May 4, 2009

Majlis Ramah Mesra di Village Shop, Nam Kiew, Sarikei

Pada minggu yang lepas, YB Datuk David Teng Lung Chi dan YB Ding King Hiing telah datang ke kawasan Nam Kiew untuk berjumpa dengan rakyat Nam Kiew dalam Majlis Ramah Mesra berkenaan. Dalam majlis berkenaan , YB Datuk David Teng Lung Chi amat berterima kasih kepada rakyat kawasan ini kerana sambutan yang hangat ke Majlis Ramah Mesra ini.

Selain itu, YB Datuk David Teng berharap rakyat dapat memahami keadaan kegawatan ekonomi Malaysia yang berlaku sekarang kerana isu ini ialah isu global dan ia melanda semua rakyat di dunia ini. Kerajaan Negeri juga akan mencuba sedaya upaya untuk membangunkan kawasan luar bandar kawasan Sarikei ini dan diharapkan selepas beberapa tahun kawasan Nam Kiew akan menjadi maju dan menjadi sebuah pekan. Namun begitu, pembangunan yang berterusan masih memerlukan sokongan dari rakyat terhadap kerajaan yang ada pada sekarang untuk terus membangunkan kawasan ini. Rakyat perlu berfikiran rasional dan waras dalam menghadapi sesuatu isu yang dihadapi oleh mereka. Jika terdapat sebarang ketidakpuasan , rakyat boleh mengemukakan ketidakpuasan ini kepada wakil rakyat di kawasan ini.

Dalam majlis ini terdapat 200 orang yang menghadirinya dan antara Tertamu VIP yang hadir ialah Ketua Pemuda SUPP Cawangan Sarikei Cr Teng Ung Wo, Penghulu Wong Ru Yu, Cr Ling Kuok Liang dan kapitan-kapitan dari kawasan nam Kiew ini.

Ucapan Datuk David Teng Lung Chi di kawasan Nam Kiew

Pada hadirin yang hadir pada Majlis Ramah Mesra ini

YB Datuk David Teng telah menerima borang kemasukan ke Parti SUPP Dari rakyat kawasan Nam Kiew

1 comment:

rungguensing said...

YB macam tat api saja. Memang tak pernah main api orang ini.