Baru-baru ini, YB Datuk David Teng Lung Chi, Menteri Muda Industri Makanan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak bersama YB Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen P.208 Sarikei telah datang menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Seminar Bomba di RH Keli, Sungai Minus. Tujuan mengadakan aktiviti ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara wakil rakyat dengan penduduk Rumah Panjang Sungai Minus. Selain itu, Seminar bomba ini dapat menyedarkan rakyat Sungai Minus tentang cara-cara untuk mengatasi kebakaran di rumah panjang kerana di rumah panjang masih ramai rakyat yang tidak tahu tentang kaedah untuk mengatasi kebakaran dengan baik dan pantas.
Diharapkan melalui seminar ini rakyat rumah panjang dapat mencegah kebakaran dengan baik dan berwaspada apabila memasak di dapur dan wayar elektrik yang bermasalah perlu diperbaiki dan diganti dengan yang baik. selain itu, seminar ini juga dapat menyedarkan rakyat rumah panjang bahawa kebakaran bukan sahaja menyebabkan rakyat kehilangan rumah dan harta benda tetapi juga menyebabkan maut jika keselamatan tidak dijaga dengan baik apabila kebakaran berlaku.
Dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat ini YB Datuk David Teng telah menyeru rakyat agar menyokong kerajaan yang ada pada sekarang kerana kerajaan akan membawa pembangunan yang lebih banyak kepada rakyat rumah panjang. Rakyat rumah panjang perlulah berjimat cermat semasa berbelanja kerana kegawatan ekonomi Malaysia akan berlarutan dan kerajaan akan terus membantu rakyat di kawasan Sarikei ini. Dalam majlis tersebut terdapat 200 orang yang hadir dan para tetamu jemputan yang turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pemuda SUPP Cawangan Sarikei, Cr Teng Ung Wo, Pegawai-Pegawai Penerangan Sarikei, Pegawai-Pegawai Bomba Sarikei, tuai-tuai rumah dari Sungai Minus. Diharapkan majlis dan seminar ini dapat terus dianjurkan di sekitar kawasan Sarikei agar kerajaan dapat mendekati rakyat dengan lebih dekat dan mengeratkan hubungan antara pihak kerajaan dengan rakyat.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment