KUANTAN 12 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat
Malaysia agar terus menghormati undang-undang kerana ia merupakan satu
prinsip yang harus disanjung tinggi.
Perdana Menteri berkata, sebagai rakyat, adalah tidak seharusnya
melakukan kerosakan apatah lagi menyerang anggota keselamatan seperti
polis dan tentera.
"Kita telah diingatkan oleh Allah supaya tidak membuat kerosakan di
muka bumi ini apatah lagi menyerang sesiapa sahaja termasuk pasukan
keselamatan.
"Walaupun ada pihak yang caci polis dan tentera, perlekeh, provokasi
dan ada juga yang serang polis, kita UMNO tetap akan pertahankan
anggota keselamatan negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Tengah Hari
dan Penyampaian Sumbangan Oleh Yayasan Rahah di Markas 4Briged
Mekanize, Kem Batu 10 di sini hari ini.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment