Penggunaan Jambatan
Nyelong ini juga akan membawa lebih pembangunan kepada kawasan sekitar Petai dan Selidap kerana kawasan ini masih banyak tempat terbiar dan tidak ada pembangunan di sekitarnya. Dalam pada itu, rakyat Sarikei yang berkerja di Bintangor tidak perlu menunggu Feri lagi dan demikian juga dengan rakyat Bintangor yang berkerja di Sarikei. Dengan adanya jambatan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan di antara Rakyat Sarikei dengan rakyat Bintangor.Dalam pada itu, rakyat di sekitar kawasan ini haruslah berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana apa yang mereka janjikan telah ditunaikan dan pihak Kerajaan sekarang yang tidak akan membuat janji kosong. Diharapkan pihak pembangkang jangan menggunakan isu ini kerana pihak kerajaan telah membuat apa yang ditunaikan.












