April 21, 2013

Senarai Calon Parlimen Sarawak

Calon Parlimen Saratok (P205)
1) Tan Sri William Mawan Ikom (BN)
Pencadang: Datuk Wahab Aziz Penyokong: Lim Kheng Huat.
2) Ali Biju (PKR)
Pencadang: Elley Chandi
Penyokong: Basan Karim.
3) Datuk Abg Rosli Abg Palei (Bebas)
Pencadang: Samawi Nusi
Penyokong: Musa Junaidi
Calon Parlimen Lubok Antu (P203)
1) William @ Nyallau Badak (BN)
Pencadang: Johnichal Rayong Ngipa
Penyokong. Jampi Tutong
2) Larry Sng Wei Shien (SWP)
Pencadang : Jawah Gerang
Penyokong : Semijie Janting
3) Nicholas Bawin (PKR)
Pencadang : Maling Luna
Penyokong : Barodi Mawong
Calon Parlimen Santubong (P193)
1) Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN)
Pencadang: Rokiah Temben
Penyokong: Dalijah Jool
2) Zulrusdi Hol (PKR)
Pencadang: Bolek Maludin
Penyokong: Sobey Daud
3) Affendi Jeman (Bebas)
Pencadang: Majid Meta
Penyokong: Ramlan Ismail
4) Mura Kadir (STAR)
Pencadang: Habibah Kadir
Penyokong: Fatimah Deng
Calon Parlimen Mas Gading (P192)
1) Anthony Nogeh Gumek (BN)
2) Datuk Dr. Tiki Lafe (Bebas)
3) Mordi Bimol (DAP)
4) Patrick Anek Uren (STAR)
Calon Parlimen Kanowit (P210)
1) Aaron Ago Dagang (BN)
Pencadang: Kujat Dudang
Penyokong: Lau Khong Kui
2) Ellison Ludan Muyan (SWP) Pencadang: Medan@Nyalu Muyan Penyokong: Emperang Bangau.
3) Thomas Laja Besides (PKR) Pencadang: Chen Nguk Fa
Penyokong: Blantau Entili

Calon Parlimen Selangau (P214)
1)
Datuk Joseph Entulu Belaun (BN)
Pencadang: Datuk John Sikie Tayai
Penyokong: Joseph Mauh Ikeh
2)
Datuk Sng Chee Hua (SWP)
Pencadang: Manja Ganggang
Penyokong: Angga Nali
3)
Joshua Jabeng (PKR)
Pencadang: Jengging Radin
Penyokong: Menda @ Minda Jepun
Calon Tanjung Manis (P206)
1)
Datuk Norah Abdul Rahman (BN)
Pencadang: Ir Zawawi Embong
Penyokong: Dora Joseph
2)
Jurina Mut (PAS)
Pencadang: Salman Reozeni
Penyokong: Wan Japar Wan Sen
Calon Parlimen Kota Samarahan (P197)
1)
Rubiah Wang (BN)
Pencadang: Mahani Sahari
Penyokong: Jemat Abak
2)
Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus  (PAS)
Pencadang: Zulkipli Ramzi
Penyokong: Mahathir Ahmad
Calon Parlimen Batang Sadong (P200)
1)
Nancy Shukri (BN)
Pencadang: Datuk Mohd Naroden Majais.
Penyokong: Datuk Wahab Suhaili.
2) Dr Mohamad Jolhi (PAS)
Pencadang: Adam Ahid.
Penyokong: Yusof Babin
Calon Parlimen Serian (P199)
1)
Datuk Richard Riot Jaem (BN) Pencadang: Dato Sri Michael Manyin Jawong
Penyokong: Martin Ben
2)
Johny Aput (STAR).
Pencadang: Francis Uli
Penyokong: James Nyungkin
3)
Edward Andrew Luwak (DAP)
Pencadang: Cyrill Langin
Penyokong: Bunsin Kalum
Calon Parlimen Mambong (P198)
1)
Dato Sri James Dawos Mamit (BN)
Pencadang: Datuk Roland Sagah.
Penyokong: Dr Jerip Susil
2)
Dr Dripin Sakoi (STAR)
Pencadang: Lyennen Lensem
Penyokong: Lensem Sandah.
3)
Wille Mongin (PKR)
Pencadang: Mangan Ngandok.
Penyokong: Iana Akam.
Calon Parlimen Mukah (P213)
1)
Dato Sri Muhammad Leo Toyad (BN)
Pencadang: Hadiah Jeraie
Penyokong: Ardi Matan
2)
Hai Merawin (DAP)
Pencadang: Ting Yu Pang
Penyokong: Lim Yu Siew
3)
Sylvester Ajah (Bebas)
Pencadang: Micheal Baton
Penyokong: Masni Joll
Calon Parlimen Stampin (P196)
1.
Datuk Yong Khoon Seng (BN)
Pencadang: Tan Joo Phoi
Penyokong: Lo Khere Chiang
2.
Julian Tan Kok Ping (DAP)
Pencadang: Desmond Pui Hong Hui
Penyokong: Bong Kuet Vui
3.
Soo Lina (STAR)
Pencadang: Kong Nai Eng
Penyokong: Mesah Suhaili
Calon Parlimen Lanang (P211)
1)
Datuk Tiong Thai King (BN) Pencadang: Wong Chin Ho
Penyokong: Ting Mee Huong
2)
Alice Lau (DAP)
Pencadang: Lawrence Hii
Penyokong: Yap Hoi Leong
Calon Parlimen Sibu (P212)
1)
Vincent Lau Lee Ming (BN)
Pencadang: Ting Hoong Hua
Penyokong: Augustine Ngu Liong Ing
2)
Oscar Ling Chai Yew (DAP)
Pencadang: Adeline Kiu
Penyokong: Irene Chang
3)
Narawi Haron (Bebas)
Pencadang: Yusoff Karikap
Penyokong: Ali Karikap
Calon Parlimen Bintulu (P217)
1)
Datuk Seri Tiong King Sing (BN)
Pencadang: Datuk Talib Zulpilip
Penyokong: Datuk Dr Stephen Rundi Utom
2)
Dr John Anthony Brian
Pencadang: Philip Chan Hwa Tat   Penyokong: Sengok Sabang
Calon Parlimen Petra Jaya (P194)
1)
Datuk Fadillah Yusof (BN)
Pencadang: Irwan Zulkarnean Hasbi
Penyokong: Ahmad Nahab.
2)
Ahmad Nazib Johari (PKR)
Pencadang: Mohd Yusof Baharuddin
Penyokong: Muhammad Suffian Jamel
Calon Parlimen Julau (P209)
1)
Datuk Joseph Salang Gandum (BN)
Pencadang: Jerry Clement
Penyokong: Jana Sawing.
2)
Wong Judat (SWP)
Pencadang: Jimmy Jarub
Penyokong: Wong Liong Ring.
3)
Andy Wong Hong Yu
Pencadang: Gruka Bujit
Penyokong: Sibat Ayong
Calon Parlimen Sri Aman (P202)
1)
Masir Kujat (BN)
Pencadang: Jiram Gendang
Penyokong: Ronald Chengir Bugak
2)
Wilfred Stephen Landong (SWP)
Pencadang: Michael Kang Akon
Penyokong: Edward Landong
3)
Nicholas Munjah Ason (PKR)
Pencadang: Lias Julai
Penyokong: Iso Sidu
4)
Donald Lawan (Bebas)
Pencadang: Lawren Buda
Peyokong: Suring Drisa
Parlimen Igan (P207)
1. Ajiji Fauzan (PAS)
2. Wahab Haji Dolah (BN)
Parlimen Betong (P204)
1) Dato Sri Doulas Uggah Embas
2) Cecelia Siti Una (PKR)
Parlimen Bandar Kuching (P195)
1) Tan Kai – BN
2) Chong Chieng Jen – DAP
Parlimen Batang Lupar (P201)
1) Datuk Rohani Abdul Karim – BN
2) Abang Zulkifli Abang Engkeh – PKR
Parlimen Betong (P204)
1) Datuk Douglas Uggah Embas (BN)
2) Cecilia Siti Una (PKR)
Parlimen Sibuti (P218)
1) Ahmad Lai Bujang (BN)
2) Robby @ Muhammad Zaid Tandang (PAS)
Parlimen Miri (P219)
1) Datuk Sebastian Ting
2) Dr Michael Teo (PKR)
3) Chong Kon Fatt (STAR)
Parlimen Baram (P220)
1) Anyi Ngau (BN)
2) Roland Engan (PKR)
3) Patrick Sibat (Bebas)
Parlimen Limbang (P221)
1) Hasbi Habibollah (BN)
2) Baru Bian (PKR)
Parlimen Lawas (P222)
1) Datuk Henry Sum Agong (BN)
2) Dr Bob Langup (DAP)
3) Ali Rahman Kamseh (STAR)
Parlimen Kapit (P215)
1) Datuk Alexander Nanta Linggi (BN)
2) Ramli Melaka (DAP)
Parlimen Hulu Rajang (P216)
1. Abun Sui Anyit  (PKR)
2. George Lagong (SWP)
3. Ugak Kumbong (BN)

Pertandingan di semua kerusi

SOKONGAN PADU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Dato Sri Muhammad Leo Toyad (dua kiri) ke Pusat Penamaan Calon Parlimen P.213 Mukah di Dewan Suarah Mesra, Mukah semalam. BN Sarawak bertanding di kesemua 31 kawasan Parlimen pada PRU13 ini.
KUCHING: Semua 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini akan menyaksikan pertandingan apabila pada hari penamaan calon semalam, tidak ada calon yang diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Pada PRU12 2008, sejumlah lima kerusi dimenangi tanpa bertanding oleh Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Parlimen Igan, Kanowit, Selangau, Tanjong Manis dan Kapit.
Lebih menarik, kali ini wujud tiga kawasan yang menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu Parlimen Mas Gading, Santubong dan Sri Aman.
Pada PRU12, semua kerusi, selain yang menang tanpa bertanding, menyaksikan pertandingan satu lawan satu di 26 kawasan Parlimen.
Pertandingan satu lawan satu kali ini berlaku di 14 kawasan iaitu Parlimen Petra Jaya, Bandar Kuching, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Betong, Tanjong Manis, Igan, Sarikei, Lanang, Bintulu, Sibuti, Kapit dan Limbang.
Sejumlah 14 kawasan yang lain menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu Parlimen Stampin, Mambong, Serian, Lubok Antu, Saratok, Julau, Kanowit, Sibu, Mukah, Se- langau, Hulu Rajang, Miri, Baram dan Lawas.
Pusat penamaan calon dibuka mulai jam 9 pagi dan ditutup pada 10 pagi semalam dengan pengumuman senarai calon dibuat di semua pusat pe-namaan sejurus itu.
Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Datu Takun Sunggah berkata, proses penamaan calon semalam berjalan lancar dan aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Sepanjang proses penamaan calon, katanya, SPR tidak menerima sebarang aduan yang berkaitan dengan kesalahan semasa tempoh berkenaan.
“Malah, kita menerima semua keputusan daripada Pe-gawai-pegawai Pengurus (RO) yang bertugas di semua pusat penamaan calon pada jam 12 tengah hari.
“Kita sehingga kini tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Memandangkan tempoh berkempen sudah bermula, Takun menasihati semua pihak yang terlibat termasuk para penyokong calon agar mematuhi semua arahan semasa berkempen.
“SPR dengan ini juga meng-ajak semua pengundi untuk turun bersama-sama mengundi pada hari mengundi kelak,” katanya.
Barisan Nasional (BN) Sarawak yang terdiri daripada empat parti komponen, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) bertanding di kesemua 31 kawasan Parlimen.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di 15 kerusi membabitkan Parlimen Santubong, Petra Jaya, Mambong, Batang Lupar, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Julau, Kano-wit, Selangau, Hulu Rajang, Miri, Baram dan Limbang.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) pula meletakkan calon di 11 kerusi, terdiri daripada Parlimen Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Lanang, Sibu, Mukah, Bintulu dan Lawas.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertanding di lima kerusi — Parlimen Kota Samarahan, Batang Sadong, Tanjong Manis, Igan dan Sibuti.
Parti Reformasi Negeri (STAR) meletakkan calon bertanding di Parlimen Mas Gading, Santubong, Stampin, Mambong, Serian, Miri dan Lawas.
Sejumlah enam kerusi pula ditandingi oleh Parti Pekerja Sarawak (SWP) merangkumi Lubok Antu, Sri Aman, Julau, Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang.
Calon-calon yang bertanding sebagai calon Bebas, bertan-ding di Parlimen Mas Gading, Santubong, Sri Aman, Saratok, Sibu, Mukah dan Baram.
PRU13 juga menyaksikan tidak wujud pertembungan antara PKR, DAP dan PAS.
SPR menetapkan pada 5 Mei ini sebagai hari mengundi di seluruh negara.
Pada penggal Dewan Rakyat yang lepas, BN mempu-nyai 29 kerusi Parlimen di Sarawak, manakala dua lagi dimenangi DAP.

April 7, 2013

17 Aku janji BN kepada rakyat

17 Aku janji BN kepada rakyat Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
Perdana Menteri minta rakyat buat pilihan antara beliau, Anwar, Hadi

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak malam tadi dengan rendah diri meminta rakyat membuat pertimbangan sewajarnya dalam membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan memberi sokongan kepadanya untuk memimpin negara dan Barisan Nasional (BN) menerajui negara.

Perdana Menteri berkata, kebolehpercayaan rakyat terhadap siapa yang menerajui negara adalah penting dalam PRU-13, sama ada mempercayai dirinya atau pimpinan pembangkang.
“Inti pati PRU-13 adalah sama ada kebolehpercayaan rakyat memberi kepercayaan kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Hadi (Awang) atau saya sebagai Perdana Menteri.


Harapan pembangunan

“Siapa yang kita yakin jadi PM. Jika jawapannya ialah Najib, pilihlah BN. Saya perlukan pasukan yang kuat untuk memerintah. Pasukan saya yang akan bertanding,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Manifesto BN2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini.

Kata-kata Najib itu disambut laungan lebih 50,000 penyokong BN berdiri sebagai tanda hormat dan ikrar memberi undi kepadanya dan BN.

Najib juga berkata, mengundi BN bermakna memberi harapan kepada pembangunan ekonomi serta penyatuan rakyat dan negara.
Justeru, Najib mengingatkan rakyat jika memilih pakatan pembangkang, ia menjurus kepada masa depan yang gelap kerana manifesto mereka berasaskan khayalan dan fantasi.




Selar tindakan Anwar

Dengan rendah diri beliau mewakili Kerajaan BN juga memohon maaf kepada rakyat jika masih ada kelemahan sepanjang memerintah sejak empat tahun lalu.

“Sebagai manusia, kita tak boleh lari daripada kesilapan tetapi kami berjanji akan terus berusaha memberikan yang terbaik. Kita berusaha kotakan apa yang kita janji. Bukan seperti mereka (pembangkang) yang hanya tahu berjanji,” katanya.

Beliau turut menyelar tindakan Anwar yang menjaja pengalamannya bersama kerajaan dan UMNO untuk menarik sokongan.

Tak tikam belakang

“Saya juga sudah lama bersama parti dan kerajaan. Sudah 37 tahun, tetapi saya sabar, langkah demi langkah hinggalah ke kedudukan sekarang. Saya tak tikam sesiapa dari belakang,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Beliau berkata, pembangkang khususnya PKR mengalami krisis kepercayaan apabila 30 daripada 32 pengasas parti itu keluar parti, termasuk yang terbaru rakan karibnya, Prof Datuk Dr Sidek Baba.

“Kini tinggal dua orang saja. Isteri dia (Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) dan seorang lagi yang tak berapa betul... Tian Chua (Naib Presiden PKR),” katanya.




INFO
Manifesto PRU-13 Barisan Nasional


  • Menangani kos sara hidup

  • Meningkatkan kehidupan warga bandar

  • Menyediakan rumah mampu milik

  • Peluang mendapat perkhidmatan kesihatan berkualiti

  • Ke arah kecekapan terhebat pengangkutan awam

  • Pembangunan infrastruktur bertaraf dunia dan transformasi luar bandar

  • Membina ekonomi mapan, dinamik dan inovatif

  • Membina kecemerlangan pendidikan negara

  • Meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam

  • Memperkasa penyertaan wanita

  • Memenuhi aspirasi belia

  • Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

  • Mempromosi agama Islam, kebebasan dan keharmonian agama

  • Memerangi gejala rasuah

  • Memperkukuhkan perkhidmatan awam, menambah baik tadbir urus

  • Gerakan kesederhanaan global

  • Memulihara sumber semula jadi

Kerajaan negeri sumbang RM1 juta kepada Sabah

KUCHING: Kerajaan negeri akan menyumbang RM1 juta kepada Sabah bagi membantu meringankan penderitaan yang dialami rakyatnya akibat insi-den pencerobohan di Lahad Datu.
Mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, berkata ia merupakan tanda sokongan Sarawak kepada rakyat negeri itu, terutama yang terjejas akibat insiden berkenaan.
“Kerajaan negeri dengan ini akan menyumbang RM1 juta kepada rakyat Sabah,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihadiri Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar di sini, semalam.
Terdahulu dalam ucapannya, Taib berkata, Sarawak sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang berlaku di Sabah dan berharap semangat sedemikian sentiasa dipelihara.
Katanya, pengorbanan anggota keselamatan termasuk tentera harus difahami oleh rakyat biasa sebagai galakan kepada mereka yang menggadai naywa demi mempertahankan negara.
“Kita mahu hubungan rapat antara anggota tentera dan rakyat dapat dipelihara dari se-masa ke semasa agar kita tidak lupa dengan tanggungjawab kita.
“Bagaimanapun, dalam menjaga keamanan negara, ia tidak dapat dilakukan tanpa persiapan supaya mereka mempunyai anggota yang sihat, terlatih serta mempunyai sifat kepimpinan dalam menyusun langkah melawan apa sahaja ancaman yang mungkin datang,” tegasnya.
Sehubungan itu, Taib menggesa ATM supaya sentiasa berusaha mempertingkatkan kebolehan anggota sebagai persediaan bagi menghadapi ancaman baharu seperti yang berlaku di Lahad Datu.
Kata beliau, persiapan memerlukan latihan dan operasi bagi mempertingkatkan pengetahuan termasuk cara bertindak dalam apa sahaja keadaan.
“Namun, kita yakin anggota keselamatan kita boleh menghadapi apa sahaja ancaman, misalnya insiden di Lahad Datu, kita dapat menyaksikan anggota keselamatan bertindak pantas mempertahankan ne-gara,” ujarnya.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/04/07/kerajaan-negeri-sumbang-rm1-juta-kepada-sabah/#ixzz2Pk46jTs8

March 29, 2013

Sambutan ulang tahun ke-50 S’wak amat bermakna

KUCHING: Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia tahun ini begitu bermakna serta signifikan bagi rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini kerana sejak kemerdekaan, mereka menikmati kestabilan politik, keharmonian, keama-nan dan ketenteraman, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.
Beliau berkata, suasana yang begitu rupa juga membolehkan keyakinan daripada pelabur yang menyebabkan banyak transformasi wujud di seluruh Sarawak berbanding tahun 1963 ketika ia merdeka melalui Malaysia.
“Semasa itu Sarawak adalah di dalam kedudukan tiga buah negeri yang terbawah prestasi-nya, sedangkan sekarang di bawah pimpinan Ketua Men-teri Pehin Abdul Taib Mahmud, kita telah menyaksikan prestasinya meningkat ke tahap tiga buah negeri yang teratas,” kata Jabu yang juga Pe-ngerusi Jawatankuasa Sambutan Induk ketika ditemu bual dalam program ‘Selamat Pagi Malaysia’ di RTM 1 semalam.
Katanya, maka sambutan ulang tahun berkenaan adalah tepat kerana penyertaan rakyat jelata membuktikan bahawa semua dapat bersama menikmati segala kejayaan hasil daripada transformasi yang diwujudkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat termasuk pembasmian kemiskinan di seluruh Bumi Kenyalang ini.
Bagi perayaan sambutan ke-50 ini, beliau yakin tema ‘Mengisahkan dan Memfokuskan Kepada Harmoni Antara Semua’ dapat mengatasi segala isu dalam suasana yang baik menerusi keharmonian untuk memastikan Sarawak bertambah maju, aman dan stabil supaya dapat dinikmati generasi yang akan datang.
“Inilah cara semasa kita menyambut perayaan, kita juga berazam untuk bekerja lebih gigih untuk menepati sasaran yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letakkan dan begitu juga matlamat Ketua Menteri yang mahu menuju ke arah tahap ekonomi berpendapatan tinggi,” kata Jabu.
Beliau berkata Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin akan melancarkan upacara sambutan pada malam Ahad ini di Stadium
Tertutup Petra Jaya di sini, yang akan disertai lebih 5,000 rakyat daripada pelbagai lapisan kehidupan.
Selain majlis pelancaran yang penuh warna-warni, katanya, sambutan itu mengandungi lapan acara utama yang akan dilangsungkan di seluruh negeri termasuk di peringkat residen, daerah dan daerah kecil supaya rakyat jelata dapat bersama menikmati hasil kemerdekaan dalam suasana riang gembira.
Ini termasuk simposium kebudayaan dari April hingga Disember, pameran pembangunan yang dicapai Sarawak sejak 50 tahun lepas (pada Julai), majlis kesyukuran di Masjid Jamek dan oleh institusi agama lain (15 September), perhimpunan rakyat, perarakan dan pertunjukan bot berhias (16 September), majlis penganugerahan bintang dan pingat kebesaran khas serta majlis penutup sambutan di Kuching pada November. — Bernama

Saya sedia tanding di Saratok

Mawan akan akur jika diarah berbuat demikian oleh kepimpinan BN pada PRU13
Mawan
Mawan
KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom semalam memberitahu beliau sanggup diletakkan se-bagai calon Barisan Nasio-nal (BN) di kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika beliau diarah berbuat demikian oleh pucuk pimpinan BN.
Bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Geran Kementerian Pembangunan Sosial kepada pertubuhan sukan dan belia di sini semalam, beliau memberitahu akan menerima ‘arahan’ itu demi kemenangan BN.
“Jika demi kemenangan BN, kenapa tidak (saya terima arahan itu). Itu adalah kenyataan yang sering saya sebut. Tetapi saya bekerja 24 jam di empat konstituensi milik SPDP termasuk Saratok dan Mas Gading.
“Setiap kali saya melawat konstituensi-konstituensi tersebut, saya akan membawa bersama penyandang, semua ini bagi memastikan yang lemah akan bertambah kuat, tidak bermakna saya mahu menjadi calon.
“Namun jika itulah keputusan pucuk kepimpinan BN, hanya satu cara untuk kita (BN) menang, mari kita lupakan pendapat peribadi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai spekulasi mengatakan beliau bakal bertan-ding di kerusi Parlimen Saratok yang ketika ini disandang oleh Jelaing Mersat.
Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan juga tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan dalam se-narai nama calon parti itu pada saat-saat akhir.
“Sudah tentu SPDP telahpun membuat keputusan (mengenai calon) lama dulu oleh Majlis Tertinggi parti tetapi sebagai ahli komponen BN yang setia, kita tidak seharusnya dan tidak boleh membuat keputusan sendiri.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) selaku Pengerusi BN masih boleh mengkajinya semula, kita akan terima demi kepenti-ngan BN dan memastikan parti terus kekal,” katanya.
Tambahnya lagi, sebagai komponen BN, SPDP tidak boleh membuat keputusan sendiri mengenai calon dan perlu mematuhi persetujuan dan mengambil kira semua kepentingan BN.
“Persoalannya, jika SPDP cuba membuat atau menegak-kan keputusannya (mengenai pemilihan calon), adakah parti bersedia untuk melakukannya (menghadapi pilihan raya) sendiri kerana kita adalah komponen BN.
“Saya tidak bermaksud (berlaku) perubahan pada senarai calon kita di sana dan sini, tetapi apa jua keputusan kita, keputusan parti, ia akhirnya akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan parti,” ujarnya.
SPDP diperuntukkan empat kerusi Parlimen iaitu Saratok, Baram, Mas Gading dan Bintulu.

March 23, 2013

Perladangan sawit di Sarawak serlah peningkatan drastik

KUCHING: Sektor perladan­gan sawit di Sarawak menun­jukkan peningkatan drastik dalam menjana ekonomi sekali gus mencerminkan potensi tinggi tanah di negeri ini un­tuk dimajukan dalam bidang tersebut.Menurut kenyataan akhbar Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOP­POA) semalam, peningkatan positif kawasan terlibat dalam penanaman sawit dan per­tambahan produktiviti jelas menunjukkan negeri ini be­rada di landasan untuk menuju sebuah negeri pengeluar sawit terbesar di Malaysia.
SOPPOA menjelaskan, kini Sarawak mempunyai 1.2 juta hektar tanah yang telah dimajukan dalam sektor per­ladangan tersebut di bawah Lembaga Minyak Sawit Ma­laysia (MPOB).
Walaupun peningkatan dras­tik dalam perladangan sawit di negeri ini, SOPPOA men­jelaskan ia tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar kerana pokok kelapa sawit juga seperti ‘hutan’ yang membekal­kan oksigen kepada manusia.
Malah, SOPPOA memberi­tahu, kualiti tanah di negeri ini amat bersesuaian dengan penanaman sawit yang perlu dimanfaatkan dalam menjana ekonomi rakyat khasnya pe­milik tanah itu sendiri.
“Industri perladangan sawit ini amat bersesuaian di negeri ini kerana tanahnya yang berkualiti dan ia tidak memberi kesan kepada alam sekitar.
“Kita berharap gen­erasi masa hadapan akan meneruskan usaha ini dan menikmati pembangunan sawit ini yang mengekalkan kehijauan tanpa menjejaskan alam sekitar,” kata SOP­POA.

Room for changes

DISCUSSING STRATEGIES : Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak chairing the BN management meeting in Putrajaya on Thursday in the presence of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin (third left), Taib (second left) and Awang Tengah (left).
DISCUSSING STRATEGIES : Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak chairing the BN management meeting in Putrajaya on Thursday in the presence of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin (third left), Taib (second left) and Awang Tengah (left).
State BN all set for polls, reiterates stand against direct BN candidate but tinkering possible in some seats 
KUCHING: The state Barisan Nasional (BN) has “more or less confirmed” its candidates for the 13th general election except for a few seats where the situation is still fluid, revealed State BN secretary-general Datuk Dr Stephen Rundi Utom yesterday.
The seats are Stampin and Mas Gading where although Sarawak United People’s Party (SUPP) and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) have nominated their candidates respectively, the door is still ajar for last minute changes.
The state BN has partially solve the long running dispute for the Mas Gading seat between incumbent MP Datuk Dr Tiki Lafe and his former party SPDP by deciding that whoever represents BN in the election there must be a member of SPDP.
“BN will not create a precedent which will have a negative impact in future. So we will stick with the current principle that there will be no direct BN candidate from Sarawak,” stressed Dr Rundi.
That decision should have put paid to Dr Tiki’s chances of defending his seat on the BN ticket and cleared the way for Anthony Nogeh, the SPDP nominated candidate, but there is still a possible twist in the Mas Gading saga.
When asked whether Dr Tiki could still defend the seat under BN, Dr Rundi said it was up to the prime minster to decide but stressed that if he were to be fielded by BN, he must return to SPDP.
That scenario is almost unthinkable given the acrimonious sacking of Dr Tiki by SPDP.
Dr Tiki has been lobbying to stand in Mas Gading under BN Club, which is not a registered political party but now that route to retaining his seat is closed.
Other former SPDP leaders in the BN Club are Tasik Biru assemblyman Datuk Peter Nansian Nguse, Marudi assmeblyman Datuk Sylvester Entrie Muran, Bekenu assemblywoman Rosie Yunus and Batu Danau assemblyman Paulus Palu Gumbang who like Dr Tiki were sacked by SPDP or resigned from it.
Meanwhile, the situation in Stampin revolves around lingering BN’s doubts over the ‘winnability’ of Wilfred Yap, the SUPP Youth secretary-general who has been chosen by the party to take over incumbent MP Datuk Yong Khoon Seng.
Dr Rundi said there was a very high possibility that Yong would be re-nominated to defend the seat.
DAP is expected to field its strongman Chong Chieng Jen, who is currently MP for Bandar Kuching to contest in Stampin to wrest the seat from SUPP.
When contacted, Yong said he would leave the decision to the prime minister and at this stage, he preferred not to make any comment on the situation.
Dr Rundi disclosed that the issue of candidacy was the main item in the agenda of the BN management meeting chaired by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in Putrajaya last Thursday.
Among the state’s delegates were Chief Minister and PBB president Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, SUPP president Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, PRS president Tan Sri Dr James Jemut Masing, SPDP president Tan Sri William Mawan, PBB senior vice-president Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan and Dr Rundi himself.
Dr Rundi who is also PBB secretary-general confirmed that PBB would have one new face to replace MP for Kota Samarahan Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib who had decided not to defend the seat.
Asajaya district officer Rubiah Wang has been widely tipped to be fielded in the predominantly Malay seat.

March 16, 2013

Peniaga Sarawak patuhi penyeragaman harga

HARGA BERPATUTAN: (Dari kanan) Wan Uzir, Rohani dan Yong berpuas hati dengan harga barangan yang ditawarkan semasa pemeriksaan di Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komersial Kuching City, semalam. Turut kelihatan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sih Hua Thong (belakang).
HARGA BERPATUTAN: (Dari kanan) Wan Uzir, Rohani dan Yong berpuas hati dengan harga barangan yang ditawarkan semasa pemeriksaan di Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komersial Kuching City, semalam. Turut kelihatan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sih Hua Thong (belakang).
KUCHING: Peniaga di Sarawak mematuhi 100 peratus pelaksanaan 1Malaysia 1Harga melibatkan barangan tertentu berkuat kuasa 1 Mac lepas.
Pelaksanaan 1Malaysia 1Harga melibatkan barangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), barangan koperasi, FAMA serta barangan ber­subsidi oleh kerajaan seperti minyak masak, gula, beras, tepung, gas dan petrol.
Timbalan Menteri Perda­gangan Dalam Negeri, Ko­perasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim yang berpuas hati dengan perkara itu berkata, kerajaan telah memperuntukkan sub­sidi pengangkutan yang besar bagi tujuan tersebut.
Katanya, sejumlah RM150 juta diperuntukkan bagi sub­sidi pengangkutan dari bandar ke luar bandar, manakala RM60 juta lagi diperuntukkan bagi kos pengangkutan dari Semenanjung Malaysia ke ka­wasan bandar Sabah, Sarawak dan Labuan.
“Sejak dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mac lepas, kemente­rian mendapati peniaga mematuhi 100 peratus harga barangan yang ditetapkan di bawah 1Malaysia 1Harga.
“Bagaimanapun, kita ada menerima rayuan daripa­da beberapa peniaga untuk menghabiskan stok lama sebe­lum melaksanakan 1Malaysia 1Harga ini.
“Dalam hal ini, kemente­rian tidak keberatan untuk membenarkan mereka me­nangguhkan pelaksanaan 1Malaysia 1Harga sehingga stok lama dihabiskan kerana rayuan tersebut adalah wajar bagi kementerian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika pemeriksaan harga barangan di KR1M di Pusat Komersial Kuching City, Jalan Penrissen di sini, semalam.
Turut serta dalam pemerik­saan tersebut ialah Pengarah KPDNKK Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parli­men Stampin Datuk Yong Khoon Seng.
Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar me­nambah, daripada 31 kawasan Parlimen di negeri ini, empat daripadanya telah mempu­nyai KR1M iaitu Parlimen Mambong, Stampin, Kota Samarahan dan Petra Jaya.
Usaha kini sedang dilak­sanakan untuk membuka lebih banyak KR1M di kawasan-kawasan Parlimen lain di negeri ini termasuk Parlimen yang disandang oleh wakil pembangkang, jelasnya.

Malaysia guna saluran diplomatik dapatkan maklumat dari Filipina

MUAR: Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk mendapatkan maklumat daripada kerajaan Filipina berhubung dakwaan terdapat tokoh pembangkang di negara itu membiayai keluarga Jamalul Kiram III untuk menceroboh Lahad Datu, bulan lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T Gazmin yang menyatakan kerajaan Filipina menemui beberapa bukti berhubung insiden itu.
"Saya ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina yang menjelaskan kemungkinan besar ada bukti mengaitkan peristiwa Lahad Datu adalah angkara pihak pembangkang di sana.


"Kita harap mereka akan beri maklumat yang lebih terperinci menerusi saluran diplomatik iaitu menerusi Kementerian Luar supaya kita dapat tahu keadaan sebenar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Helo Komoditi di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Voltaire semasa pertemuannya bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya, Khamis lalu.

Menurut Muhyiddin, sekiranya terbukti perkara itu benar, beliau berharap kerajaan Filipina akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit mengikut peruntukan undang-undang di negara itu.

"Namun yang penting kita juga hendak tahu jika ia ada hubung kait dengan orang di sini (Malaysia)... itu saya tidak pasti. Tetapi jika kita sudah ada laporan itu, kita akan tahu kedudukan sebenar.
"Ini kerana kita tahu kumpulan yang menceroboh itu bukan ada keupayaan tetapi apabila mereka datang ke Malaysia, dia guna senjata moden," katanya.

Katanya, hal itu sekali gus membuktikan ada pihak yang membiayai dan mendalangi pencerobohan kumpulan dari selatan Filipina itu.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, jika benar terdapat pihak di negara ini yang turut sama mendalangi kejadian pencerobohan itu, kerajaan akan bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat. - BERNAMA

March 8, 2013

Tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap penceroboh: Wan Junaidi

M’sia terikat dengan undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva
KUCHING: Kerajaan tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati terhadap soal pencerobahan ke atas negara kerana Malaysia ter-ikat dengan undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva.
Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuan-ku Jaafar berkata kerajaan perlu melihat semua aspek dan mengetahui objektif sebenar pencerobohan dibuat terlebih dahulu.
Menurutnya Malaysia ter-ikat dengan undang-undang antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.
“Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan meng-ambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan,” tegasnya.
Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menambah, Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.
“Kenyataan demikian me-nunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau.
“Kalau tak tahu jangan cakap… sekiranya pembangkang mentadbir negara ini kita akan berperang dengan semua negara termasuk negara jiran,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mempersoalkan tindakan kerajaan yang lambat, tidak cekap dan bersikap lembut dalam menangani krisis pencerobohan kumpulan bersejata di Lahad Datu baru-baru ini.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam satu sidang media kelmarin (Rabu lepas) berkata kerajaan telah gagal menyekat kemaraan awal pihak penceroboh berkenaan sehingga menyebabkan kematian lapan anggota keselamatan negara.
Baru turut mempersoalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang gagal melabelkan kumpulan berkenaan sebagai militan atau pengganas padahal mereka dengan jelas bersenjata dan menjalankan kegiatan secara teratur tanpa dapat dikesan pihak berkuasa negara.
“Pihak kerajaan hanya sedar mengenai kesungguhan pihak penceroboh setelah lapan anggota polis terkorban dan ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Taib akan menyampaikan ceramah ‘Sarawak Beyond Today: Challenges and Opportunities’

KUCHING: Lebih 300 orang dijangka akan menghadiri ceramah terbuka Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib yang julung kali diadakan pada 11 Mac ini, di sebuah hotel terkemuka di sini.

KUNJUNGAN HORMAT: Taib (dua kanan) merakam kenangan bersama (dari kiri) Toman, Samuel, Zaini dan Cheng. — Gambar Penerangan
KUNJUNGAN HORMAT: Taib (dua kanan) merakam kenangan bersama (dari kiri) Toman, Samuel, Zaini dan Cheng. — Gambar Penerangan
Anjuran bersama Jabatan Penerangan Sarawak dan Yayasan Media Sarawak, ceramah itu bertajuk ‘Sarawak Beyond Today: Challenges and Opportunities’, itu akan menumpukan beberapa peluang dan cabaran utama yang bakal dihadapi negeri dalam beberapa tahun akan datang, dengan mengambil kira perubahan landskap sosioekonomi dan impak globalisasi.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, ceramah itu akan dihadiri oleh ahli akademik kanan, ketua-ketua pertubuhan bukan kerajaan, ketua-ketua eksekutif daripada industri, ahli kanan badan profesional, ahli politik, ketua-ketua jabatan kerajaan, ahli-ahli media dan ketua-ketua badan agama.
Program itu akan diikuti oleh sesi panel di mana hadirin boleh mengemukakan soalan atau meminta pengesahan berhubung sesuatu isu dan seterusnya jamuan ringan akan disediakan.
Jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Negeri Zaini Mohamad melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri kelmarin dan memberi taklimat berhubung program tersebut.
Turut hadir ialah Ketua-ketua Penolong Pengarah Samuel Simon dan Ambrose Cheng Loi Hee serta Pengerusi Yayasan Media Sarawak Toman Mamora.

March 2, 2013

SKMM, polis perlu bekerjasama halang kegiatan judi pilihan raya internet

KOTA SAMARAHAN 2 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pasukan polis perlu bekerjasama bagi menghalang mana-mana laman web menjalankan kegiatan judi pilihan raya menerusi Internet.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, langkah itu perlu kerana kegiatan judi pilihan raya dalam Internet dijangka diadakan secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurutnya, kegiatan judi pilihan raya akan menjalankan operasi yang menggunakan kaedah seperti aktiviti judi bola sepak tetapi pertaruhan membabitkan parti dan calon yang bertanding.
"Sehubungan itu, dua badan kerajaan ini perlu merangka pelan tindakan penguatkuasaan bersama iaitu meningkatkan sistem teknologi maklumat masing-masing.
"Ini kerana melalui sistem teknologi maklumat yang canggih pihak polis dapat mengesan kegiatan perjudian tersebut dengan lebih mudah manakala SKMM boleh bertindak menyekat laman web haram itu serta-merta," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu berucap dan merasmikan Karnival Teknologi Maklumat 2013 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak di sini. - UTUSAN

Penceroboh serang dahulu

TERKORBAN: Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua anggota polis yang terkorban di Kampung Tanduo di Lahad Datu, semalam. — Gambar Bernama
TERKORBAN: Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua anggota polis yang terkorban di Kampung Tanduo di Lahad Datu, semalam. — Gambar Bernama
GEMPUR: Anggota tentera bersiap sedia ke Kampung Tanduo untuk menghadapi penceroboh yang masih berkubu di kampung itu di Lahad Datu, semalam. — Gambar Bernama
GEMPUR: Anggota tentera bersiap sedia ke Kampung Tanduo untuk menghadapi
penceroboh yang masih berkubu di kampung itu di Lahad Datu, semalam. — Gambar Bernama
Dua anggota keselamatan Malaysia terkorban, 12 penceroboh bersenjata maut
LAHAD DATU: Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari selatan
Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di sini, semalam.
Kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu turut menyebabkan tiga lagi anggota pasukan keselamatan cedera, kata polis.
Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan   keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.
Mereka cuba keluar daripada kepungan pasukan keselamatan dan mula melepaskan tembakan apabila terserempak dengan anggota
keselamatan yang sedang berkawal, kata Pasuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau berkata, insiden tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh itu berlanjutan selama 20 minit.
Menceritakan semula kejadian itu, Hamza berkata, kumpulan penceroboh rakyat asing yang terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia.
“Pihak komando polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan berlaku pertempuran antara kedua pihak,” kata Hamza.
Hamza berkata, turut ditemui pada kumpulan kecil penceroboh itu ialah beberapa laras senjata api antaranya M16, pistol dan rifel SLR, peluru dan beg-beg pakaian.
Beliau berkata, polis kini mengepung Kampung Tanduo, yang masih diduduki sebahagian anggota kumpulan itu, dan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan semakin diperketatkan.
“Polis telah mengawal segala laluan dan sukar untuk pihak penceroboh untuk keluar atau masuk ke kawasan kampung berkenaan,” katanya.
Hamza turut menafikan laporan termasuk yang disiar laman sosial dan agensi berita asing bahawa terdapat anggota kumpulan penceroboh itu menyerah diri dan melarikan diri melalui jalan laut.
Dalam pada itu, Hamza turut menegaskan bahawa polis tidak mengeluarkan sebarang arahan perintah berkurung di Lahad Datu ekoran insiden itu.
“Saya diberi kuasa untuk melaksanakan perintah itu dan tiada sebarang perintah itu dikeluarkan seperti yang dilaporkan,” katanya sambil memberitahu bahawa keadaan di Kampung Tanduo kini terkawal dan tenang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata beliau telah memberi mandat kepada ketua polis negara dan panglima angkatan tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.
Najib juga dilaporkan berkata kumpulan penceroboh itu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar daripada kawasan itu secepat mungkin.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilaporkan berkata Malaysia telah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka.
Sementara itu, kawasan sekitar Lahad Datu diletakkan dalam kawalan keselamatan yang ketat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, pagi semalam.
Selepas tersebar berita mengenai insiden tembak-menembak itu, sebahagian besar premis perniagaan, termasuk bank dan sekolah ditutup menjelang tengah hari.
Polis turut menasihati orang ramai supaya tidak keluar bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, selain jangan mudah percaya dengan khabar angin yang sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

February 24, 2013

Hospital k’jaan di S’wak masih kurang jururawat

KOTA SAMARAHAN: Walaupun Sarawak mempunyai ramai jururawat terlatih namun hospital kerajaan di negeri ini masih lagi mengalami masalah kekurangan jururawat.
Menteri Muda Kesihatan Dr Jerip Susil berkata berdasarkan perangkaan pada dua tahun lalu, terdapat 1,200 kekosongan jawatan berkenaan.
Beliau menjelaskan, bagaimanapun sehingga kini separuh daripada jumlah kekosongan itu sudah diisi hasil temu duga intensif yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
“Kita bukan kekurangan jururawat terlatih kerana universiti yang ada di negeri ini cukup untuk menyediakan tenaga kerja mahir, namun kemasukan jururawat untuk menjadi penjawat awam agak rendah dan perangkaan terakhir yang saya ada dua tahun lalu adalah 1,200 jawatan jururawat yang tidak diisi di seluruh Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Bengkel Kejururawatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini semalam.
Dr Jerip memberitahu, ia bermakna semua hospital, pusat kesihatan dan klinik yang ada di negeri ini masih lagi memerlukan jururawat terlatih bagi mengisi kekosongan itu.
“Nisbah doktor dengan pesakit, 1:1600 berbanding Semenanjung Malaysia 1:500 manakala bagi nisbah jururawat dengan pesakit: 1:400 kerana jururawat lebih ramai,” tambahnya.
Pada masa yang sama beliau menasihati jururawat terlatih agar tidak memilih tawaran pekerjaan sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta.
“Apa yang penting mereka mendapat pekerjaan kerana mereka disediakan untuk kedua-dua tempat, gaji sektor swasta mungkin lebih tinggi namun apa yang penting adalah kebolehpasaran untuk diserapkan ke dalam pasaran pekerjaan,” katanya.
Tegasnya, untuk itu pelajar yang mengambil kursus kejururawatan di UNIMAS perlu memiliki kemahiran tinggi dan boleh berkomunikasi dengan baik.
“Kebanyakan jururawat terlatih dari Sarawak diserap ke Singapura, Timur Tengah dan Jepun, United Kingdom dan Australia yang membuktikan permintaan tinggi bagi jururawat Sarawak kerana standard kejururawatan di sini agak tinggi dan komitmen mereka,” jelasnya.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh berkata, masalah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, hipertensi dan sebagainya kini amat membimbangkan.
Beliau memberitahu, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2008, sebanyak 67 peratus rakyat Malaysia menghidapi penyakit tidak berjangkit ini.
“Kita amat khuatir masalah ini kerana semakin ramai orang menghidap kencing manis, hipertensi, kerosakan renal kronik bukan saja di bandar tetapi corak sama sudah mula ditunjukkan di kawasan luar bandar,” ujarnya.
Justeru, beliau menyarankan setiap individu komited menjaga diri sendiri bukannya menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada pakar kesihatan bagi menghindari diri daripada menghidap penyakit tersebut.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS Prof Dr Peter Songan, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS Prof Dr Ahmad Hatta Rasit, Ketua Jabatan Kejururawatan UNIMAS Dr Zabidah Putit dan Pengerusi Penganjur Norheiza Mohd Benedict

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/24/hospital-kjaan-di-swak-masih-kurang-jururawat/#ixzz2Lnc9jf2n

Ho Leng tidak bertanding

SIBU: Selepas pelbagai spekulasi, Ahli Parlimen Sibu Wong Ho Leng akhirnya mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Sibu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Wong berkata, beliau telah menyerahkan keputusannya kepada Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Kebangsaan Lim Guan Eng dan mereka telah menerima keputusan beliau.
“Saya telah dinasihati oleh doktor saya untuk berehat dan bukannya memburukkan lagi kesihatan saya.
“Oleh itu, saya telah memutuskan untuk tidak bertanding pada PRU13.
“Bagaimanapun, saya kekal sebagai pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Sarawak dan masih memantau semasa Pilihan Raya Umum nanti,” katanya pada sidang media di Pejabat DAP Sibu, semalam.
Hadir sama isterinya, Irene Chang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan David Wong, Pembantu Khasnya Oscar Ling dan Timbalan Setiausaha Penganjur DAP Kebangsaan DAP Alice Lau.
Bagi calon yang akan dipilih untuk menggantikan beliau, Wong enggan mendedahkan nama dan memberitahu bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas DAP akan membuat pengumuman rasmi di Kuching hari ini (Ahad).
“Saya sudah memberikan calon pilihan saya kepada Lim Guan Eng dan keputusan muktamad adalah terpulang kepada Jawatankuasa Pilihan Khas yang terdiri daripada Lim, Chong Siew Chiang, Chong Chien Ren, David Wong, Ting Tze Hui, Chew Chiu Sing dan Fong Po Teck untuk membuat keputusan,” jelasnya.
Wong berkata, beliau telah selesai menjalani rawatan radioterapi selama enam minggu dan tujuh kursus rawatan kemoterapi di Hospital Mount Elizabeth di Singapura sejak awal tahun ini.
Katanya beliau kini dalam tempoh berehat dan sentiasa mengambil steroid untuk memulihkan keadaannya.
“Pada mulanya, saya mengambil kira-kira lapan miligram steroid tetapi pengambilan telah dikurangkan sebanyak 50 peratus sekarang.
“Mudah-mudahan, saya dapat beransur- ansur menghentikan pengambilan steroid dan mampu berdiri dengan baik,” katanya.
Disebabkan tempoh pemulihan bertepatan dengan masa PRU13, Wong berkata ia adalah menjadi sebab utama mengapa beliau memilih untuk tidak bertanding pada PRU13 kelak.
“Doktor telah menasihati saya agar berehat dan tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri,” tambahnya.
Sehubungan itu, Wong menyeru penyokongnya agar menyokong calon yang dipilih untuk menggantikan beliau.
“Calon yang dipilih untuk menggantikan saya akan menjadi calon yang lebih baik dan dia pasti akan bekerja untuk kebaikan rakyat,” tegasnya.
Wong juga mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya yang sentiasa menyokongnya sejak tiga tahun lalu.
“Saya mungkin tidak dapat memberikan perkhidmatan yang sempurna kepada rakyat tetapi saya telah melakukan yang terbaik,” ujarnya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek, Wong berkata, masih terlalu awal menjawab soalan tersebut dan beliau yakin dirinya akan sihat sepenuhnya pada waktu Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri nanti.
“Bila tiba masa itu nanti, kita tunggu dan lihat,” tambahnya.
Sementara itu, Wong turut mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Sibu menerusi Twitter miliknya @wongholeng dan dikongsi menerusi laman sosial Facebook.
Keputusan beliau itu mengejutkan ramai pihak terutama wakil rakyat DAP yang lain dan penyokongnya serta menerima banyak komen.
Antara petikan penyokongnya termasuk yang terharu dengan keputusan beliau untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Sibu dan berharap beliau sentiasa bersemangat dalam meneruskan perjuangan politiknya.
Selain itu, terdapat komen yang turut berharap beliau dapat berehat dengan lebih baik dan pulih sepenuhnya serta dapat menjalankan tugasnya dengan lebih baik dan bersemangat.
Pada 20 Disember lalu, pakar bedah saraf telah menjumpai glioma di dalam otak Wong yang masih pada peringkat awal dan tidak akan merebak ke bahagian lain.
Selepas mendapatkan pandangan kali kedua daripada pakar saraf tempatan, beliau telah mendapatkan rawatan radioterapi dan kemoterapi di Singapura bermula 8 Januari bagi tempoh enam minggu

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/24/ho-leng-tidak-bertanding/#ixzz2LnbmeWra

February 17, 2013

Rakyat perlu teguh di belakang BN

KOTA SAMARAHAN: Penduduk di Parlimen Samarahan diseru berdiri teguh di belakang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato Sri Mohammad Ali Mahmud berkata, penduduk di situ perlu memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan agenda murni kerajaan dapat diteruskan pada masa hadapan.
“Kita semua sedia maklum PRU13 tidak lama lagi jadi sama-samalah kita memberi sokongan yang padu ke atas kepimpinan kerajaan yang sedia ada sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada 836 penerima terdiri golongan bujang di Dewan Suarah Kota Samarahan semalam.
“Jika kepercayaan dan mandat terus diberikan kepada kerajaan BN, saya percaya BR1M 3.0 dan BR1M 4.0 akan diteruskan seperti mana yang telah diumumkan PM baru-baru ini,” tambahnya.
Malah, Mohammad Ali memberitahu bantuan itu dapat meringankan beban kepada kira-kira 2.7 juta belia bujang berumur 21 ke atas di seluruh negara yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,000.
“Bagi fasa pertama untuk Daerah Samarahan sahaja, seramai 4,475 belia bujang menerima BR1M 2.0 ini,” katanya sambil menambah pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan BN untuk meringankan beban rakyat antaranya Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M), bantuan pelajar sekolah dan universiti dan banyak lagi.
Justeru, beliau menegaskan segala bantuan itu dapat diteruskan jika rakyat memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah semula selepas PRU13 kelak.
Sementara itu, menyentuh mengenai seminar kesihatan khas kepada golongan belia bujang yang dijalankan sebelum pengagihan BR1M 2.0 itu, Mohammad Ali berkata, penganjuran seminar itu disambut baik bagi memberi ilmu pengetahuan kepada para belia.
“Penyertaan Jabatan Kesihatan dalam program hari ini (semalam) memberi kesan positif terutamanya berkaitan penyakit jangkitan kelamin di kalangan belia yang amat membimbangkan kita semua.
“Seminar sebegini dapat memberi kesedaran dan dilihat langkah terbaik mengurangkan gejala masalah sosial di kawasan ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa agensi, jabatan mahupun pertubuhan kerajaan lain di situ mengambil inisiatif yang sama untuk bersama-sama memerangi masalah sosial di kawasan berkenaan.
“Tugas ini adalah tanggungjawab kita bersama agar masalah sosial yang membelenggu belia pada masa kini dapat dikurangkan sekali gus dibendung,” ujarnya.
Hadir sama Pegawai Daerah Samarahan Mohd Ainnie Wahab, Pegawai Kesihatan Bahagian Samarahan Dr Julaidah Sharif, Temenggung Chek Bujang dan tetamu kehormat lain.

PM serah kunci rumah PPSK

PEKAN 16 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan upacara penyerahan kunci kepada 160 penerima perumahan Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Sri Makmur, di sini.
Biarpun hujan, majlis itu tetap berlangsung meriah dan dihadiri kira-kira 15,000 orang yang kebanyakannya peserta Felcra dari negeri ini.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Ibrahim Muhamad, Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Juzilman Basir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Khairuddin Mahmud.
Perumahan PPSK itu merupakan bukti janji ditepati kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib rakyat termasuk peserta Felcra.
Selain penyerahan kunci, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut menyampaikan replika cek RM10,000 sebagai sumbangan kepada Masjid Al-Fatah Sri Makmur.
Turut disampaikan simbolik penyerahan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada ketua isi rumah dan individu bujang perkampungan Felcra Sri Makmur.
Sementara itu, Najib dalam ucapannya berkata, perumahan peserta Felcra itu membuktikan usaha kerajaan melaksanakan proses urbanisasi kawasan luar bandar di negara ini.
"Saya masih ingat idea ayahanda saya Allahyarham Tun Abdul Razak untuk proses urbanisasi ini dan hasratnya kini menjadi kenyataan. Inilah ciri-ciri bandar moden yang dapat kita kecapi," katanya.
Najib berkata, peserta Felcra seharusnya bersyukur menerima rumah itu yang kosnya hanya RM50,000 sebuah tetapi peserta hanya perlu membayar satu per tiga sahaja kosnya manakala selebihnya ditanggung oleh Felcra.
"Jika dibangunkan oleh pihak swasta, harga rumah ini tidak kurang RM150,000 dan selepas mengira keuntungan boleh mencecah RM180,000," katanya.

February 9, 2013

Malaysia akan menjadi lebih hijau menjelang 2020

MIRI: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, Malaysia bakal menjadi lebih hijau menjelang tahun 2020 dengan menyasarkan 11 peratus penghasilan jumlah kapasiti tenaga daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.
“Pengurangan sebanyak 40 peratus atau bersamaan dengan sebanyak 42.2 juta tan pelepasan gas karbon dapat dikurangkan pada tahun berkenaan,” katanya pada Majlis Perasmian Projek Kempen Sekolah Hijau di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang (KTDTHB) di sini, petang kelmarin.
Menurutnya, ia merupakan salah satu daripada polisi tenaga kelima iaitu elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.
Katanya, kesedaran untuk menggantikan tenaga berasaskan fosil seperti minyak, gas dan arang batu untuk penjanaan elektrik kini semakin tinggi.
“Semua sumber ini memerlukan kos yang tinggi untuk diperolehi dan akan habis dalam tempoh beberapa dekad akan datang,” ujarnya.
Justeru, katanya, kerajaan berharap penghasilan elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui terutamanya tenaga suria akan menjadi pilihan kepada pihak industri dan orang ramai pada masa akan datang.
Walaupun pemasangan panel suria masih mahal terutamanya untuk rumah-rumah individu, namun kemasukan pelabur untuk membuka kilang panel suria diharap dapat mengurangkan kos dan ia menjadi lebih murah serta mampu dipasang dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.
Selain itu, Chin memberitahu kewujudan kilang-kilang pembuatan panel suria bakal mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan dalam negara.
KTDTHB merupakan salah sebuah sekolah terpilih untuk menjayakan kempen Sekolah Hijau daripada 30 buah sekolah seluruh Malaysia.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong, Miri turut dipilih selain SMK St Joseph, Kuching untuk projek yang sama iaitu pemasangan sistem solar.
Pada majlis itu, Chin turut menyampaikan sebanyak 200 biji lampu yang dijana daripada elektrik tenaga solar kepada penghuni sekitar Miri yang belum mempunyai elektrik disambungkan ke rumah mereka.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Tenaga, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Badaruddin Mahyudin dan Pengetua KTDTHB Hasimah Abang Zen.

K’jaan akan bantu mangsa kebakaran: Awg Tengah

GUNA SEBAIKNYA: Tengah (kiri) ketika menyerahkan geran kepada mangsa kebakaran di surau Kampung Pemukat, Limbang.
GUNA SEBAIKNYA: Tengah (kiri) ketika menyerahkan geran kepada mangsa kebakaran di surau Kampung Pemukat, Limbang.
LIMBANG: Kerajaan Ba­risan Nasional (BN) sen­tiasa menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk kepada mangsa kebakaran untuk meringankan beban dan membantu membina semula kediaman mereka.
Menteri Perancangan Sum­ber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, mangsa kebakaran tidak akan pernah keseorangan ketika ditimpa kesusahan.
“Anda tidak akan pernah keseorangan dalam men­empuhi kesusahan kerana kerajaan akan bantu dari semua segi termasuk bantuan bencana, skim perumahan dan banyak lagi melalui wakil rakyat yang dilantik,” katanya pada majlis penyera­han geran daripada kerajaan negeri, Lembaga Kebajikan Amanah Islam Limbang (LAKIL) dan derma peribadi kepada mangsa kebakaran di Kampung Pemukat di Lim­bang, kelmarin.
Pada 31 Januari lalu, 50 mangsa daripada 11 buah keluarga kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran yang turut memusnahkan sebuah rumah panjang Iban sebanyak 43 pintu.
Kerajaan negeri meng­hulurkan bantuan sebanyak RM40,000 berupa geran ke­pada 11 keluarga berkenaan, se­mentara LAKIL menyumbang RM3,000 setiap seorang kepada lima wakil ketua keluarga.
Pada masa sama, Awang Tengah menyerahkan kepada para mangsa kebakaran untuk menentukan sama ada mereka ingin membina rumah baharu di tapak lama atau di penem­patan baharu di Limbang.
Antara pilihan bagi lot penempatan semula ialah di Kampung Buangsiol, Kam­pung Seberang Kedai dan Kampung Batu Bakarang yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Terdahulu, Awang Tengah turut melawat tapak kebaka­ran di Kampung Pemukat bersama Ahli Dewan Undan­gan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, Ketua Kampung Ahamad Md Salem, Pegawai Daerah Limbang Anyi Lah dan beberapa ketua masyar­akat tempatan.

February 2, 2013

61,691 terima BR1M 2.0 di Kuching

KUCHING: Seramai 61,691 peneri­ma Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di Bahagian Kuching akan memperolehi baucar tunai masing-masing dari 4 hingga 17 Februari ini.
Residen Kuching Abdul Rah­man Sebli Senusi berkata, semua penerima yang dimaklumkan melalui pos diharap telah menerima surat berkenaan dan hadir ke lokasi majlis pengagihan seperti yang ditetapkan.
Peringkat pertama agihan di Bandar Kuching pada 4 dan 5 Feb­ruari melibatkan 10,879 penerima di Stadium MBKS, Jalan Pending.
Parlimen Stampin pula dijadual­kan dari 6 hingga 8 Februari dengan jumlah penerima seramai 15,597 juga di Stadium MBKS, manakala dari 8 hingga 16 Februari bagi Parli­men Petra Jaya melibatkan 16,779 penerima di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.
Bagi Parlimen Santubong dari 7 hingga 17 Februari, 10,625 penerima akan menerima baucar masing-masing di Dewan Masyar­akat Lundu dan DUN lama, Petra Jaya.
Bagi Parlimen Mas Gading yang mempunyai 7,710 penerima, lokasi majlis pengagihan pada 17 Februari akan dimaklumkan kemudian.
“Untuk memeriksa maklumat terperinci, orang ramai boleh men­ghubungi talian ‘hotline’ Pejabat Residen 082-246991 pada waktu pejabat untuk menyemak kedudu­kan permohonan mereka.
“Untuk tujuan ini, pejabat kami juga beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang Februari kecuali pada 11 dan 12 Februari kerana cuti Tahun Baharu Cina,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Penerima BR1M juga boleh mendapatkan maklumat di pejabat-pejabat kawasan Parlimen masing-masing, jelasnya.
“Perlu diingatkan, semua peneri­ma perlu datang sendiri dengan membawa kad pengenalan untuk mengambil baucar. Wakil tidak akan dibenarkan.
“Penerima juga boleh menun­aikan terus barcar tersebut dengan pihak bank yang akan turut ditem­patkan di sana,” katanya.

Pengundi wanita penting

KUCHING: Sebanyak 19 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertand­ingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti mempunyai bilangan pengundi wanita yang lebih ramai berbanding lelaki.
Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fatimah Abdullah berkata, berdasarkan rekod Suruhanjaya Pi­lihan Raya (SPR), 534,516 pengundi di negeri ini merupakan wanita, manakala 535,138 lelaki.
Menurut beliau, walaupun jumlah pengundi lelaki masih mendahului pengundi wanita, namun peranan kaum hawa di negeri ini tidak boleh diperlekehkan dalam membentuk kerajaan.
“Bilangannya (pengundi) hampir sama, namun terdapat beberapa kawasan Parlimen mempunyai bi­langan pengundi wanita lebih ramai daripada lelaki.
“Ini menunjukkan peranan wanita di Sarawak amat besar. Kita mem­bantu dalam membentuk kesin­ambungan pembangunan negeri,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau yang juga Menteri Keba­jikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata, antara kawasan Parlimen yang mempunyai bilan­gan pengundi wanita ramai ialah Sri Aman dengan anggaran 14,000 orang, Batang Lupar (13,000), Bandar Kuching (27,000), San­tubong (18,000), Miri (33,000), Kota Samarahan (17,000) dan Petra Jaya (25,000).
Tambahnya, wanita merupakan golongan yang setia kepada kerajaan dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, ke­bajikan serta keluarga.
Justeru, beliau berharap pengundi wanita di negeri ini tidak mudah terpedaya dengan janji manis pem­bangkang.
“Berhati-hati dengan apa yang mereka janjikan. Fikir dengan waras sebelum percaya… ini kerana sebarang keputusan yang salah akan memberi kesan untuk jangka masa panjang,” ujarnya.
Ditanya sama ada Pergerakan Wanita BN Negeri ada mengemu­kakan nama calon untuk PRU13, Fatimah berkata, biarlah ia menjadi rahsia dan tunggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak men­gumumkannya.
“Kita memang berharap lebih ramai calon wanita akan bertanding pada PRU13 nanti. Namun, kita perlu menunggu keputusan daripada Perdana Menteri,” jelasnya.
Fatimah turut berkata, Pergerakan Wanita BN Negeri sudah berse­dia sepenuhnya bagi menghadapi PRU13.
Beliau menjelaskan, antara langkah awal diambil pihaknya ialah melan­carkan Jentera Wanita BN Negeri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 4 Februari di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama.
“Pelbagai program dirangka sepa­njang pelancaran ini nanti termasuk taklimat SPR.
“Semua sayap wanita dari empat parti komponen BN negeri merang­kumi PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Pro­gresif Sarawak (SPDP) akan turut serta,” katanya.
Beliau menambah, dengan adanya jentera itu nanti, peranan wanita akan lebih dig­erakkan untuk memastikan kemenangan kepada BN di Sarawak.
“Peranan wanita di Sarawak amat be­sar dalam semua bidang tugas termasuk membantu dalam memajukan negeri ini,” ujarnya.
Sementara itu, menurutnya, peranan golongan wanita akan terus dihargai dengan penganjuran Program Gagasan Aspirasi Negara di sebuah hotel terkemuka di sini pada 5 Februari.
“Program ini akan membolehkan keinginan setiap wanita dikumpul dan kemudian dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ‘1 Million Women Purple Walk 2013’ yang akan berlangsung di Putrajaya pada 10 Mac.
“Semua senarai permintaan mereka (wanita) akan dikemukakan kepada Per­dana Menteri untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

January 12, 2013

Tidak ada sebab untuk tukar kerajaan: Muhyiddin

BENTONG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah membawa keamanan dan kesejahteraan untuk semua kaum di negara ini.

Justeru, katanya, tiada sebab untuk menukar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, rakyat perlu bijak menilai apa yang berlaku di luar negara dan membandingkan dengan kehidupan yang mereka kecapi di negara ini.


"Kerajaan bagus, ekonomi baik, jadi kenapa nak tukar?," katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Karak dekat sini, hari ini yang dihadiri lebih 30,000 orang.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri G. Palanivel.

Muhyiddin berkata, rakyat tidak harus terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang cuba memutarbelitkan pelbagai perkara untuk kepentingan politik sempit mereka.

"Negara kita sebenarnya telah menepati apa yang disebut dalam Al-Quran sebagai "baldatun tayyibatun warabun ghafur" yang bermaksud "negara yang baik dan diampuni Tuhan,"
Menurutnya kerajaan BN mampu dan berkeupayaan untuk terus memberi pelindungan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Beliau berkata, ini terbukti apabila pihak luar juga kagum dengan kerajaan Malaysia yang berjaya mengurus tadbir negara dengan cekap selain memastikan masyarakat majmuk hidup dalam aman dan sejahtera.

"Ada yang berkata masyarakat majmuk di Malaysia yang berlainan agama, kaum dan budaya akan menghadapi krisis kaum sepanjang masa. Tapi kita ternyata mampu pastikan rakyat hidup aman dan sejahtera," katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan BN juga membawa pelbagai perubahan menerusi pelan transformasi nasional yang dilihat banyak memberi manafaat kepada rakyat.

Sebaliknya, pemimpin pembangkang sering membuat pelbagai dakwaan yang tidak berasas kepada kepimpinan kerajaan BN.

"Untuk itu, rakyat perlu menilai apa yang benar dan memilih parti yang benar-benar dapat menjamin kesejahteraan buat mereka," katanya.

Guru maut selepas keretanya bertembung pacuan empat roda

MAUT: Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan Norrozyana yang tersepit di dalam kenderaan yang dipandunya.
SARIKEI: Seorang guru wanita yang mengajar di Se­kolah Kebangsaan (SK) Jawa, Kerubong Selalang maut dalam satu kemalangan apabila kereta Kancil yang dipandu olehnya bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda.
Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 7 pagi semalam, di Jalan Pan Borneo iaitu kira-kira 19 kilometer dari pusat bandar Sarikei.
Sewaktu kejadian, guru terbabit, Norrozyana Nordin, 34, dalam perjalanan dari arah Sarikei menuju ke sekolah tempatnya berkhidmat mana­kala kereta pacuan empat roda terbabit pula dari arah Saratok menuju ke Sibu.
Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintenden Poni­man Margiman ketika di­hubungi semalam mengesa­hkan kejadian tersebut.
“Berdasarkan laporan awal yang diterima daripada pe­mandu kenderaan pacuan em­pat roda terbabit, kejadian itu berlaku akibat kenderaan yang dipandunya bersama seorang penumpang hilang kawalan.
“Menurut laporan mereka, kenderaan mereka telah hilang kawalan disebabkan salah satu tayarnya pancit.
“Akibat kemalangan terse­but, guru terbabit yang men­galami kecederaan serius di beberapa bahagian penting badan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta pacuan empat roda itu pula hanya mengalami cedera ringan,” jelas Poniman.
Sementara itu, jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah Sa­rikei yang dihubungi semalam mengesahkan bahawa Nor­rozyana adalah seorang guru yang bertugas di SK Jawa.
“Cikgu Norrozyana adalah seorang guru yang berasal dari Perak dan telah bertugas di neg­eri ini sejak 2009,” katanya.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Harun Jenai yang ditemui di lokasi kejadian berkata pihak bomba menerima panggilan tentang kemalangan tersebut pada jam 7.11 pagi.
“Kesan rempuhan akibat ke­malangan tersebut menyebab­kan mangsa tersepit teruk dalam kenderaan yang dipand­unya dan keadaan itu memaksa pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei yang ter­diri daripada 10 orang anggota mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa,” kata Harun.

January 11, 2013

Projek Jiwa Murni bantu bina bangunan tabika

KAPIT 10 Jan. - Lebih 30 anggota Briged Kesembilan Infantri dan Rejimen 510 Askar Wataniah membantu membina bangunan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di bawah Projek Jiwa Murni di Rumah Madang Sungai Pelajau, di sini baru-baru ini.
Penyelia Kanan Kemas Parlimen Kapit, Ambrose Abong Bugek berkata, bantuan tersebut memberi gambaran kepada masyarakat luar bandar bahawa peranan anggota tentera tidak terhad menjaga keamanan negara malah mampu memberi khidmat sosial.
Katanya, bangunan baharu yang menelan belanja sebanyak RM20,000 itu adalah sumbangan Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi.
"Kami berterima kasih dengan semua pihak terutama kepada Datuk Alexander dan anggota tentera yang prihatin untuk membantu membina bangunan baharu ini.
"Bangunan baharu ini dijangka dapat menampung kesemua bilangan kanak-kanak iaitu seramai 78 orang yang telah mendaftar ke tabika ini pada awal bulan lalu," katanya di sini hari ini.

11 pangkalan hadapan dibuka hadapi kemungkinan banjir

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) membuka kesemua 11 pangkalan hadapannya di Mukah bermula semalam sebagai persiapan menghadapi kemungkinan banjir di bahagian itu.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata langkah itu diambil setelah beliau dimaklumkan hujan lebat dijangka melanda bahagian itu bermula hari ini.
Menurutnya sejak  semalam juga kakitangan jabatan itu telah diarah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku pada 10 dan 11 Januari ini ekoran kenyataan kemungkinan berlaku Ribut Tropika Sonamu berhampiran pantai Mukah dan Bintulu.
“Kita sudah bersedia bukan hanya untuk menghadapi Ribut Tropika Sonamu yang dijangka berlaku 10-11 Januari ini tetapi telah bersedia dari segi bekalan makanan bagi menghadapi banjir yang diramal melanda negeri ini pada Disember tahun lepas hingga Februari tahun ini.
“Namun saya saya telah dimaklumkan kejadian ribut tidak akan berlaku seperti diramalkan cuma hujan lebat diramal akan berlaku sebab itu kita bersiap sedia,” jelasnya kepada pemberita semalam.
Menurutnya lagi bagi menghadapi banjir mahupun bencana alam lain JKMNS telah membuka 85 pangkalan hadapan di seluruh negeri.
Terdahulu Fatimah menyempurnakan majlis penyampaian bantuan segera kawasan Kuching kepada 99 penerima dari Jalan Foochow, Kenyalang Park, Sungai Apong/Sungai Periok, Kampung Lumba Kuda, Flat KMC dan kawasan Pending/Padungan.

January 4, 2013

Lebih ramai pesara tentera akan dibantu di bawah 1MVHR, kata Zaki

BAU: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM menjangkakan lebih ramai pesara tentera di negeri akan dibantu di bawah Program 1Malaysia Veteran Home Repair (1MVHR) tahun depan.
Penglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar berkata program ini merupakan permulaan kepada projek transformasi kerajaan untuk membantu pesara-pesara tentera.
Katanya mesyuarat National Blue Ocean Strategy Summit (NBOSS) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada 22 Jun 2012, telah memutuskan agar strategi laut biru ini dibangunkan dengan jayanya bagi membantu anggota veteran ATM.
“Setakat ini terdapat 38 permohonan diterima bagi program 1MVHR yang disalurkan kepada JHEV untuk menentukan sama ada layak atau sebaliknya sebelum dikembalikan semula kepada ATM untuk pelaksanaannya.
“Kami menjangkakan ramai lagi akan memohon bagi program ini seperti sebelumnya, strategi laut biru tiga di mana sebanyak 376 permohonan diterima dan dilaksanakan oleh warga tentera yang sedang berkhidmat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan rumah 1MVHR kepada Engker Jising, 49, balu kepada Koperal Rabber Liso yang pernah berkhidmat selama 12 tahun sebagai anggota ATM sehingga 1986.
Simbolik penyerahan kunci rumah telah dilakukan oleh Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah sambil disaksikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah dan lain-lain.
Zaki yang ditemui di Dewan Redeem Kampung Apar di sini semalam menambah, penyerahan rumah kepada pesara tentera di bawah strategi laut biru tujuh merupakan lanjutan daripada strategi laut biru tiga untuk pesara-pesara tentera sama ada berpencen atau tidak.
Bantuan katanya, dalam dua bentuk bina baharu, bantuan diberikan kepada kumpulan sasar yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang diduduki ketika ini terlalu uzur, tidak selamat ataupun tidak ekonomi untuk dibaiki.
Manakala bantuan bentuk kedua, baik pulih diberikan kepada kumpulan sasar yang mempunyai rumah uzur tetapi masih ekonomi untuk dibaiki melibatkan komponen-komponen asas rumah seperti asap, dinding dan lantai.
Dalam pada itu kos membina baharu rumah Engkar menelan perbelanjaan sebanyak RM48,000 dan untuk daerah Bau sahaja sebanyak empat rumah terlibat dalam program ini melibatkan tiga buah rumah bina baharu dan sebuah rumah baik pulih.
Bilangan keseluruhan projek 1MVHR bagi negeri ini yang diberikan kepada ATM adalah sebanyak 16 rumah, enam daripadanya bina baharu manakala selebihnya 10 rumah baik pulih.

TM berjaya pulih gangguan perkhidmatan telekomunikasi di Miri

MIRI: Telekom Malaysia (TM) Sarawak berjaya memulihkan perkhidmatan telekomunikasinya yang mengalami gangguan teruk sejak dua minggu lalu di beberapa kawasan di Miri.
Jurucakap TM Sarawak ketika dihubungi Utusan Borneo semalam berkata, semua kerja telah siap sepenuhnya menjelang jam 8 malam kelmarin.
“Kita berterima kasih kerana pihak media termasuk Utusan Borneo banyak memberikan kerjasama dalam melaporkan perkembangan pembaikpulihan kepada pelanggan,” katanya.
Menurutnya, kejadian sejak dua minggu lepas adalah yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh beberapa tahun ini.
Justeru, beliau memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna sepanjang tempoh tersebut.
Pada masa sama, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana bersabar dan faham akan masalah yang dihadapi itu.
Seramai 34 tenaga kerja termasuk 24 anggota kumpulan penyelenggara dari Kuching dan Miri serta 10 pekerja kontraktor swasta TM ditugaskan untuk mengatasi masalah berkenaan.
Katanya lagi, mereka bekerja tidak mengira masa dan cuti umum iaitu Hari Krismas, Tahun Baharu dan hujung minggu.
Talian telefon, sambungan Internet dan perkhidmatan Streamyx pada 21 Disember lalu mengalami gangguan akibat kerja-kerja pembinaan yang dilakukan oleh pihak ketiga.
Antara yang terjejas ialah jabatan dan agensi kerajaan, Pejabat Residen Miri, Majlis Bandaraya Miri, Balai Polis Pusat Miri, Jabatan Imigresen di Wisma Yu Lan, beberapa bangunan kerajaan, bangunan komersial dan premis kewangan di beberapa tempat.
TM Sarawak turut berjanji akan memberikan rebat kepada pelanggannya yang terjejas akibat gangguan berkenaan berdasarkan perkhidmatan yang dilanggan.