March 29, 2013

Sambutan ulang tahun ke-50 S’wak amat bermakna

KUCHING: Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia tahun ini begitu bermakna serta signifikan bagi rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini kerana sejak kemerdekaan, mereka menikmati kestabilan politik, keharmonian, keama-nan dan ketenteraman, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.
Beliau berkata, suasana yang begitu rupa juga membolehkan keyakinan daripada pelabur yang menyebabkan banyak transformasi wujud di seluruh Sarawak berbanding tahun 1963 ketika ia merdeka melalui Malaysia.
“Semasa itu Sarawak adalah di dalam kedudukan tiga buah negeri yang terbawah prestasi-nya, sedangkan sekarang di bawah pimpinan Ketua Men-teri Pehin Abdul Taib Mahmud, kita telah menyaksikan prestasinya meningkat ke tahap tiga buah negeri yang teratas,” kata Jabu yang juga Pe-ngerusi Jawatankuasa Sambutan Induk ketika ditemu bual dalam program ‘Selamat Pagi Malaysia’ di RTM 1 semalam.
Katanya, maka sambutan ulang tahun berkenaan adalah tepat kerana penyertaan rakyat jelata membuktikan bahawa semua dapat bersama menikmati segala kejayaan hasil daripada transformasi yang diwujudkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat termasuk pembasmian kemiskinan di seluruh Bumi Kenyalang ini.
Bagi perayaan sambutan ke-50 ini, beliau yakin tema ‘Mengisahkan dan Memfokuskan Kepada Harmoni Antara Semua’ dapat mengatasi segala isu dalam suasana yang baik menerusi keharmonian untuk memastikan Sarawak bertambah maju, aman dan stabil supaya dapat dinikmati generasi yang akan datang.
“Inilah cara semasa kita menyambut perayaan, kita juga berazam untuk bekerja lebih gigih untuk menepati sasaran yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letakkan dan begitu juga matlamat Ketua Menteri yang mahu menuju ke arah tahap ekonomi berpendapatan tinggi,” kata Jabu.
Beliau berkata Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin akan melancarkan upacara sambutan pada malam Ahad ini di Stadium
Tertutup Petra Jaya di sini, yang akan disertai lebih 5,000 rakyat daripada pelbagai lapisan kehidupan.
Selain majlis pelancaran yang penuh warna-warni, katanya, sambutan itu mengandungi lapan acara utama yang akan dilangsungkan di seluruh negeri termasuk di peringkat residen, daerah dan daerah kecil supaya rakyat jelata dapat bersama menikmati hasil kemerdekaan dalam suasana riang gembira.
Ini termasuk simposium kebudayaan dari April hingga Disember, pameran pembangunan yang dicapai Sarawak sejak 50 tahun lepas (pada Julai), majlis kesyukuran di Masjid Jamek dan oleh institusi agama lain (15 September), perhimpunan rakyat, perarakan dan pertunjukan bot berhias (16 September), majlis penganugerahan bintang dan pingat kebesaran khas serta majlis penutup sambutan di Kuching pada November. — Bernama

Saya sedia tanding di Saratok

Mawan akan akur jika diarah berbuat demikian oleh kepimpinan BN pada PRU13
Mawan
Mawan
KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom semalam memberitahu beliau sanggup diletakkan se-bagai calon Barisan Nasio-nal (BN) di kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika beliau diarah berbuat demikian oleh pucuk pimpinan BN.
Bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Geran Kementerian Pembangunan Sosial kepada pertubuhan sukan dan belia di sini semalam, beliau memberitahu akan menerima ‘arahan’ itu demi kemenangan BN.
“Jika demi kemenangan BN, kenapa tidak (saya terima arahan itu). Itu adalah kenyataan yang sering saya sebut. Tetapi saya bekerja 24 jam di empat konstituensi milik SPDP termasuk Saratok dan Mas Gading.
“Setiap kali saya melawat konstituensi-konstituensi tersebut, saya akan membawa bersama penyandang, semua ini bagi memastikan yang lemah akan bertambah kuat, tidak bermakna saya mahu menjadi calon.
“Namun jika itulah keputusan pucuk kepimpinan BN, hanya satu cara untuk kita (BN) menang, mari kita lupakan pendapat peribadi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai spekulasi mengatakan beliau bakal bertan-ding di kerusi Parlimen Saratok yang ketika ini disandang oleh Jelaing Mersat.
Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan juga tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan dalam se-narai nama calon parti itu pada saat-saat akhir.
“Sudah tentu SPDP telahpun membuat keputusan (mengenai calon) lama dulu oleh Majlis Tertinggi parti tetapi sebagai ahli komponen BN yang setia, kita tidak seharusnya dan tidak boleh membuat keputusan sendiri.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) selaku Pengerusi BN masih boleh mengkajinya semula, kita akan terima demi kepenti-ngan BN dan memastikan parti terus kekal,” katanya.
Tambahnya lagi, sebagai komponen BN, SPDP tidak boleh membuat keputusan sendiri mengenai calon dan perlu mematuhi persetujuan dan mengambil kira semua kepentingan BN.
“Persoalannya, jika SPDP cuba membuat atau menegak-kan keputusannya (mengenai pemilihan calon), adakah parti bersedia untuk melakukannya (menghadapi pilihan raya) sendiri kerana kita adalah komponen BN.
“Saya tidak bermaksud (berlaku) perubahan pada senarai calon kita di sana dan sini, tetapi apa jua keputusan kita, keputusan parti, ia akhirnya akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan parti,” ujarnya.
SPDP diperuntukkan empat kerusi Parlimen iaitu Saratok, Baram, Mas Gading dan Bintulu.

March 23, 2013

Perladangan sawit di Sarawak serlah peningkatan drastik

KUCHING: Sektor perladan­gan sawit di Sarawak menun­jukkan peningkatan drastik dalam menjana ekonomi sekali gus mencerminkan potensi tinggi tanah di negeri ini un­tuk dimajukan dalam bidang tersebut.Menurut kenyataan akhbar Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOP­POA) semalam, peningkatan positif kawasan terlibat dalam penanaman sawit dan per­tambahan produktiviti jelas menunjukkan negeri ini be­rada di landasan untuk menuju sebuah negeri pengeluar sawit terbesar di Malaysia.
SOPPOA menjelaskan, kini Sarawak mempunyai 1.2 juta hektar tanah yang telah dimajukan dalam sektor per­ladangan tersebut di bawah Lembaga Minyak Sawit Ma­laysia (MPOB).
Walaupun peningkatan dras­tik dalam perladangan sawit di negeri ini, SOPPOA men­jelaskan ia tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar kerana pokok kelapa sawit juga seperti ‘hutan’ yang membekal­kan oksigen kepada manusia.
Malah, SOPPOA memberi­tahu, kualiti tanah di negeri ini amat bersesuaian dengan penanaman sawit yang perlu dimanfaatkan dalam menjana ekonomi rakyat khasnya pe­milik tanah itu sendiri.
“Industri perladangan sawit ini amat bersesuaian di negeri ini kerana tanahnya yang berkualiti dan ia tidak memberi kesan kepada alam sekitar.
“Kita berharap gen­erasi masa hadapan akan meneruskan usaha ini dan menikmati pembangunan sawit ini yang mengekalkan kehijauan tanpa menjejaskan alam sekitar,” kata SOP­POA.

Room for changes

DISCUSSING STRATEGIES : Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak chairing the BN management meeting in Putrajaya on Thursday in the presence of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin (third left), Taib (second left) and Awang Tengah (left).
DISCUSSING STRATEGIES : Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak chairing the BN management meeting in Putrajaya on Thursday in the presence of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin (third left), Taib (second left) and Awang Tengah (left).
State BN all set for polls, reiterates stand against direct BN candidate but tinkering possible in some seats 
KUCHING: The state Barisan Nasional (BN) has “more or less confirmed” its candidates for the 13th general election except for a few seats where the situation is still fluid, revealed State BN secretary-general Datuk Dr Stephen Rundi Utom yesterday.
The seats are Stampin and Mas Gading where although Sarawak United People’s Party (SUPP) and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) have nominated their candidates respectively, the door is still ajar for last minute changes.
The state BN has partially solve the long running dispute for the Mas Gading seat between incumbent MP Datuk Dr Tiki Lafe and his former party SPDP by deciding that whoever represents BN in the election there must be a member of SPDP.
“BN will not create a precedent which will have a negative impact in future. So we will stick with the current principle that there will be no direct BN candidate from Sarawak,” stressed Dr Rundi.
That decision should have put paid to Dr Tiki’s chances of defending his seat on the BN ticket and cleared the way for Anthony Nogeh, the SPDP nominated candidate, but there is still a possible twist in the Mas Gading saga.
When asked whether Dr Tiki could still defend the seat under BN, Dr Rundi said it was up to the prime minster to decide but stressed that if he were to be fielded by BN, he must return to SPDP.
That scenario is almost unthinkable given the acrimonious sacking of Dr Tiki by SPDP.
Dr Tiki has been lobbying to stand in Mas Gading under BN Club, which is not a registered political party but now that route to retaining his seat is closed.
Other former SPDP leaders in the BN Club are Tasik Biru assemblyman Datuk Peter Nansian Nguse, Marudi assmeblyman Datuk Sylvester Entrie Muran, Bekenu assemblywoman Rosie Yunus and Batu Danau assemblyman Paulus Palu Gumbang who like Dr Tiki were sacked by SPDP or resigned from it.
Meanwhile, the situation in Stampin revolves around lingering BN’s doubts over the ‘winnability’ of Wilfred Yap, the SUPP Youth secretary-general who has been chosen by the party to take over incumbent MP Datuk Yong Khoon Seng.
Dr Rundi said there was a very high possibility that Yong would be re-nominated to defend the seat.
DAP is expected to field its strongman Chong Chieng Jen, who is currently MP for Bandar Kuching to contest in Stampin to wrest the seat from SUPP.
When contacted, Yong said he would leave the decision to the prime minister and at this stage, he preferred not to make any comment on the situation.
Dr Rundi disclosed that the issue of candidacy was the main item in the agenda of the BN management meeting chaired by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in Putrajaya last Thursday.
Among the state’s delegates were Chief Minister and PBB president Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, SUPP president Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, PRS president Tan Sri Dr James Jemut Masing, SPDP president Tan Sri William Mawan, PBB senior vice-president Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan and Dr Rundi himself.
Dr Rundi who is also PBB secretary-general confirmed that PBB would have one new face to replace MP for Kota Samarahan Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib who had decided not to defend the seat.
Asajaya district officer Rubiah Wang has been widely tipped to be fielded in the predominantly Malay seat.

March 16, 2013

Peniaga Sarawak patuhi penyeragaman harga

HARGA BERPATUTAN: (Dari kanan) Wan Uzir, Rohani dan Yong berpuas hati dengan harga barangan yang ditawarkan semasa pemeriksaan di Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komersial Kuching City, semalam. Turut kelihatan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sih Hua Thong (belakang).
HARGA BERPATUTAN: (Dari kanan) Wan Uzir, Rohani dan Yong berpuas hati dengan harga barangan yang ditawarkan semasa pemeriksaan di Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komersial Kuching City, semalam. Turut kelihatan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sih Hua Thong (belakang).
KUCHING: Peniaga di Sarawak mematuhi 100 peratus pelaksanaan 1Malaysia 1Harga melibatkan barangan tertentu berkuat kuasa 1 Mac lepas.
Pelaksanaan 1Malaysia 1Harga melibatkan barangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), barangan koperasi, FAMA serta barangan ber­subsidi oleh kerajaan seperti minyak masak, gula, beras, tepung, gas dan petrol.
Timbalan Menteri Perda­gangan Dalam Negeri, Ko­perasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim yang berpuas hati dengan perkara itu berkata, kerajaan telah memperuntukkan sub­sidi pengangkutan yang besar bagi tujuan tersebut.
Katanya, sejumlah RM150 juta diperuntukkan bagi sub­sidi pengangkutan dari bandar ke luar bandar, manakala RM60 juta lagi diperuntukkan bagi kos pengangkutan dari Semenanjung Malaysia ke ka­wasan bandar Sabah, Sarawak dan Labuan.
“Sejak dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mac lepas, kemente­rian mendapati peniaga mematuhi 100 peratus harga barangan yang ditetapkan di bawah 1Malaysia 1Harga.
“Bagaimanapun, kita ada menerima rayuan daripa­da beberapa peniaga untuk menghabiskan stok lama sebe­lum melaksanakan 1Malaysia 1Harga ini.
“Dalam hal ini, kemente­rian tidak keberatan untuk membenarkan mereka me­nangguhkan pelaksanaan 1Malaysia 1Harga sehingga stok lama dihabiskan kerana rayuan tersebut adalah wajar bagi kementerian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika pemeriksaan harga barangan di KR1M di Pusat Komersial Kuching City, Jalan Penrissen di sini, semalam.
Turut serta dalam pemerik­saan tersebut ialah Pengarah KPDNKK Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parli­men Stampin Datuk Yong Khoon Seng.
Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar me­nambah, daripada 31 kawasan Parlimen di negeri ini, empat daripadanya telah mempu­nyai KR1M iaitu Parlimen Mambong, Stampin, Kota Samarahan dan Petra Jaya.
Usaha kini sedang dilak­sanakan untuk membuka lebih banyak KR1M di kawasan-kawasan Parlimen lain di negeri ini termasuk Parlimen yang disandang oleh wakil pembangkang, jelasnya.

Malaysia guna saluran diplomatik dapatkan maklumat dari Filipina

MUAR: Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk mendapatkan maklumat daripada kerajaan Filipina berhubung dakwaan terdapat tokoh pembangkang di negara itu membiayai keluarga Jamalul Kiram III untuk menceroboh Lahad Datu, bulan lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T Gazmin yang menyatakan kerajaan Filipina menemui beberapa bukti berhubung insiden itu.
"Saya ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina yang menjelaskan kemungkinan besar ada bukti mengaitkan peristiwa Lahad Datu adalah angkara pihak pembangkang di sana.


"Kita harap mereka akan beri maklumat yang lebih terperinci menerusi saluran diplomatik iaitu menerusi Kementerian Luar supaya kita dapat tahu keadaan sebenar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Helo Komoditi di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Voltaire semasa pertemuannya bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya, Khamis lalu.

Menurut Muhyiddin, sekiranya terbukti perkara itu benar, beliau berharap kerajaan Filipina akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit mengikut peruntukan undang-undang di negara itu.

"Namun yang penting kita juga hendak tahu jika ia ada hubung kait dengan orang di sini (Malaysia)... itu saya tidak pasti. Tetapi jika kita sudah ada laporan itu, kita akan tahu kedudukan sebenar.
"Ini kerana kita tahu kumpulan yang menceroboh itu bukan ada keupayaan tetapi apabila mereka datang ke Malaysia, dia guna senjata moden," katanya.

Katanya, hal itu sekali gus membuktikan ada pihak yang membiayai dan mendalangi pencerobohan kumpulan dari selatan Filipina itu.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, jika benar terdapat pihak di negara ini yang turut sama mendalangi kejadian pencerobohan itu, kerajaan akan bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat. - BERNAMA

March 8, 2013

Tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap penceroboh: Wan Junaidi

M’sia terikat dengan undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva
KUCHING: Kerajaan tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati terhadap soal pencerobahan ke atas negara kerana Malaysia ter-ikat dengan undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva.
Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuan-ku Jaafar berkata kerajaan perlu melihat semua aspek dan mengetahui objektif sebenar pencerobohan dibuat terlebih dahulu.
Menurutnya Malaysia ter-ikat dengan undang-undang antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.
“Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan meng-ambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan,” tegasnya.
Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menambah, Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.
“Kenyataan demikian me-nunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau.
“Kalau tak tahu jangan cakap… sekiranya pembangkang mentadbir negara ini kita akan berperang dengan semua negara termasuk negara jiran,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mempersoalkan tindakan kerajaan yang lambat, tidak cekap dan bersikap lembut dalam menangani krisis pencerobohan kumpulan bersejata di Lahad Datu baru-baru ini.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam satu sidang media kelmarin (Rabu lepas) berkata kerajaan telah gagal menyekat kemaraan awal pihak penceroboh berkenaan sehingga menyebabkan kematian lapan anggota keselamatan negara.
Baru turut mempersoalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang gagal melabelkan kumpulan berkenaan sebagai militan atau pengganas padahal mereka dengan jelas bersenjata dan menjalankan kegiatan secara teratur tanpa dapat dikesan pihak berkuasa negara.
“Pihak kerajaan hanya sedar mengenai kesungguhan pihak penceroboh setelah lapan anggota polis terkorban dan ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Taib akan menyampaikan ceramah ‘Sarawak Beyond Today: Challenges and Opportunities’

KUCHING: Lebih 300 orang dijangka akan menghadiri ceramah terbuka Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib yang julung kali diadakan pada 11 Mac ini, di sebuah hotel terkemuka di sini.

KUNJUNGAN HORMAT: Taib (dua kanan) merakam kenangan bersama (dari kiri) Toman, Samuel, Zaini dan Cheng. — Gambar Penerangan
KUNJUNGAN HORMAT: Taib (dua kanan) merakam kenangan bersama (dari kiri) Toman, Samuel, Zaini dan Cheng. — Gambar Penerangan
Anjuran bersama Jabatan Penerangan Sarawak dan Yayasan Media Sarawak, ceramah itu bertajuk ‘Sarawak Beyond Today: Challenges and Opportunities’, itu akan menumpukan beberapa peluang dan cabaran utama yang bakal dihadapi negeri dalam beberapa tahun akan datang, dengan mengambil kira perubahan landskap sosioekonomi dan impak globalisasi.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, ceramah itu akan dihadiri oleh ahli akademik kanan, ketua-ketua pertubuhan bukan kerajaan, ketua-ketua eksekutif daripada industri, ahli kanan badan profesional, ahli politik, ketua-ketua jabatan kerajaan, ahli-ahli media dan ketua-ketua badan agama.
Program itu akan diikuti oleh sesi panel di mana hadirin boleh mengemukakan soalan atau meminta pengesahan berhubung sesuatu isu dan seterusnya jamuan ringan akan disediakan.
Jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Negeri Zaini Mohamad melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri kelmarin dan memberi taklimat berhubung program tersebut.
Turut hadir ialah Ketua-ketua Penolong Pengarah Samuel Simon dan Ambrose Cheng Loi Hee serta Pengerusi Yayasan Media Sarawak Toman Mamora.

March 2, 2013

SKMM, polis perlu bekerjasama halang kegiatan judi pilihan raya internet

KOTA SAMARAHAN 2 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pasukan polis perlu bekerjasama bagi menghalang mana-mana laman web menjalankan kegiatan judi pilihan raya menerusi Internet.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, langkah itu perlu kerana kegiatan judi pilihan raya dalam Internet dijangka diadakan secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurutnya, kegiatan judi pilihan raya akan menjalankan operasi yang menggunakan kaedah seperti aktiviti judi bola sepak tetapi pertaruhan membabitkan parti dan calon yang bertanding.
"Sehubungan itu, dua badan kerajaan ini perlu merangka pelan tindakan penguatkuasaan bersama iaitu meningkatkan sistem teknologi maklumat masing-masing.
"Ini kerana melalui sistem teknologi maklumat yang canggih pihak polis dapat mengesan kegiatan perjudian tersebut dengan lebih mudah manakala SKMM boleh bertindak menyekat laman web haram itu serta-merta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu berucap dan merasmikan Karnival Teknologi Maklumat 2013 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak di sini. - UTUSAN

Penceroboh serang dahulu

TERKORBAN: Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua anggota polis yang terkorban di Kampung Tanduo di Lahad Datu, semalam. — Gambar Bernama
TERKORBAN: Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua anggota polis yang terkorban di Kampung Tanduo di Lahad Datu, semalam. — Gambar Bernama
GEMPUR: Anggota tentera bersiap sedia ke Kampung Tanduo untuk menghadapi penceroboh yang masih berkubu di kampung itu di Lahad Datu, semalam. — Gambar Bernama
GEMPUR: Anggota tentera bersiap sedia ke Kampung Tanduo untuk menghadapi
penceroboh yang masih berkubu di kampung itu di Lahad Datu, semalam. — Gambar Bernama
Dua anggota keselamatan Malaysia terkorban, 12 penceroboh bersenjata maut
LAHAD DATU: Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari selatan
Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di sini, semalam.
Kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu turut menyebabkan tiga lagi anggota pasukan keselamatan cedera, kata polis.
Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan   keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.
Mereka cuba keluar daripada kepungan pasukan keselamatan dan mula melepaskan tembakan apabila terserempak dengan anggota
keselamatan yang sedang berkawal, kata Pasuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau berkata, insiden tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh itu berlanjutan selama 20 minit.
Menceritakan semula kejadian itu, Hamza berkata, kumpulan penceroboh rakyat asing yang terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia.
“Pihak komando polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan berlaku pertempuran antara kedua pihak,” kata Hamza.
Hamza berkata, turut ditemui pada kumpulan kecil penceroboh itu ialah beberapa laras senjata api antaranya M16, pistol dan rifel SLR, peluru dan beg-beg pakaian.
Beliau berkata, polis kini mengepung Kampung Tanduo, yang masih diduduki sebahagian anggota kumpulan itu, dan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan semakin diperketatkan.
“Polis telah mengawal segala laluan dan sukar untuk pihak penceroboh untuk keluar atau masuk ke kawasan kampung berkenaan,” katanya.
Hamza turut menafikan laporan termasuk yang disiar laman sosial dan agensi berita asing bahawa terdapat anggota kumpulan penceroboh itu menyerah diri dan melarikan diri melalui jalan laut.
Dalam pada itu, Hamza turut menegaskan bahawa polis tidak mengeluarkan sebarang arahan perintah berkurung di Lahad Datu ekoran insiden itu.
“Saya diberi kuasa untuk melaksanakan perintah itu dan tiada sebarang perintah itu dikeluarkan seperti yang dilaporkan,” katanya sambil memberitahu bahawa keadaan di Kampung Tanduo kini terkawal dan tenang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata beliau telah memberi mandat kepada ketua polis negara dan panglima angkatan tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.
Najib juga dilaporkan berkata kumpulan penceroboh itu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar daripada kawasan itu secepat mungkin.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilaporkan berkata Malaysia telah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka.
Sementara itu, kawasan sekitar Lahad Datu diletakkan dalam kawalan keselamatan yang ketat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, pagi semalam.
Selepas tersebar berita mengenai insiden tembak-menembak itu, sebahagian besar premis perniagaan, termasuk bank dan sekolah ditutup menjelang tengah hari.
Polis turut menasihati orang ramai supaya tidak keluar bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, selain jangan mudah percaya dengan khabar angin yang sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.