約在傍晚6點升起,至晚上10點49分,月球、地球和太陽連成一線,此時月亮最圓。到了午夜零時43分,明月則升得最高最亮。

月兒大了,肉眼很難察覺,同晚上演的半影月食則較易觀賞。半影月食最佳觀賞時刻在晚上10點38分,因為當時月亮被地球的半影遮蔽得最多。半影月食於晚上8點36分開始,至凌晨零時39分蝕終。不過,香港天文學會會長梁淦章說,週一晚的月食,月兒是變暗,少賞月的人,未必感到月食正在發生。

半影月食就是月球進入地球半影的天文現象,這時地球擋住了一部份太陽照向月球的光,月球看上去要比平時昏暗一些,如果使用望遠鏡觀測月亮,變暗的感覺會更加明顯。

今年2月是觀星迷的旺季,週一晚月蝕之後,2月14日情人節的清晨,是今年水星第二次大距,平時很難察覺的水星,會在當日曝光。到了2月19日晚上,又可見證金星一年中最亮的時刻。至2月27日清晨,金星將與月亮“幽會”,兩者之間的距離僅為1度。

7月22日月亮最近地球

彭及平披露,2009年月亮最接近地球的日期,落在7月22日。屆時,月亮離地球35萬7462.717公里,還會出現日全食的景觀,天文愛好者可別錯失觀天相的機會。

他也提到,2月是個觀星旺季,23日早上6點起,天空中將出現一個特別的天象,就是木星偏食。

“木星偏食的意思就是月球擋住木星,巴生河流域一帶都可看得到。加影以南會出現月掩木星的星象,至於萬撓以北,則會觀賞到木星與月球會合的浪漫星象。”

圓大體積達33分鐘

農曆正月15的元宵月是52年來最大最圓的!在上海,月亮最圓的時刻會發生在晚上10點49分;而在新加坡,是午夜12點59分。

上海佘山天文台科普主管湯海鳴解釋說︰“原因是月球的運行軌道是橢圓形的,一邊距離地球比另一邊相差達5萬公里,這兩個端點在天文語言中被叫作遠地點和近地點。”

“元宵節當天,月球剛好運行到近地點附近的時候,根據近大遠小的原理,上海市民看到的月亮就會變大,甚至比平常月份所見到的滿月更大。月亮最圓的時刻也會發生在晚上10點49分。”

新加坡天文學會會長林志雲週六(2月7日)早證實了這個說法,但指出因為月亮正在不停運轉,所以國人要新加坡觀賞到“大月”,時間上會有所不同。

獅城10日午夜可看到

“市民必須在週二(2月10日)午夜12點59分,才能看到比平常還要大的月亮。”

他說,這是因為隨著“半影月食”的進行,月亮越來越靠近地球,而到了午夜12點59分,月亮更會在距離地球36萬3800公里處。

“以們舉頭望天的角度,1度為60分鐘來計算,平常我們看到的月亮體積可能只有29到31分鐘,但明日的這個時候,體積將可達33分鐘,會比平常大。”

8:55pm至11:02pm
出現半影月食

林志雲說,除了“大月亮”奇景外,元宵晚上8點55分至11點02分,月亮會被“遮住”,出現“半影月食”天象。

所謂“半影月食”,是指月球進入地球半影的天文現象,這時地球擋住了一部分太陽照向月球的光,月球看上去要比平時昏暗一些,但照樣是亮的,只是其亮度稍有些暗淡。

“雖然照例說月亮的光芒還會有所收斂,但普通人用肉眼,甚至用望遠鏡都很難發現分別。”

Kunjungan Pegawai-Pegawai JASA DUN dan Parlimen Bahagian Sarikei ke Rumah James Lau Sempena Tahun Baru Cina

Tahun Lembu merupakan tahun yang agak berbeza dengan tahun-tahun yang lepas. Ini kerana pada Tahun Baru Cina ini, rumah James Lau telah dimeriahkan dengan kelahiran anak lelakinya.Oleh itu, sempena Tahun Baru Cina ini dan diikuti dengan kelahiran anak James Lau, rombongan dari Pegawai-pegawai JASA Bahagian Sarikei telah datang ke rumah James Lau untuk mengeratkan hubungan siraturahim di antara satu sama lain terutamanya pada hari yang amat bermakna ini.

Gambar rombongan Pegawai-Pegawai JASA DUN dan Parlimen Bahagian Sarikei ke rumah James Lau
Wahai....sedapnya mee suap yang dihidangkan oleh keluarga James Lau untuk jamuan simbolik kelahiran anak lelakinya terhadap tetamu-tetamunya....

泗参议会第五区联谊会 逾300人出席新春团拜

泗里街县参议会属下第五区联谊会成功于昨晚在泗卫理英华小学举办新春团拜活动,获得该社区300多名各族居民踊跃的参与,让场面热闹不已。

有关联谊会举办新春团拜是让社区各族居民欢庆春节,增进彼此间的联系。

本州食品工业兼地方政府助理部长拿督邓伦奇及泗里街区国会议员陈冠勋伉俪也应邀出席。此外,活动筹备会主席詹赛莺、县议员郑先桂、钟珍和及该社区联谊会执委都出席参与团拜活动。

主办单位为让增添新春团拜的热闹气氛,特别邀请醒狮团呈献舞狮采青表演。国会议员陈冠勋伉丽及拿督邓伦奇的代表,即筹备会主席詹赛莺也在会后分派红 包予现场的每一位儿童、学生及未婚者。同时,在分派红包后,主办单位也分发烟花棒予每一位出席者,让居民在现场燃放,增加团拜活动现场的欢乐佳节气氛。

******

陈冠勋:维护社区清洁

(本报泗里街7日讯)泗里街区国会议员陈冠勋表示,在庆祝佳节期间,居民也应该关心社区内一些生活比较不幸的一群,让他们能感受到人间温情,度过这艰难时期。

陈冠勋是在昨晚出席由泗县参议会属下第5区联谊会假卫理英华小学举办的新春团拜活动上做出有关讲话。

他表示已经向联邦申请一项拨款计划,在第5区联谊会社区建一间小型联谊会所,让有关社区联谊会能有地点举办聚会、联谊活动及社区文娱活动等。

他希望,社区居民都能发挥更大责任心与政府当局共同维护社区的清洁,如果能负起一些清洁责任,如住家周围沟渠的卫生、美化植物维护及垃圾清理等工作,让社区环境更清洁与卫生,共同塑造一个美好的居住环境。

拿督邓伦奇、陈冠勋与社区居民欣赏舞狮采青表演。

******

邓伦奇:塑造良好居住环境 实践清洁社区责任

(本报泗里街7日讯)本州地方政府兼食品工业助理部长拿督邓伦奇表示,社区局民应努力与政府当局配合,并付出责任感,参与区内的维护环境卫生工作,一同实践清洁社区的责任,塑造一个良好的居住环境。

他是于昨晚应邀出席由泗里街县议会属下第5区联谊会,假泗卫理英华小学举办的新春团拜活动上受邀致词时,发表上述讲话。

他说,政府建设道路,道路的使用权是每一位人民的,所以每个人也有义务保护道路,避免遭受不必要的破坏。

他表示,新春佳节期间在各区联谊会所进行的新春团拜,能拉近社区居民的距离,互相交流了解,促进种族和谐。

他说,新届县议员即将于2月尾上任,上任后必须将以最有效率的分配方法,到各区联谊会区进行协调工作,并扮演及背负起社区内领袖的工作。联谊会领袖也必须与属下居民保持联系,了解居民所面对的民生问题,通过适当管道进行解决。

陈冠勋:申请拨款建联谊所

另外,泗里街区国会议员陈冠勋也表示,在庆祝佳节期间,居民也应该关心社区内一些生活比较不幸的一群,让他们能感受到人间温情,度过这艰难时期。

陈冠勋是在昨晚出席由泗县参议会属下第五区联谊会假卫理英华小学举办的新春团拜活动上,发表上述讲话。

他表示,已经向联邦申请一项拨款计划,在第五区联谊会社区建一间小型联谊会所,让有关社区联谊会能有地点举办聚会、联谊活动及社区文娱活动等。

他希望,社区居民都能发挥更大责任心与政府当局共同维护社区的清洁,如果能负起一些清洁责任,如住家周围沟渠的卫生、美化植物维护及垃圾清理等工作,让社区环境更清洁与卫生,共同塑造一个美好的居住环境。

Sesi Dialog antara Pengerusi SUPP Sarawak Encik Sih Hua Tong dengan Pemuda SUPP Cawangan Sarikei. Kunjungan rumah pemimpin SUPP Sarikei juga diadakan

Rombongan dari Pemuda SUPP Sarawak telah mengadakan lawatan ke rumah Kaunselor Teng Ung Woo, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Sarikei

Ahli-ahli komuniti Pemuda SUPP Cawangan Sarikei telah mengambil gambar bersama Encik Sih Hua Tong, Ketua Pemuda SUPP Sarawak dan dengan YB Ding Kuong Hiing


Pada 6 Februari 2009, kumpulan dari Pemuda SUPP Sarawak telah datang ke Sarikei untuk mengadakan sesi dialog dengan Komuniti SUPP Cawangan Sarikei. Majlis tersebut diadakan penuh lancar dan teliti. Tujuan kedatangan mereka pada kali ini juga untuk mengadakan kunjungan ke rumah pemimpin Parti SUPP Cawangan Sarikei. Diharapkan dengan adanya kunjungan ini maka dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.


Rombongan ini juga mengadakan kunjungan ke rumah Danny selaku Pengerusi SUPP Cawangan Julau.


February 7, 2009

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Susur Jambu, Sarikei sempena Tahun Baru Cina


Kaunselor Teng Ung Woo,Ketua Pemuda SUPP Cawangan Sarikei telah menyampaikan ucapan pada malam tersebut.

Gelanggang Bola Keranjang Taman Susur Jambu telah dibanjiri dengan ramai penduduk dari kawasan ini untuk Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Tahun Baru Cina


Ramainya orang yang meminta nombor cabutan bertuah sehingga ada perebutan nombor tiket berlaku.Para VIP yang hadir bersama YB ding Kuong Hiing (duduk tengah yang berbaju putih)

Kawasan Taman Susur Jambu pada tahun ini agak bertuah kerana terdapat satu Majlis Pemimpin Bersama telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Susur Jambu, Sarikei sempena Tahun Baru Cina. Walaupun pada tahun ini YB Datuk David Teng Lung Chi tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana ada mesyuarat yang penting di Kuching tetapi beliau tidak melupakan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk Taman Susur Jambu. Pada malam tersebut Kaunselor Teng Ung Woo, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Sarikei telah mewakili YB Datuk David Teng Lung Chi untuk ucapan pada malam tersebut. Dalam pada itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen Sarikei.YB telah meluahkan rasa terima kasih kerana selama ini pengundi N.39 Repok telah banyak menyokongnya dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Majlis tersebut telah diiringi dengan aktiviti hiburan dan pemberian Ang Pao kepada kanak-kanak kawasan berkenaan. Ini telah mencerminkan bahawa kerajaan BN berapa prihatin kepada rakyatnya. Oleh itu, rakyat perlu terus menyokong kerajaan yang ada pada sekarang ini demi kesejahteraan dan kemakmuran Negara Malaysia.

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat, Sungai Baji, Sarikei sempena Tahun Baru Cina

YB Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen P.208 Sarikei telah menyampaikan ucapan pada majlis tersebut dan rakyat di kawasan Sungai Baji telah mendengar amanat YB dengan penuh hati.

Semua para VIP yang hadir telah dijemput untuk memotong kek Tahun Baru Cina bersama YB Datuk David Teng Lung Chi dan YB Ding Kuong Hiing

YB Datuk David Teng Lung Chi dan YB Ding Kuong Hiing telah mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua para hadirin pada malam tersebut

Kedua-dua YB dan para pemimpin di Sungai Baji telah menyanyikan Lagu Tahun Baru Cina pada malam tersebut.

Semua rakyat sungai baji yang hadir pada majlis tersebut telah menjamu jamuan makan yang enak dihidangkan oleh pihak penganjur

SDC Zon Sungai Baji dan Kampung Seberang telah mengadakan Majlis Ramah tamah sempena Tahun Baru Cina di Comunity Hall, Kampung Seberang Sarikei. Dalam majlis pada malam tersebut, YB Datuk David Teng dan YB Ding Kuong Hiing amat berterima kasih kepada pengundi di kawasan Sungai Baji kerana selama ini mereka telah banyak menyokong kerajaan BN. Dalam pada itu, penduduk di kawasan ini perlulah bersyukur kerana tempat ini dahulu adalah kawasan tanah paya tetapi dengan usaha gigih yang dicurahkan oleh kerajaan telah membolehkan kawasan ini membangun dengan pesat. Semua kemudahan asas telah disediakan di kawasan ini. Kerajaan juga akan memberi golongan yang kurang berkemampuan berupaya memiliki rumah sendiri dengan skim kos rendah rumah. Oleh itu, diharapkan usaha dan pembangunan yang diberikan oleh kerajaan ini dapat memanfaatkan semua rakyat di kawasan Sungai Baji dan sokongan padu dari rakyat juga perlu ada untuk Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10 nanti.

Sambutan Tahun Baru Cina di SJK Nam Kiew, Nam Kiew, Sarikei

Sebanyak 600 orang rakyat kawasan Nam Kiew menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat ini

YB Datuk David Teng Lung Chi, YB Ding Kuong Hiing dan Pemimpin Kawasan Nam Kiew telah mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Nam Kiew
YB Datuk David Teng Lung Chi telah memberi amanah dengan penuh ikhlas kepada rakyat Nam Kiew
YB Ding Kuong Hiing telah memberi ucapan pada Majlis tersebut...


Walaupun hujan turun dengan lebat pada malam sambutan Tahun Baru Cina di Gelanggang Bola Keranjang, Nam Kiew, Sarikei tetapi masih terdapat banyak rakyat dari kawasan Nam Kiew yang turun untuk meraihkan sambutan Tahun Baru Cina bersama YB Datuk David Teng Lung Chi dan YB Ding Kuong Hiing. Sambutan Tahun Baru Cina kali ini agak istimewa kerana kedua-dua YB telah meluangkan masa emas mereka bercampur dengan rakyat kawasan Nam Kiew. YB Datuk David Teng Lung Chi telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi kawasan ini kerana pengundi di kawasan ini telah menyokongnya pada Pilihan Raya DUN Sarawak yang lalu. Oleh itu, diharapkan rakyat kawasan Nam Kiew dapat terus menyokong kerajaan BN agar lebih banyak pembangunan dapat dibawa kepada rakyat Nam Kiew. Majlis pada malam ini telah dibanjiri sebanyak 600 orang penduduk dari kawasan Nam Kiew.

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di SJK Su Lok, Merudu Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

YB Datuk David Teng Lung Chi menyanyi lagu bersama seorang pengundi di sekitar kawasan Merudu dalam masa hiburan

Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini agak berbeza dengan Tahun yang lepas. Ini kerana, pada tahun ini YB Datuk David Teng Lung Chi dan YB Ding Kuong Hiing telah turun ke setiap kawasan Sarikei pada 1th hingga 15th untuk Sambutan Tahun Baru Cina ini. Majlis ini telah dianjurkan pada tahun baru cina agar dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara rakyat Sarikei dengan wakil-wakil rakyat ini.
Penerimaan kemasukan sekumpulan ahli baru kawasan Merudu ke Parti SUPP Cawangan Sarikei oleh YB Datuk David Teng Lung Chi dari Kapitan Yao Zhe Zhong

YB Datuk David Teng Lung Chi telah menyampaikan ucapan Tahun Baru Cina semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di SJK Suk Lok, Merudu

Terdapat 300 rakyat dari kawasan Merudu yang menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat ini

February 5, 2009

BN kuasai Perak


Barisan Nasional (BN) peroleh majoriti mudah untuk ambil alih kerajaan negeri Perak ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan pakatan pembangkang meninggalkan parti masing-masing bagi menyokong BN.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) menjadi wakil rakyat Bebas.

ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR, kembali semula kepada UMNO.

BN kini mempunyai 28 kerusi, pakatan pembangkang juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin untuk memaklumkan secara rasmi penubuhan kerajaan baru. Nama calon Menteri Besar akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dr. Zambry Menteri Besar Perak yang baru


SUBANG 5 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.

Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.

Sumber– Utusan.

Nizar Derhaka Kepada Sultan Apabila Enggan Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 5 Feb - Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah menderhaka kepada Sultan apabila enggan untuk meletak jawatan seperti yang dititahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya orang Melayu mesti tahu dan sedar bahawa mereka mempunyai Raja dan negara mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan bukan sahaja di peringkat persekutuan tetapi juga di peringkat negeri.

“Kedaulatan sesebuah negeri itu terletak kepada raja-raja. Oleh itu, adalah wajar, wajib dan semestinya bagi kita patuh dan menjunjung tinggi titah perintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja kita.

“Jadi sewajarnya kita tidak mengingkarinya, jika tidak, kita akan ditafsirkan sebagai melanggar atau ingkar sekaligus menderhaka kepada Raja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pra-Tonton rancangan ‘Europe Through The Eyes of Malaysian’ di sini, Khamis.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abu Zahar Ujang pula berkata negara ini mempunyai undang-undang berkaitan dengan kedaulatan dan pembubaran kerajaan negeri dan ini adalah proses yang digunakan selama ini.

Katanya, jika beliau (Nizar) menolak undang-undang serta kedaulatan terbabit, ini jelas menunjukkan beliau tidak hormat kepada pentadbiran negeri itu.

“Sesebuah DUN, jika hendak dibubarkan, mesti mendapat perkenan Tuanku Sultan terlebih dahulu. Jika beliau (Nizar) tidak berbuat demikian, ini sekaligus menunjukkan beliau tidak faham undang-undang dan tidak layak untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri,” katanya kepada Bernama.

Abu Zahar berkata apa jua perkara termasuk pembubaran DUN harus mendapat perkenan Tuanku Sultan terlebih dahulu seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Beliau berkata kerajaan pimpinan Nizar harus akur bahawa jika Barisan Nasional (BN) kembali menerajui Perak, ia adalah wajar kerana telah terbukti kerajaan Pakatan Rakyat gagal memimpin negeri itu disebabkan pemimpin yang gila kuasa.

Sementara itu, Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia Osman Abu Bakar berkata Nizar seharusnya ingat beliau dilantik sebagai Menteri Besar atas perkenan Tuanku Sultan dan jika Sultan menitahkan beliau meletakkan jawatan, maka beliau harus akur.

“Sebagai seorang Menteri Besar, beliau harus bersikap positif demi kepentingan orang Melayu dan menjaga maruah orang Melayu di Perak.

“Pergolakan politik yang sedang berlaku di Perak juga adalah ujian kepada sistem demokrasi berperlembagaan negara,” katanya.

Osman berkata, Barisan Bertindak turut meminta orang Melayu di Perak agar optimis terhadap perubahan yang berlaku di negeri itu dan terus menunjukkan kesetiaan kepada Tuanku Sultan.

Mohammad Nizar dalam kenyataan beliau semalam telah mengumumkan langkah drastik dan luar biasa dengan membubarkan DUN serta-merta sebelum mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Bagaimanapun, hari ini Sultan Azlan Shah memutuskan untuk tidak memperkenan pembubaran DUN dan menitahkan supaya Mohammad Nizar dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Sunber – BERNAMA

February 2, 2009

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Tahun Baru Cina di SJK St Martin, Jakar

YB Datuk David Teng Lung Chi, ADUN N.39 Repok dan YB Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen P.208 Sarikei telah menyembelih 2 ekor babi untuk Tahun Baru Cina di SJK ST Martin, Jakar...
Terdapat 10 orang yang menyertai Parti SUPP dari kawasan Jakar dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di SJK St Martin, Sarikei
Lebih 200 orang penduduk dari sekitar kawasan Jakar yang menyertai Majlis pemimpin Bersama Rakyat anjuran SDC Zon 10, Jakar.
YB Datuk David Teng Lung Chi, Menteri Muda Industri Makanan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak telah memberi Ang Pao kepada kanak-kanak dalam majlis tersebut...