September 17, 2008

Rakyat Malaysia haruslah bertabah....


Mengikut perkembangan politik sekarang, selepas 308, banyak perkara yang tidak didugakan telah berlaku dan mengkucar-kacirkan negara Malaysia. Rakyat haruslah bertabah untuk menghadapinya walaupun jalan tersebut amat susah untuk diteruskan. Jangalah berputus asa... Kita haruslah bersyukur kerana negara Malaysia telah ditubuhkan selama 45 tahun. Walaupun negara kita telah merdeka 51 tahun. tetapi ini amat bermakna kepada kita kerana selama pimpinan Kerajaan BN, rakyat tidak pernah berada dalam kesusahan dan segala kemudahan asas telah diberikan oleh kerajaan kita. namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa dalam sesebuah kerajaan,memang ada kelemahannya. Oleh itu, rakyat malaysia haruslah memahaminya dan terus memberi komitmen yang besar kepada kerajaan kita sekarang.

No comments: