October 14, 2008

DSAI Jangalah Membuat kecoh Lagi Di Dewan Rakyat Tentang Bajet 2009


Semalam DSAI telah mengatakan bahawa bajet 2009 yang dibentangkan oleh PM kita pada beberapa bulan yang lepas tidak releven dengan keadaan perubahan ekonomi dunia sekarang. Sedangkan DSAI tidak memikirkan bahawa semasa dia menjadi Menteri Kewangan, DSAI telah meminjam duit dengan IMF yang akan mendatangkan kesan buruk kepada negara Malaysia. Oleh itu, jangalah mempercayai kata-kata DSAI ini kerana dia cuma bercakap besar dan bohong sahaja tanpa sebarang tindakan. Bajet 2009 haruslah diteruskan demi menjaga kepentingan rakyat Malaysia. Bajet 2009 tidak perlu dikaji semula seperti yang dikatakan oleh DSAI kerana bajet 2009 DSAI tidak semestinya akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat Malaysia dan kemungkinan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada rakyat Malaysia.

Jangalah mempercayai kata-kata DSAI ini. Jika DSAI ingin bajetnya dibentangkan biarlah tunggu mandat dari rakyat Malaysia. Jangalah membuat kecoh di Dewan Rakyat kerana dewan ini adalah tempat yang suci dan rakyat telah memilih wakil rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka di Dewan Rakyat dan bukanlah memilih wakil rakyat untuk membuat kecoh. Oleh itu, DSAI haruslah hentikan segala tindakan yang buruk ini dan menumpukan lebih perhatian kepada kepentingan rakyat di kawasannya.

No comments: