September 18, 2008

Adakah Harga Minyak Mempengaruh Kehidupan Rakyat?



Pada bulan Jun yang lepas, Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen seliter untul harga petrol dan RM1.00 seliter untuk harga diesel. Keadaan ini berlaku akibat kenaikkan harga minyak yang mendadak di pasaran dunia. Kerajaan Malaysia terpaksa membuat keputusan tersebut untuk kepentingan Negara Malaysia. Kerajaan amat mengambil berat tentang isu yang akan berlaku akibat kenaikkan harga minyak yang mendadak ini.

Namun banyak pihak yang tidak memahami keadaan tersebut dan mereka telah mengadu kepada pihak pembangkang dan melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap Kerajaan Malaysia. Adakah ini satu tindakan yang wajar dilakukan oleh rakyat? Sepatutnya rakyat harus tahu bahawa kerajaan walaupun telah menaikkan harga minyak yang mendadak pada bulan Jun tetapi kerajaan juga turut memberi subsidi sebanyak 30 sen kepada minyak di Malaysia dan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak petrol lebih dari RM2.70 seliter pada tahun ini walaupun harga minyak di pasaran dunia melonjak tinggi pada kelak nanti. Usaha kerajaan ini juga diteruskan dengan memberi rebet tunai kepada golongan yang sederhana dan miskin dan mengikut kuasa enjin sesebuah kenderaan. Semua ini adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia akibat kenaikkan harga minyak yang mendadak ini.

Rakyat sepatutnya perlu memahami bahawa walaupun Negara Malaysia merupakan salah sebuah Negara pengeluar minyak tetapi Negara kita bukanlah Negara pengeluar utama atau pengeluar terbesar di dunia. Negara kita juga bukan Negara anggota Persatuan Negera Pengeluar (Opec) yang dapat menentukkan harga minyak di pasaran dunia. Rakyat sepatutnya memahami keadaan tersebut kerana kenaikkan harga minyak bukanlah sekadar berlaku di Malaysia malahan Negara China, Indonesia, Thailand, Australia dan Singapore juga turut menaikkan harga minyak secara mendadak. Apakah perasaan rakyat di Negara ini?Jawapannya sama sahaja kerana mereka juga menghadapi masalah seperti rakyat Malaysia.

Memang harga minyak yang naik secara mendadak akan mempengaruhi kehidupan harian kita tetapi apa yang kita boleh buat. Kita haruslah cuba mengubah corak hidup kita dengan mengadakan kempen berkongsi kenderaan dan menggunakan kemudahan awam yang disediakan. Kita juga haruslah berbelanja secara berkhemah dan berbelanja dengan apa yang diperlukan sahaja. Sikap pembaziran perlu dikikis dan amalan hidup juga perlu diubah. Cuma dengan cara ini rakyat dapat mengatasi tekanan hidup dan kadar inflasi yang tinggi ini.

Pada kebelakangan ini walaupun harga minyak di pasaran telah menurun tetapi kerajaan juga perlu melihat keadaan ini untuk sebulan dan barulah kerajaan dapat menentukan harga minyak di pasaran. Rakyat harus menerima hakikat bahawa kerajaan akan melaksanakan kadar harga minyak baru setiap bulan dan dasar ini perlu disokong kerana tindakan ini adalah demi kebaikan rakyat Malaysia. Kadar pembaharuan harga setiap bulan ini bukan sahaja diamalkan oleh Malaysia bahkan Negara lain seperti Singapore dan Australia sudah memulakan kaedah ini untuk menampung belanjawan kerajaan setiap tahun. Usaha kerajaan ini perlulah dihargai oleh rakyat demi kesejahteraan rakyat.

Kerajaan amat prihatin terhadap beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat kenaikkan harga minyak yang mendadak ini. Oleh itu pada 22 Ogos 2008, Kerajaan telah menurunkan harga minyak dengan segera sebanyak 15 sen seliter untuk harga petrol dan 8sen seliter untuk harga petrol. Semua ini adalah demi kepentingan rakyat Malaysia dan meringankan beban rakyat. Rakyat jangalah memarahi kerajaan kerana penurunan yang sedikit. Ini Kerana, kerajaan tidak dapat membuat keputusan yang tidak releven. Semuanya harus bergantung kepada kemampuan kerajaan Malaysia. Rakyat janganlah terpedaya dengan hujah-hujah yang dikemukakan oleh Parti Pembangkang kerana mereka cuma ingin menghasut rakyat untuk menentang kerajaan dan untuk kepentingan diri mereka sahaja.

Selain itu, pada 29 Ogos 2008, Kerajaan Malaysia telah membentangkan satu belanjawan Malaysia 2009 yang amat baik untuk rakyat Malaysia dengan keperihatian kerajaan terhadap rakyat. Dalam belanjawan tersebut, kerajaan telah memberi banyak bajet kepada orang yang miskin, orang kurang upaya (OKU) dan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. Semua ini merupakan keperihatian kerajaan Malaysia terhadap rakyat Malaysia akibat kenaikkan harga minyak dan barang yang mendadak ini. Rakyat perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah bersikap matang dan berfikiran secara rasional dalam menghadapi isu minyak yang banyak mempengaruhi kehidupan rakyat Malaysia demi keamanan dan kesejahteraan rakyat di Negara ini. Jangalah mengikut jejak seperti Parti Pembangkang yang mengadakan protes yang tidak memanfaatkan rakyat Malaysia. Biarlah kita sama-sama mengatasi isu harga minyak ini dan mencari jalan penyelesaian demi kebaikan Negara Malaysia.

No comments: