September 21, 2008

Kepentingan Rakyat Perlu Diutamakan

Kebelakangan ini, politik Negara Malaysia agak tidak stabil akibat daripada permainan politik oleh pihak pembangkang. Mereka telah menggunakan 916 sebagai slogan mereka untuk mengambil ahli kerajaan pusat.Perbuatan pihak pembangkang ini memang tidak bertanggungjawab malah meruntuhkan ekonomi negara.

Keadaan ini telah benar-benar berlaku pada 916 iaitu bursa saham di seluruh dunia dan negara Malaysia telah runtuh. Banyak syarikat besar di US telah mengalami kerugian yang besar. Walaupun kejatuhan bursa saham dunia berlaku secara terkejut tetapi ini memang berlaku pada 916 yang dikata-katakan oleh pihak pembangkang. Pembohongan pihak pembangkang ini telah mengakibatkan banyak pelabur asing tidak berani untuk melabur di Malaysia akibat keadaan politik Malaysia telah diburuk-burukkan oleh pihak pembangkang.Ini telah menjejaskan ekonomi negara Malaysia sedangkan di bawah pimpinan kerajaan sekarang selama ini ekonomi Malaysia amat baik dan pesat membangun.

Rakyat Malaysia haruslah sedar bahawa tindakan pembangkang ini bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan mereka sendiri akibat kegilaan kuasa. Jika mereka betul-betul ingin mentadbir negara Malaysia, mereka boleh menunggu sehingga pilihan raya Parlimen Ke-13 untuk mendapat mandat dari rakyat Malaysia. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh itu, pihak pembangkang haruslah menghormati keputusan pilihan raya parlimen pada 8 MAC 2008 lalu iaitu rakyat masih memberi mandat kepada kerajaan BN untuk mentadbir Negara Malaysia. Pihak pembangkang haruslah menghentikan segala perbuatan yang memburukkan negara Malaysia dan haruslah menumpukan perhatian terhadap masalah dan isu yang dihadapi rakyat Malaysia di kawasan masing-masing dan bukan membazirkan masa untuk membuat perbuatan yang tidak berguna ini.

Kepentingan rakyat Malaysia haruslah diutamakan kerana rakyat Malaysia sekarang telah menghadapi kadar inflasi yang tinggi dan kenaikkan harga minyak yang mendadak yang telah menjejaskan kos sara hidup mereka.Oleh itu, jika sesebuah ekonomi Malaysia ingin beralih pulih maka kestabilan politik perlu ada untuk menjamin ekonomi Malaysia dapat terus berkembang pesat. Pihak pembangkang perlu mengutamakan kepentingan rakyat dan jangan mengugat politik Malaysia sekarang demi kesejahteraan rakyat Malaysia.Dengan adanya politik yang stabil maka banyak pelabur asing akan melabur di Malaysia.

Kesimpulannya, kepentingan rakyat haruslah diutamakan agar rakyat dapat hidup dengan aman dan damai. Janganlah bersikap pentingkan diri sendiri dan segala tindakan perlu untuk kepentingan rakyat agar wawasan 2020 dapat dicapai...

No comments: