KUCHING 20 Dis. - Syarikat tempatan, Dynamic Wira
Marketing Sdn. Bhd., yang menganjurkan skim pelaburan beras melibatkan
penduduk Kampung Menjau Batu 21, dekat sini sejak Mei lalu dipercayai
telah menjalankan operasi berkenaan secara haram.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun syarikat tersebut didapati
berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), skim yang
ditawarkannya tidak pernah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia
(BNM).
"Untuk makluman, syarikat yang menganjurkan skim pelaburan melibatkan
deposit perbankan perlu mendapat kelulusan BNM, manakala skim
berkepentingan melibatkan barangan komoditi seperti ikan keli atau jual
beli beras perlu mendapat kelulusan SSM.
"Setiap hasil pelaburan tersebut kemudiannya hendaklah dimasukkan ke
dalam satu tabung amanah yang juga perlu mendapat kelulusan SSM.
"Oleh sebab itu, kita mengesyaki syarikat terbabit menjalankan
operasi secara haram kerana siasatan awal mendapati kegiatannya selama
ini yang melibatkan kedua-dua skim iaitu deposit perbankan serta
barangan komoditi tidak melalui kesemua proses tersebut," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Isnin lalu, akhbar melaporkan seramai 20 penduduk Kampung Menjau Batu
21 mendakwa kerugian hampir RM2 juta akibat ditipu seorang lelaki yang
menawarkan dividen lumayan dalam skim pelaburan beras.
Mangsa menyedari mereka ditipu lelaki yang beroperasi melalui sebuah
syarikat dikenali sebagai Dynamic Wira Mar keting Sdn. Bhd., selepas
tidak menerima dividen daripada pelaburan tambahan yang dibuat sejak dua
bulan lalu.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberitahu, pihak kementerian telah
mengarahkan SSM menghantar pegawainya untuk menyiasat kes tersebut
sebelum tindakan susulan dilakukan.
Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya yakin kes tersebut tidak
menjejaskan reputasi produk jenama 1Malaysia kerana modus operandi
suspek adalah melibatkan wang manakala beras sekadar digunakan sebagai
umpan.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment