May 4, 2009

Virus influenza A (H1N1) perlu diatasi dan dicegah dengan segera sebelum ia merebak dengan meluas


Baru-baru ini, banyak negara-negara seperti Mexico, Eropah, Asia, Amerika dan negara-negara lain di dunia telah menyampu lampu merah akibat virus influenza A (H1N1) kian merebak di seluruh dunia. Virus ini amat membimbangkan semua rakyat di dunia ini termasuk Malaysia kerana virus ini merebak melalui saluran perseorangan ke saluran perseorangan yang lain. Dalam pada itu, virus ini sehingga sekarang telah naik ke tahap yang ke-5 yang amat membimbangkan dan tahap yang paling bahaya ialah pada tahap ke-6.

Isu ini telah menjadi topik pembincangan semua lapisan masyarakat Malaysia kerana Virus Influenza A (H1N1) merupakan virus yang amat berbahaya dan boleh membawa kematian atau maut jika tidak diatasi dan dicegah dengan baik.Menurut laporan yang dibuat pada beberapa hari ini bahawa Virus ini telah kian merebak di Hong Kong dan sebuah hotel yang terkenal di Hong Kong, pelangganya sebanyak 350 orang telah dibawa permerhatian oleh pihak penguasa kesihatan sebanyak 7 hari kerana terdapat pelanggan yang dijangkiti virus influenza A (H1N1) dan ia mungkin akan merebak ke rakyat Hong Kong jika tidak dicegah dengan baik.

Dalam pada itu, semua Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia telah diperketatkan dengan pemeriksaan kesihatan yang ketat dan sempadan Malaysia juga dikawal dengan ketat agar Virus influenza A (H1N1) tidak merebak ke negara Malaysia. Sehingga sekarang belum ada rakyat Malaysia yang dijangkiti Virus berkenaan. Namun begitu, kaedah berjaga-jaga perlu ada demi kebaikan dan keselamatan semua lapisan rakyat Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak penguasa lain perlu mengambil tindakan yang ketat dan wajar untuk mengatasi virus ini daripada merebak ke Negara Malaysia. Rakyat perlu mendapat suntikan antivirus dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencegah virus berkenaan daripada dijangkiti.

Oleh itu, daripada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini dapat menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia amat mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia dalam mengatasi isu virus influenza A (H1N1). Diharapkan rakyat Malaysia dapat menghargai jasa-jasa yang dicurahkan oleh Kerajaan Malaysia ini dan sokongan padu perlu ada pada rakyat Malaysia terhadap usaha kerajaan Malaysia ini.

No comments: