KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) membuka
kesemua 11 pangkalan hadapannya di Mukah bermula semalam sebagai
persiapan menghadapi kemungkinan banjir di bahagian itu.
Menteri
Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah
berkata langkah itu diambil setelah beliau dimaklumkan hujan lebat
dijangka melanda bahagian itu bermula hari ini.
Menurutnya sejak
semalam juga kakitangan jabatan itu telah diarah bersedia menghadapi
sebarang kemungkinan yang berlaku pada 10 dan 11 Januari ini ekoran
kenyataan kemungkinan berlaku Ribut Tropika Sonamu berhampiran pantai
Mukah dan Bintulu.
“Kita sudah bersedia bukan hanya untuk
menghadapi Ribut Tropika Sonamu yang dijangka berlaku 10-11 Januari ini
tetapi telah bersedia dari segi bekalan makanan bagi menghadapi banjir
yang diramal melanda negeri ini pada Disember tahun lepas hingga
Februari tahun ini.
“Namun saya saya telah dimaklumkan kejadian
ribut tidak akan berlaku seperti diramalkan cuma hujan lebat diramal
akan berlaku sebab itu kita bersiap sedia,” jelasnya kepada pemberita
semalam.
Menurutnya lagi bagi menghadapi banjir mahupun bencana alam lain JKMNS telah membuka 85 pangkalan hadapan di seluruh negeri.
Terdahulu
Fatimah menyempurnakan majlis penyampaian bantuan segera kawasan
Kuching kepada 99 penerima dari Jalan Foochow, Kenyalang Park, Sungai
Apong/Sungai Periok, Kampung Lumba Kuda, Flat KMC dan kawasan
Pending/Padungan.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment