September 23, 2012

Peranan rakyat penting ke arah pentadbiran lestari hutan

KUCHING: Pembabitan aktif rakyat untuk mengawasi hutan elemen pen-ting untuk memastikan kejayaan pentadbiran hutan yang lestari dalam jangka panjang di Sarawak.
Timbalan Pengarah Hutan Sarawak Wan Shardini Wan Salleh berkata, pihaknya sering menghadapi cabaran dalam usaha memenuhi keperluan masyarakat ekoran isu-isu berkaitan pembalakan dan pemburuan haram.
“Kami percaya kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Sarawak sendiri dalam mempromosikan pentadbiran yang baik akan membantu sektor perhutanan men-capai sasarannya.
“Kami berharap anggota masya-rakat -menyokong usaha pemeliharaan hutan oleh agensi berkaitan bagi memastikan kelestarian sumber hutan kita berkekalan untuk generasi akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Inisiatif Pemantauan Hutan Di Sarawak dan Kempen Kesedaran Tadbir Urus Hutan anjuran Transparency International-Malaysia (TI-M) yang dihadiri Presidennya Datuk Paul Low di Pusat Beli-belah Boulevard di sini, semalam.
Wan Shardini berkata, kerajaan ne-geri menyokong penuh keperluan tadbir urus hutan yang berkesan dan pemuliharaan hutan untuk memantau perubahan iklim selain menyediakan perlindungan biodiversiti.
“Di Sarawak, kawasan tanah adalah kira-kira 12.34 juta hektar dan kira-kira dua pertiga daripadanya, iaitu lapan juta hektar adalah dilindungi hutan enam juta hektar diwartakan sebagai Estet Hutan Kekal,” jelasnya.
Beliau berkata, selari dengan aspirasi kerajaan Malaysia bagi memastikan sekurangnya 50 peratus kawasan tanah di negara ini masih dilindungi hutan, Jabatan Hutan berusaha untuk menge-kalkan hutan semula jadi sedia ada selain mewujudkan hutan tanaman semula dan memulihkan hutan yang telah menjalani proses pembalakan.
Sehubungan itu, ujar beliau, kerajaan negeri amat mengalu-alukan dan menggalakkan usaha Inisiatif Pemantauan Hutan anjuran TI-M untuk membantu jabatan memperbaiki proses pentadbiran hutan di Sarawak.
“Melalui mereka, kita kini mempunyai bantuan daripada orang ramai bagi memastikan tadbir urus hutan kita. Inisiatif ini telah membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama mengambil bahagian dalam proses pentadbiran hutan bagi memastikan kemapanannya,” kata beliau

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/09/23/peranan-rakyat-penting-ke-arah-pentadbiran-lestari-hutan/#ixzz27Gxg73iX

No comments: