Rakyat diminta bersatu padu, bekerjasama sejajar Gagasan 1Malaysia
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia mampu bersaing dan menghadapi segala cabaran yang ada pada peringkat global jika rakyat bersatu dan bekerjasama seperti diilhamkan melalui konsep Gagasan 1Malaysia.
Perdana Menteri berkata, apabila beliau mengambil alih pentadbiran dan dilantik sebagai Perdana Menteri pada April tahun lalu, beliau memutuskan untuk membina Malaysia Baru atas semangat 1Malaysia iaitu perpaduan menjadi asas utama untuk tujuan itu.
Katanya, beliau percaya konsep itu yang menggabungkan faktor cemerlang yang ada pada setiap komuniti mampu menjadikan Malaysia kuat dan membolehkan setiap warga tanpa mengira latar belakang etnik merealisasi potensi maksimum masing-masing sebagai rakyat Malaysia.“Sebab itu kita mengambil peluang ini...transformasi, bergerak ke arah transformasi negara menjadikan Malaysia Baru yang kukuh dan lebih makmur. Kita mahu menjadikan Malaysia Baru yang bukan saja tertakluk kepada sempadan intelektual fizikal, tetapi mampu menempuhi cabaran global.
"Kita tidak perlu takut dan sebaliknya memiliki semangat keyakinan yang jitu untuk menjadi negara hebat. Ini boleh dilaksanakan jika kita bersatu padu," katanya berucap pada majlis perasmian program Sri Murugan Centre (SMC) di SMK Vivekananda, Brickfields di sini, semalam.
Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaikan 50 geran pendidikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM15,000 setiap seorang untuk 50 pelajar SMC melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.
Penerima geran itu adalah pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang menerima bimbingan termasuk tuisyen daripada SMC.
Perdana Menteri berkata, pada masa sama Malaysia memerlukan sistem penyelarasan dan pelaksanaan cekap serta sesuai jika mahu bersaing pada peringkat global.
Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan kerajaan akan terus meningkatkan peruntukan untuk semua rakyat.
"Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang saya bentangkan Khamis lalu, saya sudah umumkan beberapa perkara untuk rakyat termasuk kaum India di negara ini,” katanya.
Najib juga meminta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memastikan projek ‘Little India’ di bawah pembangunan Brickfields disiapkan mengikut jadual ditetapkan pada November ini.

No comments:
Post a Comment