March 26, 2010

Empat Ahli Parlimen Bebas cabar Karpal

Pengerusi DAP diminta perjelas pendirian 6 perkara

KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen Bebas semalam mencabar Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyatakan pendiriannya mengenai enam perkara termasuk kedudukan agama Islam di negara ini.

Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) yang menjadi jurucakap kepada tiga lagi Ahli Parlimen Bebas iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) membuat kenyataan itu menjawab cabaran Karpal yang meminta mereka mengosongkan kerusi masing-masing. Beliau menyatakan kesediaan akur dengan permintaan Karpal sekiranya Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menjawab beberapa persoalan dibangkitkannya.

“Pertama, saya mencabar Karpal untuk menjawab kenyataan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) yang menuntut supaya beliau (Karpal) meminta maaf melalui laman webnya pada 8 Mac 2010 mendesak Karpal meminta maaf kerana kenyataannya 8 Februari 2009 mempertikaikan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Kedua, adakah Karpal masih berpendirian bahawa kalau mahu laksanakan Islam, langkah mayat dia dulu, apa dah jadi dengan pendiriannya... adakah badan dia dah lembik ka apa ka, ataupun dia dah jadi mayat hidup, tidak mampu mempertahankan pendirian dia.

“Saya juga mahu tahu pandangannya mengenai kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya prinsip pertama Rukun Negara dipinda daripada 'Kepercayaan kepada Tuhan' kepada ‘Kepercayaan kepada Allah,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam. Turut hadir Zahrain, Tan, Mohsin.
Zulkifli juga bertanya mengapa Karpal tidak bersuara semasa Ahli Parlimen Bota, Datuk Nasharudin Hashim meninggalkan Umno bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mempersoalkan kenapa tidak menggesa Lim Guan Eng mengambil alih jawatan ketua pembangkang daripada Anwar.

Semua mereka memenangi kerusi masing-masing atas tiket PKR, tetapi kini keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sumber : Berita Harian

Majikan perlu timbang gaji permulaan menarik - PM

CYBERJAYA 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan para majikan menimbangkan pemberian tangga gaji permulaan yang sesuai untuk menarik minat pekerja tempatan terutama yang menganggur.

Perdana Menteri berkata, ini kerana salah satu aduan yang diterima kerajaan daripada pekerja warganegara ini adalah tahap gaji yang ditawarkan kepada mereka tidak menarik.

''Kalau boleh dipertimbangkan majikan, harap beri tangga gaji permulaan yang boleh memberi insentif atau tangga gaji yang sesuai untuk rakyat Malaysia yang tidak ada pekerjaan.

''Kalau beri gaji terlalu rendah, akhirnya tidak ada penawaran menyebabkan timbul desakan untuk meluluskan pekerja asing yang akan buat keputusan pilih tawaran (kerja itu) dan dengan itu tahap gaji sentiasa di tahap rendah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang video dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pusat Jobs Malaysia (JMC) di sini hari ini.

Abdul Ghani berada di JMC Danga Bay di Iskandar Malaysia, Johor Bahru.

Perdana Menteri sebelum itu melancarkan secara serentak 11 JMC seluruh negara yang berfungsi menyediakan perkhidmatan dan kemudahan mencari kerja secara online termasuk mengendalikan proses temuduga.

Menurut Najib, pendekatan JMC amat baik dalam membantu mengurangkan masalah pengangguran terutama ketika negara mengalami kegawatan ekonomi.

''Konsep ini menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang amat mesra pelanggan dan menggunakan online untuk menghubungkan pekerja dan majikan.

''Ini usaha yang amat baik tanda keprihatinan kerajaan untuk terus memperjuangkan nasib mereka yang tidak ada pekerjaan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, hari ini sahaja seramai 2,800 orang mendaftarkan diri di JMC di Iskandar Malaysia.

''Ada 35 majikan yang turut serta dan menawarkan 700 peluang pekerjaan di peringkat universiti dan lebih 1,000 pekerjaan untuk peringkat lepasan sekolah.

''Dari segi ini, saya mengajak majikan supaya membaiki latihan sumber manusia mereka agar dapat menarik atau mengekalkan pekerja di tempat berkenaan," katanya.

Mengakhiri sidang video itu, Perdana Menteri berharap kemajuan amat pesat yang dijangkakan di Iskandar Malaysia akan memberi manfaat kepada sebahagian besar pekerja di situ yang rata-ratanya terdiri daripada rakyat Malaysia.

''Iskandar Malaysia adalah pusat pertumbuhan ekonomi yang berpotensi besar dengan pelbagai projek yang akan dilaksanakan.

''Harap ia dapat memberi contoh terbaik iaitu bukan sahaja sebagai tempat untuk menarik pelabur tetapi juga kepada kalangan pekerja rakyat Malaysia," kata beliau.

Sumber : utusan online

Al-Fatihah : MP Hulu Selangor meninggal dunia

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
pkr mp hulu selangor zainal abidin ahmadZainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

Asal sebagai cikgu

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

azlanDilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Kerusi jadi rebutan

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

MengikutNONE peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

Sumber : Malaysiakini

Taib springs a surprise

Full minister’s post for Fatimah in Chief Minister’s Dept jolts many people

KUCHING: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud surprised most people when he created a full minister’s post in the Chief Minister’s Department during a minor State Cabinet reshuffle yesterday.

RESHUFFLING: Taib and his deputy Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan at the press conference on the cabinet reshuffle. - Photo by Jeffery Mostapa

RESHUFFLING: Taib and his deputy Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan at the press conference on the cabinet reshuffle. - Photo by Jeffery Mostapa

The post was a record of some sort in Sarawak because all this while there were only assistant minister’s posts in the department.

The latest reshuffle also saw Dalat assemblywoman Datin Fatimah Abdullah appointed the first woman full minister in the Chief Minister’s Department. The appointment will take effect this April 2.

However she is not the first woman in the State Cabinet. Before her were Datuk Ajibah Abol and Dato Sri Hafsah Harun.

Taib said yesterday that Fatimah’s appointment meant that her existing portfolios would also be upgraded.

Fatimah will be in charge of manpower planning and training; early childhood education and care; and women and family development.

The Dalat assemblywoman’s responsibilities will also include watching brief for the Education Department and Dewan Bahasa dan Pustaka.

Currently Fatimah (as assistant minister) holds three portfolios – human resource and training (in the Chief Minister’s Department); women’s development (Ministry of Social Development and Urbanisation), and home economics and training (Ministry of Modernisation of Agriculture).

With such reshuffle and Fatimah’s appointment, the Women’s Bureau will be taken out from the Ministry of Social Development and Urbanisation and will be placed under the Chief Minister’s Department.

Then the existing Home Economics portfolio will be assigned administratively by the Ministry of Modernisation of Agriculture to Fatimah.

Taib told a press conference at his office in Wisma Bapa Malaysia that Fatimah has the ability to spearhead educational development in Sarawak.

He said: “She is hard working. She has been preparing a lot of work for gradual development of education in Sarawak, especially in the areas of pre-school education.

“We have three or four meetings on education. I have found out that she has got the cooperation from professionals and others.

“She will push to increase the number of pre-school teachers. And we hope to have over 500 teachers in due course,” said Taib who is Finance Minister and Minister of Planning and Resource Management.

The minor Cabinet reshuffle also saw the appointment of Batu Kawah assemblyman Tan Joo Phoi as Assistant Minister in the Chief Minister’s Department, in charge of environmental matters, particularly ones that link to the construction of hydro-power dams in Murum, Baleh, Baram and Limbang.

Tan is also Municipal Padawan Council chairman as well as Sarawak United People’s Party (SUPP) central working committee member.

Taib said Tan’s appointment was because a few of his Chinese friends in Kuching said they needed someone who have got some position in SUPP hierarchy to help SUPP recover some of its lost positions in Kuching.

Taib was referring to the four state seats namely Pending, Kota Sentosa, Batu Lintang and Padungan which SUPP lost in May 2006 state polls.

However Taib, who is State BN chairman, pointed out that BN-SUPP lost these seats to the opposition not because the majority has lost confidence in the State BN but certain groups have decided to cast protest votes.

As Tan is an engineer and a Barisan Nasional (BN) assemblyman in Kuching, he fitted Taib’s requirement for appointing an additional assistant minister, said Taib yesterday.

“When I was thinking about the series hydro-power dams in Murum, Baleh, Baram and Limbang it is quite obvious that environmental matters would require close attention … more attention than I can give.

“So when I decided to combine the need of Kuching Division and the need for environment supervision during the construction of these dams, I appoint an engineer – Tan Joo Phoi.

“As an engineer Tan should be able to assist us in environmental matters,” he said.

At the same press conference Taib also announced the return of former minister, Tanjung Datu assemblyman Datuk Amar Adenan Satem, to active ‘ministerial’ position.

Adenan was appointed Special Advisor to the Chief Minister’s Department, in charge of public affairs and a watching brief for Information and Broadcasting.

Adenan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) information chief, will enjoy all perks and privileges enjoyed of a minister.

“I take Adenan back to keep tab on public affairs. The Cabinet has too much work and now we want to be more conscious of the response of the public to our policies.

He has the experience. So we appointed him as special advisor. He has journalism background and has good rapport with reporters. His post is advisory but one with a minister’s rank,” said Taib.

Adenan would have access to government facilities and perks as if he is a minister, said Taib.

Adenan was former Minister of Agriculture and Food Industries before he was appointed federal Minister of Natural Resources and Environment when he was Batang Sadong MP. He was subsequently dropped from the federal cabinet.

In May 2006 state polls he contested for BN-PBB in Tanjung Datu and won with a handsome majority. The last cabinet reshuffle was held on Nov 8, 2009 and the new appointment took effect on Dec 1, 2009. It saw six new faces compared to one yesterday.

Source : Borneo Post

March 18, 2010

Beri harga yang baik - PM

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu hotel bertaraf lima bintang di seluruh negara tidak mengenakan bayaran bilik yang terlalu murah kerana ia boleh menurunkan nilai pasaran.

Perdana Menteri berkata, langkah itu juga perlu bagi memastikan tahap prestij hotel-hotel di Malaysia sentiasa terpelihara sekali gus boleh menjadi daya tarikan untuk pelancong khususnya kategori mewah.

Beliau berkata, berdasarkan senarai hotel terkini, harga hotel lima bintang di Malaysia adalah paling murah berbanding negara lain di rantau ini.

"Saya yakin jika hotel lima bintang kita mengenakan harga yang lebih kompetitif ia boleh mendatangkan lebih keuntungan dalam industri perhotelan.

"Saya sengaja memberi penekanan tentang perkara ini kerana mahu industri perhotelan kita benar-benar memberi impak kepada industri pelancongan negara. Sudah tiba masanya kita membuat perubahan ini ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hotel Royale Chulan di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

Royale Chulan merupakan sebuah hotel bertaraf lima bintang milik LTAT dan ia diuruskan oleh Boustead Holdings Berhad menerusi Boustead & Resorts Sdn. Bhd.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, kumpulan pelancong mewah sebenarnya 'tidak kisah' tentang harga kerana paling penting adalah mutu perkhidmatan.

"Kita perlu menyasar kategori pelancong seperti ini dalam usaha mempelbagaikan segmen pelancong yang datang ke Malaysia. Mereka tidak kisah untuk berbelanja kerana mereka mampu ," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, jumlah pelancong asing yang mengunjungi Malaysia pada tahun ini amat memberansangkan apabila angka yang dicatatkan pada Januari baru-baru ini meningkat 1.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Secara keseluruhan jumlah pelancong yang datang ke Malaysia pada tahun lalu adalah sebanyak 23.6 juta orang dan kita jangka jumlahnya akan meningkat pada tahun ini berdasarkan trend kedatangan pelancong setakat ini.

"Apa yang penting masing-masing perlu memainkan peranan supaya jumlah kedatangan pelancong dapat ditingkatkan iaitu daripada pemandu teksi hinggalah pihak kerajaan," katanya lagi

RMK-10 Guna Elemen Kajian Strategi Laut Biru

PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) -- Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dijangka diumumkan Jun tahun ini, oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menerapkan beberapa elemen dan aspek penting dari Kajian Strategi Laut Biru (BOS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, BOS yang menekankan kepada keberkesanan konsep berfikir di luar kebiasaan sebenarnya telah diguna pakai secara tidak langsung sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun dahulu.

Mengulas lanjut beliau berkata, pelaksanaan beberapa idea penting untuk menjana pembangunan ekonomi negara seperti penswastaan beberapa program kerajaan telah mampu melonjakkan Malaysia ke tahap negara moden.

"BOS ini nampak seperti satu kaedah baru sebab ia dibuat secara holistik, tapi sebenarnya ia dah digunakan oleh kerajaan sejak kemerdekaan negara lagi.

"Seperti contoh, kita laksanakan Amanah Saham Nasional, tak ada negara lain di dunia ini yang buat amanah saham, kita buat penswastaan dengan memberikan keutamaan kepada kaum bumiputera, negara lain buat penswastaan tapi dijual kepada orang asing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup dan penghargaan kajian BOS di sini.

Strategi Laut Biru merupakan suatu revolusi di dalam strategi perniagaan dan inisiatif global bagi mengabungkan kreativiti serta inovasi di dalam perancangan perniagaan dan operasi bagi menguasai pasaran yang tidak terbatas.

Nor Mohamed berkata, bukti jelas berhubung keberkesanan BOS dapat dilihat semasa negara mengalami krisis ekonomi sekitar tahun 1997 dan 1998, apabila tampil sebagai satu-satunya negara yang menolak bantuan kewangan dari Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Yang jelas sekali bila krisis ekonomi pada tahun 1997 dan 1998, negara lain terpaksa menggadai maruah untuk mendapat bantuan kewangan dari IMF dan Bank Dunia. Hanya Malaysia sahaja yang berfikir di luar kotak, mencari formula dan menolak pinjaman luar, memulihkan ekonomi mengikut cara kita sendiri.

"Sebelas tahun kemudian, apabila negara-negara barat dilanda krisis ekonomi yang lebih hebat, mereka meniru cara kita sedangkan dulu mereka mengkritik kita dengan begitu teruk sekali apabila menggunakan kaedah BOS," katanya.

Aplikasi BOS, jelas beliau, sangat berguna kerana pemikiran cara moden perlu digunakan untuk menghadapi cabaran globalisasi yang semakin hebat, khususnya bagi memenuhi sasaran transformasi Malaysia sebagai negara maju untuk 10 tahun akan datang.

Mengulas mengenai perkembangan RMK-10, Nor Mohamed berkata segala persiapan berjalan lancar dan beberapa instrumen penting yang terkandung di dalam Model Ekonomi Baru turut diguna pakai.

-- BERNAMA

Tugas Chong Wei bawa balik Piala Thomas - PM

KUALA LUMPUR 17 Mac - Sebelas tahun telah berlalu sejak negara merangkul Piala Thomas, masanya sudah tiba untuk saat gemilang itu amat dikembalikan.

Berdasarkan prestasi semasa pasukan badminton negara, ia tidak mustahil dicapai. Apatah lagi pemain nombor satu negara dan dunia, Datuk Lee Chong Wei telah membuktikannya dengan merangkul kejuaraan berprestij All England.

Bertepatan dengan masanya, Perdana Menteri hari ini memberi tugasan baru kepada Chong Wei untuk mengetuai misi membawa balik Piala Thomas yang kejuaraannya akan berlangsung di sini, Mei ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan terbaru Chong Wei itu perlu menjadi dorongan kepada badan induk sukan badminton negara, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk terus melakar kejayaan terutamanya pada Piala Thomas.

"Ini satu tugasan buat BAM, khas buat (Presidennya) Datuk Nadzmi Salleh), untuk bawa balik Piala Thomas ke Malaysia," katanya.

Beliau berucap pada majlis makan tengahari meraikan kejayaan Chong Wei meraih kejuaraan All England bersama-sama anggota Parlimen di Dewan Bankuet di bangunan Parlimen hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung BAM; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Nadzmi, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan jurulatih badminton perseorangan negara Datuk Misbun Sidek.

Perdana Menteri memberi jaminan akan terus memberi sokongan kepada sukan ini kerana badminton menjanjikan peluang untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2012 di London.

Mengenai kejayaan Chong Wei itu, Najib menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat istimewa kerana menjuarai kejohanan yang disertai oleh pemain terbaik dunia.

"Saya nak nyatakan apa yang dilakukan oleh Chong Wei dan Misbun memberi makna kepada gagasan 1Malaysia kerana kita dapat lihat hubungan mereka yang terjalin tanpa mengira keturunan tetapi boleh bersatu dan berjaya atas nama 1Malaysia, 1people 1nation (1rakyat, 1negara).

"Untuk berada di tahap tersebut Chong Wei telah berdepan pelbagai dugaan seperti diperlekeh kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia tidak bermakna kerana beliau tidak pernah memenangi kejohanan utama dunia," katanya

Perdana Menteri berharap dengan kejayaan memenangi All England akan melenyapkan cakap-cakap tersebut dan terus mara memenangi pelbagai lagi kejuaraan buat negara.

"Saya harap Chong Wei tolong pertahankan (kejuaraan All England), kita tak mahu hanya menang sekali tapi kita mahu menang banyak kali," katanya.

Intelektual Tulen Perlu Mampu Ubah Pemikiran Dan Sikap Masyarakat, Kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ukuran seorang intelektual tulen bukan hanya berdasarkan kejayaannya menerbitkan makalah dalam jurnal-jurnal antarabangsa, tetapi mampu membawa kepada perkembangan pemikiran masyarakat dan kemajuan negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini dapat dilihat dari sumbangan besar tokoh akademik Prof Diraja Ungku Aziz di mana impak kajian ilmiahnya dapat dilihat dalam membentuk perubahan pemikiran dan sikap masyarakat serta kesannya terhadap dasar-dasar kerajaan mengenai pembasmian kemiskinan serta pemugaran ekonomi desa.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran buku bertajuk "Royal Professor Ungku A. Aziz: The Renaissance Man" terbitan Penerbit Universiti Malaya di sini Khamis.

"Saya fikir inilah falsafah sebenar manusia intelektual dan peranan universiti sebagai gedung ilmu. Apabila kita memperkatakan tentang kajian berimpak tinggi, ukuran kita semestinya bukan hanya kejayaan untuk menerbitkan makalah dalam jurnal-jurnal antarabangsa sekadar untuk meningkatkan rangking universiti, atau mencapai sasaran kuantitatif Penunjuk Pretasi Utama (KPI), atau mendapat peluang kenaikan pangkat.

"Tetapi tentang sejauhmana kajian yang dihasilkan dapat memberikan kesan secara signifikan kepada perkembangan pemikiran masyarakat dan peningkatan kemajuan negara," katanya.

"Dalam konteks ini, Pak Ungku bagi saya adalah lambang seorang intelektual tulen yang telah meletakkan penanda aras yang amat tinggi dalam dunia keintelektualan tanah air," katanya.

Muhyiddin berkata Ungku Aziz sebagai seorang nasionalis, bukan sahaja amat prihatin terhadap nasib yang menimpa bangsa dan negaranya, malah mengambil langkah yang pragmatik serta berpandangan jauh dalam memperbetulkan ketidak seimbangan sosial yang melibatkan masyarakat pribumi.

Beliau berkata keperhatianan Ungku Aziz, bekas naib canselor Universiti Malaya itu terhadap nasib golongan miskin dan masyarakat desa terserlah dengan beberapa inisiatif beliau yang menjadi mercu tanda kejayaan program pembangunan sosio-ekonomi di negara ini seperti penubuhan koperasi dan Tabung Haji.

"Tersirat di sebalik kedua-dua inisiatif penting ini bukan sekadar aspirasi untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin, tetapi satu gerakan perubahan sikap dan minda massa mengenai pemilikan kekayaan dan keadilan dalam pengagihan ekonomi," katanya yang menyifatkan Ungku Aziz sebagai seorang intelektual yang terkenal dan negarawan yang istimewa.

Muhyiddin berkata perubahan yang dibawa oleh Ungku Aziz itu ialah perubahan sikap dan pemikiran suka berbelanja kepada suka menambung, dan daripada suka berhutang kepada suka melabur.

Muhyiddin berkata perubahan sikap dan minda rakyat ini menyediakan landasan penting kepada usaha pembasmian kemiskinan, peningkatan mobiliti sosial, kemunculan golongan kelas pertengahan bumiputera dan pemodenan negara.

Beliau berkata Ungku Aziz, semasa menjadi naib canselor Universiti Malaya telah melakukan "sesuatu yang bersifat revolusioner", di mana beliau yang prihatin dengan ketidak seimbangan populasi pelajar di fakulti sains, kejuruteraan dan perubatan yang amat kurang pelajar bumiputera telah mewujudkan program pra-kejuruteraan dan kelas bimbingan khas untuk membimbing pelajar ini, yang merupakan satu langkah intervensi yang berpandangan jauh.

"Hasilnya, daripada hanya beberapa kerat pelajar Melayu yang lulus dalam bidang kejuruteraan, jumlahnya telah meningkat kepada ratusan orang," katanya.

Beliau berkata usaha ini telah dikembangkannya kepada penubuhan Pusat Asasi Sains dan Ambang Asuhan Jepun, khususnya untuk membimbing anak-anak bumiputera dalam bidang sains dan kejuruteraan.

"Sehingga kini, puluhan ribu graduan bumiputera dalam pelbagai bidang sains dan kejuruteraan telah berjaya dilahirkan hasil sumbangan pemikiran dan kesungguhan Pak Ungku," katanya mengenai bekas pensyarahnya dalam pelajaran Rural Economy semasa Muhyiddin menuntut di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata sebagai seorang nasionalis, Ungku Aziz turut mengambil berat tentang usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dan di bawah pimpinannya UM telah mempelopori usaha untuk mencipta istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa Melayu.

"Malah ketika berlaku perubahan dasar mengenai penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti pada awal 1980-an, Universiti Malaya di bawah kepimpinan Pak Ungku telah melaksanakan dasar pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu tiga tahun lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata ini adalah "lambang rasa cinta Pak Ungku yang amat mendalam kepada bahasa Melayu dan keyakinan beliau yang amat tinggi terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu."

"Saya amat tersentuh apabila Pak Ungku menjadi antara insan terawal tampil menyokong dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dalam sistem pendidikan kebangsaan selepas saya membuat pengumuman mengenainya tahun lepas.

"Pak Ungku bukan sahaja guru saya, mentor saya, malah kini penyokong saya pula. Untuk itu saya secara peribadi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pak Ungku," katanya.

Buku "Professor Ungku A. Aziz: The Renaissance Man" yang berharga RM50, merupakan gabungan 10 karya berkaitan Ungku Aziz oleh 11 anggota akademik dan pegawai UM yang pernah bertugas di bawah kepimpinannya, termasuk Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, Prof Emeritus Dr K.T Joseph dan Prof Dr Azizah Hamzah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UM Datuk Dr Ghauth Jasmon.

-- BERNAMA

March 5, 2010

Doktor Swasta Dipelawa Berkhidmat Di Klinik Kesihatan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Khamis mempelawa doktor swasta yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan memenuhi syarat dalam perkhidmatan untuk berkhidmat di 162 buah Klinik Kesihatan di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mereka boleh berkhidmat secara "sessional" atau "locum" (pengganti) dengan kadar bayaran RM80 sejam.

"Waktu bekerja adalah dari 8 pagi hingga 5 petang bagi hari bekerja biasa (sessional) mengikut negeri, manakala waktu lanjutan 5 petang hingga 9.30 malam bagi hari Isnin hingga Jumaat dan 8 pagi hingga 12 tengah hari bagi hari Sabtu (locum), katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bagi menjaga kualiti perkhidmatan di Klinik Kementerian Kesihatan Malaysia, doktor-doktor swasta dikehendaki mematuhi "Quality Assurance Standards", "Standard Operating Procedure", "Clinical Practice Guidelines" dan apa jua arahan teknikal yang dikenal pasti.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan, doktor-doktor swasta boleh melayari laman web www.moh.gov.my/MohPortal/categoryView.jsp.

Sumber-- BERNAMA

Subsidi minyak tidak berubah

PUTRAJAYA 4 Mac - Kerajaan hari ini membatalkan cadangan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi petroleum setelah menerima maklum balas negatif daripada rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai jalan penyelesaiannya kerajaan mewujudkan Makmal Merasionalisasikan Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik pelaksanaan penyaluran subsidi merangkumi bahan petroleum, makanan serta infrastruktur lain.

Dalam aspek ini, kata beliau, pihaknya akan segera mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet berhubung kaedah sesuai dalam mengekang pembelian petroleum bersubsidi negara yang turut dinikmati rakyat asing.

Ketika ini, larangan penjualan petrol dan diesel melebihi 20 liter dikuatkuasakan ke atas kenderaan asing dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan negara tetapi tidak di lain-lain tempat termasuk ibu negara.

"Dari segi pelaksanaan (penstrukturan semula ini), ia sebenarnya boleh dilakukan antaranya menerusi penggunaan MyKad yang hanya mengambil masa tiga saat untuk proses pembelian petrol di samping tidak memerlukan cap jari.

"Tetapi kerana pandangan-pandangan negatif rakyat perlu diutamakan kerajaan, maka cadangan ini tidak diteruskan.

"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima pandangan rakyat seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan pembatalan itu di pejabatnya di sini.

Pada pembentangan Bajet 2010, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa petroleum bersubsidi kini dinikmati oleh semua kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing.

Bagi memastikan hanya golongan sasar diberi subsidi, kerajaan merancang untuk melaksanakan satu sistem penstrukturan subsidi petroleum yang akan menggunakan MyKad serta berdasarkan kuasa enjin kenderaan.

Ismail Sabri berkata, Makmal Merasionalisasikan Subsidi yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala itu dijangka menyiapkan cadangannya sebelum pembentangan Bajet 2011 tahun ini.

"Hasil dari kajian itu akan digunakan oleh kerajaan dalam menentukan dasar pemberian subsidi pada masa depan," katanya.

Dalam usaha untuk mengekalkan harga runcit petrol dan diesel, kerajaan menanggung subsidi petroleum tahun lalu sebanyak RM3.4 bilion manakala subsidi bagi diesel RM1.9 bilion.

Trend Keluar Parti Beri Isyarat Kepada Rakyat Tolak Pembangkang - Ahmad Maslan

SUNGKAI, 4 Mac (Bernama) -- Tindakan keluar parti oleh beberapa wakil rakyat dari pakatan pembangkang memberi isyarat kepada rakyat agar meneliti semula sokongan mereka terhadap gabungan itu, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata ini kerana tindakan tersebut menunjukkan wakil rakyat berkenaan sudah hilang keyakinan terhadap prinsip dan perjuangan parti mereka.

Senario ini dijangka berterusan sebab mereka juga sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Kesihatan Yayasan Felda, di sini.

Beliau diminta mengulas tindakan tiga anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak keluar dari parti itu dalam tempoh kurang sebulan.

Mengulas lanjut, beliau berkata PKR kini disifatkan sesetengah orang sebagai 'Pakatan Kian Rebah', justeru anggotanya wajar 'Pakat Keluar Ramai-ramai'.

"Justeru, ia menjadi isyarat kepada rakyat, (agar) tidak perlu masuk DAP, PAS dan PKR kerana buat apa nak masuk jika ingin keluar semula...baik jangan masuk langsung.

"Saya menyeru kepada semua aktivis parti dan politik selain sesiapa terfikir untuk berpolitik, jangan masuk DAP, PKR dan PAS, tetapi masuk serta berjuang dengan Umno dan BN (Barisan Nasional)," katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Mentei berpendapat tindakan itu turut menunjukkan kaedah yang digunapakai oleh BN tidak serasi untuk dipraktikkan oleh pembangkang.

Beliau turut menafikan dakwaan trend keluar parti itu didalangi Umno dan BN.

Masing-masing keluar parti kerana alasan tersendiri bukan disebabkan ganjaran atau jawatan, katanya.

Sumber -- BERNAMA

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud Arah Parti Siap Sedia Untuk Pilihan Raya Negeri

KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- Anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diarah supaya menyediakan jentera pilihan raya untuk menghadapi pilihan raya negeri yang mungkin boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja ketika ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden parti PBB berkata berdasarkan kepada 'mood' anggota parti sejak perhimpunan agung minggu lepas, mereka kelihatan bersungguh dan bermotivasi untuk menghadapi pilih raya.

"Saya mungkin panggil (pilihan raya negeri) awal, atau lewat, bergantung kepada inspirasi saya," katanya kepada pemberita selepas menutup perhimpunan agung PBB di sini Khamis.

Beliau yang enggan mendedahkan kemungkinan bila pilihan raya negeri diadakan berkata parti mesti perlu cukup bersedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan kejayaan cemerlang calon-calonnya.

Walaupun penggal kerajaan semasa berakhir pada Julai tahun depan, ramai pemerhati politik percaya Ketua Menteri mungkin akan mengadakan pilihan raya negeri lebih awal bagi merebut peluang faktor 'feel good' dengan keadaan ekonomi negara yang semakin pulih dan banyak 'pemberian kerajaan' diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke kawasan pedalaman di Sarawak baru-baru ini.

Spekulasi pilihan raya semakin bertambah kencang ekoran lawatan-lawatan yang kerap diadakan oleh menteri-menteri kabinet ke Sarawak setiap bulan sejak tahun lepas.

Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) memenangi 62 daripada 71 kerusi pada pilihan raya negeri Mei 2006 lepas dengan PBB memenangi 35 kerusi di kawasan majoriti bumiputera.

Selain PBB lain-lain komponen BN Sarawak ialah Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Dalam perkembangan lain Abdul Taib berkata pada mesyuarat perhimpunan, para perwakilan menyuarakan harapan mereka agar semua projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Persekutuan dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata majoriti perwakilan mahukan supaya projek-projek itu dilaksanakan dengan segera bagi membolehkan Sarawak setanding dengan negeri-neger lain.



Sumber -- BERNAMA