Rakyat Sarikei akhirnya dapat menggunakan Jambatan Nyelong Sarikei yang dinanti-nantikan selama ini pada 26 Oktober 2008 jam 7pm malam. Majlis Perasmian ini telah dibuat oleh YB Datuk David Teng Lung Chi, Menteri Muda Industri Makanan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak Merangkap ADUN N.39 Repok. Jambatan Nyelong ini telah memakan kos sebanyak 22 juta ringgit dan memakan masa sebanyak 2 tahun lebih untuk menyiapkannya. Akhirnya rakyat Sarikei dan Bintangor tidak perlu menunggu Feri selama berjam-jam terutamanya pada musim perayaan. Ini kerana dengan adanya Jambatan Nyelong ini maka ini akan memendekkan masa perjalanan di antara Sarikei-Bintangor dan Sibu.
Penggunaan Jambatan Nyelong ini juga akan membawa lebih pembangunan kepada kawasan sekitar Petai dan Selidap kerana kawasan ini masih banyak tempat terbiar dan tidak ada pembangunan di sekitarnya. Dalam pada itu, rakyat Sarikei yang berkerja di Bintangor tidak perlu menunggu Feri lagi dan demikian juga dengan rakyat Bintangor yang berkerja di Sarikei. Dengan adanya jambatan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan di antara Rakyat Sarikei dengan rakyat Bintangor.
Dalam pada itu, rakyat di sekitar kawasan ini haruslah berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana apa yang mereka janjikan telah ditunaikan dan pihak Kerajaan sekarang yang tidak akan membuat janji kosong. Diharapkan pihak pembangkang jangan menggunakan isu ini kerana pihak kerajaan telah membuat apa yang ditunaikan.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment