September 17, 2008

PM ambil alih jawatan Menteri Pertahanan

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari melepaskan jawatan menteri kewangan menyerahkannya kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berikutan, Abdullah mengumumkan yang beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan dari Najib.

Abdullah memberitahu sidang akhbar tengah hari ini bahawa Najib dilantik sebagai menteri kewangan berkuatkuasa serta merta.

Perdana menteri yang memegang jawatan tersebut sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai keputusannya.

Kedua-dua juga mengesahkan komitmen mereka untuk berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Bagaimanapun, Abdullah berkata, beliau mungkin melepas jawatan lebih awal daripada 2010 bergantung kepada prestasi Najib.

No comments: