KUCHING: Cuaca panas yang melanda beberapa bandar utama negeri ini
tidak menjejaskan kehadiran pelancong domestik dan asing, kata Menteri
Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip.
Beliau berkata, memang
setiap perubahan ada memberi impak kepada kehadiran pelancong, namun
cuaca panas tidak memberi kesan negatif.
“Walaupun panas,
sekurang-kurangnya berlaku hujan pada se-belah petang. Bagi saya, cuaca
panas yang dikatakan melebihi 40 darjah Celsius tidak memberi kesan ne-
gatif kepada kehadiran pelancong,” katanya.
Beliau berkata ketika
diminta mengulas mengenai kesan kehadiran pelancong disebabkan cuaca
panas melebih 40 darjah Celsius yang melanda Kuching dan beberapa bandar
lain negeri ini sehingga September depan.
Terdahulu, Talib merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sarawak di Kampung Sungai Bedil Besar di sini, semalam.
Menurutnya,
sehingga pertengahan tahun ini, kehadiran pelancong ke negeri ini
meningkat 20 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
“Saya rasa pelancong yang datang ke Sarawak sudah hampir sejuta iaitu peningkatan 20 peratus,” ujarnya.
Talib
menjelaskan, pada tahun lepas seramai 3.8 juta pelancong berkunjung ke
Sarawak dengan peningkatan 16 peratus berbanding tahun sebelumnya.
“Kita melihat kehadiran pelancong ke negeri ini menunjukkan trend positif dengan peningkatan berlaku pada setiap tahun.
“Pelancong asing sudah kenal dan tahu Sarawak menyebabkan mereka datang beramai-ramai ke negeri ini,” jelasnya.
Dalam
pada itu, beliau memberitahu, produk kampung atau makanan tempatan yang
berpotensi serta mempunyai keunikan akan dipasarkan di hotel ternama.
“Seperti sebelum ini, kita sudah mempernalkan cendol buatan Kampung Sungai Bedil di hotel.
“Kita
mahu mahu pada masa akan datang lebih banyak makanan tempatan dapat
dipasarkan di hotel untuk menjadi tarikan pelancong,” kata Talib.
Hadir
sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah
Sayeed Aman Ghazali, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN) Sarawak Dirwanan Azool dan Pengerusi Kawasan Rukun
Tertangga (KRT) Kampung Sungai Bedil Besar Ahmad Mansor
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment