KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Juara Olimpik dari Australia, Tessa Parkinson dan Belinda Stowell akan membantu membimbing pelayar Malaysia pada klinik Sekolah Pelayaran Monsun (MSS) di Putrajaya, minggu depan.
Parkison, yang merangkul emas bersama Elise Rechichi dalam Kelas 470 pada Sukan Olimpik Beijing 2008, merupakan antara lima jurulatih yang akan mengendalikan klinik MSS selama empat hari itu.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek, akan merasmikan klinik itu di Pusat Maritim, Putrajaya, pada Khamis depan.
"Saya gembira untuk bersama klinik MSS di Malaysia dan pasti ia merupakan pengalaman unik kepada saya dan peserta klinik itu. Saya amat menanti peluang untuk berkongsi pengalaman dengan beberapa pelayar terbaik Malaysia," kata Parkinson dalam kenyataan di sini Khamis.
Beliau, yang berkerja dengan Yayasan Pelayaran di Western Australia, bersetuju untuk membimbing di Malaysia menerusi hubungan dengan mentornya, Datuk Peter Gilmour, yang merupakan penasihat perlumbaan Piala Monsun.
Dalam pada itu, Stowell, bekas pemenang pingat emas bersama Jenny Armstrong dalam acara sama pada Sukan Olimpik Sydney 2000, kini merupakan ketua jurulatih pelayaran di Institut Sukan Western Australia (AIS).
Jurulatih lain pada klinik tersebut ialah Torvar Mirsky dan Kinley Fowler, dari pasukan Mirsky Racing Team yang menjadi naib juara Kejohanan World Match Racing Tour 2009 (WMRT) dan Brad Sheridan.
Sheridan membantu Singapura merangkul emas dalam acara pelayaran pada Sukan Asia Doha 2006.
Kesemua jurulatih Australia tersebut akan berkongsi pengalaman masing-masing dengan 10 pelayar elit negara, yang dipilih oleh Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) dan 18 pelayar utama dari seluruh negara.
Dalam pada itu, Gilmour berkata beliau berasa amat gembira dengan kehadiran dua juara Olimpik dan tiga jurulatih yang dikagumi bagi klinik MSS tahun ini.
MSS merupakan peluang latihan sempurna bagi pasukan yang bakal berdepan dengan perlumbaan WMRT Malaysia dan Asia di Piala Monsun kerana peserta akan berlatih menggunakan kapal layar yang digunakan pada Piala Monsun.
Empat buah kapal layar jenis F-36 telah dibawa dari Terengganu khusus untuk klinik tersebut.
-- BERNAMA
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 years ago
No comments:
Post a Comment