January 26, 2009

Kunjungan SUPP Youth Sarikei ke pemimpin-pemimpin Parti SUPP Sarikei

Gambar Bersama keluarga YB Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen P.208 Sarikei semasa lawatan Tahun Baru Cina ke rumahnya dan Pemuda SUPP Cawangan Sarikei telah mengucapkan tahniah kepada YB Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen P.208 Sarikei kerana telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen ini.


Gambar Ahli-ahli Komuniti Pemuda SUPP Sarikei semasa Kunjungan Ke Rumah Pegawai Pelatih Pemuda SUPP Sarikei iaitu Encik James Lau


Pemuda Parti SUPP Sarikei pada hati pertama Tahun Baru Cina telah mengadakan beberapa lawatan dan kunjungan sempena Tahun Baru Cina di beberapa rumah pemimpin-pemimpin Parti SUPP Sarikei. Tujuan mengadakan lawatan dan kunjungan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli Parti Pemuda SUPP dengan pemimpin SUPP di Sarikei. Dalam lawatan yang dirancangkan oleh Ketua Pemuda SUPP Sarikei Encik Teng Wen Wu, kami telah pergi melawat Kapitan Lim Sok Beng yang juga merupakan Setiausaha Parti SUPP Cawangan Sarikei. Lawatan ini diteruskan dengan lawatan ke Ex Kaunselor Sarikei Puan Hoh Koh Lu, Naib Pengerusi SUPP Sarikei Encik Andrew Wong Ling Biu, Encik Chan Pak Chan yang merupakan Bekas Setiausaha Sulit Bekas Ahli Parlimen P.208 Sarikei Tan Sri Law Hieng Ding, Ketua Pemuda SUPP Sarikei Encik Teng Wen Wu, Pegawai Pelatih Pemuda SUPP Sarikei iaitu Encik James Lau Ong Shuen yang isterinya baru melahirkan anak dan akhir sekali ialah lawatan ke Ahli Parlimen P.208 Sarikei YB Ding Kuong Hiing dengan ucapan Tahniah dan Syabas kepada YB Ding kerana telah berjaya memenangi Perbicaraan Mahkamah Persekutuan di kuching pada Jumaat yang lepas serta berjaya mempertahankan kerusi Parlimen ini. Tahniah Sekali Lagi Kepada YB Ding Kuong Hiing. Semoga YB sekeluarga sihat selalu dan membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan kepada Bandar Sarikei. Akhir sekali, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina dan Gong Xi Fa Cai....

No comments: