MIRI: Telekom Malaysia (TM) Sarawak berjaya memulihkan perkhidmatan
telekomunikasinya yang mengalami gangguan teruk sejak dua minggu lalu di
beberapa kawasan di Miri.
Jurucakap TM Sarawak ketika dihubungi
Utusan Borneo semalam berkata, semua kerja telah siap sepenuhnya
menjelang jam 8 malam kelmarin.
“Kita berterima kasih kerana pihak
media termasuk Utusan Borneo banyak memberikan kerjasama dalam
melaporkan perkembangan pembaikpulihan kepada pelanggan,” katanya.
Menurutnya, kejadian sejak dua minggu lepas adalah yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh beberapa tahun ini.
Justeru, beliau memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna sepanjang tempoh tersebut.
Pada masa sama, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana bersabar dan faham akan masalah yang dihadapi itu.
Seramai
34 tenaga kerja termasuk 24 anggota kumpulan penyelenggara dari Kuching
dan Miri serta 10 pekerja kontraktor swasta TM ditugaskan untuk
mengatasi masalah berkenaan.
Katanya lagi, mereka bekerja tidak mengira masa dan cuti umum iaitu Hari Krismas, Tahun Baharu dan hujung minggu.
Talian
telefon, sambungan Internet dan perkhidmatan Streamyx pada 21 Disember
lalu mengalami gangguan akibat kerja-kerja pembinaan yang dilakukan oleh
pihak ketiga.
Antara yang terjejas ialah jabatan dan agensi
kerajaan, Pejabat Residen Miri, Majlis Bandaraya Miri, Balai Polis Pusat
Miri, Jabatan Imigresen di Wisma Yu Lan, beberapa bangunan kerajaan,
bangunan komersial dan premis kewangan di beberapa tempat.
TM
Sarawak turut berjanji akan memberikan rebat kepada pelanggannya yang
terjejas akibat gangguan berkenaan berdasarkan perkhidmatan yang
dilanggan.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 years ago
No comments:
Post a Comment