September 9, 2012

Program transformasi pendidikan peribumi disambut baik

KUCHING: Pengumuman pelancaran program transformasi pendidikan khas bagi masyarakat peribumi yang akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak merupakan langkah wajar dan disambut baik terutamanya persatuan guru di negeri ini.
Presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak (STU) William Ghani Bina berkata, ia satu pendekatan yang sihat oleh kerajaan bagi memastikan semua kanak-kanak di negara ini termasuk peribumi mendapat peluang pendidikan.
“Kita mahu semua anak-anak di Malaysia tanpa mengira kaum baik di bandar mahupun luar bandar berpeluang dan berhak mendapat pendidikan sama rata.
“STU berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana memperluaskan langkah ini ke Sarawak dan ini menandakan kerajaan prihatin terhadap kepentingan rakyat secara keseluruhannya tanpa mengira kaum atau etnik,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.
Menurut laporan Bernama kelmarin, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan melancarkan program transformasi pendidikan khas bagi ma-syarakat peribumi di Sabah dan Sara-wak dalam usaha meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan masya-rakat di kedua-dua negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari tidak boleh menggunakan formula yang sama untuk semua pihak kerana ada ma-syarakat yang memerlukan tumpuan dan perhatian tertentu.
Bagaimanapun, kata Ghani, ke-satuan berharap, anak-anak di Sabah dan Sarawak menerima baik pelaksanaan itu agar dapat membangunkan pendidikan di negeri ini sama seperti di Semenanjung Malaysia.
Selain STU, Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) juga mengalu-alukan dan menyambut baik pengumuman Menteri Pelajaran dalam usaha meningkatkan pemba-ngunan pendidikan di Sarawak.
Presidenya Ahmad Malie ber-     kata, KGBS mencadangkan agar program yang diuar-uarkan itu diperluaskan ke seluruh negeri khususnya bagi kawasan luar bandar dan pedalaman.
Menurut beliau, kawasan pedalaman dan luar bandar amat memerlukan perhatian daripada Kementerian Pelajaran dari segi pendidikan.
“Justeru KGBS menegaskan program tersebut amat wajar dan perlu dilaksanakan segera.
“Dengan pelaksanaan program seumpama ini KGBS yakin dan percaya bahawa ia akan memberi im-pak yang positif dalam transformasi pendidikan di Sarawak,” kata beliau.
Sementara itu, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) berkata langkah itu kini masih dalam perincian dan akan diketahui pada majlis pelancaran nanti.
Menurut beliau, majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 11 September ini.
Katanya, beliau akan mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada pelancaran berkenaan.

No comments: