KAPIT 10 Jan. - Lebih 30 anggota Briged Kesembilan Infantri dan
Rejimen 510 Askar Wataniah membantu membina bangunan Tabika Jabatan
Kemajuan Masyarakat (Kemas) di bawah Projek Jiwa Murni di Rumah Madang
Sungai Pelajau, di sini baru-baru ini.
Penyelia Kanan Kemas Parlimen Kapit, Ambrose Abong Bugek berkata,
bantuan tersebut memberi gambaran kepada masyarakat luar bandar bahawa
peranan anggota tentera tidak terhad menjaga keamanan negara malah mampu
memberi khidmat sosial.
Katanya, bangunan baharu yang menelan belanja sebanyak RM20,000 itu
adalah sumbangan Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi.
"Kami berterima kasih dengan semua pihak terutama kepada Datuk
Alexander dan anggota tentera yang prihatin untuk membantu membina
bangunan baharu ini.
"Bangunan baharu ini dijangka dapat menampung kesemua bilangan
kanak-kanak iaitu seramai 78 orang yang telah mendaftar ke tabika ini
pada awal bulan lalu," katanya di sini hari ini.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment