July 29, 2012

Kementerian cari jalan stabilkan harga rumah di Bintulu

BINTULU: Kementerian Perumahan akan memantau dan mengenal pasti pendekatan yang boleh diambil untuk menstabilkan harga rumah di Bahagian Bintulu sekali gus meng-elakkannya daripada terus me-ningkat.
Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) dan Menteri Muda Perumahan, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, hakikatnya purata harga rumah dan sewa rumah di Bintulu adalah paling tinggi berban-ding bandar-bandar utama lain seperti Kuching, Miri dan Sibu.
Katanya, terdapat pro dan kontra mengenai harga tersebut, namun kenaikan itu berpunca daripada beberapa sebab, antaranya pembangunan pesat bandar Bintulu sendiri dan pusat bagi pelaksanaan projek-projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
“Daripada sebuah kampung nelayan terpencil, Bintulu seperti apa yang dapat dilihat hari ini menjadi bandar yang sangat pantas membangun di Sarawak,” ujarnya semasa me-rasmikan Jerayawara Perumahan dan Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) di Hotel Parkcity Everly sema-lam. Jerayawara akan berakhir hari ini.
Abdul Karim berkata, pembangunan Bintulu amat pesat, justeru permintaan pasaran rumah turut meningkat.
“Ada pemaju tidak gembira dengan keadaan itu (pengurangan harga rumah), namun begitu di samping membina rumah yang lebih baik, pemaju juga perlu sedar mengenai tanggungjawab mereka kepada masyarakat dengan membina rumah yang mampu dimiliki,” katanya.
Beliau berkata, pemaju perlu melaksanakan lebih banyak program bagi memastikan penduduk mampu memiliki rumah yang lebih baik.
Jelasnya, Kementerian Perancangan Sumber, Jabatan Tanah dan Survei dan Kementerian Perumahan sendiri telah pergi ke Singapura untuk melihat pembinaan konsep komuniti dalam taman sebagai salah satu langkah dalam proses meng-ubah undang-undang dan ordi-nan perumahan di Sarawak.
Justeru, katanya, Ketua Men-teri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan memberi taklimat mengenai perkembangan perumahan di Sarawak, termasuk rumah kos rendah dengan beberapa kes yang bermasalah membabitkan pemaju swasta.
“Kita juga sedang melihat beberapa perkara dari segi keperluan modal, kemudahan-kemudahan dan sebagainya dengan harapan untuk melihat masa depan yang lebih baik.
“Dan, peranan pemaju perumahan bukan hanya untuk meraih keuntungan, sebaliknya perlu melihat peranan lain dalam menyediakan rumah,” katanya ketika mewakili Menteri Pe-rumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Beliau berkata, dasar pembinaan yang menentukan keadaan perbandaran dengan idea-idea yang lebih baik perlu dibuat memandangkan pembeli membeli rumah bukan untuk didiami sehari dua, tetapi seumur hidup mereka.
Dalam pada itu, katanya, jerayawara dan pameran yang dianjurkan SHEDA amat bertepatan kerana ia mampu membantu meningkatkan jualan hartanah.
Turut hadir Presiden SHEDA, Zaidi Ahmad; Naib Presiden merangkap Pengerusi Perhubungan SHEDA Bintulu, Troy Yaw Chee Weng; Pengerusi penganjur, Jason Ting Pin Nging; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datu Mohidin Ishak, Pegawai Daerah Bintulu, Tuah Suni; Penguasa Jabatan Tanah dan Survei, Ramzi Abdillah, Temenggung Barry Yek dan Pemanca Francis Toh

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/29/kementerian-cari-jalan-stabilkan-harga-rumah-di-bintulu/#ixzz21zCoD3Yz

Program transformasi kerajaan BN bawa kemakmuran kepada semua

TASEK GELUGOR 29 Julai - Program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk membawa kemakmuran kepada semua lapisan rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai pelan yang kukuh untuk membawa rakyat ke satu tahap hidup yang lebih berkualiti.
Katanya, kerajaan BN sentiasa bersungguh-sungguh dalam memikirkan pelbagai kaedah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan program transformasi seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mula dirasai.
"Kejayaan program transformasi memang menjadi satu isu untuk pembangkang kerana mereka selalu menyatakan kerajaan tidak tahu buat kerja. Kerja pembangkang hanya membantah sahaja walaupun tahu itu baik untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan wang tunai kepada 225 warga emas dan ibu tunggal di sini hari ini.
Nor Mohamed berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub baru-baru ini.

July 21, 2012

Peniaga bazar Ramadan diminta jaga kebersihan makanan, minuman

SIBU: Peniaga bazar Rama-dan khususnya di Dataran Bandar Sibu (DBS) Fasa II diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan makanan dan minuman yang dijual sepanjang bulan puasa ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Kaunselor Dr Isa’ali Wasli berkata, peniaga juga perlu menjaga kebersihan diri serta sekitar kawasan mereka berniaga.
“Peniaga harus memastikan makanan yang dijual sentiasa segar dan bukan makanan yang telah semalaman atau basi,” ujarnya pada satu sidang media berhubung bazar Ramadan, petang semalam.
Bazar Ramadan MPS di DBS Fasa II yang akan bermula 21 Julai hingga 18 Ogos, melibatkan 169 peniaga. Daripada jumlah itu, 138 peniaga makanan dan minuman, 24 gerai menjual makanan barbeku dan tujuh gerai menjual pelbagai jenis barangan lain.
Dianjurkan setiap tahun, bazar Ramadan ini dianjurkan dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Nangka (K1MN). Hadir sama pada majlis ialah ahli jawatankuasa bazar, Kaunselor Awang Ali Bahar, Timbalan Pengerusi K1MN Abang Kassim Abang Jes serta yang lain.
Menurut Dr Isa’ali lagi, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu juga akan mengambil sampel makanan dari semasa ke semasa bagi memastikan makanan yang dijual peniaga bersih dan selamat untuk dimakan.
“Peniaga yang berniaga di bazar Ramadan ini juga telah diarahkan untuk menjalani saringan kesihatan,” katanya sambil memberitahu pihak majlis memandang serius aspek kebersihan.
Di samping itu katanya, jumlah peniaga di bazar Rama-dan tahun ini menunjukkan sedikit peningkatan berban-ding penyertaan tahun lepas yang seramai 153 peniaga.
“Penyertaan peniaga di bazar Ramadan ini sentiasa meningkat dari setahun ke setahun,” katanya sambil menambah K1MN turut menganjurkan pertandingan dekorasi dan kebersihan gerai.
Sehubungan itu, beliau menjemput semua penduduk Sibu untuk mengunjungi bazar Ramadan ini yang dibuka dari jam 2 petang hingga 7 malam.
“Namun ada peniaga yang telah memulakan perniagaan mereka seawal jam  12 tengah hari,” jelas Dr Isa’ali.
Majlis perasmian Bazar Ramadan MPS di DBS Fasa II ini dijadual dirasmikan oleh ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, Dr Annuar Rapa’ee pada 22 Julai, jam 4 petang

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/21/peniaga-bazar-ramadan-diminta-jaga-kebersihan-makanan-minuman/#ixzz21GWo8JgA

Lapor jika barang di KR1M mahal

KUCHING: Orang ramai yang tidak berpuas hati atau merasakan barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) masih sama harganya dengan kedai runcit biasa, perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak kementerian.
Timbalan Menteri Perdaga-ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Rohani Abdul Karim berkata, dengan berbuat demikian ia memudahkan kementerian untuk mendapatkan maklum balas dan memeriksa produk yang didakwa.
“Kita sudah mendapat maklum balas mengenai perkara ini, namun semasa pelancaran KR1M di Padawan (Batu 11) harga barangan yang dibandingkan itu adalah tidak sama dari segi jenis dan beratnya. Jika dari situ, memang ada bezanya.
“Misalnya kalau mereka bezakan susu pekat manis produk 1Malaysia dengan susu pekat manis jenama lain dengan berat yang sama sudah pasti susu pekat manis 1Malaysia jauh murah, dan bukannya membezakan ia dengan barangan lain,” katanya ketika dihubungi semalam.
Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar menegas-kan, kewujudan KR1M adalah untuk memberi pelbagai pilihan kepada rakyat berbilang kaum khasnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.
“Kita tidak pernah memaksa orang untuk membeli barangan di KR1M dan ia dibuka untuk memberi manfaat kepada golongan yang merasakan bara-ngan dijual di KR1M mampu dibeli oleh mereka.
“Jika mereka merasakan barangan di KR1M mahal, maka laporkan kepada kita dan kita akan memeriksa,” ujar beliau.
Tambahnya, produk yang dijual di KR1M adalah jauh lebih murah kerana ia tidak memerlukan promosi dan pembungkusan yang biasa, maka itu harganya 30 peratus lebih rendah daripada kedai runcit biasa.
Beliau berkata, adalah tidak adil membandingkan barangan KR1M sedangkan ia banyak membawa manfaat lain selain harga yang murah.
Antaranya, ia memberi peluang perniagaan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan untuk menjadi pembekal produk mereka di KR1M selain mampu mengawal harga pasaran.
“Semenjak wujudnya KR1M ini, ada di antara pasar raya tidak berani lagi untuk meletakkan harga tinggi memandangkan KR1M menawarkan harga rendah… ini adalah salah satu daripada kebaikan KR1M dan bukannya melihat kepada satu sudut sahaja,” kata Rohani.
Mengulas mengenai perkembangan KR1M di Sarawak, katanya, sebanyak 12 buah lagi KR1M akan diperluaskan di negeri ini pada tahun ini.
“Kini kita cuma sudah membuka satu, iaitu di Padawan (Batu 11) dan 12 buah lagi akan dibuka pada tahun ini.
“Bagaimanapun, ia berpandukan lokasi-lokasi tertentu kerana kita sudah meminta  kepada Pengarah PPDNKK Negeri untuk mengenal pasti tempat berkenaan selain mendapatkan maklum balas daripada pemimpin masyarakat,” kata beliau.

July 15, 2012

Kerajaan sokong inisiatif tingkat kecemerlangan

MIRI: Kerajaan memberi sokongan berterusan kepada ibu bapa dan guru dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerjasama di antara ibu bapa dan guru-guru perlu diteruskan agar setiap masalah atau keperluan di sekolah dapat diselesaikan.
“Kita bangga dengan usaha yang ditunjukkan pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Bintang dan ibu bapa yang gigih berusaha mengumpul dana bagi tujuan pembinaan dewan serba guna,” katanya pada majlis Trekton Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Jalan Bintang di sini, semalam.
Teks ucapan beliau yang juga Ahli Parlimen Miri dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Sebastian Ting.
Chin berkata, sekolah terbabit amat memerlukan sebuah dewan serba guna untuk aktiviti-aktiviti luar murid seperti perhimpunan, aktiviti kokurikulum, pendidikan jasmani dan sebagainya.
“Malah, keadaan bertambah susah apabila cuaca panas dan hujan. Ini menyukarkan guru-guru untuk menjalan-kan aktiviti jasmani bahkan perhimpunan pelajar juga tidak dapat diadakan,” jelasnya.
Sehubungan itu, Chin memuji sikap dan keprihatinan PIBG yang berusaha menganjurkan program itu semata-mata untuk mengumpul dana yang mencukupi bagi tujuan membina dewan serba guna.
Pihak sekolah, katanya, telah berjaya mengumpul kira-kira RM57,000 untuk tujuan pembinaan dewan terbabit seterusnya beliau mengumumkan dana RM20,000 daripada geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).
Mengulas mengenai program trekton itu, beliau berkata, selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan juga yang melibatkan murid pelbagai kaum dan agama dapat memupuk perpaduan.
“Aspek ini juga sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membina negara bangsa dan membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,” jelasnya.
Tambah beliau, sukan bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan fizikal malah membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, menyusun strategi dan membina semangat berpasukan.
Hadir sama Yang Dipertua PIBG SK Jalan Bintang Abdul Manaf Ismawi, dan Guru Besar SK Jalan Bintang Wong Siah Mee.

Belia perlu rebut peluang program latihan, kerjaya

BAU: Belia di negeri ini digesa untuk merebut peluang dan bantuan melalui program latihan kemahiran dan kerjaya yang disediakan kerajaan.
Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata, belia terutama dari luar bandar harus menjadikan jerayawara yang mempromosikan latihan serta kemahiran sebagai satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dalam membangunkan kerjaya pilihan mereka.
“Terdapat banyak program mengenai inovasi, kerjaya dan program pembangunan kemahiran telah dianjurkan di Sara-wak baru-baru ini.
“Pada tahun ini pelbagai program telah dirancangkan bagi zon utara, tengah dan selatan dengan tujuan memberi pen-dedahan kepada para belia tentang peluang kerjaya yang ada,” katanya berucap pada Karnival Kemahiran dan Kerjaya Belia Sarawak bagi Zon Selatan di Kampung Stenggang di sini, semalam.
Mawan memberitahu, tujuan utama program diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada belia mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
“Seperti yang anda sedia maklum, SCORE akan menawarkan sehingga 1.2 juta pekerjaan bermula dari sekarang hingga tahun 2030 dan belia-belia harus merebut peluang ini.
“Karnival juga menyasarkan untuk memperkenalkan kursus kemahiran dan teknikal yang ditawarkan oleh institusi awam dan swasta serta menawarkan kurus kemahiran dan teknikal yang sesuai dengan kelayakan belia,” tambahnya.
Perhentian karnival seterusnya dijangka diadakan di Kampung Singai, Bau pada 18 Ogos, Lundu (1 September), Sebauh (pertengahan September) dan Sri Aman awal Disember.
Program merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) dengan kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Opar, Ranum Mina dan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Opar Datuk Peter Minos.

July 7, 2012

TM bawa UniFi ke Sarawak pada Sept ini

MIRI: Telekom Malaysia Berhad (TM) akan membawa perkhidmatan UniFi ke Sarawak pada September tahun ini.
Pengurus Besar TM Sarawak, Abdul Rahim Mohd Ali berkata, perkhidmatan berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
“Pelaksanaan UniFi adalah bagi memenuhi permintaan terhadap jalur lebar berkelajuan tinggi yang kian meningkat dalam kalangan penduduk Sarawak,” katanya.
Tambahnya, jalur lebar berkelaju-an tinggi juga diperlukan selaras dengan gaya hidup digital yang serba moden.
“Dengan adanya UniFi, pelanggan boleh memilih jalur lebar yang mempunyai tahap kelajuan 5 Mbps, 10 Mbps dan 20 Mbps. Pelanggan boleh akses Internet dengan tahap kelajuan yang tinggi dan perkhidmatan telefon yang didatangkan dalam harga pakej yang berbeza,” katanya.
Tambah beliau, TM komited untuk memperluaskan penggunaan jalur lebar dalam kalangan rakyat Malaysia, pada masa yang sama mudah akses.
“Kita mahu menawarkan tahap kelajuan jalur lebar di negara ini se-taraf dengan negara moden seperti Singapura, Jepun dan Korea, namun pada harga yang rendah,” katanya.
UniFi merupakan perkhidmatan jalur lebar yang menggunakan optik fiber dan mempunyai kelajuan Internet yang tinggi selain menyediakan perkhidmatan telefon kepada pelanggan

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/07/tm-bawa-unifi-ke-sarawak-pada-sept-ini/#ixzz1zwhqkBkY

Pembangkang akan terus serang peribadi

KUCHING: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof tidak menolak kemungkinan pembangkang akan terus menggunakan taktik serangan peribadi untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau berkata, perkara itu bukan asing bagi pembangkang kerana mereka tidak mempunyai cara lain selain menyerang peribadi calon yang akan ditentang.
Menurutnya, Barisan Nasional (BN) tidak gemar dengan permainan seperti itu kerana setiap maklumat yang disalurkan kepada pengundi dan rakyat adalah berdasarkan fakta.
“Pengundi mungkin boleh terpengaruh dengan serangan peribadi pembangkang terhadap calon BN pada PRU 13 sekiranya tidak ditangani dengan baik.
“Ini kerana mereka akan berterusan membuat tohmahan dan propaganda bagi meraih undi rakyat,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas.
Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menjelaskan, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mengelirukan rakyat.
“Biar apapun saya yakin pengundi di Malaysia adalah orang yang bijak belaka.
“Mereka mampu menilai mana yang benar atau tidak,” ujarnya.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/07/pembangkang-akan-terus-serang-peribadi/#ixzz1zwhQAjTf