skip to main |
skip to sidebar
Pada 14 Oktober, Perdana Menteri Malaysia kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumunkan penurunan harga minyak sebanyak 15 sen seliter untuk petrol Ron 97 dan 10 sen seliter untuk Ron 92 dan 20 sen seliter untuk harga Diesel. Tindakan Perdana Menteri kita merupakan satu tindakan yang bijak kerana PM kita telah menjanjikan bahawa harga minyak akan mengikut harga minyak di pasaran dunia. Pihak Pembangkang diharapkan jangan memainkan isu ini dengan mengemukakan pertukaran harga minyak setiap hari. Tindakan Pembangkang adalah tidak releven dan biarlah kerajaan Barisan Nasional yang menentukan kadar harga minyak di pasaran Malaysia pada masa yang dianggap sesuai.Dalam pada itu, diharapkan penurunan harga minyak ini dapat mengalakkan peruncit mengurangkan harga barangan di pasaran kerana pada masa dahulu, peruncit dan pekedai mengatakan bahawa harga minyak telah naik secara mendadak mengakibatkan mereka terpaksa menaikkan harga barang dan pada masa yang sama, kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 3 kali selepas kenaikkan harga minyak pada bulan Jun yang lalu. Oleh itu, pihak peruncit haruslah melaksanakan dan menunaikan etika mereka untuk menurunkan harga barang di pasaran. Jangalah memebebankan rakyat Malaysia kerana mereka adalah mangsa terhadap kenaikkan harga barang ini. Biarlah harga barang di pasaran diturunkan agar pengguna dan pembeli dapat menikmati kadar hidup yang lebih rendah dan tidak membebankan.Oleh itu, pihak kerajaan yang bertanggungjawab harus membuat pemeriksaan terhadap perkilang dan peruncit agar harga barang dapat diturunkan mengikut penurunan harga minyak ini agar kepentingan rakyat Malaysia dapat terus dipelihara demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
1 comment:
Sokong harga barang turun.
Post a Comment