December 31, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 Buat Pengunjung Blog Saya



Selepas berpuluh minit lagi, Tahun Baru 2009 akan menjelang tiba. Pada masa keemasan ini, Saya dan keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 kepada semua pengunjung laman blog saya. Diharapkan pada tahun 2009 yang akan datang ini, lebih ramai pengunjung akan melayari laman blog saya. Semoga Tahun Kerbau 2009 yang akan datang ini membawa tuah yang lebih baik kepada anda semua dan biarlah tahun 2008 yang akan tamat ini membawa renungan kepada kita semua. Biarlah kita bersama-sama menghadapi Tahun 2009 yang pastinya membawa lebih banyak cabaran dan dugaan kepada Kita semua. Akhir sekali, Selamat Menyambut Tahun 2009 dan Happy New Year To All Of You....

December 29, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH/AWAL MUHARAM 1430 HIJRAH


Pada hari yang amat bermakna ini, saya dan keluarga saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH/AWAL MUHARAM 1430 HIJRAH bagi pengunjung-pengunjung laman blog saya yang beragama Islam. Semoga anda semua sihat selalu...

December 25, 2008

Selamat Hari Kristmas Kepada Semua Pengunjung Blog Saya


Pada Hari yang amat bermakna ini, Saya dan keluarga Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua pengunjung yang melayari laman blog saya. Semoga tuhan memberkati semua pengunjung yang melayari laman blog saya. Saya dan keluarga saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung saya yang melayari laman blog saya sepanjang tahun ini. Diharapkan pada tahun 2009, lebih banyak pengunjung akan melayari laman blog saya berbanding tahun ini. Sekian Terima Kasih...

December 21, 2008

Calon BN di P.36 Kuala Terengganu ialah Wan Farid


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.


Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis pengumuman calon BN di Kuala Terengganu petang ini.

Najib juga merupakan pengarah pilihanraya kecil tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari depan.

Wan Ahmad Farid, 46 - bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London - merupakan anak jati Kuala Terengganu.

Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan menjadi menjadi exco pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004. Pada tahun 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.

Beliau menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik.

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail di Genting Highland pada 28 November lalu.

PAS pula akan mengumumkan calonnya esok. Antara nama yang disebut-sebut sebagai calon PAS ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Undangan Negeri Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi; Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali; Timbalannya, Datuk Wan Mutalib Embong dan tokoh korporat, Mohd Khazani Abdullah.

Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.

Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.

December 18, 2008

Bakal pengantin diwajibkan untuk ujian HIV Mulai Tahun Depan

Mulai tahun depan, semua bakal pengantin di seluruh negara diwajibkan menjalani ujian saringan virus HIV, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS di Parlimen hari ini berkata saringan itu sebahagian daripada kursus praperkahwinan.

Menurut Bernama, langkah itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV terutamanya kepada wanita yang kini menunjukkan trend peningkatan.

"Tahun depan, kita akan mewajibkan semua negeri untuk mewajibkan saringan HIV yang jadi sebahagian daripada kursus praperkahwinan," beliau dipetik berkata.

Sebelum ini, hanya beberapa negeri yang mewajibkan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan menjalani saringan HIV.

Negeri-negeri yang telah mewajibkan saringan HIV termasuklah Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Selangor dan Kelantan.

Najib turut melahirkan kebimbangan berhubung peningkatan jangkitan HIV pada wanita akibat hubungan seks secara biasa.

Tahun 1997 mencatatkan peningkatan sebanyak 5.02 peratus dan jumlah itu terus meningkat kepada 16.3 peratus pada tahun lepas.

Dalam sidang media yang sama, Mohd Najib berkata kadar peratusan jangkitan HIV di negara ini dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus sejak 2003.

Jumlah kes lima tahun yang direkodkan sebanyak 6,756 jangkitan HIV telah menurun kepada 3,452 kes tahun ini.

Beliau menambah, antara faktor terbesar yang menyumbang kepada penurunan jumlah kes itu termasuk Program Pengurangan Mudarat.

Program itu akan diteruskan untuk mencapai sasaran kerajaan iaitu 11 kes bagi 100,000 penduduk menjelang 2015 berbanding 12.8 kes bagi 100,000 penduduk pada masa kini.

Jumlah jangkitan HIV setakat ini sebanyak 83,527 termasuk 14,317 pesakit Aids serta 12,425 orang meninggal dunia, katanya.

Najib berkata Aids masih merupakan ancaman yang serius di negara ini, lapor agensi berita itu lagi.

"Mengikut perangkaan Program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai HIV/Aids (UNAIDS), Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara wabak tertumpu... maknanya dalam kumpulan-kumpulan tertentu, kumpulan berisiko tinggi.

"Terdapat fenomena yang boleh disabitkan dengan wabak tertumpu," katanya.

Katanya mesyuarat hari ini turut memberi fokus kepada kumpulan berisiko tinggi dengan Kementerian Kesihatan akan mengambil pendekatan untuk mendekati kumpulan itu dalam usaha mengurangkan Aids.

December 16, 2008

Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi dibentang

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Kerajaan hari ini membentang Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat bertujuan mewujudkan satu program bagi perlindungan saksi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Rang Undang-Undang itu yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akan mewujudkan Program Perlindungan Saksi yang disenggarakan oleh Ketua Pengarah Perlindungan Saksi dan dibantu timbalannya daripada kalangan anggota perkhidmatan awam.

Menerusi Program Perlindungan Saksi, mana-mana saksi boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk dimasukkan ke dalam program dan ia juga boleh dikemukakan oleh sesebuah agensi penguatkuasaan.

Jika saksi di bawah usia 18 tahun, ibu atau bapa atau penjaga boleh memohon bagi pihaknya untuk dimasukkan ke dalam program dan apabila diterima suatu permohonan, Ketua Pengarah boleh memberikan perlindungan interim serta bantuan kepada saksi.

Saksi membawa maksud seseorang yang telah memberikan atau yang telah bersetuju untuk memberikan keterangan bagi pihak kerajaan dalam sesuatu prosiding jenayah.

Saksi tersebut juga perlu bersedia memberikan apa-apa maklumat, pernyataan atau bantuan kepada seseorang pegawai awam atau pegawai pihak berkuasa awam berhubung sesuatu kesalahan dan dia mungkin mengkehendaki perlindungan atau bantuan di bawah Program.

Dalam sesuatu permohonan di bawah Seksyen 7, seseorang saksi hendaklah mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai semua obligasi di sisi undang-undang saksi itu yang belum selesai.

Saksi tersebut juga perlu mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai hutang dan cukai tertunggak, sejarah jenayah saksi termasuk prosiding sivil yang telah dimulakan oleh atau terhadap saksi.

Saksi turut diminta mendedahkan butir-butir mengenai prosiding kebankrapan, status imigresen, perintah reparasi yang sedang berkuatkuasa terhadap saksi, liabiliti kewangan, aset, status perubatan, penjagaan kanak-kanak dan urusan perniagaan.

Bagi saksi yang didapati memberikan maklumat palsu pula boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah juga boleh memutuskan sama ada seseorang saksi itu layak dimasukkan ke dalam program dengan menimbangkan rekod jenayah, keputusan pemeriksaan perubatan, psikologi, keseriusan kesalahan yang dilaporkan dan kepentingan keterangan yang bakal diberi.

Ketua Pengarah juga boleh memutuskan sama ada terdapat kaedah alternatif untuk melindungi saksi, jenis bahaya yang diandaikan saksi dan hubungan saksi dengan saksi lain.

Ketua Pengarah juga boleh membuat siasatan bagi menilai sama ada saksi itu hendak disyorkan bagi dimasukkan ke dalam program.

Tiap-tiap syor oleh Ketua Pengarah supaya seorang saksi dimasukkan ke dalam program hendaklah dibuat kepada Peguam Negara.

Peguam Negara apabila menerima syor tersebut perlu memutuskan sama ada hendak memasukkan seseorang saksi itu ke dalam program dan saksi juga boleh mengemukakan rayuan jika tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

Pendaftar Perlindungan Saksi pula akan diwujudkan bagi mengendalikan urusan identiti saksi, identiti baru saksi, alamat, sabitan terdahulu, tarikh kemasukan dan tarikh diberhentikan ke dalam program.

Pendaftar juga perlu menyimpan dokumen termasuk sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil perkahwinan dan lain-lain dokumen berhubung identiti asal saksi berkenaan.

Tidak ada seorang pun yang boleh mengakses dokumen tersebut kecuali menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah dan mana-mana orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah.

Saksi yang diletakkan di bawah di program, akan disediakan tempat tinggal, identiti baru, pengangkutan bagi urusan pemindahan, pendapatan dibayar mengikut saraan yang diterima oleh saksi, jika saksi tidak bekerja bayaran sara hidup diberi, bantuan mendapatkan pekerjaan dan pendidikan.

Sumber - Utusan

December 15, 2008

Abhisit dilantik PM baru Thailand

Pemimpin Demokrat Abhisit Vejjajiva hari ini dilantik sebagai perdana menteri ke-27 Thailand oleh penggubal undang-undang negara berkenaan, membawa harapan yang tipis bahawa tunjuk perasaan jalanan dan keadaan huru-hara selama berbulan-bulan akan sampai ke penghujungnya.
abhisit vejjajiva
Beliau mendapat 235 undi bagi mengatasi bekas Ketua Polis dan pemimpin Puea Pandin, Pracha Phromnok yang meraih 198 undi dalam pemilihan yang berjalan lancar tanpa sebarang gangguan besar, berbeza dengan sesi terdahulu yang menyaksikan pertelagahan antara polis dan penunjuk perasaan anti-kerajaan, lapor Bernama.

Abhisit, 44, anak kelahiran Britain, akan menggantikan Somchai Wongsawat yang dilucutkan jawatannya oleh Mahkamah Perlembagaan awal bulan ini apabila parti pemerintah Parti Kuasa Rakyat (PPP) dibubarkan kerana melakukan penipuan pilihanraya.

Beliau adalah perdana menteri kelima dalam tempoh 27 bulan, dan ketiga dalam jarak tiga bulan.

Kemenangan beliau, dan kembalinya Demokrat berkuasa selepas selang tujuh tahun, dicapai setelah sekumpulan kecil bekas ahli PPP yang bersekutu dengan bekas Menteri, Newin Chidchob meninggalkan parti itu, selain beberapa parti yang merupakan sebahagian daripada kerajaan gabungan enam parti sebelum ini yang dipimpin oleh Somchai.

Abhisit, berkelulusan Oxford University, menyertai politik ketika berusia 27 tahun apabila menjadi ahli Parlimen bagi sebuah kawasan pilihanraya di Bangkok.

Bagaimanapun beliau bukan perdana menteri termuda seperti yang disebut-sebut sebelum ini memandangkan Marshal Plaek Pibulsonggram serta M R Senee Pramoj memegang jawatan masing-masing pada umur 41 dan 40 tahun.

Beliau pernah berkhidmat sebagai jurucakap parti, jurucakap kerajaan, Timbalan Setiausaha kepada Perdana Menteri, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pendidikan Parlimen, dan Menteri kepada Pejabat Perdana Menteri semasa Demokrat berkuasa.

Krisis ekonomi

Parti itu yang tertua di negara ini, kehilangan kuasa apabila parti Thai Rak Thai (TRT) pimpinan Thaksin Shinawatra mencatatkan kemenangan besar dalam pilihanraya umum 2001 di sebalik krisis ekonomi 1997/98. Thaksin sekali lagi menang pada 2005 tetapi disingkirkan oleh tentera pada September 2006.

Parlimen Thai mempunyai 480 anggota namun buat masa ini terdapat hanya 437 ahli Parlimen selepas pembubaran PPP, Chart Thai serta Matchima oleh mahkamah dan anggota eksekutif parti berkenaan dilarang terbabit dalam politik selama lima tahun, manakala seorang ahli Parlimen Demokrat meninggal dunia pagi ini.

Meskipun mempunyai kira-kira 200 ahli Parlimen sebaris dengan mereka, Pheu Thai, yang terdiri daripada penyokong Thaksin selepas PPP yang mereka anggotai dibubarkan, tidak meletakkan calonnya sendiri sebaliknya menyokong Pracha bagi mengelak satu lagi konflik oleh kumpulan anti-Thaksin yang menganjurkan demonstrasi jalanan selama 192 hari.

Kumpulan anti-kerajaan Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) berikrar akan mengadakan tunjuk perasaan semula jika seorang lagi calon Thaksin dipilih untuk memegang tampuk pemerintahan, dan secara tidak langsung menyokong pencalonan Abhisit.

Negara ini terjebak dalam kekacauan politik dan ekonomi sejak penunjuk perasaan anti-kerajaan mengadakan demonstrasi pada 25 Mei, disusuli dengan menawan Pejabat Perdana Menteri pada 26 Ogos sebelum menutup dua lapangan terbang utama di Bangkok akhir bulan lepas.

Sabtu lepas, Thaksin, dalam ucapan yang dirakamkan dari luar negara, menyampaikan amanatnya kepada lebih 50,000 penyokong yang berhimpun di sebuah stadium, dengan beliau membidas tentera kerana campur tangan dalam pemilihan Perdana Menteri baru ketika khabar angin memuncak bahawa Panglima Tentera, Jen Anupong Paochinda meminta parti yang lebih kecil dan puak Newin supaya menyokong Abhisit.

Sekumpulan kecil penyokong Thaksin yang terkenal dengan baju merah mereka, cuba menyekat pintu pagar Parlimen selepas kemenangan Abhisit diumumkan namun berjaya dihalang oleh polis rusuhan.

Abhisit sebelum ini dikritik oleh penyokong kerajaan kerana senyap-senyap menyokong PAD dalam tunjuk perasaan yang diadakan, dan beberapa pemimpin Demokrat juga merupakan sebahagian daripada kumpulan itu yang mula mendapat perhatian apabila mereka mengadakan demonstrasi besar-besaran menentang Thaksin pada 2006.

Petrol Dan Diesel Turun 10 Sen Berkuatkuasa Selasa Ini

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.

SUPP Kekalkan 'Orang Lama' Dalam Kepimpinan Tertinggi Parti


KUCHING, 14 Dis (Bernama) -- Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan dikekalkan tanpa dicabar untuk mengetuai parti itu bagi tempoh sepenggal lagi semasa Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) parti itu berlangsung hari Ahad.

Keputusan untuk mengekalkan kepimpinan beliau itu sejajar dengan keputusan terdahulu yang dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) Isnin lepas, bagi mengekalkan status quo kesemua 104 anggota jawatankuasa pusat (CC).

Sungguhpun cawangan Engkilili mengemukakan usul bagi menggesa Dr Chan meletak jawatan seperti yang dijanjikan pada 2006, namun kepimpinan tertinggi parti berikrar untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Timbalan Ketua Menteri supaya terus menerajui parti.

Turut dikekalkan ialah Timbalan Presiden Tan Sri Law Hieng Ding manakala penyandang jawatan lain termasuk Setiausaha Agung Datuk Sim Kheng Hui, Bendahari Agung Datuk David Teng Lung Chi dan Setiausaha Pengelola Datuk Peter Chin Fah Kui.

Bercakap kepada pemberita selepas TDC itu di ibu pejabat parti di sini, Dr Chan berkata 'orang lama' akan mencari cara dan pendekatan baru untuk "meremajakan semula' parti.

"Sebenarnya yang berubah adalah pemikiran. Orangnya (barisan kepimpinan) tidak penting. Jika hati dan fikiran berubah kepada cara baru untuk melakukan sesuatu, ia adalah lebih baik daripada segala-galanya.

"Berubah tidak bermakna mengubah seseorang itu tetapi ia bermaksud mengubah cara berfikir. Jika anda mengubah orangnya dan mereka melakukan perkara sama dan mempunyai dasar yang sama serta tidak mencari cara baru untuk melakukan sesuatu, ia bukanlah melakukan perubahan," katanya.

Sekretariat pusat parti menerima 185 borang pencalonan untuk menganggotai CC, dan jumlah ini jauh melebihi jumlah maksimum 104 seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Jumlah itu kemudian dikurangkan selepas calon yang berlebihan itu dinasihati supaya menarik balik borang mereka.

Mengenai keputusannya dalam Persidangan Perwakilan Khas pada 2006 untuk meletak jawatan, Dr Chan berkata beliau terpaksa memberikan keutamaan kepada perpaduan parti memandangkan langkah itu adalah yang terbaik untuk semua.

"Saya menerima tanggungjawab ini. Kami akan bekerja dengan satu semangat baru," katanya.

Mengenai perbalahan dalaman, terutamanya di cawangan Bintangor yang membabitkan Timbalannya, Tan Sri Law Hieng Ding, Dr Chan berkata semua anggota parti perlu bekerja bersama-sama, tanpa mengira mana-mana puak.

"Jika mereka tidak dapat bekerja bersama-sama, kami akan memaksa mereka bekerja bersama-sama. Sebab itulah saya memberi mereka enam bulan untuk berbuat demikian... kalau tidak, kepimpinan pusat akan campur tangan.

"Perbalahan dalaman telah lama berpanjangan. Masanya sudah tiba untuk menghentikannya. Mungkin pada masa dulu kami terlalu berlembut mengenai perkara ini tapi sekarang kami akan bertindak jika mereka gagal menyelesaikan perbalahan dalaman itu," katanya.

Ditanya mengenai hasratnya untuk bersara daripada politik tahun lepas, Law, 73, berkata beliau perlu menerima keputusan supaya dikekalkan barisan sedia ada memandangkan ia kehendak sebulat suara anggota demi perpaduan parti.

Sumber-- BERNAMA

All Supp Parti Leader and Member waiting Prime Minister Malaysia come to opening ceremony of The 21st Delegates Conference

(本报古晋1日讯)砂人民联合党第廿三届领导班子最终是没有变更,拿督巴丁宜丹斯里陈康南蝉联主席,继续领导人联党。

在党代大会召开之前,多个支部纷纷提出要求更换领导层的建议,中委提名亦超出104的限额。但是,人联党领导层的更新最终停在“只闻楼梯响,不见人下来”的境地。

人联党中央委员及中央常务委员几乎都是原班人马,只除了担任副主席的中央青年总团长由沈耀荣换成薛华东,以及担任副主席的中央妇女组主席由拿汀刘文惠换成李素霞。


最重要的是团结一致

人联党主席陈康南表示,尽管许多党员都期待领导层的更新,但是,人联党现阶段最重要的是团结一致,该党不能再承受纷争,否则又要多2年的时间来复原。

他称,他被要求留下来再次领导人联党,是因为大家都了解最重要的是团结,而他的领导可以团结所有的领袖。

“我接受这个责任,而一些同志有意退位,但是我要求他们留下,与我作为一个团队。这就是为何他们都愿意接受同样的职位。最终出现相同的执委会名单。”

他指出,这就是为何该党今天能坐下来洽谈,若现在还要斗争,该党就会什么也无法做。
“我们保留所有的领导层,其实是为了坐下来寻找新的方向与方法。”

陈康南今日在人联党党代大会结束以及召开中委会会议之后,在新闻发布会上指出,旧的人马并不代表不能改革。

确保能渡过危机

他表示,改革是要具备新的精神与做法,领导层思想的改变是最重要的。若领导层改变而作风却没有改变,也一样没有用。

“如果有新的人选可以更换,那很好。但若没有,那就改到新的方向。而最重要的是赢得民心,否则人联党最终会面对苦难。”

他说,人联党现在处于危险境地,在这压力的情况下,党员都必须做到最好,以确保该党能渡过危机。如此,人联党才有机会变得强大。

他指出,人联党今后会更全面地走入基层,了解草根的问题,并在人联党的能力内让州政府和联邦政府了解该党所面对的问题。

*****

砂拉越人民联合党第廿三届(2009-2011年)中央委员会和中央执行委员会名单

主席:拿督巴丁宜丹斯里陈康南医生
署理主席:丹斯里拿督斯里刘贤镇
副主席:拿督张泰卿
副主席:拿督杨昆贤
副主席:拿督刘会洲
副主席:杨莉
副主席:薛华东
副主席:李素霞
秘书长:拿督沈庆辉上议员
署理秘书长:拿督斯里黄顺舸
署理秘书长:拿督法兰西哈汀
助理秘书长:李景胜
助理秘书长:严建安
助理秘书长:拿督利察烈
助理秘书长:哲历医生
财政:拿督邓伦奇
副财:田承凯
组织秘书:拿督陈华贵
助理组织秘书:卓恒山
宣教秘书:拿督叶金来
助理宣教秘书:拿督孙春德医生
委员:谢超发、陈冠勋
其他中央委员
巴南:张良水
石角:彭裕庆、林亚德、林应发
巴都林当、田承凯、郑仪、冯锦士、魏力伟
石隆门:黄扬浪
巴甘奴:朱昌宜、江南兴
布拉甲:何子兴
文莪:Ahkim ak Sarok、刘佑丰、刘天亮
民丹莪:拿督陈则赐、刘世兴、雷雪云、Peter ak Saow 、许庆轩
民都鲁:曹长发、潘隆明、林光猛
达叻:杨景洲
英吉利里:卓恒山
如楼:林才伟
加拿逸:何明益、李火嫩
加帛:杨晋福
格美那:曾民初
哥打圣淘沙:赖顺、罗克强
古晋:黄德进、黄廉欢、蔡吉祥、张莉珠、范新客、刘思凌、黄国忠
蓝比尔:李进兴、陈超耀
老越:廖和平
林梦:黄贵新
龙牙:郭翼升
沐胶:姚长荣
奥巴:Philip ak Gaing
板督:彭圣强
朋岭:田招炎、田承海、古佛保、郑和平、陈育盛、沈桂馥、陈银英、陈传禹
卑尔骚:许聿全、赖耀松、冯兆明
埔奕:陈福金、钟易璇、许保汉、池洪端、俞小珊
三马拉汉:杨和顺
砂拉卓:颜应琦
沙里拔:张道年
泗里街:陈锦怀、Empaling ak Lanyau、林叔民、黄守东、黄祥洲
实巫遥:刘钦生
史纳汀:陈伟明、刘加治、刘友光、林忠辉、杨锦生
西连:郑敦效、Nejos ak Musang
诗巫:Andrew Shilling、陈柏佑、钱本统、Chieng Jin Ek、蔡明成、刘文惠、江泽琳、郭金斌、刘庆嘉、刘本武
、严建安、吴良仁、吴尔兴、薛金光、苏德旗、郑友璋、丁风华、黄礼南、黄东星、杨祖快
实文然:蔡子雄、张仁发、许玉泉
李泉武
桑:卓志华
丹绒拿笃:方镇鸿
打叻:曾镇江、张达使、李新华
达岛:Jimbai ak Bandir
德朗乌山:叶焕立
杜邦:杨娘坤。

*****

人联党常务委员会

主席:拿督丹斯里陈康南医生
署理主席:丹斯里拿督斯里刘贤镇
副主席:拿督张泰卿、拿督杨昆贤、拿督刘会洲、杨莉
副主席(总团长):薛华东
副主席(妇女组主席):李素霞
秘书长:拿督沈庆辉上议员
署理秘书长:拿督斯里黄顺舸、法兰西哈汀
财政:拿督邓伦奇
副财政:田承凯
组织秘书:拿督陈华贵
助理组织秘书:卓恒山
宣教秘书:拿督叶金来
助理宣教秘书:拿督孙春德
委员:里查烈、哲历苏修、拿督陈则赐、严建安、林光猛、李景胜
委任:陈如飞、吴春祥、拉浓
列席:谢超发、陈冠勋、陈超耀、安德鲁、郑仪、彭大男、古佛保、官水华、林耿赐

人联妇组中委会名单

砂拉越人民联合党妇女组第12届中央委员会:
主席:李素霞(美里卑尔骚)
署理主席:李惠胜(诗巫)
副主席:曾瑞聪(古晋)
副主席:林珠英(民丹莪)
副主席:胡淑娥(泗里街)
副主席:(保留)
秘书:张莉珠(古晋)
署理秘书:黄芝盈(泗里街)
助理秘书:方湫琴(美里卑爾騷)
助理秘书:罗如意(诗巫)
财政:陈亚兰(民都鲁)
助理财政:余继香(史那汀)
组织秘书:房于琪(古晋)
助理组织秘书:刘淑光(埔奕)
宣教秘书:黄雁嫔(诗巫)
助理宣教秘书:欧天妃(古晋)
助理宣教秘书:谢艾陵(文莪)
福利:刘美云(史那汀)
助理福利:黄小玲(实文然)
委 员:郑赛茵(巴南)、邓友娣(石角)、郑仪(巴都林当)、杨美金(巴干奴)、温美芬(巴干奴)、黄素瑛(民都鲁)、俞思妤(加帛)、刘蔼珍(泗里街)、吴 巧英(泗里街)、陈姿华(老越)、蔡珉燕(古晋)、吴薇娜(古晋)、方亚玉(古晋)、陈惠萍(古晋)、江金亲(古晋)、涂爱金(兰卑尔)、杨玉婷(兰卑 尔)、郑秀芳(林梦)、孙美珊(沐胶)、方凤金(美里卑尔骚)、方秋菊(埔奕)、李美恩(埔奕)、陈捷花(砂拉卓)、薛月明(砂拉卓)、田秀凤(史那 汀)、周凤玉(诗巫)、陈月娥(诗巫)、何宛珍(诗巫)、江丽訇(诗巫)、林丽訇(诗巫)、杨春英(诗巫)。

人联青与妇女组改选 妇女组中委会阵容出炉 今日举行复选


Presiden SUPP YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam give a speech when come to open ceremony for SUPP Youth Section 12th Triennial Delegates Conference...

(古晋12日讯)砂拉越人民联合党妇女组经过数小时的选举后,产生了第12届妇女组中委会阵容。

  共有100名团代角逐49个妇女组中委职位。424名代表通过票选而遴选了未来三年的领导阵容。至于复选则在明天才举行。

  根据票决,入选中委者必须得票至少194张票方为中选。但由于共有2名候选人的得票同属194票,而出现超额,因此身为选举委员会主席的拿汀刘文惠行使主席权力,投下多一票,这使到来自古晋支部的曾瑞聪成为最后一名搭上中委列车者。

  各候选人得票成绩
  巴南支部:方月云(23)
  郑赛茵(381)(中)
  石角支部:蔡秀玲(175)
  官若兰(165)、邓友娣(198)(中)
  温淑萍(163)
  巴都林当支部:
  郑仪(210)(中选后辞职)
  张凤英(33)、何月明(185)
  张友芳(43)、郑妹妹(181)
  巴哥奴支部:
  杨美金(240)(中)、温美芳(205)(中)
  文莪支部:蔡秋妹(174)
  韩秋花(161)、谢艾陵(365)(中)
  民丹莪支部:刘蔼珍(224)(中)
  林珠英(208)(中)、吴巧英(195)(中)
  民都鲁支部:陈亚兰(226)(中)
  黄素瑛(209)(中)
  英吉利里支部:周惠兰(27)
  刘玉枚(171)、萧志香(14)、杨细花(15)
  郑彩玲(173)
  加帛支部:俞思妤(375)(中)
  黄美英(29)
  圣淘沙支部:蔡爱菊(183)
  钟芳霏(177)、刘敢妹(170)
  李幼娟(171)
  古晋支部:蔡珉燕(228)(中)
  张莉珠(207)(中)、房于琪(205)(中)
  吴薇娜(205)(中)、方亚玉(201)(中)
  欧天妃(202)(中)、陈惠萍(196)(中)
  江金亲(196)(中)、曾瑞聪(194)(中)
  兰卑尔支部:涂爱金(209)(中)
  杨玉婷(203)(中)
  老越支部:陈姿华(361)(中)
  林梦支部:郑秀芳(363)(中)
  沐胶支部:孙美珊(363)(中)
  卑尔骚支部:陈彩虹(39)
  方湫琴(228)(中)、方凤金(206)(中)
  李素霞(227)(中)
  朋领支部:黄红鸾(156)
  蔡玉梅(153)、张茂玉(145)
  辜丽玲(149)、林春煌(143)
  沈美金(161)、沈桂莲(156)
  陈银英(179)
  埔奕支部:钟菊英(28)
  方秋菊(221)(中)、刘淑光(209)(中)
  李美恩(199)(中)
  砂拉卓支部:陈捷花(347)(中)
  薛月明(349)(中)
  泗里街支部:胡淑娥(354)(中)
  陈国芬(165)、黄芝盈(337)(中)
  西连支部:黄荣琳(190)
  蔡素蓉(164)、徐玉兰(163)
  李晓凤(158)、刘吉花(151)
  玛格烈林(161)
  斯纳汀支部:余继香(215)(中)
  刘美云(228)(中)、田秀凤(204)(中)
  诗巫支部:周凤玉(210)(中)
  陈月娥(212)(中)、何宛珍(199)(中)
  许玉莺(24)、江丽恩(213)(中)
  李惠胜(209)(中)、林丽莹(202)(中)
  罗如意(145)、池赛蝉(194)
  黄雁缤(204)(中)、叶亚洁(193)
  杨春英(196)(中)
  成邦江支部:林秀凤(189)
  徐传芬(159)、黄赛莱(155)
  实文然支部:黄小玲(207)(中)
  丘硕清(167)
  桑支部:曾秋好(162)
  朱丽娜(170)、王碧凤(20)
  乌达缌(17)
  达叻支部:曾顺美(186)
  陈秀玉(160)、邓粉妹(152)

人联两辅翼改选高潮迭起 团长战:44对27票 薛华东胜出


成绩出炉后,当选总团长的薛华东(右四)要求与众前任领导及在场党同志共同高喊“沙哈地”以示团结。

  (古晋12日讯)砂拉越人民联合党巴都林当青年支团团长薛华东,今晚在该党青年总团团代改选中,以44票对27票轻取诗巫支团团长钱进一,中选成为新任总团团长,多数票17张。

  薛华东在今晚9时举行的复选中,获得徐仁和提名,魏力伟的提议竞选总团长职,而钱进一则获得陈家福提名,李治辉的附议。

  中选的72名团委中,有71人出席了今晚的复选,在以卸任总团长沈耀荣为首之竞选委员会的主持下,复选是在透明的情况下进行,竞选委员会的其他成员分别是赖耀松、蔡明成、刘英豪及陈成泉。

  经过投票後,薛华东中选为新任总团长。

  薛华东吁团委团结一致

  中选为新任总团长後,薛华东宣布了其新届团委的阵容,并召开了第一次中央团委会议。

  受访时,薛华东希望所有团委团结一致,为壮大党而努力奋斗。

  他称,青年团改选是在非常透明的情况下进行,同时他也大力赞扬沈耀荣为青年总团和党所作出的巨大贡献。

  以下为新届团委阵容:

  总团长:薛华东

  署理团长:江山河

  署理团长:MACLISTER AK RICHARD RIOT

  副团长:陈祯实

  副团长:黄廉欢

  副团长:钱进一

  副团长:房友德

  总秘书:陈开

  署理秘书:邓文武

  副秘书:悬空

  副秘书:廖建顺

  财政:陈成泉

  副财政:徐仁和

  副财政:林应国

  组织秘书:陈荣华

  副组织秘书:吴芝辉

  宣教秘书:黄南荣

  副宣教秘书:杨伟明、沈志钊

  培训:陈忻

  副培训:叶耀星、钱本恩

  教育:威力伟

  副教育:邓威廉、张达使

  委员:其他中选者为委员

  委任委员: 徐和兴、蔡明哲、黄顺平、黄孝清、张基钟、温武胜

人联青与妇女组改选 117名团代角逐72个中委职 新届人联青总团产生

(古晋12日讯)砂拉越人民联合党青年总团今晚顺利的产生了第13届总团中央委员会。

  共有117名团代角逐72个总团中委职位。200多名团代通过票选而遴选了未来三年的团委。他们之后在经过复选而产生总团执行委员会。

  根据票决,入选总团中委者必须得票至少114票方为中选。但由于共有5名候选人的得票同属114票,而出现超额,因此身为选举委员会主席的沈耀荣援引团章,行使主席权,遴选其中四名得票114票者为中选者。投票结果,同样得票114票的何忠财(诗巫支团)宣告落选。

  各候选人得票成绩
  巴南支团:张基钟(122)
  石角支团:杨敬林(107)
  江孙伐(16)、林应国(198)
  房柏森(17)
  巴都林当支团:徐仁和(127)
  林德昌(24)、魏力伟(123)
  薛华东(136)、西华尼山(110)
  石隆门支团:温武胜(122)
  巴哥奴支团:沈初福(126)
  邓威廉(206)
  文莪支团:张奕良(108)
  李治辉(115)、田志伟(101)
  威申玛布(97)
  民丹莪支团:钱本恩(213)
  许发仑(206)、林希德(104)
  毛维浩(108)、谢纯忠(207)
  郑鸿钦(206)、陈成泉(216)
  张景文(19)
  民都鲁支团:丁才辉(129)
  陈子通(123)、陈祯实(124)
  张平强(118)、杜国平(119)
  余民洪(16)
  加拿逸支团:邱玉光(215)
  黄顺平(211)
  加帛支团:黄孝清(211)
  圣淘沙支团:曾志榕(117)
  房有德(200)、邱健勇(112)
  叶耀星(202)
  古晋支团:黄廉欢(203)
  蔡吉祥(194)、许楚玉(190)
  官晨阳(191)、黄南荣(193)
  杨国宗(192)
  兰卑尔支团:杨伟明(214)
  李燕玲(134)、张扬征(126)
  老越支团:廖春喜(213)
  廖建顺(216)、包章国(205)
  林梦支团:林咸钦(118)
  吴忠凯(114)
  沐胶支团:徐和兴(122)
  朋领支团:蔡明路(15)
  郑筱凌(109)、徐葆融(14)
  陈怡丰(12)、张德茂(13)
  房赋强(109)、吴芝辉(200)
  王顺文(101)、许德艺(97)
  刘佑贤(18)、林艺忠(12)
  黄建成(107)、王志强(115)
  彭及深(108)、沈泊斯(109)
  陈开(118)、陈家福(117)
  黄剑辉(97)
  卑尔骚支团:谢义发(138)
  詹达智(133)、陈忻(130)
  刘孟文(123)
  埔奕支团:陈荣华(212)
  刘玄中(208)、沈董礼(126)
  郑晓聪(121)、黄顺祥(125)
  黄彦霏(197)
  泗里街支团:夏忠训(106)
  格利安凯(110)、林成隆(116)
  方治锝(116)、沈志钊(118)
  邓文武(117)、黄仕俊(112)
  斯纳汀支团:阿保纳文(119)
  陈国威(129)、蔡明哲(203)
  江山河(206)、郭建忠(204)
  沈清忠(123)
  西连支团:马西斯德(120)
  诗巫支团:钱进一(133)
  陈素明(117)、蔡祖兴(115)
  周仁翔(116)、许立琴(113)
  何忠财(114)、江宗宝(112)
  郑作龙(111)、程明智(114)
  陈为登(111)、卓泽群(109)
  黄俊文(112)、蔡馥荣(109)
  成邦江支团:波比威廉(104)
  张仁发(114)、遽金汉(107)
  刘英豪(104)、巴特力麦哥(102)
  史登利何力(100)、张庄文(103)
  实文然支团:黄景强(114)
  达叻支团:张达使(116)

December 5, 2008

Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu: Penamaam Calon : 6 Janurai 2009, Pengundian 17 Januari 2009


Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu jatuhnya pada 6 Januari dan pengundian pula 17 Januari, memberikan 11 hari berkempen, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bilangan pengundi kali ini 80,229 orang, sedikit berbeza berbanding 80,325 orang dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Jumlah ini termasuk 1,035 pengundi pos.

Dakwat tidak mudah padam di jari pengundi, seperti yang pernah dijanjikan akan diamalkan oleh SPR, tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya ini.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, yang juga timbalan menteri pelajaran, Jumaat lepas.

Wakil rakyat BN itu menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dengan majoriti tipis, 628 undi

December 2, 2008

Tindakan Bijak Kerajaan Malaysia : Harga Minyak petrol, diesel turun 10 sen lagi


Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana menteri berkata, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.