October 9, 2008

Hargai Jasa Dan Pergorbanan Perdana Menteri Malaysia Kita : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


Pada 8 Oktober 2008, Perdana Menteri Kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan pengunduran dirinya padaMac 2009 iaitu sempena Pemilihan Majlis Tertinggi Parti UMNO.Beliau akan memberi laluan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Ini bermakna bahawa beliau akan mempercepatkan proses peralihan kuasa dengan lebih cepat seperti yang diumumkan beliau iaitu pada Jun 2010 kepada Mac 2009.

Tindakan beliau adalah pendirianya yang tegas dan beliau tidak akan berubah fikiran. Ini bermakna pada Mac 2009, Timbalannya Datuk Seri Najib akan mengambil ahli kuasa dari Perdana Menteri pada Mac 2009.
Keputusan Dato' Seri Abdullah ini adalah atas dasar sifat bertanggungjawab terhadap parti UMNO dan BN kerana beliau tidak mahu melihat UMNO/BN berpecah-belah. Pengunduran beliau ini juga adalah ekoran daripada prestasi buruk BN dalam PRU 12 yang lalu apabila BN kehilangan banyak kerusi kepada parti pembangkang termasuk lima negeri telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Dalam Mesyuarat semalam, semua pemimpin parti komponen BN berasa terharu dengan tindakan dan keputusan beliau ini kerana Perdana Menteri kita sanggup meletakkan jawatannya untuk kepentingan Parti dan rakyatnya. Tidak ada pemimpin dari negeri lain yang sanggup melakukannya seperti Perdana Menteri Kita. Walaupun beliau telah menghadapi banyak tentangan dan cabaran dari Parti Pembangkang, Bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad dan Ahli Parti UMNO tetapi beliau masih bersikap teguh dan berusaha mengatasi cabaran tersebut. Tindakan Perdana Menteri kita perlulah dihargai dan disanjungi.

Dalam pada itu, sebelum pengunduran beliau, Perdana Menteri Kita telah berjanji akan berusaha mengatasi isu yang hangat dengan menubuhkan 3 Suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Aduan Khas dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus. Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang akan mempunyai kuasa penyelidikan dan penguatkuasaan yang lebih besar berbanding kuasa yang sedia ada pada Badan Pencegah Rasuah. Akhir sekali ialah Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

Diharapkan dengan adanya Suruhanjaya ini maka Negara kita dapat bergerak ke arah lebih maju dan makmur. Kita perlulah mengingati segala jasa-jasa pemimpin kita. Biarlah kita berdoa agar Negara Malaysia akan lebih makmur dan aman pada masa akan datang nanti.

No comments: