KUCHING: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri diingatkan
untuk terus bersatu padu bagi memastikan kedudukan terus kukuh di
Sarawak.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu,
perpaduan yang dipelopori oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu
amat penting kerana ia merupakan tonggak kekuatan khasnya dalam
menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
“Ini asas perjuangan kita. Bila kita lupa asas perjuangan, maka lembiklah perpaduan dalam Barisan Nasional.
“Kita
mahu semangat (perpaduan) ini dapat digunakan bukan sahaja untuk terus
menang di Sarawak, tetapi bagi memastikan BN terus menang di peringkat
pusat,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Ramah-tamah Aidilfitri PBB
di sini, kelmarin.
Selain PBB, tiga parti komponen BN lain adalah
Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Taib yang juga pengerusi
BN Negeri memberitahu, elemen itu turut menjadikan parti tersebut unik
dan kuat kerana ia telah dijadikan sebagai satu budaya.
Malah dari
segi sejarah katanya, PBB dibentuk hasil semangat bersatu padu tiga
parti sehingga menjadikannya model parti politik untuk parti komponen
lain.
“BN Sarawak tidak akan goyah kerana budaya PBB ini akan menyelamatkan kita,” katanya.
Sementara
itu, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang
juga timbalan presiden PBB memberitahu, arus pembangunan deras yang
dikecapi Sarawak hari ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa perpaduan.
Menurutnya,
perpaduan yang merupakan segalanya dalam pucuk pimpinan parti mampu
mempertahankan dua kerusi Parlimen iaitu Petra Jaya dan Santubong dalam
PRU13 akan datang.
“Apabila beduk (pilihan) raya berbunyi, saya
yakin kita mampu berjaya dengan mengambil kira prestasi pilihan raya
negeri lepas,” katanya.
Manakala Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga pengerusi penganjur majlis
turut percaya PBB, di bawah kepimpinan Taib merupakan parti terunggul di
Sarawak.
“Tidak ada yang dapat menandingi dari segi kepimpinan dan kekukuhan daripada kepimpinan Ketua Menteri yang kita sanjungi.
“Saya yakin walaupun datang ribut dan taufan, PBB yang di bawah kepimpinan KM berupaya mengatasi segalanya,” katanya.
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/08/30/bn-negeri-diingat-terus-bersatu-2/#ixzz24zOUY8Ah
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment