September 26, 2009

Gertak pemandu secara elektronik untuk kawal kemalangan

Penguatkuasaan dan pemantauan yang lancar menerusi kaedah elektronik secara 24 jam sehari sepanjang 365 hari setahun di kawasan-kawasan strategik mampu mengubah sikap pemandu supaya lebih berhemah dan berhati-hati ketika di jalan raya.

Pakar rujuk Kementerian Pengangkutan mengenai keselamatan jalan raya Prof Dr Khairi Mohd Dimyati berkata kaedah pemantauan elektronik yang ketat akan membuatkan pemandu lebih berjaga-jaga dan takut untuk melakukan kesalahan apabila merasakan setiap pergerakan mereka diawasi pihak berkuasa.

"Tujuan utama kaedah elektronik ini bukan untuk menangkap pemandu yang buat salah tetapi untuk memberitahu pemandu mengenai kehadiran pihak penguatkuasa atau melahirkan konsep yang dipanggil "tanggapan akan ditangkap" (POBC) di kalangan pemandu.

"POBC bermaksud bila kita memandu kereta kita akan rasa seseorang atau sesuatu memerhatikan kita supaya memandu secara berhati-hati dan tidak melanggar peraturan jalan raya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kaedah pemantauan elektronik itu sudah terbukti berkesan dan diguna pakai oleh hampir 90 negara di seluruh dunia terutamanya di negara-negara maju.

"Kaedah ini diharap dapat mengurangkan kemalangan jalan raya sebanyak 80 hingga 90 peratus di negara ini kerana pemandu akan lebih berhemah dan seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya," katanya.

Khairi berkata pelaksanaan sistem itu juga dijangka dapat merealisasikan pelan jangka panjang kerajaan mencapai sasaran dua kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar menjelang tahun 2010.

Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof pula mengakui kaedah itu mampu membantu mengurangkan kadar kemalangan tetapi sikap dan mentaliti sesetengah pemandu yang gemar melanggar undang-undang jalan raya itu sendiri perlu diubah.

"Kaedah elektronik ini sebenarnya hanya menggantikan manusia, masalahnya tempat yang ada kawalan tentu pemandu ini akan patuh tetapi bagaimana pula tempat yang tiada kawalan.

"Segala peraturan dan undang-undang untuk mengelak kemalangan di negara ini saya rasakan sudah mencukupi, pokok pangkalnya sikap pemandu itu perlu berubah dan memandu mengikut peraturan lalu lintas.

"Kalau kita naikkan kadar denda (bagi kesalahan memandu laju) melebihi RM300, nanti ramai pula yang tak bayar denda, jadi yang penting ialah pemandu perlu patuh kepada undang-undang," katanya.

Bekas ketua pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata pelaksanaan sistem itu penting jika ia bertujuan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan bukannya semata-mata untuk meraih keuntungan melalui saman yang dikeluarkan.

"Benda ini menjadi salah jika digunakan untuk meraih keuntungan, jika kita lihat di United Kingdom misalnya pengguna jalan raya mengalami masalah dan merasa tiada privasi berikutan terlalu banyak kamera diletakkan sebagai pengawasan," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan itu juga seharusnya berlandaskan konsep 4W 1H iaitu apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana untuk dikuatkuasakan.

"Semua benda harus dititikberatkan bukan hanya melaksanakan sistem itu di mana-mana sahaja, contohnya seperti lokasi yang tepat iaitu di kawasan yang padat dengan aktiviti orang ramai, di sekolah dan pasar supaya pemandu tidak memandu laju," katanya.

Radin Umar berkata denda sebanyak RM300 atas kesalahan memandu melebihi had laju pula sudah memadai jika ia dijalankan secara konsisten.

"Kita tak boleh bandingkan dengan negara-negara lain yang saman memandu laju mereka lebih tinggi kerana taraf hidup mereka berbeza namun kita haruslah konsisten dan hapuskan sistem rayuan atau diskaun.

"Saman ini sama seperti bila kita mahu menghukum anak, kalau kita berlembut maka ia tidak akan memberi pengajaran kepada mereka," katanya.

Sementara itu, pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye pula meminta kerajaan merancang kempen keselamatan jalan raya yang lebih inovatif terutamanya pada musim perayaan di samping mewujudkan
satu budaya keselamatan jalan raya.

Beliau berkata keberkesanan Ops Sikap juga harus dikaji semula untuk mengenal pasti sama ada kempen itu benar-benar mampu mengubah sikap pengguna jalan raya.

Lee turut mencadangkan penganjuran kursus pemanduan cekap, selamat dan berhati-hati oleh setiap majikan bagi memastikan keselamatan pekerja mereka.

"Sehingga akhir tahun lepas daripada 50,000 kes kemalangan di tempat kerja, 25 peratus daripadanya melibatkan kemalangan penunggang motosikal yang berulang-alik ke tempat kerja," katanya.

Sumber:BERNAMA

Waspada gelombang kedua H1N1

Kerajaan akan memastikan persiapan dan rawatan influenza A (H1N1) ditingkatkan bagi menghadapi gelombang kedua virus itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tekankan kemungkinan gelombang kedua akan datang dan WHO menyeru agar semua negara buat persiapan hadapi gelombang kedua H1N1," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Klinik Bergerak Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) dan kempen kesedaran kesihatan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan ketika beliau menghadiri mesyuarat bersama menteri-menteri kesihatan dari lebih 40 negara di Hong Kong baru-baru ini yang membincangkan tentang isu semasa termasuk pandemik H1N1.

Sehubungan itu, kementerian akan memastikan semua hospital menyediakan cukup peralatan termasuk katil di unit rawatan rapi (ICU) dan memastikan agar rawatan diperkemaskan dan diberi dengan cepat.

"Kita juga perlu kesan pesakit H1N1 dengan cepat dan awal kerana kalau lambat, ia boleh membawa mudarat dan maut.

"Orang ramai jangan ambil remeh mengenai penyakit ini," katanya.

Hanya satu dos vaksin

Liow juga berpuas hati dengan tahap kesedaran orang awam di negara ini yang semakin meningkat kerana dengan sokongan media yang melaporkan setiap hari, orang ramai lebih faham mengenai wabak itu.

Beliau berkata Malaysia juga akan terus meningkatkan rawatan antivirus dan immunoglobin untuk meningkatkan ketahanan pesakit terhadap bakteria dan virus.

"Kita akan lihat pelbagai kaedah rawatan di negara lain juga. Di China dan Hong Kong, mereka menggunakan plasma atau serum daripada orang yang sembuh daripada H1N1 untuk merawat pesakit yang tenat di ICU dan Malaysia juga mempunyai kaedah rawatan tersendiri," katanya


Beliau berkata WHO akan terus melihat sifat-sifat virus influenza A (H1N1) jika ada apa-apa pertukaran dan akan memaklumkan kepada negara lain dengan segera.

Mengenai vaksin, Liow berkata ia akan berada di pasaran hujung Oktober ini dan WHO juga telah mengatakan bahawa hanya satu dos vaksin diperlukan berbanding dua dos sebelum ini. Sumber : BERNAMA

September 20, 2009

Jamespineappletown mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kepada semua pembaca, khususnya umat Islam, Jamespineappletown mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.Blog Jamespineappletown turut bercuti dan mengunjungi rakan-rakan yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

September 18, 2009

RMK-10: Sarawak dapat peruntukan besar


KUCHING 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan peruntukan yang lebih besar kepada Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Perdana Menteri berkata, peruntukan yang besar itu bertujuan melaksanakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik supaya pembangunan di negeri ini selari dengan pembangunan di Semenanjung.

''Kita mahu lihat pembangunan prasarana yang lebih luas supaya jurang pembangunan di Sarawak dan Sabah dirapatkan dengan pembangunan prasarana di Semenanjung.

''Kita mahu lakukan pembaharuan yang lebih besar supaya negeri-negeri di Malaysia yang penduduknya Islam dan bukan Islam dapat menikmati kemajuan secara bersama-sama," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Jamek Negeri di Petra Jaya di sini hari ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg, menteri-menteri Kabinet negeri, ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Najib berkata, kerajaan akan melaksanakan pembangunan yang lebih adil dan saksama kerana ajaran Islam menuntut keadilan kepada bukan sahaja umat Islam tetapi juga bukan Islam.

''Dalam surah al-Maidah, ayat kelapan, Allah memerintahkan kita berlaku adil pada semua sebab itulah ia merupakan landasan utama di bawah Konsep dan Gagasan 1Malaysia.

''1Malaysia merupakan konsep yang mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat ketika ini dan perpaduan inilah yang dapat kita zahirkan kepada satu impian, satu bangsa dan satu negara," tegas Perdana Menteri.

Beliau berkata, pada zaman ini kerajaan bukan hanya melihat kemiskinan pendapatan tetapi juga kemiskinan dari segi teknologi, ilmu, kemahiran dan semangat rohani serta jasmani.

Tambahnya, semua elemen tersebut akan terus diperjuang serta menjadi agenda kerajaan bagi memastikan rakyat di negara ini terus aman dan makmur.

''Sebab itulah sempena kita menyambut Hari Malaysia, maka sekali lagi saya sebagai ketua kerajaan ingin menyatakan bahawa kita akan membawa lebih banyak kemajuan di Sarawak ini, insya-Allah," katanya.

September 14, 2009

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang


Hari mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan ditetapkan pada 11 Oktober, sementara hari penamaan calon pula jatuhnya pada 3 Oktober ini.

Tarikh itu dimumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuaratnya hari ini bagi membincangkan persiapan pengendalian pilihan raya kerusi itu di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Seramai 13,664 pemilih layak menentukan calon parti yang bertanding - kemungkinan besar menyaksikan persaingan Mengit antara BN dan PAS - termasuk 4,604 pemilih pos.

Sumber : Malaysiakini

September 13, 2009

Satu lagi kematian H1N1, total 74

Setelah tujuh hari tiada kematian direkodkan akibat jangkitan influenza A (H1N1), hari ini satu kematian baru didaftarkan menjadikan jumlah kematian sehingga kini sebanyak 74.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mangsa merupakan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berumur 19 tahun dari Gerik, Perak.

"Beliau telah dimasukkan ke Hospital Gerik pada 19 Ogos kerana demam, batuk, sakit tekak dan muntah selama empat hari.

"Pada 20 Ogos, kes dirujuk ke Hospital Ipoh untuk rawatan pakar dan rawatan antivirus telah dimulakan.

"Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 23 Ogos kerana komplikasi paru-paru atas sebab 'acute pulmonary oedema with underlying influenza A H1N1 infection' dan kes disahkan H1N1 melalui ujian makmal pada 28 Ogos," katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, sejumlah 198 pesakit baru dengan gejala seakan-akan influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital sehingga hari ini untuk rawatan manakala sebanyak 190 kes telah didiscaj.

"Ini menjadikan baki seramai 1,104 ILI sedang dirawat di 101 buah hospital termasuk lapan hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 261 pesakit (23.6 peratus) telah disahkan positif H1N1," katanya.

Beliau berkata daripada 261 kes yang telah disahkan H1N1, sebanyak 41 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) di mana lapan kes merupakan kemasukan baru manakala enam lagi kes telah keluar dari ICU.

"Daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU, sebanyak 32 (78 peratus) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah penyakit kronik (13), penyakit respiratori kronik (satu), obesiti (sembilan), kanak-kanak bawah lima tahun (lapan) dan hamil (satu)," katanya.

Dr Mohd Ismail juga berkata sehingga kini belum lagi ada vaksin di pasaran untuk melindungi seseorang daripada influenza A (H1N1) kerana vaksin itu masih di peringkat ujian klinikal dan Malaysia akan mendapatkan bekalan pertama vaksin sebaik sahaja ia dipasarkan.

Beliau berkata kini sesiapa yang ingin mengerjakan haji dan umrah diwajibkan mengambil vaksin selesema dan radang otak bermusim (seasonal flu and meningitis).

Berkaitan antivirus pula, Dr Mohd Ismail berkata golongan yang berisiko tinggi boleh memperolehinya di mana-mana klinik atau hospital dan mereka digalakkan untuk mengunjungi Klinik Cegah dan Rawat Influenza A (H1N1) yang boleh menawarkan antivirus pada harga berpatutan.

Sumber : BERNAMA

September 9, 2009

Cuepacs Thanks Government For Goodwill Payment

KUALA LUMPUR, Sept 9 (Bernama) -- The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS) thanked the government for the RM500 special assistance for support group civil servants announced by the government Wednesday.

"We thank the government for the goodwill gesture but we are also disappointed because we had expected one month bonus for all civil servants," secretary-general Ahmad Shah Mohd Zin said when contacted.

He said Cuepacs hoped that the government would compensate by giving a higher bonus next year.

Some 860,000 civil staff will receive the assistance in two payments before Hari Raya and in December, to reduce their burden for the coming festival celebration and to prepare for the new school term.

It will cost the government RM430 million.

Sumber -- BERNAMA

Kakitangan kumpulan sokongan terima RM500

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan.

Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.

Sumber : BERNAMA

September 8, 2009

BN tetap tunai janji


KUALA KRAI 7 Sept. - Biarpun tewas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Barisan Nasional (BN) tetap menunaikan janji untuk membantu penduduk di situ dengan peruntukan awal sebanyak RM8.9 juta menerusi tiga projek utama.
Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan menyampaikan bantuan di MRSM Kuala Krai, semalam.
Projek tersebut ialah pembinaan jambatan dua lorong menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru bernilai RM8 juta, penambaikan Masjid Temalir (RM600,000) dan pembinaan kemudahan sukan di Kampung Manjor dengan kos RM300,000.
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut sebagai menghargai kesediaan pengundi untuk membawa perubahan ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini petang ini.
Perdana Menteri berkata, ia sebagai tanda terima kasih dan membuktikan bahawa BN ikhlas menepati janji untuk membantu rakyat di kawasan berkenaan yang dianggap sudah membawa kemenangan walaupun tewas dengan majoriti amat tipis di kawasan kubu kuat Pas itu.
''Oleh kerana pemimpin UMNO di sini termasuk Ketua UMNO Bahagian memintanya maka saya sahkan projek membina jambatan ini akan dilaksanakan dengan anggaran sebanyak RM8 juta sebagai penghargaan kepada mereka dan menunaikan janji pilihan raya.
''Saya anggap ini sebagai menghargai sokongan pengundi di Manek Urai yang sebenarnya mahukan perubahan, mudah-mudahan yang sikit itu (majoriti) akan menjadi kenyataan sikit masa lagi," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Kira-kira 4,000 rakyat Kuala Krai menghadiri majlis itu.
Pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai lalu, calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat tewas dengan majoriti 63 undi kepada calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah.
Kekalahan tipis itu mengejutkan semua pihak kerana kawasan itu dikatakan kubu kuat Pas memandangkan pada pilihan raya umum lalu, calon Pas, Allahyarham Ismail Yaakob menang dengan majoriti, 1,352 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian Ismail akibat pelbagai komplikasi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, Kerajaan Pusat dan BN akan terus membela nasib rakyat Kelantan dan Malaysia seluruhnya.
Beliau menegaskan, ia berdasarkan kepada hala tuju untuk memperjuangkan Islam, menjadikan ummah yang progresif dan berjaya di samping keadilan untuk semua kaum.
Sumber : Utusan Online

S'gor digesa kaji semula dasar air percuma

Dasar kerajaan Selangor membekal air percuma kepada rakyat perlu dikaji semula oleh kerana ia tidak memanfaat kumpulan sasaran, menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.Jurucakap kementerian itu memberitahu Bernama hari ini bahawa bekalan 20 meter padu air percuma setiap bulan tidak sampai kepada rakyat miskin di rumah pangsa kos rendah dan kawasan setinggan.Air itu dibekalkan lebih kepada mereka yang paling kurang memerlukan terutama di kawasan kediaman mewah dan premis komersial.Jurucakap itu berkata Selangor membayar RM12 juta sebulan kepada pemegang konsesi air, Syabas bagi bekalan itu.Sementara itu, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) berkata kerajaan sebaliknya perlu melaksanakan sistem yang digunapakai oleh Perak dan Negeri Sembilan di mana hanya mereka yang memerlukan diberikan keistimewaan ini.Mereka yang memerlukan bekalan air percuma hendaklah memohon secara formal kepada pihak berkuasa, kata setiausaha agungnya S. Piarapakaran.Beliau berkata penjimatan dari subsidi air boleh digunakan untuk program lebih mendesak seperti menambah baik pengangkutan awam dan sistem lalulintas di negeri ini.

Sumber : BERNAMA

Penjawat awam tetap dibela: Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus membela kebajikan penjawatawam di negara ini.Beliau berkata bagaimanapun segala langkah yang diambil dalam membela nasib penjawat awam akan mengikut kemampuan yang ada pada kerajaan."Bila saya buat tinjauan mesra walkabout, bila saya perkenalkan Rakyat Didahulukan (ia) termasuk juga penjawat awam, kita akan bela dengan kemampuan yang ada pada kerajaan," katanya pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.Perdana menteri berkata sebagai contoh, dalam lawatannya ke kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabtu lepas, beliau sedih melihat nasib petugas jabatan itu yang hidup dalam kuarters yang daif."JKR yang buat bangunan untuk orang lain tetapi kakitangannya ada yang tinggal dalam rumah sebilik, ada yang tambah bilik sendiri. Saya kira ini tak boleh dipertahankan, saya kata buat projek baru, dan akan dijalankan," katanya.Najib berkata pada perhimpunan pagi ini beliau mendapati penjawat awam telah menunjukkan satu perubahan kecil iaitu ketepatan yang baik apabila sampai tepat pada waktunya sebelum perhimpunan bermula."Apabila saya sampai di sini, tiga minit lebih awal daripada jadual, saya tidak lihat seorang pun penjawat awam yang masih mendaki bukit, bererti walaupun pada bulan Ramadan, tuan-tuan dan puan-puan telah menunjukkan ketepatan yang baik."Itu satu perubahan yang saya dapat lihat. Tahniah saya ucapkan," katanya.Perdana menteri berkata Umat Islam perlu menghayati keistimewaan bulan Ramadan dan menjadikannya sebagai tarbiah atau latihan amali yang boleh membentuk kekuatan dalaman diri untuk melakukan perubahan."Apabila ditekankan perubahan, ini bukan perkara baru dan ia sudah dituntut oleh agama kita iaitu sesuatu yang boleh membawa kejayaan yang besar kepada negara."Dan marilah kita sempena perhimpunan hari ini, melihat bagaimana kita boleh melakukan perubahan sekali lagi, perubahan kepada negara kita, transformasi yang ingin kita lihat," katanya.Sementara itu, Najib berkata Islam adalah agama untuk manusia sejagat yang menekankan prinsip keadilan sosial dan saling menghormati antara agama dan kaum lain.Beliau berkata jika umat Islam melaksanakan prinsip itu, agama dan umat Islam akan lebih dihormati dan Malaysia akan menjadi lambang model negara Islam yang berjaya.Najib berkata Islam adalah agama untuk semua dalam erti kata menegakkan keadilan sosial secara sejagat atau universal dan ini ada kaitan dengan konsep 1Malaysia.Agama Islam juga mengajar umatnya agar tidak membenci kepada sesuatu kaum sehingga tidak berlaku adil kepada kaum itu dan Islam juga mengingatkan umatnya supaya jangan mencerca agama lain, katanya.Perdana menteri berkata perhimpunan kali ini mempunyai tiga keistimewaan iaitu diadakan pada bulan Ramadan, berlangsung pada hari Nuzul Al-Quran iaitu pada hari ini dan negara menyambut kemerdekaan ke-52 pada bulan puasa iaitu seminggu lepas.

Sumber : BERNAMA

September 5, 2009

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Azman juga merupakan naib ketua Umno bahagian Teluk Kemang.

Menurut Bernama, anak lelakinya Hairol Asfani, 22, berkata bapanya meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah.

BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Dalam pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, PKR (4) dan PAS (1).

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normah Zainal Abidin, 49, dan lima anak iaitu Mohd Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13.

Hairol Asfani yang ditemui pemberita di hospital itu berkata bapanya dimasukkan ke hospital pada jam 3.30 pagi tadi akibat demam dan tidak boleh berjalan.

"Ayah mengadu demam sebelum ini tapi boleh berjalan tetapi lepas berbuka (puasa) petang semalam ayah tidak boleh berjalan," katanya.

Beliau berkata semua anggota keluarga berada di sisi bapanya semasa allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 2.30 petang.

Hairol Asfani berkata bapanya pernah menjalani pembedahan pintasan koronari pada Mei lalu.

Turut hadir di hospital ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan ekas Menteri Besar yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa bdul Samad.

"Allahyarham merupakan kawan lama saya dalam Umno, tambahan pula beliau dalah Naib Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan telah berkhidmat dengan baik. aya berharap keluarga allahyarham dapat bersabar menerima dugaan ini dengan abah," kata Mohamad.

Mohd Isa pula berkata pemergian allahyarham adalah kehilangan seorang tokoh mno Bahagian Telok Kemang dan Negeri Sembilan.

Katanya allahyarham adalah seorang yang taat kepada parti dan komited dalam ugasan yang diberikan kepadanya.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kariah Bagan Pinang malam ini.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Abdul Razak ansor berkata beliau akan mengemukakan notis mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang kepada SPR Isnin ini (7 September).

"Terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan dan pengundian bagi ilihan raya kecil DUN itu," katanya.

Sumber : Malaysiakini

September 4, 2009

China lulus vaksin H1N1


BEIJING 3 Sept – China hari ini meluluskan permohonan vaksin selesema babi, vaksin pertama buatan tempatan yang dijamin berkesan oleh pengeluarnya Sinovac dengan hanya mengambil satu dos.

Keputusan itu mampu memberi kejutan kepada dunia yang sedang bergelut menangani wabak influenza A (H1N1) dengan kebanyakan pakar beranggapan setiap individu perlu mengambil dua dos vaksin bagi membendung jangkitan wabak itu.

“Vaksin H1N1 Sinovac secara rasminya telah diluluskan,” kata ketua jabatan pendaftaran Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Negara, Zhang Wei kepada pemberita.

“Percubaan untuk vaksin Sinovac yang telah siap menunjukkan vaksin ini adalah selamat digunakan,” kata agensi kawalan itu dalam kenyataan ringkas.

Zhang berkata, pihak SFDA sedang meneliti permohonan daripada sembilan buah syarikat pembuatan vaksin membunuh virus A (H1N1), dengan keputusan dijangka dikeluarkan pada pertengahan bulan ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sekurang-kurangnya 2,185 orang telah terkorban akibat selesema babi yang kini telah menjadi virus yang paling teruk merebak. – AFP

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyambut kapal selam negara Malaysia

Sejarah tercipta buat negara dengan ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah di Pelabuhan Kelang hari ini.

Ketibaannya disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disertai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Azizan Ariffin, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga anggota keluarga anak kapal KD TAR.

KD TAR, yang dikendali oleh 32 orang pegawai dan anggota diketuai Pegawai Memerintah Komander Zulhelmey Ithnain merapat ke jeti pada 9.20 pagi, dengan anak kapalnya melambai-lambai ke arah orang ramai.

Tuanku Mizan dan Sultan Selangor serta Tengku Amir Shah bersama Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid, Panglima ATM, Panglima TLDM dan Ketua Polis Negara kemudiannya diiring masuk melawat ke dalam kapal selam pertama negara itu.

Sempena ketibaan KD TAR, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk melancarkan setem kenangan dan sampul surat hari pertama yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia dengan kerjasama TLDM bagi mengiktiraf aset pertahanan negara itu.

KD TAR mula belayar dari tempat ianya dibina di Toulon, Perancis, pada 11 Julai dan mengambil masa 54 hari untuk tiba di Pelabuhan Klang dengan melakukan persinggahan di Jeddah, Djibouti dan Cochin di India.

Semasa dalam pelayaran pulang kapal selam itu telah melakukan penyelaman selama 32 hari, belayar di permukaan selama 10 hari dan selebihnya singgah di pelabuhan.

KD TAR adalah antara dua kapal selam baru jenis Scorpene yang ditempah oleh kerajaan pada 2002 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion. Ia dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari
Sepanyol.

Sebuah lagi, yang dinamakan KD Tun Razak, akan ditauliahkan pada Oktober ini dan dijangka tiba di Malaysia pada Mac tahun depan.

Sumber : BERNAMA