October 7, 2010

Tarikh Tutup Permohonan Matrikulasi 2011/2012 Dilanjutkan Sehingga 30 Nov

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi bagi sesi 2011/2012 dilanjutkan dari 10 Okt kepada 30 Nov ini, menurut Kementerian Pelajaran.

Kenyataan kementerian itu pada Khamis menyatakan bahawa semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang baru di http://apps.emoe.gov.my/permohonan_matrikulasi.

Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) pula boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM6 bagi permohonan melalui internet.

Orang ramai boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-88844036/4040 mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja) untuk maklumat lanjut.

-- BERNAMA

No comments: