KUCHING: Para pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) wajar
menerima idea baharu dan memahami aspirasi dalam kalangan generasi muda
agar parti itu kekal relevan dalam menempuh perubahan landskap politik
negeri ini.
Bercakap mengenai situasi kepimpinan SUPP semalam,
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menambah, cabaran berkenaan
ialah mendaftarkan lebih ramai ahli muda sebagai sebahagian proses
pembaharuan parti.
Menurut beliau, jika parti berupaya
melaksanakan peranan antara 20 dan 30 tahun yang lepas, ia mesti mampu
menarik penyertaan golongan profesional muda untuk masa hadapan.
“Profesional
muda perlu menyertai SUPP agar dapat memperbaharui parti dan mereka
perlu sedia bermula di mana-mana peringkat dan menaiki tangga,” katanya.
Taib yakin ada beberapa profesional muda berupaya untuk bermula di peringkat pertengahan atau di kepimpinan atasan.
Katanya,
idea-idea baharu daripada ahli-ahli muda parti wajar digabungkan dengan
pengalaman pemimpin semasa agar berupaya menghasilkan doktrin politik
pada masa depan.
“Sehinggalah SUPP memulakan inisiatif proses
membawa lebih ramai orang muda, ia sukar untuk dicapai dan inilah
cabaran yang dihadapi parti tersebut pada masa kini. Ia wajar dipikul
bersama oleh mereka yang mencintai SUPP dan komuniti Cina,” ujar beliau
lagi.
Beliau memberitahu, komuniti Cina mesti menyesuaikan diri
dengan situasi semasa agar selari dengan pembangunan agresif yang
dilaksanakan di negeri ini, terutama pembangunan untuk masa depan.
“Pada
masa lepas mereka memiliki satu kelebihan tetapi sekarang sudah tidak
ada lagi. Situasi sekarang tidak sama seperti 40 atau 50 tahun lampau
apabila Cina menjadi peneraju dan Bumiputera cuma menjadi pengikut,”
katanya.
Pada masa kini, Bumiputera berupaya melaksanakan peranan
sebagai peneraju dan membina serta bekerjasama dengan Cina untuk lebih
membawa manfaat kepada kedua-dua pihak, katanya.
Sehubungan itu,
Ketua Menteri menyeru komuniti Cina agar melaksanakan peranan lebih
aktif dalam pembangunan negeri dan tidak sekadar bergantung dengan SUPP
untuk tujuan itu.
SUPP, satu daripada empat parti komponen Barisan
Nasional (BN) di Sarawak, berhadapan dengan kemelut kebangkitan semula
apabila semakin kurang sokongan dalam kalangan pengundi Cina di bandar.
SUPP
dilapor akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada
Sabtu ini dan antara lain ia akan membincangkan dua usul menerusi
mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) pada Ahad lepas.
Usul itu ialah
agar SUPP keluar dari BN dan satu lagi perkara berkaitan tindakan
disiplin terhadap Pengerusi SUPP Sibu Dato Sri Wong Soon Koh kerana
dikatakan melanggar peraturan parti
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago