Harga minyak dijangka turun 15 sen lagi hujung bulan ini - daripada RM2 seliter sekarang kepada RM1.85 seliter.
Ia juga lebih rendah daripada RM1.92 seliter sebelum kenaikan pada Jun lalu, sekaligus menjadikan ia harga terendah sejak lebih dua tahun lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata penurunan perlu dibuat secara berhemah serta tersusun dengan asas-asasnya dan penurunan sebanyak 15 sen itu adalah paling maksimum.
"Saya jangka harga minyak akan turun 15 sen juga pada hujung bulan ini. Pokoknya, kita akan turunkan harga berikutan harga minyak mentah menurun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga kementerian di Putrajaya hari ini, demikian dilaporkan oleh Bernama
Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.
Ia merupakan penurunan kali kelima harga bahan api itu selepas mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.
Harga lantai
Semalam, Shahrir berkata jika mengikut harga di pasaran, sehingga 20 November lalu harga minyak adalah RM1.60 seliter (tanpa subsidi) ketika harga purata minyak mentah di bawah AS$60 dolar setong, sekaligus, buat pertama kalinya harga runcit di pam lebih tinggi daripada harga pasaran.
Sehubungan itu, katanya mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Negara pada 1 Disember ini akan membincangkan mekanisme tertentu termasuk keperluan penetapan harga lantai memandangkan trend penurunan harga minyak sekarang menyebabkan satu harga minimum sukar ditentukan.
Beliau turut menyifatkan penurunan harga minyak mentah dunia adalah di luar ramalan dan dugaan serta tidak diketahui akan menurun sehingga ke tahap mana pada akhirnya.
"Pada mesyuarat 1 Disember ini, kena dibincangkan apa keputusan dan sasar dari segi kerajaan dalam melihat kepada menghadapi keadaan di mana sekarang harga minyak mentah turun dengan begitu pantas.
"Pada Ogos lalu, oleh kerana ada subsidi, ia dapat diturunkan dengan lebih cepat, jika tidak ada fakta subsidi, harga minyak RM2.70 hanya boleh diturunkan pada September, tetapi oleh kerana ada subsidi 30 sen, lagi cepat kita dapat turunkan harga runcit di pam," katanya.
Sumber : Malaysiakini
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment