KUCHING: Kerajaan negeri akan menyumbang RM1 juta kepada Sabah bagi
membantu meringankan penderitaan yang dialami rakyatnya akibat insi-den
pencerobohan di Lahad Datu.
Mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri
Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, berkata ia merupakan tanda sokongan
Sarawak kepada rakyat negeri itu, terutama yang terjejas akibat insiden
berkenaan.
“Kerajaan negeri dengan ini akan menyumbang RM1 juta
kepada rakyat Sabah,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas
merasmikan Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihadiri
Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar di sini,
semalam.
Terdahulu dalam ucapannya, Taib berkata, Sarawak sentiasa
memberi sokongan terhadap apa yang berlaku di Sabah dan berharap
semangat sedemikian sentiasa dipelihara.
Katanya, pengorbanan
anggota keselamatan termasuk tentera harus difahami oleh rakyat biasa
sebagai galakan kepada mereka yang menggadai naywa demi mempertahankan
negara.
“Kita mahu hubungan rapat antara anggota tentera dan
rakyat dapat dipelihara dari se-masa ke semasa agar kita tidak lupa
dengan tanggungjawab kita.
“Bagaimanapun, dalam menjaga keamanan
negara, ia tidak dapat dilakukan tanpa persiapan supaya mereka mempunyai
anggota yang sihat, terlatih serta mempunyai sifat kepimpinan dalam
menyusun langkah melawan apa sahaja ancaman yang mungkin datang,”
tegasnya.
Sehubungan itu, Taib menggesa ATM supaya sentiasa
berusaha mempertingkatkan kebolehan anggota sebagai persediaan bagi
menghadapi ancaman baharu seperti yang berlaku di Lahad Datu.
Kata
beliau, persiapan memerlukan latihan dan operasi bagi mempertingkatkan
pengetahuan termasuk cara bertindak dalam apa sahaja keadaan.
“Namun,
kita yakin anggota keselamatan kita boleh menghadapi apa sahaja
ancaman, misalnya insiden di Lahad Datu, kita dapat menyaksikan anggota
keselamatan bertindak pantas mempertahankan ne-gara,” ujarnya.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/04/07/kerajaan-negeri-sumbang-rm1-juta-kepada-sabah/#ixzz2Pk46jTs8
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 years ago
No comments:
Post a Comment