KUCHING: Jawatankuasa Pemuda Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak
(SUPP) mahu kepimpinan pusat memastikan calon yang dicadangkan untuk
bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang merupakan
individu yang berintegriti, boleh dipercayai, jujur dan bersih dari segi
rekod.
Jawatankuasa tersebut me-nerusi kenyataannya semalam
berkata, calon berkenaan hen-daklah seseorang yang 100 peratus komited
terhadap Barisan Nasional (BN) dan SUPP, dan tidak mudah dipengaruhi
sekiranya terpilih sebagai Ahli Parlimen kelak.
Terdahulu
Mesyuarat Ke-dua Jawatankuasa Pemuda Pusat Ke-14 SUPP diadakan di ibu
pejabatnya semalam yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Tan Kai dan
dibantu oleh Setiausaha Agung Pe-muda, Wilfred Yap.
Turut hadir untuk memantau mesyuarat ialah Setiausaha Agung SUPP Dr Sim Kui Hian.
Mesyuarat
semalam turut mengemukakan usul kepada jawatankuasa pusat agar
me-nubuhkan pasukan tugas khas untuk mengkaji dan meneliti Pelan
Pembangunan Pendidi-kan 2013-2025 dan mengemukakan komen kepada pihak
berwajib sekiranya perlu.
Mereka juga mahu masalah kekurangan
tenaga kerja ditangani dan kerajaan perlu meng-ambil pendekatan melatih
sumber tenaga secara sistematik, konsisten dan berterusan, khususnya
dalam kalangan ahli Pemuda.
Turut disebut dalam usul berkenaan
ialah parti pusat perlu memperkukuhkan perpaduan parti bagi menstabilkan
lagi organisasi parti dan meningkatkan moral dan tahap keya-kinan ahli
parti, serta mempercepatkan pelaksanaan ‘Pelan Transformasi SUPP’ bagi
tujuan reformasi parti.
Semua usul tersebut akan dikemukakan pada
Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pusat SUPP Ke-24 yang diadakan hari ini di
ibu pejabat parti.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment