January 20, 2009

Malaysia tuan rumah Olahraga Master Asia 2010

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Olahraga Master Asia ke-16 pada tahun depan selepas Jepun menarik diri daripada pembidaan yang berlangsung di Perhimpunan Agung Persatuan Asia Master di Chiang Mai, Thailand, Selasa lepas.

Setiausaha Kehormat Malaysian Master Athletic Association (MMAA)S.Sivapragasam berkata pemilihan Malaysia merupakan penghormatan kepada negara.

“Kejohanan yang terbuka kepada atlet olahraga veteran dari seluruh Asia yang berumur dari 35 tahun ke atas itu akan diadakan di Stadium Nasional di Bukit Jalil,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Sumber: Utusan online

No comments: