December 15, 2008

SUPP Kekalkan 'Orang Lama' Dalam Kepimpinan Tertinggi Parti


KUCHING, 14 Dis (Bernama) -- Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan dikekalkan tanpa dicabar untuk mengetuai parti itu bagi tempoh sepenggal lagi semasa Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) parti itu berlangsung hari Ahad.

Keputusan untuk mengekalkan kepimpinan beliau itu sejajar dengan keputusan terdahulu yang dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) Isnin lepas, bagi mengekalkan status quo kesemua 104 anggota jawatankuasa pusat (CC).

Sungguhpun cawangan Engkilili mengemukakan usul bagi menggesa Dr Chan meletak jawatan seperti yang dijanjikan pada 2006, namun kepimpinan tertinggi parti berikrar untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Timbalan Ketua Menteri supaya terus menerajui parti.

Turut dikekalkan ialah Timbalan Presiden Tan Sri Law Hieng Ding manakala penyandang jawatan lain termasuk Setiausaha Agung Datuk Sim Kheng Hui, Bendahari Agung Datuk David Teng Lung Chi dan Setiausaha Pengelola Datuk Peter Chin Fah Kui.

Bercakap kepada pemberita selepas TDC itu di ibu pejabat parti di sini, Dr Chan berkata 'orang lama' akan mencari cara dan pendekatan baru untuk "meremajakan semula' parti.

"Sebenarnya yang berubah adalah pemikiran. Orangnya (barisan kepimpinan) tidak penting. Jika hati dan fikiran berubah kepada cara baru untuk melakukan sesuatu, ia adalah lebih baik daripada segala-galanya.

"Berubah tidak bermakna mengubah seseorang itu tetapi ia bermaksud mengubah cara berfikir. Jika anda mengubah orangnya dan mereka melakukan perkara sama dan mempunyai dasar yang sama serta tidak mencari cara baru untuk melakukan sesuatu, ia bukanlah melakukan perubahan," katanya.

Sekretariat pusat parti menerima 185 borang pencalonan untuk menganggotai CC, dan jumlah ini jauh melebihi jumlah maksimum 104 seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Jumlah itu kemudian dikurangkan selepas calon yang berlebihan itu dinasihati supaya menarik balik borang mereka.

Mengenai keputusannya dalam Persidangan Perwakilan Khas pada 2006 untuk meletak jawatan, Dr Chan berkata beliau terpaksa memberikan keutamaan kepada perpaduan parti memandangkan langkah itu adalah yang terbaik untuk semua.

"Saya menerima tanggungjawab ini. Kami akan bekerja dengan satu semangat baru," katanya.

Mengenai perbalahan dalaman, terutamanya di cawangan Bintangor yang membabitkan Timbalannya, Tan Sri Law Hieng Ding, Dr Chan berkata semua anggota parti perlu bekerja bersama-sama, tanpa mengira mana-mana puak.

"Jika mereka tidak dapat bekerja bersama-sama, kami akan memaksa mereka bekerja bersama-sama. Sebab itulah saya memberi mereka enam bulan untuk berbuat demikian... kalau tidak, kepimpinan pusat akan campur tangan.

"Perbalahan dalaman telah lama berpanjangan. Masanya sudah tiba untuk menghentikannya. Mungkin pada masa dulu kami terlalu berlembut mengenai perkara ini tapi sekarang kami akan bertindak jika mereka gagal menyelesaikan perbalahan dalaman itu," katanya.

Ditanya mengenai hasratnya untuk bersara daripada politik tahun lepas, Law, 73, berkata beliau perlu menerima keputusan supaya dikekalkan barisan sedia ada memandangkan ia kehendak sebulat suara anggota demi perpaduan parti.

Sumber-- BERNAMA

All Supp Parti Leader and Member waiting Prime Minister Malaysia come to opening ceremony of The 21st Delegates Conference

(本报古晋1日讯)砂人民联合党第廿三届领导班子最终是没有变更,拿督巴丁宜丹斯里陈康南蝉联主席,继续领导人联党。

在党代大会召开之前,多个支部纷纷提出要求更换领导层的建议,中委提名亦超出104的限额。但是,人联党领导层的更新最终停在“只闻楼梯响,不见人下来”的境地。

人联党中央委员及中央常务委员几乎都是原班人马,只除了担任副主席的中央青年总团长由沈耀荣换成薛华东,以及担任副主席的中央妇女组主席由拿汀刘文惠换成李素霞。


最重要的是团结一致

人联党主席陈康南表示,尽管许多党员都期待领导层的更新,但是,人联党现阶段最重要的是团结一致,该党不能再承受纷争,否则又要多2年的时间来复原。

他称,他被要求留下来再次领导人联党,是因为大家都了解最重要的是团结,而他的领导可以团结所有的领袖。

“我接受这个责任,而一些同志有意退位,但是我要求他们留下,与我作为一个团队。这就是为何他们都愿意接受同样的职位。最终出现相同的执委会名单。”

他指出,这就是为何该党今天能坐下来洽谈,若现在还要斗争,该党就会什么也无法做。
“我们保留所有的领导层,其实是为了坐下来寻找新的方向与方法。”

陈康南今日在人联党党代大会结束以及召开中委会会议之后,在新闻发布会上指出,旧的人马并不代表不能改革。

确保能渡过危机

他表示,改革是要具备新的精神与做法,领导层思想的改变是最重要的。若领导层改变而作风却没有改变,也一样没有用。

“如果有新的人选可以更换,那很好。但若没有,那就改到新的方向。而最重要的是赢得民心,否则人联党最终会面对苦难。”

他说,人联党现在处于危险境地,在这压力的情况下,党员都必须做到最好,以确保该党能渡过危机。如此,人联党才有机会变得强大。

他指出,人联党今后会更全面地走入基层,了解草根的问题,并在人联党的能力内让州政府和联邦政府了解该党所面对的问题。

*****

砂拉越人民联合党第廿三届(2009-2011年)中央委员会和中央执行委员会名单

主席:拿督巴丁宜丹斯里陈康南医生
署理主席:丹斯里拿督斯里刘贤镇
副主席:拿督张泰卿
副主席:拿督杨昆贤
副主席:拿督刘会洲
副主席:杨莉
副主席:薛华东
副主席:李素霞
秘书长:拿督沈庆辉上议员
署理秘书长:拿督斯里黄顺舸
署理秘书长:拿督法兰西哈汀
助理秘书长:李景胜
助理秘书长:严建安
助理秘书长:拿督利察烈
助理秘书长:哲历医生
财政:拿督邓伦奇
副财:田承凯
组织秘书:拿督陈华贵
助理组织秘书:卓恒山
宣教秘书:拿督叶金来
助理宣教秘书:拿督孙春德医生
委员:谢超发、陈冠勋
其他中央委员
巴南:张良水
石角:彭裕庆、林亚德、林应发
巴都林当、田承凯、郑仪、冯锦士、魏力伟
石隆门:黄扬浪
巴甘奴:朱昌宜、江南兴
布拉甲:何子兴
文莪:Ahkim ak Sarok、刘佑丰、刘天亮
民丹莪:拿督陈则赐、刘世兴、雷雪云、Peter ak Saow 、许庆轩
民都鲁:曹长发、潘隆明、林光猛
达叻:杨景洲
英吉利里:卓恒山
如楼:林才伟
加拿逸:何明益、李火嫩
加帛:杨晋福
格美那:曾民初
哥打圣淘沙:赖顺、罗克强
古晋:黄德进、黄廉欢、蔡吉祥、张莉珠、范新客、刘思凌、黄国忠
蓝比尔:李进兴、陈超耀
老越:廖和平
林梦:黄贵新
龙牙:郭翼升
沐胶:姚长荣
奥巴:Philip ak Gaing
板督:彭圣强
朋岭:田招炎、田承海、古佛保、郑和平、陈育盛、沈桂馥、陈银英、陈传禹
卑尔骚:许聿全、赖耀松、冯兆明
埔奕:陈福金、钟易璇、许保汉、池洪端、俞小珊
三马拉汉:杨和顺
砂拉卓:颜应琦
沙里拔:张道年
泗里街:陈锦怀、Empaling ak Lanyau、林叔民、黄守东、黄祥洲
实巫遥:刘钦生
史纳汀:陈伟明、刘加治、刘友光、林忠辉、杨锦生
西连:郑敦效、Nejos ak Musang
诗巫:Andrew Shilling、陈柏佑、钱本统、Chieng Jin Ek、蔡明成、刘文惠、江泽琳、郭金斌、刘庆嘉、刘本武
、严建安、吴良仁、吴尔兴、薛金光、苏德旗、郑友璋、丁风华、黄礼南、黄东星、杨祖快
实文然:蔡子雄、张仁发、许玉泉
李泉武
桑:卓志华
丹绒拿笃:方镇鸿
打叻:曾镇江、张达使、李新华
达岛:Jimbai ak Bandir
德朗乌山:叶焕立
杜邦:杨娘坤。

*****

人联党常务委员会

主席:拿督丹斯里陈康南医生
署理主席:丹斯里拿督斯里刘贤镇
副主席:拿督张泰卿、拿督杨昆贤、拿督刘会洲、杨莉
副主席(总团长):薛华东
副主席(妇女组主席):李素霞
秘书长:拿督沈庆辉上议员
署理秘书长:拿督斯里黄顺舸、法兰西哈汀
财政:拿督邓伦奇
副财政:田承凯
组织秘书:拿督陈华贵
助理组织秘书:卓恒山
宣教秘书:拿督叶金来
助理宣教秘书:拿督孙春德
委员:里查烈、哲历苏修、拿督陈则赐、严建安、林光猛、李景胜
委任:陈如飞、吴春祥、拉浓
列席:谢超发、陈冠勋、陈超耀、安德鲁、郑仪、彭大男、古佛保、官水华、林耿赐

No comments: