May 27, 2012

Manfaat kepada seluruh S’wak

LAWAS: Sarawak perlu beralih kepada konsep ekonomi baharu yang memberi pendapatan tinggi daripada peluang pembangunan dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada keseluruhan kawasan di negeri ini, bukan hanya tertumpu di Koridor Tenaga Diperbaharui Sara-wak (SCORE).
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, konsep ekonomi lapuk seperti yang diuar-uarkan pihak pembangkang adalah tidak relevan.
Katanya, pembangkang beranggapan SCORE hanya mendatangkan faedah di kawasan tersebut, walhal hakikatnya pembangunan koridor itu memberi manfaat kepada keseluruhan kawasan negeri ini.
“Projek pembangunan ekonomi Sarawak tidak hanya bertgantung kepada pembangunan di kawasan SCORE.
“Ini konsep lapuk mereka yang tidak faham mengenai ekonomi. Apa yang berlaku, projek yang menghasilkan pelaburan dan modal berjuta-juta ringgit tidak terhad dengan faedah yang dirasai dalam kawasan SCORE,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Lawas bersama Jelajah Ekspo Pemasaran RTM Sarawak dan Gegar Olimpik di sini, semalam.
Turut hadir Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menteri-menteri muda, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dan kenamaan lain.
Taib berkata, banyak aktiviti ekonomi yang mem- punyai impak dan peluang untuk dibangunkan.
“Konsep ekonomi baharu ini dalam jangka masa panjang akan membawa penda-patan tinggi, bukan lagi se-kadar projek-projek pemba-ngunan yang tertumpu di kawasan SCORE tetapi ber- gantung kepada aktiviti eko-nomi rakyat.
“Oleh itu, rakyat perlu menggunakan semua peluang dan projek untuk meningkatkan keuntungan menerusi perkhidmatan dan perniagaan.
“Kita juga perlu melihat peluang untuk memperbanyakkan pembangunan berasaskan industri, perniagaan, pengangkutan dan perkhidmatan yang akan memberi nikmat kepada pelanggan,” katanya.
Menurut beliau lagi, perkhidmatan yang memberi kepandaian adalah baik dan jika tidak diteruskan, ia akan menyebabkan negara tidak akan maju, sekali gus membantutkan hasrat Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.
“Rakyat mesti sedar keadaan ini dan berubah,”ujarnya.
Taib memberi contoh pembangunan pesat Miri walaupun bukan terletak dalam kawasan SCORE, namun berkembang maju sehingga memberi keuntungan dan pembangunan kepada penduduk di kawasan Baram.
Katanya lagi, produk pelancongan turut berkembang di kawasan tanah tinggi Bario kesan daripada kepandaian penduduk di sana sehingga memberi keuntungan kepada orang luar dan penggemar alam semula jadi yang tertarik dengan keindahan gunung-ganang, produk semula jadi dan alam sekitar di kawasan tersebut.
Menyentuh mengenai pembangunan Lawas, Taib berkata pelbagai projek sedang dan akan dilaksanakan di kawasan paling utara Sarawak tersebut.
Ini termasuk cadangan pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Lawas tidak lama lagi.
Selain itu, katanya, projek berimpak besar yang bakal dibina melibatkan Lapangan Terbang Baharu Lawas, hospital, jalan raya serta projek pembangunan lain

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/05/27/manfaat-kepada-seluruh-swak/#ixzz1w3z80MOR

No comments: