January 23, 2009

Tahniah Kepada BN telah menang Kerusi P.208 Sarikei

Sarikei: Mahkamah tolak petisyen DAP

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak dengan kos rayuan calon DAP Dr Wong Hua Seh mencabar keputusan petisyen bagi kerusi
Parlimen kawasan Sarikei yang dimenangi Ding Kuong Hiing daripada Barisan Nasional (BN).

Mahkamah bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian Chin bahawa Dr Wong gagal membuktikan yang Ding, daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) atau ejennya, telah melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 semasa pilihanraya umum 8 Mac tahun lepas.

Ia mendapati bahawa Dr Wong gagal membuktikan yang janji oleh calon BN itu untuk menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman di Bintangor merupakan satu kesalahan sebaliknya ia merupakan janji untuk pembangunan yang dibenarkan dalam kempen, demikian menurut penghakiman yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Noor Hayati Mat.

Rayuan itu didengar oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Mahamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad makinudin.

Dalam pilihanraya itu, Ding menang dengan majoriti 53 undi.

No comments: