Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter pada malam semalam. Tindakan kerajaan ini amat memberangsangkan ekonomi negara kerana negara kita sekarang telah mengalami kadar inflasi yang tinggi dan rakyat hidup dalam kesusahan akibat kenaikkan harga barang dan minyak secara mendadak pada beberapa bulan yang lepas.
Rakyat haruslah bersyukur terhadap penurunan harga yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia kerana kerajaan Malaysia telah menunaikan janjinya bahawa harga minyak akan mengikut harga pasaran dunia. Oleh itu, jika harga pasaran minyak telah menurun maka kerajaan haruslah menunaikan janjinya dengan menurukan harga minyak. Jika harga minyak di pasaran meningkat secara mendadak maka kerajaan Malaysia juga tidak akan menaikkan harga minyak melebihi paras RM2.70 seliter pada tahun ini dan kerajaan juga akan terus memberikkan subsidi 30 sen seliter kepada harga minyak di pasaran dan rebat tunai kepada pemilik kenderaan kereta dan motosikal. Semua tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia adalah membantu meringankan beban rakyat Malaysia.
Rakyat haruslah sedar dan menghargai segala jasa kerajaan Malaysia dan jangalah memarahi kerajaan kerana cuma menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen. Sepatutnya mereka perlu tahu bahawa lebih baik daripada tidak ada apa-apa penurunan berlaku. Rakyat juga perlu memahami bahawa harga minyak di pasaran adalah ditentukan oleh kadar pertukaran Ringgit Malaysia dengan mata wang asing US Dollar. Sekarang nilai mata wang US Dollar telah meningkat secara mendadak. Oleh itu, kerajaan Malaysia juga mengira faktor tersebut sebelum menurunkan kadar harga minyak di pasaran.
Kesimpulanya, diharapkan penurunan harga minyak sebanyak 10 sen dapat menggalakkan peniaga menurunkan harga barang kerana harga barang meningkat adalah disebabkan oleh kenaikkan harga minyak dan minyak di pasaran sekarang telah menurun maka peniaga haruslah menurunkan harga barang di pasaran.

No comments:
Post a Comment