BERA 31 Julai — Semua pekedai dan pemilik pasar raya yang ingin mengadakan ”Jualan Murah Hari Raya Aidilfitri” diwajib menyenaraikan sekurang-kurangnya 70 peratus barangan atau produk berkenaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu termaktub di bawah Peraturan Jualan Murah yang diputuskan kementerian itu baru-baru ini sebagai usaha membendung kegiatan penipuan.
"Di bawah peraturan itu semua pekedai dan pasar raya yang hendak membuat jualan murah itu diwajib menyenaraikan barangan dan produk jualan untuk diteliti sebelum kelulusan diberi.
"Harga lama dan baru barangan dan produk itu juga perlu disenaraikan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penguna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perayaan Hari Guru 2010 Peringkat Daerah Bera di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.
Beliau berkata, tindakan tegas mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 akan diambil terhadap pekedai dan pasar raya terbabit jika didapati menipu orang ramai. - Bernama
No comments:
Post a Comment