January 12, 2009

Jumlah terkini mangsa banjir di Sarawak 9,587 orang

KUCHING 12 Jan. – Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 9,587 orang membabitkan 1,474 keluarga sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Jumlah pusat pemindahan sementara yang dibuka turut meningkat iaitu sebanyak 37 buah berbanding semalam hanya 25 buah pusat.

Bahagian Kuching mencatatkan bilangan mangsa banjir paling tinggi iaitu 8,223 orang membabitkan 1,215 keluarga dan mereka ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat tahap merah di bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman serta Betong dan ia dijangka berlarutan sehingga Rabu ini.

Air pasang besar pada hari ini pula dijangka mencecah 6.2 meter menjadikan bacaan paras ketinggian air adalah 10.8 meter pada pukul 6 petang ini.

Sumber - UtusanOnline

No comments: