MAUT: Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan Norrozyana yang tersepit di dalam kenderaan yang dipandunya.
SARIKEI: Seorang
guru wanita yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Jawa, Kerubong
Selalang maut dalam satu kemalangan apabila kereta Kancil yang dipandu
olehnya bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda.
Kejadian
itu dipercayai berlaku sekitar jam 7 pagi semalam, di Jalan Pan Borneo
iaitu kira-kira 19 kilometer dari pusat bandar Sarikei.
Sewaktu
kejadian, guru terbabit, Norrozyana Nordin, 34, dalam perjalanan dari
arah Sarikei menuju ke sekolah tempatnya berkhidmat manakala kereta
pacuan empat roda terbabit pula dari arah Saratok menuju ke Sibu.
Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintenden Poniman Margiman ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian tersebut.
“Berdasarkan
laporan awal yang diterima daripada pemandu kenderaan pacuan empat
roda terbabit, kejadian itu berlaku akibat kenderaan yang dipandunya
bersama seorang penumpang hilang kawalan.
“Menurut laporan mereka, kenderaan mereka telah hilang kawalan disebabkan salah satu tayarnya pancit.
“Akibat
kemalangan tersebut, guru terbabit yang mengalami kecederaan serius
di beberapa bahagian penting badan telah meninggal dunia di tempat
kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta pacuan empat roda itu
pula hanya mengalami cedera ringan,” jelas Poniman.
Sementara itu,
jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah Sarikei yang dihubungi semalam
mengesahkan bahawa Norrozyana adalah seorang guru yang bertugas di SK
Jawa.
“Cikgu Norrozyana adalah seorang guru yang berasal dari Perak dan telah bertugas di negeri ini sejak 2009,” katanya.
Ketua
Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Harun Jenai yang ditemui di
lokasi kejadian berkata pihak bomba menerima panggilan tentang
kemalangan tersebut pada jam 7.11 pagi.
“Kesan rempuhan akibat
kemalangan tersebut menyebabkan mangsa tersepit teruk dalam kenderaan
yang dipandunya dan keadaan itu memaksa pasukan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Sarikei yang terdiri daripada 10 orang anggota mengambil
masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa,” kata Harun.
No comments:
Post a Comment